Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Perarakan Chingay tanda perpaduan

Februari 26, 2019 

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan memalu gong sebagai simbolik
merasmikan Festival Perarakan Chingay 2019 di Jalan Wong Ah Fook hari ini. Turut sama
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Johor Liow Cai Tung
(depan empat, kiri) dan Presiden Persatuan Tiong Hua Johor Bahru Datuk Seri Tey Kim
Chai (depan tiga, kiri)

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenan
berangkat ke Festival Perarakan Chingay 2019 bagi melihat acara kemuncak di
sepanjang Jalan Wong Ah Fook di sini, malam tadi.

Ketibaan Tunku Ismail pada jam 9.10 malam disambut Speaker Dewan Undangan
Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung.

Tunku Ismail kemudian berkenan memalu gendang sebagai simbolik perasmian


festival perarakan sebelum berkenan meluangkan masa lebih satu jam menyaksikan
perarakan kereta berhias dan pelbagai persembahan tarian singa.
Orang ramai menyaksikan perarakan kereta berhias pada Festival Perarakan Chingay 2019
di Jalan Wong Ah Fook hari ini.

Sementara itu, Tunku Ismail dalam entri laman Facebooknya berkata, beliau sempat
beramah mesra dan berbual dengan peserta perarakan daripada pelbagai lapisan
umur apabila menghadiri pesta itu pada tahun sebelumnya.

“Saya melihat persembahan yang sangat menarik dan berwarna-warni.

“Lebih penting lagi, perayaan ini satu daripada simbol keutuhan perpaduan antara
kaum di Johor. Saya harap keamanan dan semangat muafakat ini dapat diteruskan
dan turut disemai dalam kalangan anak Johor,” katanya.

Hampir 50,000 pengunjung termasuk pelancong warga asing mula membanjiri


bandar raya ini sejak jam 4 petang tadi bagi menyaksikan perarakan berkenaan
yang juga antara acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri ini.
Orang ramai menyaksikan perarakan naga bersama geliganya pada Festival Perarakan
Chingay 2019 di Jalan Wong Ah Fook hari ini. 

Perarakan sepanjang 7.8 kilometer bermula dari Tokong Xing Gong di Jalan Ulu Air
Molek dan ia hasil kerjasama lima dialek Tionghua iaitu Hainan, Kantonis, Hakka,
Hokkien dan Teochew, yang turut membabitkan penyertaan lebih 10 kereta berhias.

Perarakan Chingay ialah acara kebudayaan masyarakat Tionghua di Johor sejak


1870 yang memupuk perpaduan antara kaum di negara ini.

You might also like