BPMR Final Assign

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN


(PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TAJUK TUGASAN
INDUSTRI FRANCAIS

BPME 1013
ASAS KEUSAHAWANAN

NAMA PENSYARAH
TS. DR. MATHIVANNAN JAGANATHAN

DISEDIAKAN OLEH
AZRUL BIN AZYAN (283722)
MOHAMAD WALIYUDDIN BIN HAMZAH (283933)

30 SEPTEMBER 2021
1
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

LAMPIRAN 1

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER JULAI 2021/2022 (JJ212)


BPME1013- ASAS KEUSAHAWANAN

SKEMA MARKAH

NO Penilaian Markah Yang Markah


Diperuntukkan Yang
Diperolehi
1 Pengenalan 5

2 Huraian, Perbincangan 20
dan Cadangan
3 Kesimpulan 5

4 Rujukan dan Lampiran 5


5 Kualiti Penulisan 5
6 Blog -

Jumlah Markah 40 markah

Komen:

Tandatangan Pemeriksa: _________________________


Nama Pemeriksa: _________________________
Tarikh: _________________________

2
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S

1. ISI KANDUNGAN …………………………………………….... 3


2. PENGENALAN …………………………………………………. 4
3. SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS PADA
PERINGKAT GLOBAL & MALAYSIA.…….…………………. 5-6
4. KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP
PEMBANGUNAN EKONOMI & SOSIAL……………………… 6-7
5. TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI
MALAYSIA BESERTA INDUSTRI FRANCAIS DI
MALAYSIA………………………………………………………. 7-9
6. SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN & SWASTA
INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA………………………… 9-10
7. CABARAN ATAU HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH
FRANCAIS DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA……………… 10-11
8. MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA........ 11-12
9. KESIMPULAN ……………………………………………………. 12
10. RUJUKAN ...……………………………………………………….. 13
11. LAMPIRAN………………………………………………………… 14

3
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PENGENALAN

Francais adalah perkataan yang berasal dari Perancis yang membawa maksud hak atau
kebenaran istimewa yang diberikan oleh pengeluar kepada pengusaha bagi memasarkan
sesuatu produk atau perkhidmatan yang berkaitan. Selain itu, francais juga merupakan satu
kaedah pengedaran serta pemasaran berdasarkan hubungan dua belah pihak iaitu francaisor
(pemilik dan pemberi hak) dan pemegang francais (penerima hak). Francaisor adalah pemilik
francais menerusi syarikat atau institusi yang dibangunkan atau seseorang yang memberi
keizinan dan hak francais tersebut kepada pihak yang berdaftar sebagai penerima francais
(David, 2003). Manakala francaisi pula merujuk kepada seseorang yang membeli atau
menerima hak perniagaan francais termasuk hak francaisi dan subfrancaisi. Di Malaysia,
francais dijalankan oleh francaisi dengan menjual produk atau perkhidmatan francaisor tanpa
menggunakan kaedah yang digunakan francaisor dalam menjalankan perniagaan tersebut.

Pada zaman kini, perniagaan berbentuk francais telah diterima baik di seluruh negara di dunia
sebagai tonggak utama penjanaan ekonomi negara. Pelbagai jenis industri francais di
antaranya adalah francais pengedaran produk, francais tanda nama (cap dagangan) dan
francais format perniagaan. Bagi model francais pengedaran produk, ianya adalah merujuk
kepada hubungan pembekal dan penjual. Namun, pemegang francais diperlukan untuk
mematuhi beberapa garis panduan seperti bersetuju untuk menjual jenama francaisor sahaja.
Sebagai contoh francais pengedaran produk terkenal ialah Volvo Car Corporation dan Coca-
Cola. Manakala bagi format perniagaan francais pula bermaksud kepatuhan francaisi dalam
membuat pengedaran produk dan perkhidmatan francaisor di bawah tanda perdagangan
francaisor serta melaksanakan format dan prosedur franchisor dalam menjalankan
perniagaan. Ianya meliputi nama francais, produk dan perkhidmatan, prosedur, manual dan
piawaian, system pengendalian pemasaran dan kemudahan sokongan. Antara contoh format
francais perniagaan di Malaysia adalah KFC, McDonalds, Pizza Hut dan Starbucks Coffee.
Di antara kelebihan daripada perniagaan francais ini adalah dapat meraih perhatian para
pengguna dan pengunjung secara berpanjangan serta membuka minat lebih ramai penyertaan
para pelabur untuk dijadikan sebagai francaisi.

