Minit Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke 34 SK Pekan Pahang Tua

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34

Hari : Sabtu
Tarikh : 10 FEBRUARI 2018
Masa : 8:30 PAGI
Tempat : DEWAN ILMU, SK PAHANG TUA
Kehadiran : 101
Perasmi :YB DATO’ SRI SH. MOHMED PUZI BIN SH. ALI SSAP.,
DJMK.,DSAP.,DIMP.,AMP.,PKC. ADUN PERAMU JAYA, PEKAN, PAHANG.

1. Ucapan Aluan
1.1 Oleh YDP PIBG En Mohd. Fakhwil bin Abdul Malik
1.2 Kemudian diikuti dengan ucapan Guru Besar En Ruslan bin Hj Ali.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung


2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
2.2 En.Roshizat mencadangkan minit mesyuarat yang lalu kemudian disahkan oleh
Pn. Zarina Bt Jaafar lalu disokong oleh En. Mohd Tarmizi.

3. Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit.

4. Membentang dan Menerima LaporanTahunan PIBG 2017


4.1 Setiausaha membentangkan laporan tahunan 2017 seperti mukasurat 7-8.
4.2 En. Sahmudin Samad telah mengesahkan laporan tahunan 2017 lalu disokong
oleh Pn. Nur Huda bt.Razali
4.3 LaporanTahunan 2017 disahkan tanpa pindaan.

5. Pembentangan Laporan Penyata Kewangan


5.1 Pn. Tuan Sherliza membentangkan laporan kewangan tahunan yang berakhir
pada 31 Disember 2017
5.2 Sila rujuk mukasurat 9-11
5.3 Beliau menyatakanbaki kewangan PIBG sekolah pada 31 Disember 2017 adalah
sebanyak RM 3,283.56 iaitu dengan jumlah baki di bank sebanyak RM 1,672.45
dan sebanyak RM 1,611.11baki di tangan.
5.4 Bagi tahun 2018 tiada menerima sebarang sumbangan dari mana-mana pihak
atau individu.
5.5 Pn. Nojimah bt Ismail telah mencadangkan dan juga seterusnya mengesahkan
laporan penyata kewangan 2017 .
5.6 Kemudian disokong oleh En. Mohd Norzani b. Hafis

6. MembentangkandanMembahaskanUsulCadangan
6.1 Usul pertama adalah mengenai yuran PIBG dengan mengekalkan yuran seperti
tahun yang lalu sebanyakRM30.00 setahun bagi satu keluarga.
6.2 Mohd Tarmizi telah menyokong cadangan usul mengekalkan yuran PIBG
sepertitahun yang lalu.
6.3 Usul kedua pula oleh En. TarmiziTaib, berkenaan isu keselamatan murid pergi
dan pulang ke sekolah supaya pengawal keselamatan hendaklah mengawasi
murid-murid yang berdekatan dengan jalan besar. Kemudian mencadangkan
menwujudkan bonggol di hadapan jalan depan sekolah.
6.4 Guru Besar bangkit menjawab mengatakan pengawal keselamatan menjaga di
kawasan sekolah sahaja.
6.5 Pn. Siti Norashikin bt. Ahmad telah mencadangkan untuk menukarkan siling di
tempat pondok jaga pengawal keselamatan dan juga mengutarakan agar
diadakan bantuankeceriaan kawasan sekolah dengan mendapat sumbangan
dari ibubapa.
6.6 Pn. Asna bt.Hj Ismai ltelah mengemukakan permohonan supaya meruntuhkan
tanah di tebing sekolah bagi memudahkan pergerakan ibu bapa untuk
menghantar dan mengambil anak ke sekolah. Kemudian beliau juga memohon
agar pihak sekolah dapat menyediakan tempat berteduh murid-murid daripada
cuaca hujan dan panas setelah tamat waktu persekolahan.
6.7 Pn. Fadhilah telah menyatakan mengenai sumbangan orang kampung K.K
/K.W.U
6.8 Pn. Zurita mencadangakan agar mengutip sumbangan pada para alumni
sekolah.
6.9 Pn. Nur Ain ibt Abu Baka rmengusulkan supaya pihak sekolah mempercepatkan
pembuatan bonggol jalan di hadapansekolah.
6.10 Pn. Wahyuni telah mencadangkan agar pihak PIBG mengingkatkan tabung
sekolah dengan menjalankanbeberapa aktiviti seperti usaha pertanian (di
semua tapak )dan sebagai aktiviti PIBG, hasil tanaman di sumbangkan pada
tabung sekolah atau PIBG.
6.11 Kemudian terdapat menyatakan terdapat sumbangan dari KPA, hasil
keuntungan disumbangkan kepada tabung PIBG.

7. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2016/2017


7.1 YDP PIBG En. Fakhwil bin. Abdul Hamid membubarkan AJK PIBG2016/2017

8. Pelantikan AJK PIBG Baharu Sesi 2018/2019


8.1 Berikut adalah senarai AJK baru PIBG bagisesi 2018/2019
YDP :Tn. Hj Alfakwil bin Abdul Malik
NYDP :Noorwahyuni b Mohd Yatim
S/u :Abdul Rahim b. AB Manaf
Bend :Tuan Sherliza bt Tuan Ab Kadir
AJK : Ahmad Firdaus b. Razali
:Pn. Norhuda b. Razali
:Pn Suriati Osman
: En. Mohd Hatta
: Pn.Asma
PemeriksaKira-kira :Pn. Hawa
: Tengku Aininawati bt Tengku Ahmad

8.1 AJK dikalangan guru akan dilantik kemudian oleh Guru Besar.
8.2 Bagi akaun simpanan di CIMB Bank Pekan, YDP masih kekal iaitu Encik
Mohd Alfakwil bin Abdul Malik. Setiausaha baharu dilantik iaitu Encik Abdul
Rahim Bin Ab.Manaf menggantikan Encik Roshizat Bin Ali. Bendahari baharu
iaitu Pn. Sherliza bt Tuan Ab Kadir menggantikan Puan Norzaliza Abd. Rahman
sebagai penandatangan yang baharu. Syarat tandatangan juga diubah kepada
mana-mana dua.

9. Pemberian Sijil Penghargaan dan Cenderahati


9.1 Ucapan YDP 2018 yang baru dengan mengucapan ribuan terima kasih
atas pelantikan beliau sebagai YDP yang baru.

10. Ucapan Penangguhan


10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir.
10.2 Sekalung penghargaan kepada semua guru Sk Pahang Tua, PIBG dan
ibubapa yang telah bertungkus lumus menjayakan agenda sekolah selama
ini.
10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12:44 tengah hari.

Disediakanoleh,

……………………………………………
( )
Setiausaha PIBG
SK Pahang Tua.

DisahkanOleh,

……………………………………………
( )
Yang Dipertua PIBG
SK Pahang Tua.

You might also like