Surat Pandu Puteri

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN (P) PUDU SATU

JALAN FOSS, 55200 KUALA LUMPUR.

Tel. 03-92218354
________________________________________________________________________

Rujukan. Kami : 600-3/4/10/3


Rujukan Tuan :
Tarikh : 2 Januari 2020

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan (P) Pudu Satu
Jalan Foss
55200 Kuala Lumpur

Puan,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN TUNAS PANDU PUTERI

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, AMRINA ROSYADA BINTI ABDUL


RAHMAN berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998 P.U.
(A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon
untuk menubuhkan PERSATUAN TUNAS PANDU PUTERI SEKOLAH KEBANGSAAN
(P) PUDU SATU mulai 2 hb. Januari 2020.

2. Bersama-sama dengan ini disertakan :

2.1 Draf Perlembagaan


2.2 Draf Aktiviti Asas
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa

3. Kerjasama daripada pihak puan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan
diucapkan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

…………………………………..
(AMRINA ROSYADA BINTI ABDUL RAHMAN)
Guru Penasihat
Persatuan Tunas Pandu Puteri
SK (P) Pudu Satu
Jalan Foss
55200 Kuala Lumpur
SEKOLAH KEBANGSAAN (P) PUDU SATU
JALAN FOSS, 55200 KUALA LUMPUR.

Tel. 03-92218354
________________________________________________________________________

Rujukan. Kami : 600-3/4/10/3


Rujukan Tuan :
Tarikh : 4 Januari 2020

Pn. Amrina Rosyada binti Abdul Rahman


Guru Penasihat Persatuan Tunas Pandu Puteri
Sekolah Kebangsaan (P) Pudu Satu
Jalan Foss
55200 Kuala Lumpur.

Tuan,

KELULUSAN PENUBUHAN PERSATUAN TUNAS PANDU PUTERI

Merujuk surat tuan 600-3/4/4 (1) bertarikh 2 Januari 2020 dinyatakan bahawa dengan
kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti
yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U. (A)
196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk menubuhkan PERSATUAN TUNAS
PANDU PUTERI SEKOLAH KEBANGSAAN (P) PUDU SATU adalah DILULUSKAN
berkuat kuasa mulai 4 hb. Januari 2020.

Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Sekian,terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

……………………………...
(HAMIDAH BINTI DOLMAT)
Guru Besar
SK (P) Pudu Satu
Jalan Foss
55200 Kuala Lumpur

You might also like