Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

TARIKH

TEMPAT

BENGKEL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 3,

KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH

ANJURAN

KUMPULAN 1 PELAJAR DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-


KANAK

KURSUS MPU 2412 KHIDMAT KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL


(ERT) AZIZAH

TEMA

-
KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI ANJURAN KUMPULAN
PELAJAR DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KOLEJ
VOKASIONAL (ERT) AZIZAH

1.0 TUJUAN
Untuk mencapai hasil pembelajaran kursus , kertas kerja ini dibuat adalah untuk
memohon pertimbabangan dan kelulusan serta bantuan untuk kewangan dari
pihak yang berkenaan bagi menjalankan Program Khidmat komuniti yang
dianjurkan oleh Kumpulan 1 Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak , Kolej
Vokasional ( ERT ) Azizah , Johor Bahru . Program ini akan diadakan pada ….
Sehingga ….. di sebuah tempat yang dipilih iaitu Bengkel Pendidikan Awal
Kanak-Kanak 3 .

2.0 PENGENALAN
2.1 Kumpulan 1 Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak , Kolej Vokasional
( ERT ) Azizah , Johor Bahru dibentuk untuk melaksanakan kursus MPU
2412 Khidmat Komuniti bagi memenuhi jam kredit kursus disamping
membentuk tanggungjawab social serta meningkatkan pengetahuan
dalam pembangunan insaniah .
2.2 Program ini mendedahkan pelajar kolej vokasional tentang
tanggungjawab diri terhadap komuniti sekeliling memberi pendedahan
untuk mereka belajar bersosial dengan komuniti serta memberi peluang
kepada pelajar melakukan kerja dengan sukarela. Kami memilih Bengkel
Pendidikan Awal Kanak-Kanak 3 kerana sesuai untuk melaksanakan
modul kursus ini . Hal ini kerana , dari aspek komunitinya yang
mempunyai latar belakang yang pelbagai dan kemudahan yang masih
perlu dibantu.
2.3 Semangat kerjasama dalam pasukan dapat dipupuk melalui program ini .
Dengan adanya tenaga kerja dari setiap pelajar yang melaksanakan
aktiviti komuniti yang telah diaturkan iainya dapat membina semangat
kerjasama dalam diri setiap orang pelajar . Semangat ini merupakan
elemen yang penting bagi melahirkan pelajar yang mempunyai
tanggungjawab sosial dan bertanggungjawab melaksankan tugas-tugas
yang telah diberikan .
2.4 Selain memenuhi keperluan kursus, pelajar juga dapat mengaplikasikan
pembelajaran di luar kelas dalam kehidupan mereka seharian serta
mendapatkan ajaran daripada pihak pensyarah supaya dapat
mengamalkan sikap kepimpinan dan berkomunikasi yang baik dengan
komuiti luar .
3.0 MISI
Sebagai ahli jawatankuasa pelaksana, kami bertanggungjawab memastikan
kelancaran aktiviti ini dengan
3.1 Mematuhi peraturan dan sop norma baharu seperti mana yang ditetapkan
oleh pihak Kolej Vokasional.
3.2 Membentuk pelajar berkemahiran,berkomunikasi,bertanggungjawab dan
berkerjasama dalam kumpulan.
3.3 Melaksanakan aktiviti ini selaras dengan matlamat dan objektif yang
ditetapkan.

4.0 MATLAMAT
Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk menjadikan panduan dan rujukan
bagi memastikan kelancaran sepanjang aktiviti dilakukan.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Melatih pelajar bertanggungjawab seperti berhubung dengan pihak
pengurusan dan mengguruskan aktiviti dengan baik serta
bertanggungjawab ke atas tugas yang telah diagihkan.
5.2 Melatih pelajar kemahiran berkomunikasi sama ada berhubung dengan
ahli kumpulan atau pihak pengurusan.
5.3 Menyuntik semangat kepimpinan dan berpasukan yang ada pada pelajar
seperti menerima tanggungjawab,merancang, mengurus serta memberi
arahan dan menyelesaikan tugasan yang telah diagihkan.
5.4 Melatih pelajar mengamalkan nilai-nilai murni seperti bertolak ansur,
bertanggunjawab dan saling menghormati antara ahli kumpulan.

6.0 TEMA

7.0 ANJURAN

Program ini dianjurkan oleh Kumpulan Pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-
Kanak Kolej Vokasional (ERT) Azizah.

