Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI

A) Maksud Hegemoni

- Konsep daripada pemikiran Barat


- Merujuk kepada penguasaan menyeluruh ataupun kepimpinan satu negara
ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas Negara atau kumpulan yang lain.
- Asalnya dari perkataan bahasa Yunani – “hqgemonia” yang bermakna
pemimpin.
- Teori kumpulan manusia: “manusia lebih suka hidup secara kumpulan dan
mengikut kelakuan manusia lain di sekelilingnya. Manusia kurang suka
membuat keputusan baru yang berlainan daripada kebiasaan.”
- Kumpulan manusia yang paling kecil ialah keluarga nuklear - (terdiri
daripada ayah, ibu dan anak-anak mereka).
- Dalam masyarakat Melayu di Malaysia, ayah menjadi ketua keluarga dan
membuat keputusan-keputusan yang sesuai dengan masyarakat dan
kebudayaan Melayu serta mengikut tuntutan agama Islam.
- Asasnya negara kita dibentuk oleh kerajaan Great Britain, maka sebahagian
besar yang kita amalkan dalam pentadbiran hari ini datangnya daripada
masyarakat Barat.
- Sistem-sistem yang wujud di Malaysia muncul hasil pemikiran dan
pengalaman masyarakat Great Britain mentadbir negara mereka.
- Pada awalnya system-sistem yang diwujudkan oleh British ialah bertujuan
untuk pengekalan kuasa kerajaan penjajah dan memungut hasil pendapatan.
- British tidak berhasrat untuk mewujudkan Negara moden pelbagai kaum.
- Hegemoni Barat terhadap negara kita adalah akibat sejarah pembentukan
Negara Malaysia yang banyak dipengaruhi Great Britain
- Great Britain banyak memperkenalkan system Barat kepada Malaysia
termasuk system ekonomi,politik dan pentadbiran.

B) Maksud Globalisasi.

- Sebenarnya merujuk kepada satu keadaan apabila dunia seolah-olah


berfungsi sebagai satu entiti. Kita lihat bagaimana ekonomi Malaysia saling
bergantungan dengan ekonomi antarabangsa. Cthnya apabila harga minyak
mentah dunia meningkat tinggi telah mempengaruhi keadaan ekonomi
Malaysia. Harga petrol dan diesel terpaksa dinaikkan. Kesannya harga
barangan kegunaan harian pun meningkat.
- Ini bukti menunjukkan Negara-negara di seuruh dunia sekarang saling
bergantungan antara satu sama lain dari segi ekonomi, politik dan agama.
- Proses globalisasi bermula apabila masyarakat Barat berjaya menjelajah di
seluruh penjuru dunia dan Berjaya menggabungkan kawasan-kawasan yang
jauh ke dalam satu rangkaian yang boleh berinteraksi antara satu sama lain.
- Penguasaan masyarakat Barat dalam teknologi pelayaran membolehkan
mereka melakukan perhubungan jarak jauh dan memulakan proses
globalisasi yang terdapat pada hari ini.
- Peningkatan teknologi menjadikan seolah-olah dunia ini menjadi kecil dan
tidak mempunyai sempadan. Teknologi pengangkutan kini membolehkan kita
bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan begitu pantas.
- Perkembangan dalam ICT membolehkan maklumat bergerak dengan kadar
serta-merta.
- Peningkatan dalam kedua-dua teknologi tersebut telah menghilangkan
kekangan akibat jarak yang jauh dan masa yang berbeza. Kesannya
mewujudkan dunia tanpa sempadan.
- Perkembangan teknologi tidak membolehkan kita mengasingkan diri daripada
masyarakat luar. Justeru kita terpaksa berhadapan dengan pendedahan
kepada kebudayaan dan nilai-nilai yang berbeza-beza. Pengubahsuaian dan
halangan itu hanya mampu dilakukan oleh individu yang membuat pilihan
sendiri.
- Antara bahaya proses globalisasi ialah kelahiran sebuah kebudayaan sejagat
apabila semua nilai manusia menjadi sama.
- Akibatnya sesuatu kebudayaan yang telah wujud sejak beratus ribu tahun
dahulu akan pupus bersama ilmu yang terkumpul dalam kebudayaan buat
selama-lamanya.
- Implikasi daripada kelahiran kebudayaan sejagat dan kehilangan kebudayaan
yang pelbagai akan merugikan generasi akan datang.

