Lembaran Kerja 1.2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Modul: Ekosistem

EPISOD 1: Sungai

Lembaran Kerja 1.2 Maklumat


Rantai makanan
Perhatikan rajah di bawah yang menunjukkan satu rantai ma-
kanan. Setiap anak panah mewakili makanan yang dimakan
oleh setiap haiwan.

Tenaga cahaya dihasilkan oleh matahari. Rumput gelagah


menghasilkan makanan sendiri dengan menggunakan tenaga
daripada matahari. Apabila siput babi memakan daun rumput
gelagah, sebahagian daripada tenaga berpindah kepada siput
babi. Manakala, memerang pula mendapatkan tenaga dengan
memakan siput babi.

Anak panah menunjukkan arah pengaliran tenaga.

Pemangsa ialah haiwan yang makan haiwan lain.

Mangsa ialah haiwan yang dimakan oleh haiwan lain.

Kerja Kumpulan

1. Lukis sebanyak mungkin rantai makanan bagi ekosistem


sungai itu. Kad gambar, kad nama dan maklumat makanan
daripada Aktiviti 1.1 akan membantu anda. Lukis anak panah
untuk menunjukkan arah aliran tenaga pada rantai makanan
berkenaan.

1
Soalan Pentaksiran

Lihat rantai makanan anda.

S1. Haiwan yang manakah ialah pemangsa?

S2. Haiwan yang manakah ialah pemangsa dan mangsa?

S3. Haiwan yang manakah hanya sebagai mangsa?

S4. Apakah yang haiwan ini makan?

S5. Jenis benda hidup yang manakah sentiasa berada pada


permulaan rantai makanan?

You might also like