4
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

1. SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS PADA PERINGKAT


GLOBAL & MALAYSIA

Lebih satu ratus tahun dahulu, industri francais merupakan satu perniagaan yang berkembang
pesat di beberapa negara di Eropah dan Amerika Syarikat. Pada waktu itu merupakan
bermula nya industri francais yang maju di dunia ini. Oleh yang demikian, francaisi
merupakan seorang yang paling penting yang diberi kebebasan dan hak bagi wilayah tertentu
bagi memastikan pelaksanaan arahan dan peraturan termasuk membuat penilaian dan
memungut hasil cukai. Pada kurun ke-18, sistem francais pertama ditemukan di Jerman
apabila jenama bir (Bir Spaten) telah mengenakan cas kepada penjual-penjual yang
menggunakan jenama bir tersebut. Walau bagaimanapun, pada abad ke-19, sistem francais
moden telah diadaptasikan oleh McCormick Harvesting Machine Company dan Singer
Sewing Machine Company dalam pengedaran barangan mesin jahit keluaran syarikat
berkenaan sekitar tahun 1850-an. Singer Sewing Machine Company bertindak memberi lesen
bagi hak pengedaran produk-produk Singer kepada syarikat-syarikat individu sebagai ejen
pengedaran di pasaran. Kemudian, syarikat yang mengusahakan pemasaran kenderaan seperti
General Motors yang berasal dari Amerika Syarikat juga telah melantik pengedar francais
nya sendiri.

Trend francais moden ini diteruskan dengan penemuan McDonalds oleh Ray Kroc pada tahun
1955 di mana rangkaian McDonalds telah menembusi pasaran di keseluruhan pelusuk dunia
dan menjadi keinginan dan pilihan masyarakat moden. Sistem francais menjadi semakin
popular dan di iktiraf sebagai salah satu penemuan global yang cukup hebat dalam strategi
pemasaran yang mantap. Berdasarkan laporan Asia Franchise Powerbrand dari Global
Franchise pada tahun 2019, sektor francais di negara Jepun telah mencatatkan nilai jualan
sebanyak USD 260 bilion (RM 752.67 bilion) setahun melalui 1,335 francais dengan lebih
263,000 francaisi.

Industri francais di Malaysia telah diperkenalkan menerusi sistem pawah yang sentiasa
digunakan dalam setiap pemberian hak dalam mengusahakan tanah pertanian dan ternakan.
Menerusi sistem pawah ini, pemilik tanah pertanian dan ternakan akan menyerahkan hak
kepada para pengusaha bagi mengusahakan tanah tersebut atau pemeliharaan binatang
ternakan mereka. Sebagai ganjaran, kedua belah pihak bakal menikmati habuan masing-

5
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

masing hasil daripada perkongsian ini berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui. 60
tahun yang lalu, merupakan kewujudan awal perniagaan francais Di Malaysia yang di
dominasi oleh syarikat hebat seperti Bata dan Singer. Pada tahun 1963, sistem francais
berbentuk format perniagaan telah diperkenalkan di Malaysia melalui pembukaan cawangan
pertama A&W di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan diikuti oleh pembukaan
cawangan pertama McDonalds pada tahun 1982 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Data
terkini pada tahun 2021 telah menunjukkan sebanyak 1,302 francais telah berdaftar di bawah
Malaysian Franchise Association (MFA) yang telah ditubuhkan pada tahun 1994 dalam
membantu pelaksanaan program kerajaan dalam mempromosikan keusahawanan menerusi
peluang francais. Ini membuktikan bahawa sektor francais di Malaysia telah diterima dengan
hebat dalam kalangan masyarakat dan merupakan diantara sektor yang banyak menyumbang
kepada peningkatan sumber ekonomi negara ini. Di Malaysia, perkara-perkara yang berkaitan
francais dikawal di bawah Akta Francais 1998 dan aktiviti-aktiviti bagi tujuan pembangunan
industri francais pula diterajui oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

