Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 Latar Belakang Dominasi Ketenteraan di Thailand

Thailand merupakan sebuah negara di Asia Tenggara yanag tidak pernah dijajah secara

langsung oleh kuasa besar seperti British, Sepanyol, Perancis dan lain-lain. Pada peringkat

permulaan Thailand telah diperintah oleh golongan diraja atau kerajaan monarki mutlak iaitu

pemerintahan kerabat diraja yang berkuasa penuh terhadap pemerintahan negara.

Kegemilangan pemerintahan kerajaan ini dapat dilihat pada tahun 1851 sehingga 1932 iaitu

bermula dengan Raja Mongkut dan berakhirnya dengan Raja Prajadhipok dan Raja

Vijaravudh. Selepas tahun 1932, kekuasaan pemerintahan kerajaan monarki mutlak kabur dan

akhirnya hilang kuasa apabila muncul gerakan revolusi pada 1932 yang menjadi permulaan

kepada perubahan pucuk kepimpinan negara Siam. Revolusi ini telah dijalankan oleh Parti

Rakyat atau People’s Party.1 Parti ini dianggotai oleh pegawai pertengahan tentera laut,

tentera darat, dan perkhidmatan awam. Parti ini diketuai oleh Phibun Songkram dan Pridi

Phanomyong. Pada masa tersebut, berlaku pelbagai kepincangan sama ada dari sudut politik,

ekonomi mahupun sosial. Rakyat melalui Parti Rakyat yang diterajui golongan tentera telah

meminta raja untuk menerima sistem kerajaan berpelembagaan dan kuasa raja menjadi terhad

dalam pemerintahan negara bagi menyelesaikan masalah kepincangan tersebut. Pertumpahan

darah tidak berlaku dalam perubahan pucuk kepimpinan sewaktu Revolusi ini berlaku.

Dengan kepimpinan tokoh seperti Phibun Songkram, maka bermulalah era dominasi

pemerintahan golongan tentera di Thailand sehingga masa ini.

1
Harold Crouch dan Zakaria Haji Ahmad (peny.). Military-Civilian Relations in South-East Asia (Singapore:
Oxford University Press, 1985), hlm. 79
1.1 Ekonomi

Tentera di Thailand mengawal dan mempunyai akses kepada sumber ekonomi untuk

kroni dan penyokong mereka. Antara dua kumpulan tentera yang utama ialah Soi Rajakru dan

Sisao Devex. Kumpulan-kumpulan ini menguasai bank dan institusi kewangan, dengan Soi

Rajakru menguasai 10 buah bank manakala Sisao Deves menguasai 12 buah bank dan insitusi

kewangan di Thailand. Sekotr industri pula masing-masing menguasai sebanyak 15 sektor

untuk kedua-dua kumpulan. Sektor perdagangan pula SR menguasai sebanyak 7 sektor

manakal SD menguasai 10 sektor.2

Pada tahun 1959, Thai Technical and Economic Cooperation Committee dan National

Economic Development Board mula diperkenalkan.3 Dalam rancangan ini, golongan tentera

memfokuskan kepada sektor pertanian dengan memperkenalkan pelbagai jenis tanaman

seperti jagung, padi, nanas, ubi kayu, kelapa, tebu, getah, sayur-sayuran serta buah-buahan.

Kawasan pertanian padi diperluaskan dan berjaya mencapai 15% pada tahun 1950 sehingga

1967. Perkembangan kawasan pertanian turut dilakukan terhadap tanaman lain pada tahun

berikutnya dan berkembang sebanyak 4 kali ganda dari tahun sebelumnya. Pengeluaran

terbaik adalah pada tahun 1968, hasil tanaman adalah sebanyak 33% daripada keseluruhan

jumlah sektor pertanian.4 Sarit juga telah membataskan penguasaan sistem ekonomi

terutamanya sektor perindustrian kepada orang Cina. Beliau meneliti sektor perdagangan

bebas dengan melibatkan rakyat tempatan dalam sektor perindustrian. Beliau juga telah

menyediakan saluran-saluran dengan memberi peluang kepada pegawai-pegawai tentera

untuk menjadi pengarah-pengarah syarikat yang baharu. Tugas pengarah-pengarah tersebut

adalah menjamin dan menguruskan syarikat supaya dapat berfungsi dengan baik. Perlantikan

pengarah syarikat daripada pegawai-pegawai tentera merupakan salah satu cara untuk

