Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

HSA 101 – PENGANTAR SEJARAH

SEMESTER II, SIDANG AKADEMIK 2019 / 2020


PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SOALAN TUGASAN :

Ssu-ma Ch’ien (Sima Qian) dianggap sebagai “…satu-satunya sejarawan yang


mengasaskan persejarahan China tradisional” (Tan Kim Hong, 1995). Jelaskan
elemen-elemen baharu yang diperkenalkan oleh Ssu-ma Ch’ien bagi
mengukuhkan persejarahan tersebut.

PENSYARAH : DR. AZMI ARIFIN


BILIK TUTORIAL : BLOK C24 / BT1
HARI & WAKTU : SELASA / 8 – 9 PAGI
NO. SOALAN : 9

NAMA : ANWAR FAKHRI BIN AZAM


NO. MATRIK : 146061
NO. KAD PENGENALAN : 99080101 – 01 – 5313
PROGRAM PENGAJIAN : ILMU PENDIDIKAN
1.0 PENDAHULUAN

Sejarah ialah penafsiran tentang peristiwa, masyarakat dan tamadun lepas. Sejarah

membawa maksud lebih luas iaitu tentang semua yang berlaku,bukan hanya semua fenomena

kehidupan manusia tetapi juga tentang dunia semula jadi. Segala yang mengalami perubahan

seperti yang ditunjukkan oleh sains statik mutlak. Oleh itu, seluruh alam semesta dan setiap

bahagiannya mempunyai sejarah.1

Menurut Profesor Collingwood pula, beliau menyatakan bahawa unsur penyelidikan

merupakan ciri yang penting yang perlu diterapkan oleh ahli sejarah. Hal ini demikian kerana

Collingwood menyifatkan sejarah adalah sama seperti sains. Kata beliau : “Sains adalah

mengetahui sesuatu; dan dari segi itu sejarah adalah sejenis sains.” Ia adalah sains yang

tugasnya adalah mengkaji peristiwa-peristiwa yang tidak dapat didampingi oleh pemerhatian

kita, dan mengkaji peristiwa-peristiwa itu melalui pendapat, menghujahkan kepadanya

daripada sesuatu yang lain yang sampai kepada pemerhatian kita, dan dinamakan oleh ahli

sejarah “bahan bukti’ bagi peristiwa-peristiwa yang diminatinya. Kenyataan ini telah

dipersetujui oleh rata – rata sejarah yang lain. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa sejarah

sebagai satu cabang ilmu merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh ali-ahli sejarah.2

Ilmu sejarah merupakan ciptaan orang Yunani pada abad yang ke-5 S.M. Individu

pertama yang menguasainya ialah Herodotus. Gelaran “Bapa Sejarah” yang dikurniakan

kepada Herodotus berdasarkan kepada tindakannya membuat penyelidikan mengenai Perang

Parsi yang tercetus pada abad yang ke-5S.M. Herodotus banyak mengumpul maklumat dan

bahan – bahan bukti. Beliau juga telah melawat lokasi yang terlibat untuk mencari kesan –

1
Suntharalingam. R. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur, Marican & Sons (M) Sdn Bhd )321 Jalan
Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur, 1985(, hlm. 1
2
R. G. Collingwood, Idea Sejarah (terj.) Muhd. Yusof Ibrahim (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1985), hlm. 314

1
kesan peninggalan lama serta saksi-saksi yang masih hidup. Beliau telah menggunakan bukti-

bukti tersebut untuk menghasilkan sebuah karya yang merakamkan peristiwa-peristiwa

penting dalam perang itu.3

Selain tokoh persejarahan dari barat, terdapat juga tokoh – tokoh dari Tamadun lain

seperti Melayu, Arab, India, China dan banyak lagi. Memfokuskan kepada persejarahan

China, empayar besar ini mempunyai susur galur ketamadunannya yang tersendiri. Dalam

tamadun ini, terdapat ramai tokoh yang dikenali. Antara tokoh awal persejarahan Cina

termasuklah Ssu-ma Ch’ien atau lebih dikenali sebagai Sima Qian. Ssu-ma Ch’ien adalah

satu – satunya sejarawan Cina yang menulis tentang sejarah Cina. Penulisannya iaitu t’ung-

shih merupakan suatu kajian yang menyeluruh yang tidak hanya menfokuskan pada satu

dinasti bahkan membuat kajian dan perbahasan terhadap dinasti yang lain juga. Antara

karyanya yang teragung termasuklah Catatan Sejarah atau dikenali sebagai Shih Chi. Karya

tersebut telah meletakkan beliau sebagai seorang sejarawan yang membawa ideologi baru

dengan pemikiran kritikal dan bebas dalam mengadili sesuatu persejarahan secara adil, benar,

ikhlas dan saksama.4

Dianggarkan bahawa Sse-ma Ch’ien lahir pada tahun 145 S.M. di wilayah Lung Men

yang merupakan sebuah jajahan takluk empayar China. Tarikh berikut merupakan

persetujuan para pengkaji tentang pengiraan dan jangkaan yang dibuat berdasarkan

peristiwa – peristiwa sejarah kerana tiada rekod yang tepat dan lengkap tentang biodata

penuh dan riwayat hidupnya secara bertulis.