C) Maksud Barat.

- Kebiasaannya kita mengganggap Barat sebagai masyarakat Barat dan


tamadun Barat.
- Umumnya masyarat Barat terdiri daripada kumpulan manusia yang tinggal
dalam entiti politik yang sekarang dikenali sebagai negara-negara Eropah.
- Berdasarkan sejarah perkembangan Eropah, kita dapati negara-negara
Eropah sentiasa berubah-ubah iaitu sama ada berpecah atau bergabung
hingga hari ini.
- Penggabungan dan perpecahan di Eropah akibat persaingan hebat antara
kumpulan tertentu di Eropah. Setiap kumpulan mempunyai pemikiran mereka
sendiri yang kadangkala bertentangan dengan kumpulan yang lain.
- Masyarakat Eropah telah berhijrah keluar dari Eropah untuk membentuk
tanah jajahan. Antara tanah-tanah jajahan tersebut sudah pun menjadi
negara-negara merdeka seperti Kanada dan Amerika Syarikat di benua
Amerika Utara, Mexico di Amerika Tengah, Brazil dan Argentina di Amerika
Selatan.
- Masyarakat Eropah sebenarnya terdiri daripada pelbagai kumpulan manusia
yang mempunyai sejarah dan kebudayaan yang tersendiri. Setiap kumpulan
sering bersaing di antara satu sama lain demi memelihara kepentingan
kumpulan masing-masing.
- Berdasarkan tamadun masyarakat Eropah kita dapati setiap kumpulan
manusia berbangga dengan pencapaian mereka sendiri dan seolah-olah
merendahkan pencapaian kumpulan yang lain. Cthnya Perancis terkenal
dengan binaan awamnya “Arc de Triomphe” di Paris. Manakala England
terkenal dengan “Trafalgar’s Square” di London.
- Persaingan yang hebat antara kumpulan manusia di Eropah membuat
keadaan menjadi amat sukar untuk mengatakan kumpulan mana satu yang
menjadi ikutan di Eropah.
- Antara peristiwa dan warisan yang mempengaruhi kumpulan manusia di
Eropah ialah warisan tamadun Yunani dan tamadun Rom, kemunculan
Gereja Khatholik Rom, peperangan Salib, Zaman Kebangkitan Semula
(Renaissance), gerakan Protestanisme, zaman pelayaran dan pembentukan
tanah-tanah jajahan, Perang Dunia Pertama dan Kedua.
- Berdasarkan sejarah perkembangan Malaysia, kita dapati beberapa kuasa
Barat telah mempengaruhi perkembangan Malaysia. Kuasa-kuasa tersebut
ialah Portugis, Belanda, dan Inggeris.
- Orang Inggeris yang masuk ke negara ini telah memperkenalkan sistem
pentadbiran sivil untuk memudahkan pentadbiran mereka serta mengekalkan
kuasa pemerintahan kerajaan British.
- Kerajaan British tidak membenarkan kerajaan penjajahan British memberikan
Malaysia kuasa penuh untuk membuat keputusan. Kuasa untuk membuat
keputusan terhadap perkara-perkara penting dibuat di Parlimen . Namun
tiada perwakilan tetap.
- Sistem demokrasi hanya diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia
beberapa tahun sebelum keemerdekaan Persektuan Tanah Melayu
diisytiharkan.

D) Maksud Hegemoni Barat.


- Hegemoni Barat boleh dikatakan satu keadaan apabila pengaruh pemikiran
masyarakat Barat dalam hampir segala perkara yang kita lakukan dalam
kehidupan begitu ketara sekali.

a) Waktu bekerja ikut cara dan pemikiran Barat .


- Waktu kita bekerja dari pukul 9.00 sehingga pukul 5.00 setiap hari dari
hari Isnin hingga hari Jumaat . Jika diteliti kita bekerja 8 jam sehari, kita
tidur 8 jam sehari dan kita beriadah atau melakukan kerja-kerja lain 8 jam
yang lebihnya pada tiap hari. Pembahagian waktu sebegini sebenarnya
merupakan etika kerja Protestan.

b) Cara menjalankan perniagaan.