2
Lecture, 24 Januari 2022.
3
Hirsch, P., Development Dilemmas in Rural Thailand (Singapore: Oxford University Press, 1990), hlm. 50.
4
Ibid.
mengurangkan penguasaan orang Cina dalam sektor perindustrian. Ia juga turut mewujudkan

sesuatu kepakaran kalangan tentera dalam bidang perdagangan. Kerajaan Thailand juga

melakukan pinjaman modal asing daripada Jepun dan Taiwan. Hal ini menyebabkan

berlakunya kemasukan modal asing dan proses pengaliran mata wang asing juga dapat masuk

ke dalam negara. Perkara-perkara ini dapat membantu Thailand untuk merancang lebih

banyak program yang berkaitan pembangunan ekonomi. Perkembangan sektor ekonomi di

Thailand turut didukung dengan kemudahan prasarana yang telah dinaik taraf dari semasa ke

semasa. Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan infrastruktur yang baik telah

menyebabkan perluasan sektor pertanian komersial di Thailand.

Jadual menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang semakin meningkat semasa zaman

Phibun ke zaman Sarit Thanarat.5

Rancangan Ekonomi Kebangsaan yang kedua pada tahun 1967 sehingga 1971 telah

dijalankan oleh Thanom Kittikachon. Beliau mula memperbaharui rancangan ekonomi yang

dijalankan oleh Sarit dengan menukarkan nama baharu, iaitu National Economic and Social

Development Plan.6 Beliau mula mengfokuskan bidang ekonomi secara menyeluruh serta

menggalakkan pembangunan institusi sosial masyarakat yang meliputi sumber tenaga kerja,

aspek pendidikan, dan pembetulan dibuat kepada pemilihan pekerjaan dan juga peningkatan

sektor pertanian. Pelabur swasta juga berperanan dengan menyatakan usaha untuk

meningkatkan perkembangan bidang perindustrian, perkhidmatan dan perdagangan Thailand.

Kesan daripada perkembangan ini, Thailand dapat mengeluarkan barangan import gantian

5
Mehden, V. D., Fred R., (1970). ‘The Military and Development in Thailand’, Journal of Comperative
Administration, Vol. II, (1970), 323-340, hlm. 331.
6
Hirsch, P., Development Dilemmas in Rural Thailand, (Singapore: Oxford University Press, 1990), hlm. 50.
seperti getah, plastik, kaca, tayar, kasut dan barangan elektronik kecil. 7 Bahan-bahan ini

bukan sahaja dapat mengurangkan import negara, tetapi dapat meningkatkan ekonomi negara

dengan mengeksport barang tersebut ke luar negara. Semasa pemerintahan Sarit dan Thanom,

pertumbuhan ekonomi menjadi semakin baik. Hal ini kerana, kedua-dua pemimpin tersebut

menerapkan sikap ekonomi terbuka dengan menggalakkan kemasukan pelaburan asing dan

perdagangan komersial secara bebas dan terbuka. Sistem-sistem baru yang diperkenalkan ini

merupakan sistem yang sangat teratur sehingga membolehkan inflasi dan kemelesetan

ekonomi yang teruk sebelum pemerintahan mereka dapat dipulihkan.

2.0 Latar belakang Dominasi Ketenteraan di Myanmar

Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua dan kemerdekaan Burma pada 1948, Burma

menjadi negara sosialis demokratik dan menyertai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Pada Oktober 1958, ketika ketidakstabilan masyarakat meningkat ke tahap yang mendekati

krisis keselamatan negara, pemerintah awam dan Perdana Menteri U Nu meminta tentera dan

Ne Win untuk menjadi pemerintah sementara.8 Selepas politik Myanmar dipulihkan,

pemerintah sementara diharapkan akan melaksanakan pilihan raya umum dan

mengembalikan pemerintahan awam. Sokongan masyarakat terhadap tentera diperkuat

setelah tentera memfasilitasi pilihan raya 1960 dan mengakui kewibawaan Liga Kebebasan