3
Suntharalingam. R. Pengenalan kepada Sejarah, hlm.5
4
Thomas R. Martin, Herodotus and Sima Qian : The First Great Historians of Greece and China. A brief
history with documents (New York:College of Holy Cross, 2009),hlmn 13.

2
Dalam bidang kepimpinan negara, Ssu-ma Ch’ien merupakan ahli sejarawan agung

(tai-shih) yang diwarisi oleh bapa beliau, iaitu Ssu-ma Tan. Hal ini demikian kerana

bapanya turut bertugas sebagai ahli nujum disamping sebagai ahli sejarawan rasmi

negara China.5 Setelah Dua tahun kematian Ssu-ma Tan, Ssu-ma Ch’ien diberi

tanggungjawab dan kepercayaan oleh maharaja untu menggantikan posisi ayahnya di

dalam istana. Beliau telah dilantik melakukan kerja – kerja persejarahan dan

menyumbang kepada sejarah negara. Ssu-ma Ch’ien telah memperbaharui takwim bagi

Dinasti Han seterusnya menulis karya Shih Chi. Penulisan karya tersebut dibuat ekoran

wasiat dan impian daripada ayahnya sendiri. Ssu-ma Tan yang merupakan penulis asal

karya Shih Chi ini meminta anaknya menyambung karya tersebut. Sebagai seorang yang

berpegang kepada ajaran Confucius, sebagai anak yang taat haruslah menunaikan hajat

dan permintaan ayahnya.6 Dalam masa yang sama, tindakan ini diambil bagi memastikan

nama baik bapa serta keluarganya dapat dijaga dan kekal dikenang sepanjang zaman.

Beliau juga diamanahkan untuk menghasilkan karya penulisan sejarah yang jujur, tidak

berat sebelah dan menggambarkan secara menyeluruh negara China sebagai sebuah entiti

politik.7 Walaupun karya ini dimulakan oleh Ssu-ma Tan, namun penulisan ini wajar jika

dianggap karya milik Ssu-ma Ch’ien kerana beliau telah menulis dan menyambung karya

ini melebihi apa yang ditinggalkan oleh mendiang ayahnya.

Penulisan Shih Chi telah dimulakan semasa Wangsa Han sedang berkembang pesat di

bawah sebuah kerajaan autokratik pusat. Dalam bidang politik, Wu Ti telah meneruskan

usaha Wen Ti untuk mengekalkan kuasa pemerintahannya. Beberapa langkah telah

diambil dan semuanya direkodkan di dalam Shih Chi sebagai suatu catatan sejarah.

5
Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan : Ketokohan dan Karya
(Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988), hlm. 71.
6
Epiphanius Wilson, The Wisdom of Confucius with Critical and Biographical Sketches (The Library of
Alexandria, 1900),hlmn. 43.
7
Ssu-ma Ch’ien, Records of the Grand Historian (Hong Kong : Chinese University of Hong Kong, 1993), hlm.

3
2.0 ELEMEN YANG DIPERKENALKAN SSU-MA CH’IEN BAGI

MENGUKUHKAN PENGASASAN PERSEJARAHAN CHINA TRADISONAL

BELIAU

Ssu-ma Ch’ien menghasilkan karya-karya persejarahan yang bernilai dan mempunyai

ciri – ciri yang tersendiri jika berbanding dengan karya sejarawan yang sebelumya, beliau

telah menghasilkan karya yang bercirikan sejarah umum (t’ung shih) yang menceritakan

peristiwa secara terperinci dan menyeluruh tentang persejarahan China merentasi tempoh

waktu kira-kira dua ribu tahun dari zaman awal huang-ting sehingga beberapa tahun sebelum

kematian Ssu-ma Ch’ien. Karya beliau terdiri daripada 130 bab, mengandungi sebanyak