- Kita mengikut kepimpinan Barat dalam perkara-perkara dianggap
penting oleh mereka seperti cara perniagaan tertentu. Sistem perniagaan
kita banyak sekali dipengaruhi oleh masnyarakat Barat. Cthnya kita
menerima cara sesebuah syarikat ditubuhkan,diselaraskan dan berfungsi
mengikut cara Barat.

c) Cara berpakaian.
-Cara pakaian yang tertib untuk syarikat- syarikat besar bertaraf
antabangsa banyak mengikut cara masyarakat Barat.
-Pakaian kebiasaan bagi kumpulan pengurus merupakan seluar panjang,
baju berlengan panjang dengan tali leher dan jaket berwarna gelap.
Perkara-perkara sekecil ini pun menunjukkan hegemoni Barat.
-Umumnya hegemoni Barat melibatkan semua perkara dalam kehidupan
kita yang kita lakukannya mengikut kebiasaan masyarakat Barat tanpa
kita sedari.

d) Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.


-Sebenarnya penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar juga
secara tidak langsung menunjukkan hegemoni Barat.
-Penguasaan bahasa Inggeris menjadi penting di Malaysia untuk
membolehkan kita berinteraksi dengan masyarakat Barat .

Kesimpulannya:
-Kita perlu berfikir dengan rasional untuk memastikan sama ada sesuatu
yang kita lakukan itu dipengaruhi oleh masyarakat Barat atau tidak.
- Istilah budaya sebenarnya berbeza dengan kebudayaan. Budaya
biasanya merujuk kepada satu kumpulan nilai yang tidak lengkap
ataupun menyeluruh.
- Kebudayaan pula merujuk kepada satu kumpulan nilai yang lengkap dan
mampu menerangkan dunia sekeliling kita.

E) Kaitan Hegemoni Barat dengan Globalisasi.

- Terdapat satu kaitan yang penting antara hegemoni Barat dengan globalisasi.
- Ianya memainkan peranan penting dalam pembentukan dunia moden dan
pengekalan kuasa masyarakat Barat di dunia pada hari ini.
- Hegemoni Barat merujuk kepada kepimpinan masyarakat Barat dalam
pelbagai perkara di dunia pada waktu sekarang.
- Masyarakat Barat/Eropah telah berusaha memperluas tanah jajahan masing-
masing. Mereka mendirikan kerajaan penjajahan di tempat-tempat penting
demi untuk mengaut kekayaan dari kawasan tanah jajahan masing-masing.
- Dunia moden ciptaan masyarakat Barat yang kita amalkan pada hari ini pada
asasnya mencerminkan nilai-nilai masyarakat Barat.
- Apabila tanah-tanah jajahan Eropah diberi kemerdekaan, kita dapati
kebanyakan negara-negara yang baru merdeka mengekalkan sistem-sistem
pentadbiran yang diajarkan kepada mereka oleh masyarakat Barat.
- Selain memberikan kemerdekaan, negara-negara baru ini juga dimasukkan
sebagai ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (dan juga Commonwealth
jika pernah dijajah oleh Great Britain)
- Globalisasi merujuk kepada keadaan dunia sebagai satu entiti tanpa
sempadan apabila manusia, barangan dan maklumat bergerak bebas dari
satu tempat ke satu tempat yang lain dengan lancar. Hal ini ialah kesan
daripada keadaan yang diwujudkan oleh peningkatan teknologi yang
didukung oleh masyarakat Barat.
- Kebanyakan nilai-nilai yang didukung oleh masyarakat global pada waktu ini
banyak dipengaruhi oleh nilai masyarakat Barat.
- Dapat diperhatikan bahawa sistem pentadbiran bagi negara-negara yang
pernah dijajah menyerupai sistem pentadbiran kerajaan penjajahan mereka.
Contohnya, kita dapati sistem pentadbiran Filipina banyak menyerupai sistem
pentadbiran Amerika Syarikat yang pernah menjadi penjajahnya.
- Penjajahan sebahagian besar dunia ini oleh kuasa-kuasa Barat pada satu
masa dahulu membolehkan hegemoni berlaku oleh sebab sistem-sistem
kuasa Barat yang terlibat diturunkan kepada negara-negara yang baru
merdeka.
- Untuk memahami hegemoni Barat, kita perlu memahami beberapa nilai dan
pemikiran Barat yang masih lagi mempengaruhi pemikiran mereka hingga ke
hari ini. Masyarakat Barat bertanggapan bahawa hanya nilai dan cara
penyelesaian masyarakat Barat sahaja yang dapat memastikan sesebuah
masyarakat itu mencapai tahap tamadun.