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada: Tarikh: Masa:

9.0 TEMPAT
Bengkel 3 Pendidikan Awal Kanak-Kanak

10.0 PENGLIBATAN

Peserta: 8 orang pelajar kolej vokasional kumpulan Diploma Pendidikan Awal


Kanak-Kanak

11.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

12.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

13.0 PERINCIAN PROGRAM

13.1 Pelajar yang terlibat berkumpul di hadapan bengkel


a) Objektif slot ini diadakan adalah untuk:
 Bersiap sedia untuk memulakan program
 Memastikan pelajar yang terlibat hadir dan mencukupi sebelum
memulakan program

b) Kaedah pelaksanaanya adalah seperti berikut:


 Setiap ahli jawatankuasa akan berkumpul di hadapan bengkel
sebagai persediaaan untuk memulakan program
 Setiap ahli akan dibahagikan tugas oleh ketua kumpulan

13.2 Sanitasi diri


a) Objektif slot ini diadakan adalah untuk:
 Memastikan kebersihan diri sentiasa terjaga.
 Mencegah penularan wabak covid-19

b) Kaedah pelaksanaanya adalah seperti berikut:


 Setiap ahli perlulah memakai pensanitasi tangan sebelum
melakukan aktiviti.
 Setiap ahli perlulah mengikut norma baharu sepanjang aktiviti
dijalankan
 Setiap ahli perlulah mengamalkan langkah-langkah
keselamatan sebelum, semasa, selepas menjalankan aktiviti.

13.3 Aktiviti gotong-royong


a) Objektif slot ini diadakan adalah untuk:
 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli jawatankuasa.
 Menjadikan golongan pelajar lebih proaktif dan kreatif.

b) Kaedah pelaksanaanya adalah seperti berikut:


 Setiap ahli jawatankuasa akan membahagikan tugas secara adil
oleh ketua kumpulan.
 Setiap ahli melaksanakan aktiviti mengikut kawasan yang
ditetapkan
 Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan.

13.4 Aktiviti keceriaan


a) Objektif slot ini diadakan adalah untuk:
 Menjadikan kawasan persekitaran bengkel ceria, bersih dan
selesa
 Memastikan ruang didalam bengkel lebih kondusif.

b) Kaedah pelaksanaanya adalah seperti berikut:


 Setiap ahli jawatankuasa menyusun semula maklumat di papan
kenyataan.
 Setiap ahli melakukan aktiviti mengecat di kawasan luar
bengkel.
 Ahli jawatankuasa perlulah melakukan aktiviti menghias di sudut
bacaan.
 Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan.
14.0 BELANJAWAN – Rujuk Lampiran C

15.0 TEMPAT URUSAN DAN RUJUKAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat


menyurat sila hubungi:

Penyelaras Kursus Khidmat Komuniti, Kolj Vokasional (ERT) Azizah,


Puan Nor Haslin Binti Husain di No. Telefon 01********

16.0 PENUTUP

Dengan adanya program khidmat komuniti ini diharapkan dapat


memberi satu pengalaman berharga dan bermakna kepada pelajar-pelajar
Diploma Kumpulan 1 Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kolej Vokasional ERT
Azizah. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai
panduan hidup pada masa hadapan. Semoga projek ini berjalan dengan
lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya. Dan juga semoga program
ini memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat. Kerjasama dan
sokongan tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Disediakan oleh,

………………………………

(Puan Nor Haslin Binti Husain)

Penyelaras Program Khidmat Komuniti,


Kumpulan 1 pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak,
Kolej Vokasional ERT Azizah.

Disemak oleh,

………………………………

(Puan Belinda Yeo Chiew Yen)

Pensyarah Kursus Khidmat Komuniti, Jabatan Pendidikan Umum,


Kolej Vokasional ERT Azizah.

Disokong dan diluluskan oleh,

………………………………

(Puan Hjh Sarifah binti Husin)

Pengarah Kolej Vokasional ERT Azizah.

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

Pengarah

Pn Hjh Sarifah Binti Husin

Penasihat Program

Puan Nor Haslin Binti Husain

Encik Muhammad Fauzee Bin Nordin

Fatin Zawiah Binti Abdah ( Penyelaras )

Effa riza Arianna Binti Arifaredza ( Setiausaha )

Nur Alia Syuhada Binti Mohamad Nazri ( Timbalan Setiausaha )

Bendahari
Nurul Ain Najwa Binti Muhammad Kamal

Perhubungan dan alatan : Hairun Nabila Binti Abdullah

Makanan dan minuman : Fatin Amirah Binti Farhan

Tugas–tugas khas : ahli-ahli

Bil Nama Ahli Tugasan


1. Anis Sofea Binti Rusli Cat dinding luar bengkel
2. Deya Iressa Hasnan Binti Abdullah Papan kenyataan
3. Effa Riza Arianna Binti Arifaredza Papan putih
4. Fatin Amirah Binti Farhan Bahagian cermin
5. Fatin Zawiah Binti Abdah Cat dinding luar bengkel
6. Hairun Nabila Cat besi tingkap
7. Nur Ain Najwa Binti Muhammad Kamal Cat pintu
8. Nur Alia Syuhada Binti Mohamad Nazri Kabinet C

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

TARIKH:

HARI:

MASA AKTIVTI 8:00 AM

o Berkumpul di hadapan bengkel PAK 3


o Aktiviti dimulakan pada pukul 8:30 AM hingga 11:30 AM

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA RM
1. Cat RM 45.00
2. Bekas cat RM 2.50
3. Bulu ayam RM 10.30
4. Surat khabar RM 2.97
5. Spray besi RM 8.50
JUMLAH(RM) RM 69.27

You might also like