2. KEPENTINGAN INDUSTRI FRANCAIS TERHADAP PEMBANGUNAN


EKONOMI & SOSIAL

Perniagaan francais yang berkembang dapat memberi banyak manfaat terhadap ekonomi
sesebuah negara berikutan pertumbuhan perniagaan yang dirangsang oleh kewujudan
usahawan-usahawan tempatan yang bakal menawarkan produk-produk yang berjenama.
Justeru itu, ianya juga membantu dalam pertukaran serta pemindahan idea-idea, teknologi
serta kepakaran dalam membangunkan ekonomi negara agar menjadi pesat dan membangun.
Lantaran itu juga, industri francais ini telah menggalakkan perdagangan antarabangsa terus
berlaku menerusi pakej-pakej pelantikan francaisor tempatan dari francaisi induk sekali gus
menyumbang kepada pertukaran mata wang negara serta membuka peluang-peluang
pekerjaan kepada penduduk serta masyarakat setempat. Perkembangan sektor francais yang
positif di Malaysia telah memberi petanda yang baik terhadap masa depan pertumbuhan
ekonomi negara selain dapat mewujudkan trend kehidupan yang lebih selesa dengan
pengurangan penggangguran dapat dicapai berikutan galakan ke arah bidang keusahawanan
kepada usahawan kecil dan sederhana. Kejayaan francais di Malaysia dibuktikan dengan
sumbangan sebanyak RM 27.89 bilion pada tahun 2017 kepada Keluaran Dalam Negara

6
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Kasar (KDNK). Pertumbuhan positif tersebut bekal merealisasikan hasrat kerajaan untuk
menjadikan Malaysia sebagai hab francais serantau di Asia Tenggara (Suhaila, 2018).

Dari sudut sosial pula, perniagaan francais ini dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan
kepada masyarakat di Malaysia. Bidang perniagaan ini membuka ruang kepada masyarakat
untuk bekerja sebagai peniaga atau pekerja di dalam organisasi perniagaan terbabit. Taraf
kehidupan masyarakat dapat ditingkatkan melalui pendapatan yang diperoleh melalui
perkejaan dalam sektor perniagaan tersebut. Selain itu, perniagaan francais ini juga dapat
memenuhi permintaan masyarakat terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan tersebut.
Segala urusan jual beli yang dijalankan oleh peniaga dapat menghasilkan keuntungan dan
pembeli pula dapat memenuhi segala kehendak serta keperluan mereka dalam meneruskan
kehidupan seharian.

Sektor perniagaan francais ini juga dapat menyumbang terhadap pembangunan fasiliti dan
kemudahan sesuatu kawasan berkenaan dalam menarik dan meyakinkan pelabur-pelabur dari
luar untuk membuat pelaburan. Hal yang demikian, pihak berkuasa tempatan akan
meningkatkan projek baik pulih serta naik taraf kemudahan infrastruktur seperti jalan raya,
bekalan elektrik dan air di kawasan yang terlibat. Selain itu, masyarakat juga mampu
bersaing dalam perniagaan francais di peringkat antarabangsa berikutan penguasan ilmu
perniagaan yang meluas dalam kalangan masyarakat negara ini. Hal ini dapat menjadikan
pesaingan perniagaan yang sihat berlaku di antara peniaga dari negara-negara maju dengan
peniaga dari negara Malaysia.

3. TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA


BESERTA INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Negara Malaysia boleh dikategorikan sebagai negara yang sedang maju dalam pembangunan
industri francais. Ini berikutan wujudnya kepelbagaian dalam industri francais yang
berkembang pesat dan berdaya saing. Beberapa program pembangunan telah dirangka oleh
pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi
memastikan industri francais di Malaysia setiasa di tahap yang terbaik dan berkembang maju.
Antara program-program pembangunan industri francais yang dirangka adalah seperti
berikut:

7
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

a) Program Pembiayaan
b) Program Promosi
c) Program Pembangunan Domestik
d) Program Francais Mikro dan Mampu Milik

3.1 PROGRAM PEMBIAYAAN

Antara initiatif kerajaan dalam memastikan pembangunan pesat industri francais di Malaysia
adalah menyediakan Skim Pinjaman Kecil Francais (SPKF) dalam membantu kewangan
ataupun modal awalan bagi kemasukan golongan muda sebagai francaisi tempatan dengan
pinjaman maksimum berjumlah RM 50,000.00.

3.2 PROGRAM PROMOSI

Bagi program selanjutnya, pihak KPDNHEP memperkenalkan pameran francais di mana


syarikat-syarikat francais di beri peluang untuk mengadakan promosi kepada orang ramai
yang cenderung untuk menjadi usahawan dan kumpulan peniaga kecil yang berminat untuk
mengembangkan perniagaan kepada konsep francais. Pameran ini akan di jayakan dengan
penyertaan francaisor induk yakni syarikat mahupun individu yang mempunyai hak tanda
dagangan atau nama dagangan di Malaysia. Contohnya, penglibatan syarikat tersohor seperti
McDonalds, Secret Recipe dan Senheng.

3.3 PROGRAM PEMBANGUNAN DOMESTIK

Bagi memastikan tahap pembangunan francais di Malaysia bertambah dengan baik, pihak
KPDNHEP juga mengadakan satu seminar francais secara atas talian (Webinar) bagi
memberi pendekatan dalam usaha menyampaikan maklumat terkini kepada golongan sasaran
dalam meneruskan agenda dalam pemerkasaan perniagaan francais. Selain itu, program ini
dapat memberi pendedahan dalam asas perniagaan francais kepada bakal usahawan serta
pendedahan terhadap peluang-peluang perniagaan yang ada di Malaysia. Pakej-pakej
pembiayaan kewangan juga turut dibincangkan dalam seminar ini bagi memberi maklumat
dan manfaat kepada bakal usahawan dalam mendapatkan modal permulaan perniagaan
francais mereka.

8
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

3.4 PROGRAM FRANCAIS MIKRO DAN MAMPU MILIK

Pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) telah memperuntukkan sejumlah RM5 juta dalam melaksana dan menjayakan
program ini. Pengkhususan diberikan terhadap golongan B40 dan M40 yang berminat
menceburi bidang perniagaan francais. Pelbagai jenis pakej francais mampu milik dan pakej
francais mikro diberikan dalam usaha kerajaan meningkatkan bilangan usahawan francais
dari golongan B40 dan M40 berkenaan. Tujuan program ini ialah mengembangkan peluang
perniagaan francais kepada golongan yang terjejas teruk akibat pandemic Covid-19. Selain
itu juga, peluang pekerjaan dapat dihasilkan berikutan kewujudan bilangan syarikat francais
yang ditubuhkan oleh golongan B40 dan M40 tersebut. Melalui program francais mikro,
KPDNHEP telah menawarkan sejumlah RM50,000.00 bagi mana-mana golongan B40
mahupun M40 yang ingin membuka perniagaan sendiri sebagai francaisi. Manakala, program
francais mampu milik pula, penawaran pakej RM100,000.00 ke bawah bagi golongan-
golongan lain yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan sendiri sebagai francaisi.

Antara syarikat-syarikat francais yang wujud di Malaysia adalah seperti berikut:

a) Bubblebee Sdn Bhd


b) A&W (M) Sdn Bhd
c) Gintel (M) Sdn Bhd
d) 7 Eleven (M) Sdn Bhd
e) Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd
f) Nelson’s Franchise (M) Sdn Bhd
g) Kyros International Sdn Bhd

4. SISTEM SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN & SWASTA


INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

4.1 KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL


PENGGUNA (KPDNHEP)

9
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Peneraju utama yang melaksanakan dan menjayakan program pembagunan francais di


Malaysia ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP). KPDNHEP diberi tugas dan tanggungjawab untuk membangunkan francais di
Malaysia. Untuk itu, KPDNHEP mewujudkan bahagian Pembangunan Francais, KPDNHEP
yang berperanan membangunkan perniagaan francais di Malayaia.