Rakyat Anti-Fasis (AFPFL) pemerintah awam yang dipimpin oleh U Nu. Namun masyarakat

umum terus menganggap pemerintah terpilih tidak dapat memulihkan ketenteraman dalam

masyarakat Burma. Tentera terus dianggap sebagai pihak yang penting untuk memastikan

kestabilan sosial dan menjadi keutamaan tinggi di kalangan masyarakat Burma setelah

bertahun-tahun mengalami penjajahan dan Perang Dunia Kedua. Rampasan kuasa di Burma

mula berlaku pada 2 Mac 1962 dan ia merupakan satu

7
James C. I., Economic Change in Thailand (1850-1970, (California: Standford University Press, 1983), hlm.
261.
8
Harold Crouch dan Zakaria Haji Ahmad (peny.). Military-Civilian Relations in South-East Asia, hlm. 29
permulaan dominasi politik tentera dan pemerintahan satu pihak untuk jangka masa yang

panjang di Burma.9 Tentera telah menggantikan pemerintahan awam yang dahulunya

diperintah oleh bekas Perdana Menteri, U Nu kepada Majlis Revolusi,

kesatuan yang dipengerusikan oleh Jeneral Ne Win pada ketika itu. 10 Pada

Perlembagaan 1974,

Majlis Revolusi menyerahkan kekuasaan kepada pemimpin yang terpilih dan terdiri daripada 

satu parti sahaja iaitu Parti Program Sosialis Burma atau Burma

Socialist Programme Party (BSPP).11 Ne Win kekal berkuasa dan

mengetuai ngkatan tentera menerusi BSPP sehingga tahun 1988.

2.1 Tentera menguasai tunjang ekonomi negara dan kemerosotan ekonomi

Selepas tahun 1948, tentera mula berkembang dengan sendirinya dari sumber

kewangan negara. Sebagai contoh, Defense service institute (DSI), iaitu sebuah badan

korporat terlibat dengan perdagangan barangan konsumer dan juga dengan syarikat-syarikat

seperti Ava House, syarikat penerbitan & percetakan, Burma Five Star Line, Rowe & Co.,

Burma Asiatic Co., Interntional Trading House dan ebagainya.12 Menurut Josef:

In all DSI controlled fourteen enterprises, ranging from shipping and banking

to hotels and the sale of local products such as ngapi (fishpaste) to firewood.13

Ini jelas menunjukkan bahawa tentera di Myanmar mula menguasai atau melibatkan

diri mereka dengan perdagangan meskipun mereka merupakan badan profesional. Kerajaan

junta tentera ini melakukan satu kawalan ekonomi yang berunsurkan radikal sosialis, iaitu

Dasar Ekonomi tentera atau dikenali sebagai Sosialisme cara Burma atau Burmese Way to

9
Ibid, hlm. 34.
10
Ibid. hlm. 35
11
Ibid.
12
Lecture, 24 Januari 2022.
13
Josef Silverstain. Burma: Military Rule and the Politics of Stagnation, (Ithaca: Cornell University Press, 1977)
hlm. 153
Socialism.14 Polisi atau ideologi ini merupakan unsur campuran daripada fahaman

Marxisme, agama Buddhisme, dan juga berunsurkan anti-kapitalisme.  Ia lebih menuju ke

arah

revolusi sosial & ekonomi supaya wujud masyarakat yang menjamin kebajikan sosioekonomi 

anggota mereka. Polisi ekonomi tentera ini telah menyebabkan berlakunya kemunduran

ekonomi kerana mempunyai unsur-unsur perkauman. Di bawah polisi tersebut, sebanyak

15000 syarikat swasta dinasionalkan termasuklah syarikat persendirian dan perdagangan juga

telah dihadkan.15 Polisi ini dilihat bersifat perkauman kerana perniagaan yang melibatkan

orang India dan China dinasionalkan atau dimilik negarakan. Ratusan dan ribuan buruh India

tanpa kewarganegaraan yang sah dipaksa keluar dari negara tersebut. Menerusi dasar

penasionalan ini telah menyebabkan kekurangan dalam barangan pengguna, bahan api, bahan

mentah dan alat ganti serta memaksa sesetengah kilang ditutup atau beroperasi di bawah

kapasiti sebenar.

