Surat Peruntukan Pidato 2021 - JBSNT

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA NEGERI TERENGGANU

(No. Pendaftaran : PPBM.0002-0114/08 )


Tingkat 3, Wisma Seri Amar, Jalan Sultan Ismail 20200 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
No. H/P : 013-4567674(Pengerusi) | No. H/P : 017-9067237(Setiausaha)
Rujukan Kami :
GB4BM/NT/08/21(01)
Tarikh : 22 OGOS 2021

Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu,
Jalan Pasir Panjang,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu

Tuan / Puan

MEMOHON PERUNTUKAN PERTANDINGAN PIDATO PIALA PENGERUSI GERAKAN BELIA 4B(M) NEGERI
TERENGGANU PERINGKAT KEBANGSAAN 2021 KALI KE-2

Dengan segala hormat dan takzimnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Gerakan Belia 4B(M) Negeri Terengganu akan mengadakan Pertandingan
Pidato Piala Pengerusi Gerakan Belia 4B(M) Negeri Terengganu yang akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 25 September 2021 | Sabtu


Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Ibu pejabat gerakan Belia 4B Negeri Terengganu ( Secara Atas Talian)

3. Untuk makluman YB., pertandingan ini terbuka kepada seluruh Rakyat Negeri Terengganu, IPTA & IPTS
Seluruh Malaysia dan juga kepada pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Negeri Terengganu.
Pertandingan ini diadakan bagi memupuk semangat patriotisme, jati diri dan mampu berucap di khalayak ramai
serta memantapkan kemahiran komunikasi bahasa melayu standard.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan sukacitanya memohon Peruntukan Kewangan untuk
Bayaran Hakim Pertandingan dan Hadiah Kejohanan Pertandingan dalam menjayakan pertandingan pidato ini.
Dengan ini pihak kami sertakan lampiran kertas kerja pertandingan dan penyata bank.

5. Sebarang maklumat lanjut pihak YB. bolehlah menghubungi Setiausaha Gerakan Belia 4B(M) Negeri
Terengganu (017-9067237). Diatas sokongan dan komitmen pihak YB. berikan sempena pertandingan ini
diucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah S.W.T. sahaja yang mampu membalasnya.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU-BELAJAR-BEKERJA-BERKHIDMAT”
“BERGERAK“

Yang Benar,

( EN SHAHRIL BIN MARZUKI )


Pengerusi,
Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Terengganu.

You might also like