Pemikiran-pemikiran Barat:-
1. Pemikiran terhadap agama Kristian. Dua aliran yang besar dalam
agama Kristian ialah Katholik Rom dan Protestan. Mubaligh-mubaligh
Kristian ini sentiasa sahaja menyebarkan agama Kristian. Sebahagian
masyarakat Barat masih beranggapan agama Kristian merupakan agama
terbaik yang dapat menyelamatkan manusia.

2. Pemikiran terhadap kebebasan. Masarakat Barat memberi perhatian


berat terhadap konsep kebebasan individu. Ini berpunca daripada suatu
ketika dahulu gereja Katholik Rom mempunyai kuasa kuat sehinggakan
mereka menindas dan membunuh sesiapa sahaja yang meenentang
ajarannya. Kebebasan individu amat penting dalam pemikiran
masyarakat Barat.

3. Pemikiran terhadap sains. Ianya bermula apabila ahli-ahli sains


mempersoalkan isu-isu tentang kehidupan kepada gereja Katholik Rom.
Ini berikutan penindasan aliran Protestan oleh gereja Katholik Rom. Pada
hari ini masyarakat Barat menolak pemikiran dogmatic (percaya dan ikut
tanpa menyoal) sebagai tidak sah.

4. Pemikiran terhadap dunia sekeliling mereka. Pemikiran masyarakat


Barat yang mengikuti agama Kristian aliran Protestan yang mengatakan
dunia ini dijadikan oleh tuhan untuk digunakan oleh manusia. Manusia
mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja demi mengaut keuntungan
dari dunia ini. Pemikiran ini berkait dengan ekonomi pasaran bebas.

5. Pemikiran terhadap manusia lain. Pada pemikiran Barat manusia lain


tidak penting dalam kehidupan mereka, asalkan hak-hak individu mereka
tidak dihalang. Oleh yang demikian, hak-hak individu menjadi perkara
penting dalam masyarakat Barat tetapi hak-hak individu negara lain
kurang penting berbanding negaranya sendiri.
F) Bagaimana Masyarakat Barat Mengekalkan Hegemoni.

- Penguasaan masyarakat Barat terhadap masyarakat dunia secara


umumnya dan masyarakat Malaysia khususnya akan dapat dilihat melalui
penguasaan mereka terhadap media, ekonomi, politik, sosial dan hak asasi
manusia.

a) Media.

- Penguasaan media amat penting dalam pengekalan hegemoni Barat.

- Melalui media masyarakat mendapat pelbagai maklumat tentang dunia di


sekeliling dan hiburan bagi mengisi masa lapang mereka.

- Maklumat yang disampaikan ialah dalam bentuk berita terkini, isu-isu


semasa dan ilmu pengetahuan. Semuanya itu banyak dipengaruhi oleh Barat.

- Kita harus memahami bahawa berita dari luar negara kebanyakannya


datang dari CNN(Cable News Network) yang berpusat di Amerika Syarikat
dan BBC (British Broadcasting Corporation) yng berpusat di Great Britain.
Kedua-dua isi kandungannya lebih menyebelahi Amerika Syarikat dan Britain.

- Perkara yang lebih berbahaya ialah apabila seseorang wartawan cuba


menggunakan nilai-nilai yang dipercayainya untuk menilai sesuatu kumpulan
manusia yang mengamalkan kebudayaan yang berbeza dengannya.

- Selain maklumat salah satu kegunaan penting media adalah untuk hiburan.
Rancangan-rancangan hiburan memainkan peranan penting dalam
pemasaran barangan perniagaan. Banyak penaja menggunakan siaran
hiburan untuk memperkenalkan barangan mereka kepada penonton.