Wujudnya bahagian ini akan mengetahui mengenai perniagaan tempatan yang sedia ada
untuk dibangunkan menjadi perniagaan francais. Bahagian ini juga mengurus usahawan-
usahawan yang baru untuk mendaftarkan perniagaan francais mereka. Malah Latihan,
promosi dan kemudahan perniagaan untuk membantu usahawan-usahawan yang ingin
menyertai perniagaan francais juga disediakan oleh KPDNHEP.

4.2 PELAN INDUK PEMBANGUNAN FRANCAIS NASIONAL (PIPFN)

Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) 2021-2025 yang dikeluarkan oleh
pihak kerajaan melalui KPDNHEP bagi merancakkan perniagaan francais dalam dan luar
negara untuk menggandakan nilai jualan francais menjelang 2025. PIPFN juga antara
sebahagian daripada pelan pemulihan selepas COVID-19. Pelan lima tahun ini dirangka
untuk memulihkan industri francais yang terkesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) berikutan pandemic Covid-19.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta
LInggi berkata nilai jualan industri francais pada 2018 sebanyak RM11 billion dan RM13
billion pada 2019 dan melalui PIPFN mengharapkan jualan industri francais digandakan
menjelang tahun 2025.

4.3 PERSATUAN FRANCAIS MALAYSIA (MFA)

Pembentukan MFA adalah untuk memperkembangkan perniagaan francais di Malaysia.


Wujudnya MFA diharap francais di Malaysia dapat diciptakan dengan persekitaran yang
kondusif untuk perkembangan francais. Semua yang terlibat dalam francais perlu akur pada
Kod Etika MFA ‘Tingkah Laku Profesional Pengamal Francais’ dan MFA kuatkuasakan
etika ini dengan tegas.

5. CABARAN/HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN


FRANCAISOR DI MALAYSIA

10
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Industri francais merupakan satu perniagaan yang berasaskan di antara hubungan francaisi
dan francaisor, pasti ada sedikit masalah antara francaisi dan francaisor. Selain daripada
masalah hubungan antara francaisi dan francaisor, terdapat juga halangan lain untuk
memulakan perniagaan francais.

Halangan yang disebabkan daripada permintaan daripada francaisor semasa baru memulakan
perniagaan kerana francaisor akan menetapkan pelan perniagaan mengikut modal yang
dimiliki. Sekiranya gagal, bakal-bakal usahawan perniagaan francais tidak dapat memiliki
francais berkenaan dan francaisor akan gagal dalam mengembangkan perniagaannya.

Bukan itu sahaja ketidakcekapan dalam memulakan perniagaan juga salah satu konsep yang
disediakan oleh francaisi. Ia memerlukan kemahiran atau pengalaman untuk menguruskan
perniagaan dengan cekap dan teratur.

Perniagaan francais memerlukan pemilihan lokasi yang sesuai dan bertepatan dengan
penajaan francais yang ingin dijalankan. Dengan membuat pemilihan lokasi yang tidak tepat
akan mengakibatkan perniagaan francais mengalami kerugian. Sekiranya tersilap langkah,
pembukaan francais akan menghadapi kegagalan yang berpunca daripada kesilapan lokasi
pilihan. Oleh sebab itu lokasi menjadi salah satu perkara utama yang dititikberatkan dan
menjadi salah satu permasalahan untuk fracaisi dan francaisor.

Francaisi perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara-perkara yang bakal terjadi seperti
pada masa sekarang pendemik COVID-19 juga menjadi salah satu faktor luaran yang akan
menjejaskan serba sedikit perniagaan francasi.