526,500 perkataan dan menggunakan sebanyak 700,000 huruf tulisan Cina. Anggarannya

bersamaan dengan 4000 halaman buku biasa dalam tulisan rumi.8

Ssu-ma Ch’ien dikatakan amat tulus dalam menghasilkan karya serta mempunyai

gaya penulisan yang tersendiri iaitu gaya yang belum pernah digunakan sejarawan

sebelumnya . Beliau bebas mengemukakan ideologi dan kefahaman beliau yang tersendiri

terhadap suatu peristiwa dan keputusan yang dibuat tanpa menghadapi sekatan dan tuntutan

pemerintah yang mengarahkan dan mengatur penulisan lebih – lebih lagi oleh pihak istana

yang sentiasa mahukan keunggulan dan kemegahan mereka terjaga. Oleh yang demikian,

dapat kita lihat Ssu-ma Ch’ien sendiri mempunyai kelainan dan keistimewaan berbanding

sejarawan sebelumnya. Di samping itu, banyak elemen baharu yang dipraktikkan oleh beliau

untuk menghasilkan karya yang bermutu serta tepat sebagaiman apa yang berlaku. Antara

elemen baharu tersebut termasuklah historiografi, kritikan sumber, pengadilan moral, kaedah

heuristik dan interpretasi.

8
Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan : Ketokohan dan Karya
(Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988), hlm. 78.

4
2.1 HISTORIOGRAFI

Kaedah yang digunakan untuk menyampaikan oleh Ssu-ma Ch’ien adalah berbeza

jika dibandingkan dengan karyawan dan sejarawan lain. Beliau menggunakan gaya penulisan

berbentuk eklektisme dalam meyampaikan karya. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau

selalu mempraktikkan gaya – gaya professional di dalam penghasilan karya. Pemikiran

falsafah yang sedia ada dan penyusunan semula isi kandungan penulisan dilakukan oleh

beliau dalam bentuk yang sistematik dan selari sehingga mampu mencapai maksud dan

tujuan penulisannya. Ssu-ma Ch’ien juga menyusun pengisian dan idea dalam bentuk riwayat

raja-raja, pembesar, pemimpin kerajaan dan orang-orang budiman. Apa yang dipentingkan

oleh beliau adalah kesampaian buah fikiran dalam setiap isi kandungannya agar mampu

memberi kesan yang baik terhadap pemulisan. Dalam masa yang sama, menjadi kepuasan

apabila pembaca dapat menghadam dan menafsirkan setiap falsafah dan idea yang ingin dia

sampaikan. Karya Shih Chi dibahagikan kepada lima bahagian iaitu :

“12 bab pen-chih (Hikayat Maharaja-Maharaja) untuk menjelaskan perihal


politik dan ketenteraan setiap orang maharaja berdasarkan zaman
pemerintahannya; 10 bab piao (Jadual Tertib-Tarikh) untuk menyenaraikan
kronologi peristiwa- peristiwa bersejarah; 8 bab shu (Tritis) untuk
mengesani perubahan-perubahan ekonomi dan kebudayaan; 30 bab shih-
chia (Keluarga Bangsawan) untuk mengisahkan jasa pembesar-pembesar
dan pemimpin-pemimpin dan akhirnya, 70 bab lieh-chuan (Riwayat Hidup
Tokoh-Tokoh) untuk menceritakan kerjaya rakyat biasa dan sejarah
perkembangan kaum minoriti.”9

Dalam Shih Chi, terdapat dua fokus yang ingin diketengahkan iaitu untuk

mengkaji hubungan t’ien dan masyarakat manusia serta menyelidik sebab-musabab

sesuatu perubahan berlaku dalam sejarah dari zaman silam sehingga zaman dinasti

9
Ibid, hlm. 79.

5
terbaharu.10 Walaupun tidak dinyatakan secara jelas dan menyeluruh, penulisan Shih

Chi juga mengetengahkan pandangan sejarawan sendiri. Merujuk kepada kaedah –

kaedah yang telah beliau gunakan, dapat diakui bahawa Ssu-ma Ch’ien sememangnya

seorang sejarawan yang profesional dan berwibawa. Menurut Burton Watson yang

menulis pendapatnya mengenai Shih Chi dalam buku Ssu-ma Ch’ien yang bertajuk

Grand Historian of China, beliau menyatakan bahawa :

“This form is so radically different from the general Western concept of


the form of a history that it demands considerable explanation. The
significance of the various sections, and the effect which this form has upon
the organization and usefulness of the work as a whole, may be best be
conveyed,…”11

Oleh itu, karya penulisan Ssu-ma Ch’ien ini merupakan satu elemen yang baru

dan berlainan jika dibandingkan dengan sejarawan lain yang terdahulu atau sezaman

dengannya. Idea dan hujah kepada sesuatu perkara dan peristiwa telah disusun dengan

kemas dan teratur iaitu melalui kronologi zaman dan dinastinya sendiri. Pembaca dan

pengkaji juga dapat memahami penulisan ini dengan mudah dan mendalam sesuai

dengan aturan yang telah Ssu-ma Ch’ien tetapkan di dalam bukunya. Selain itu, karya

ini telah menjadi contoh dan kayu ukur kepada persejarahan lain.. Ssu-ma Ch’ien

menyatakan fakta secara objektif, tanpa mencampuradukkan pandangan emosi beliau

dan berani menanggung risiko yang mungkin akan dihadapi oleh beliau sama ada dari

pihak rakyat atau pemerintah. Hal ini demikian kerana kebanyakan penulisan yang

dihasilkan oleh sejarawan istana haruslah mengikut dan mengagungkan kekuasaan

10
Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, Isu-Isu Persejarahan : Esei Penghargaan kepada Dr. R.
Suntharalingam (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2014), hlm. 99.
11
Burton Watson, Ssu-Ma Ch’ien : Grand Historian of China (New York : Columbia University Press, 1958),
hlm.