- Permainan sukan juga merupakan hiburan yang menarik perhatian ramai


penonton. Rancangan sukan juga mempunyai beberapa penaja utama. Lebih
ramai penonton sesuatu sukan, lebih tinggi yuran akan dikenakan kepada
penaja untuk membeli waktu bagi menyiarkan iklan barangan mereka.

-Kita dapati bahawa produk-produk maklumat dan hiburan yang mampu


menarik ramai penonton dan pada masa yang sama mampu mengenakan
bayaran yang tinggi untuk iklan dikuasai oleh masyarakat Barat.
-Penguasaan Barat dapat dilihat dalam memastikan nilai-nilai tertentu
tentang produk maklumat dan hiburan serta barangan yang dijual dipilih oleh
masyarakat Barat.

b) Ekonomi.

- Kita perlu menyedari bahawa kebanyakan sistem ekonomi dihasilkan oleh


Barat. Contohnya sistem ekonomi Marx, system ekonomi sosialis dan system
ekonomi komunis.

- Namun terdapat juga banyak sistem ekonomi yang bukannya hasil ciptaan
masyarakat Barat tetapi kebanyakannya telah pupus akibat penggunaan
system ekonomi pasaran bebas ciptaan Barat.

-Salah satu sistem ekonomi alternatif yang dilaksanakan oleh Malaysia ialah
system perbankan Islam.

c) Politik.

- Politik sebenarnya merujuk kepada kuasa memilih yang dimiliki oleh


sesuatu kumpulan.

-Kini kuasa politik di luar keluarga berdasarkan pengaruh dan undian. Kita
memilih orang tertentu melalui proses undian untuk mewakili dan memimpin
kita. Inilah yang dikatakan sistem politik demokrasi yang mula digunakan oleh
Plato dalam bukunya “The Republic”.

-Dua sistem demokrasi yang akan dilihat dalam kursus ini ialah system
demokrasi Amerika Syarikat dan sistem ekonomi Great Britain. Sistem
demokrasi Amerika Syarikat merupakan sistem demokrasi yang tertua
sekali.

-Sistem demokrasi Great Britain banyak mempengaruhi sistem demokrasi


yang wujud di Malaysia pada hari ini.

-Sistem demokrasi yang wujud di Amerika Syarikat hari ini membahagikan


kuasa politik kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Kerajaan
persekutuan diberi kuasa untuk mengekalkan persekutuan Amerika Syarikat.
Kerajaan negeri diberi kebebasan mentadbir negeri dalam semua perkara
kecuali perkara-perkara yang melibatkan kepentingan persekutuan.
-Sistem demokrasi A.S walaupun dianggap tertua sekali tetapi bukanlah
satu system yang terbaik dan masih belum sesuai digunakan di seluruh
dunia, apatah lagi di Malaysia.

-Sistem demokrasi A.S lebih mementingkan kepentingan individu berbanding


dengan masyarakat. Ianya lebih senang dipengaruhi oleh mana-mana
kumpulan yang mempunyai dana yang boleh disalurkan kepada calon-calon
pilihanraya untuk tujuan kempen.

-Sistem politik Malaysia merupakan gabungan system politik Barat dengan


system politik tradisional. Namun sebahagian besar politik Malaysia
datangnya daripada kerajaan Great Britain.

-Di Great Britain pengurangan kuasa mutlak raja menuju kepada raja
berpelembagaan bermula pada 1215 (Piagam Perundangan ‘Magna
Carta’). Raja akan merujuk kepada perwakilan-perwakilan di Parlimen
sebelum membuat keputusan)

-Kerajaan system raja berpelembagaan di Great Britain masih kekal hingga


hari ini dan menjadi contoh kepada pembentukan system politik raja
berpelembagaan di Malaysia.

-Perbezaan sistem raja di Malaysia ialah Yang Di-Pertuan Agong ialah satu
tugas yang ditanggung oleh salah seorang daripada sultan (dan Raja)
negeri-negeri Melayu secara bergilir-gilir.

d) Sosial.

-Terlalu banyak makna perkataan sosial berdasarkan konteks tertentu.

-Dalam konteks terlalu sosial, biasanya kita maksudkan bahawa seseorang


itu kurang mengikuti ataupun melampaui batasan masyarakat tempatan
apabila bergaul dengan orang lain terutama berlainan jantina.