Pihak francaisor akan mengalami masalah sekiranya terdapat frod atau pernipuan dari segi
bayaran royalti, caj perkhidmatan, peniruan produk dan sebagainya apabila francaisor
berkembang pesat. Apabila francaisor gagal mengatasi setiap cabaran atau halangan boleh
mengakibatkan kemusnahan ikatan penfrancisan.

6. MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Perniagaan francais antara industri penting di Malaysia yang memberi banyak sumbangan
kepada ekonomi negara. Menurut Menteri Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta
Linggi, walaupun perniagaan francais mengalami kesan yang besar ekoran pandemic

11
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

COVID-19, peningkatan terhadap aktiviti jual beli dalam talian mencatatkan peningkatan
sebanyak 28.9 peratus sehingga April lalu.

Perniagaan francais mendapat kesan yang besar kepada ekonomi tetapi jualan beli dalam
talian telah menunjukkan lonjakan yang sangat luar biasa. Perniagaan francais sehingga kini
mempunyai francaisor sebanyak 583 francaisor tempoatan dan 63 francaisor asing yang
berdaftar bawah KPDNHEP berdasarkan Laporan TAhunan Perniagaan Francis pada 2018
melebihi RM11 billion nilai jualan.

Perniagaan francais secara dalam talian yang mendapat kerjasama daripada Persatuan
Francais Malaysia (MFA) dan Shopee yang banyak memberi impak dalam kemajuan
francais. Untuk masa akan datang usahawan tempatan haruslah menceburi bidang francais
sehingga pasaran antarabangsa menggunakan produk sedia ada.

KPDNHEP memberi peluang perniagaan dan kedudukan sosioekonomi rakyat melalui


pemborong dan peruncit, francais, jualan langsung, penjaja peniaga kecil. Walaupun isu
pandemik COVID-19 yang dialami memberi impak terhadap ekonomi global, platform dalam
talian menjadi salah satu saluran alternatif kerana pengguna tidak boleh melakukan
perjalanan semasa PKP.

Sehubungan dengan itu, inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan kepada perniagaan francais
dapat membantu negara mencapai hasrat untuk mempertingkatkan pendapatan Malaysia
kearah pendapatan yang lebih tinggi.

KESIMPULAN

Industri francais merupakan antara industri yang penting dengan memberi sumbangan
signifikan kepada ekonomi negara. Terlalu banyak usaha kerajaan dalam membangunkan
indsutri francais. Bukan itu sahaja syarikat-syarikat francais tempatan juga tidak ketinggalan
dengan francais-francais yang terkenal antarabangsa dan ini sedikit sebanyak meningkatkan
reputasi nama negara di mata dunia. Oleh itu, francaisor mahupun francaisi perlu bersedia
menghadapi setiap cabaran atau halangan yang mendatang untuk bertahan lama, lebih-lebih
lagi dengan situasi pandemic COVID-19 sekarang. Sekiranya ada disiplin dan hala tuju yang
betul pasti industri francais dapat mempertimbangkan perniagaan francais dengan lebih
cemerlang.

12
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

RUJUKAN

SME Corporation Malaysia. (2021). Pengenalan Kepada Francais.


https://www.smeinfo.com.my/francais/pengenalan-kepada-francais/

Ross Gilfillan. (2019). 2019 Franchise Powerbrands, Asia the Brands Driving Growth.
London: Aceville Publication Limited

Malaysian Franchise Association. (2021). Franchise Directory.


http://www.mfa.org.my/newmfa/business-directory/page/14/?action=viewlistings

(2016). Menjadi Jutawan Dengan Perniagaan Francais.


http://jutawanperniagaanfrancais.blogspot.com/2016/07/20-sejarah-pembangunan-
industri_28.html

Suhaila Shahrul Annuar. (2018). 851 syarikat berdaftar dengan KPDNKK. Berita Harian
Online, 6 februari 2018. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/385295/851-
syarikat-francais-berdaftar-dengan-kpdnkk

13
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

LAMPIRAN

14
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

15

You might also like