Pasaran gelap menjadi ciri utama masyarakat Burma, mewakili sekitar 80% ekonomi

negara Myanmar.16 Perbezaan pendapatan menjadi masalah sosioekonomi utama mendesak

pengguna untuk membeli barangan di pasaran gelap. Selain itu, ketiadaan keperluan asas

seperti pakaian, serta ubatan juga telah menyebabkan perkembangan pasaran gelap. Perkara

ini jelas menunjukkan sistem pengeluaran awam dalam ekonomi rasmi nominal yang tidak

sesuai kerana kebanyakan barangan penting mula dijual semula di pasaran gelap kepada

pengguna. Perkara ini juga diburukkan lagi dengan sekatan terhadap import, iaitu sebanyak

satu pertiga daripada import rasmi telah dipotong antara 1982-1987 dan 1987-1988.17 Sekatan

ini adalah salah satu dari perlaksanaan dasar isolasi di Myanmar. Ia telah memberi kesan
14
Harold Crouch dan Zakaria Haji Ahmad (peny.). Military-Civilian Relations in South-East Asia, hlm. 35
15
Aini Fatihah Roslam, Nor Azizan Idris, dan Zarina Othman. ‘Pendekatan Konstruktif ASEAN – Myanmar:
Sorotan Kajian Lepas’. JULI 1:1. (2015) 28-30. (hlm. 29)
16
Aung-Thwin, Maureen; Thant, Myint-U (1992). ‘The Burmese Ways to Socialism’. Third World Quarterly.
Taylor & Francis, Ltd. 13 (1): 67–75. (hlm. 67)
17
Aini Fatihah Roslam, Nor Azizan Idris, dan Zarina Othman. 2015. ‘Pendekatan Konstruktif ASEAN –
Myanmar: Sorotan Kajian Lepas’, hlm. 30
kepada kadar tukaran asing Myanmar. Melalui sistem ini, pembangunan ekonomi dan sosio-

politik semakin menjadi mundur. Justeru, walaupun Myanmar merupakan negara terkaya dari

segi sumber alam di Asia Tenggara, namun akibat perlaksanaan dasar sosialisme yang tidak

efektif menyebabkan situasi ekonomi semakin buruk.

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pemerintahan golongan tentera sememangnya memainkan peranan

dalam membawa perubahan dan permodenan kepada negara Thailand. Namun, ia berbeza

dengan Myanmar di mana pemerintahan golongan tentera ini tidak membawa perubahan dan

pemodenan dan hanya pada tempoh tertentu sahaja. Jeneral Ne Win hanya memberi

perubahan pada masa pemerintahannya sebagai caretaker government, iaitu jangka masa

pendek (1958-1960), tetapi beliau tidak dapat meneruskan momentumnya dalam membawa

perubahan kepada Myanmar pada jangka masa yang panjang. Maka, setiap dominasi

ketenteraan dalam pemerintahan sesebuah negara berbeza mengikut kehebatan pemimpinnya

dalam membawa perubahan atau pemodenan kepada negara mereka pada setiap masa atau

pun hanya untuk tempoh tertentu sahaja.


Bibliografi

Josef Silverstain. Burma: Military Rule and the Politics of Stagnation, (Ithaca: Cornell
University Press, 1977)
John L S Girling. Thailand: Society and Politics (Ithaca: Cornell University Press, 1981)
Harold Crouch dan Zakaria Haji Ahmad (peny.). Military-Civilian Relations in South-East
Asia (Singapore: Oxford University Press, 1985)
Somboon Suksamran. Military Elite in Thai Politics (Singapore: Institute of Southesat Asian
Studies, 1984)
Aini Fatihah Roslam, Nor Azizan Idris, dan Zarina Othman. ‘Pendekatan Konstruktif
ASEAN – Myanmar: Sorotan Kajian Lepas’, JULI 1:1 (2015), 28-30
Aung-Thwin, Maureen, and Thant Myint-U. “The Burmese Ways to Socialism.” Third World

Quarterly 13, No. 1 (1992): 67–75. http://www.jstor.org/stable/3992410

You might also like