-Setiap masyarakat mempunyai nilai / undang-undang yang tidak tertulis


berkenaan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan apabila
bergaul dengan orang lain.
-Terdapat perbezaan makna sosial antara masyarakat Barat/Inggeris dengan
masyarakat Melayu.
-Bagi masyarakat Inggeris “social atau socialable” membawa maksud
seseorang yang cuba membuat baik dan membuat kawan dengan
sesiapa sahaja.

-Bagi masyarakat Melayu seperti yang diterangkan pada awal tadi bahawa
terlalu sosial selalunya dianggap melampaui batasan-batasan kebudayaan .
Justeru ianya dianggap sebagai perbuatan yang tidak baik.

-Kebiasaannya perkataan sosial dalam bahasa Inggeris membawa makna


sesuatu yang berkaitan dengan masyarakat manusia. Hal ini sedikit
sebanyak berkait dengan bidang Sosiologi dan falsafahnya.

-Sosiologi ialah bidang kajian tentang manusia secara sains. Kajian dalam
bidang ini boleh disukat secara kuantitatif dan salah satu komponen dalam
Sosiologi ialah masyarakat atau society.

-Ahli Sosiologi membahagikan sesuatu masyarakat kepada kumpulan yang


lebih kecil apabila membuat kajian tentang masyarakat. Unit kumpulan paling
kecil ialah keluarga. Banyak kajian-kajian yang telah dilakukan oleh ahli-ahli
Sosiologi tentang keluarga terutama tentang masalah yang dihadapi oleh
keluarga.

-Terdapat dua jenis institusi sosial dalam masyarakat manusia iaitu yang
formal dan tidak formal.

-Institusi formal merujuk kepada sesuatu yang didirikan oleh masyarakat


dengan sengaja dan berfungsi dalam masyarakat secara nyata. Contohnya
sekolah dan polis.

-Institusi tidak formal merujuk kepada sesuatu yang tidak didirikan oleh
masyarakat dan berfungsi dalam masyarakat secara tidak nyata atau
tersembunyi. Contohnya seperti kumpulan kawan-kawan di kampung.

-Kebudayaan pula ialah satu konsep yang berbeza daripada masyarakat.


Kebudayaan merupakan satu konsep yang sukar ditakrifkan secara sains
kerana ianya tidak boleh disukat.

-Secara umumnya kebudayaan merupakan satu kumpulan nilai yang dimiliki


dan diamalkan oleh sesuatu kumpulan manusia. Namun tidak semestinya
semua ahli dalam sessuatu masyarakat manusia mengamalkan atau
memahami semua nilai yang sama.
e) Hak Asasi Manusia.(HAM)

-HAM seperti yang difahami hari ini berasal dari warisan sejarah dan
kebudayaan masyarakat Eropah/Barat.

-Ianya bermula akibat penindasan masyarakat Eropah dari segi ekonomi,


politik dan agama oleh golongan diraja dan gereka Katholik Rom pada suatu
ketika dahulu.

-Kesannya maka berlakulah tafsiran-tafsiran baru terhadap kitab injil untuk


memastikan penindasan terhadap masyarakat seperti yang berlaku dahulu
tidak berulang lagi.

-Mengikut pemikiran masyarakat Amerika Syarikat, terdapat 3 hak asas


manusia yang penting iaitu kehidupan, kebebasan, dan mengejar
kebahagiaan.
i. Hak yang pertama, kehidupan: bermaksud setiap manusia berhak
untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya.
ii. Hak asasi yang kedua, kebebasan: bermakna setiap manusia bebas
untuk melakukan apa sahaja asalkan dia tidak menghalang hak asasi
orang lain.
iii.Hak asasi ketiga,mengejar kebahagiaan: bermaksud kebebasan untuk
mengumpulkan harta.

-Ketiga-tiga hak asasi di atas lebih menjurus kepada hak individu. Hal ini
berkait rapat dengan pemikiran Barat terhadap kepentingan individu.

-Pemikiran terhadap HAM ketika ini banyak dipengaruhi oleh pemikiran hak
asasi seperti yang terdapat dalam dokumen Pengisytiharan Kemederkaan
Amerika Syarikat.

siamang_gagap_ns@yahoo.com
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
017-6667669

You might also like