6
pemerintah dan menulis perkara yang baik – baik tentang istana. Namun, sikap Ssu-

ma Ch’ien ini telah menjadikan karyanya diterima umum.

2.2 KRITIKAN SUMBER

Ssu-ma Ch’ien menjadi ikutan dan amat disegani oleh ramai pihak diebabkan

ketulenan sesuatu fakta amat beliau titikberatkan. Beliau akan memastikan sumber

dan rujukan beliau didapatkan daripada sumber-sumber yang terbukti kesahihannya.

Ssu-ma Ch’ien merasakan perkara ini amat penting supaya segala penulisannya

berdiri berdasarkan fakta, tiada kesilapan dan kepalsuan fakta berlaku mengenai

dokumen-dokumen kemajuan masyarakat China yang membuktikan kekuasaan dan

keunggulan negara China yang sebenar. Menjadi kebiasaan kepada Ssu-ma Ch’ien

untuk memperbaiki dan memperhalusi fakta yang dia temui jika terdapat kesalahan.

Beliau juga akan menganalisis kesalahan-kesalahan sumber tersebut secara terperinci

dan membuat kritikan pada sumber yang dirujuk. Sebagai bukti, Ssu-ma Ch’ien

sanggup menghadap Maharaja Kou Tsu dan menasihati baginda mengenai kesalahan

sumber yang ada dalam peristiwa Li pada bahagian akhir biografi Li-I Chin.

Sesuatu peristiwa atau tindakan yang diambil oleh seseorang pemimpin dalam

suatu pentadbiran hanya akan diterima oleh Ssu-ma Ch’ien selepas beliau menilainya

terlebih dahulu tentang sebab dan akibat seterusnya mengkritik tindakan tersebut.

Dalam kritikan Ssu-ma Ch’ien, aspek yang perlu ialah hujah itu mengandungi idea

dan falsafah kukuh dan logik diterima. Oleh itu, perkara ini telah menjadikan fakta

dan hujah yang dikemukakan oleh beliau sangat telus dan kukuh. Dalam membutikan

ketegasannya, Ssu-ma Ch’ien pernah membuat kritikan terhadap kenyataan gurunya

sendiri, iaitu Tung Chung-Shu berkenaan ti’en-jen kan-ying hsuo atau terjemahannya

7
teori tentang pengaruh bertimbal balik antara cakerawala dengan manusia. 12 Teori ini

mengemukakan bahawa pusingan bangsa itu hanya bergantung kepada kuasa T’ien.

Ssu-ma Ch’ien sama sekali tidak bersetuju dengan teori tersebut kerana beliau

percaya bahawa bukan kuasa T’ien sahaja yang mendorong kepada pusingan itu

malah turut didorong oleh faktor reformasi dan revolusi daripada rakyat berdasarkan

peristiwa yang berlaku terhadap kejatuhan bangsa Chin dan kemunculan bangsa Han.

Jelas sekali bahawa Ssu-ma Ch’ien merupakan seorang yang lantang dalam mmberi

hujah tentang fakta yang tepat sekirannya berlaku keraguan dan kemusykilan terhadap

satu – satu teori yang diperkenalkan sebelum ini. Oleh sebab itu, Burton Watson amat

memuji dan menyanjung kewibawaan yang ditunjukkan oleh Ssu-ma Ch’ien dan

beranggapan bahawa Ssu-ma Ch’ien merupakan seorang pengkaji yang mempunyai

pemikiran yang rasional.

2.3 KAEDAH HEURISTIK

Disebabkan Ssu-ma Ch’ien merupakan seorang sejarawan yang mementingkan

penyampaian fakta yang benar dan mempunyai bukti yang kukuh, beliau bertungkus – lumus

membuat penyelidikan di tapak – tapak sejarah. Selain itu, beliau juga giat menemubual

pihak – pihak yang arif tentang sejarah tempatan semasa tempoh penyelidikan berkenaan

lagenda tokoh – tokoh. Antara kaedah yang telah digunakan termasuklah kaedah heuristik,

iaitu mendapatkan maktlumat berkenaan sesuatu perkara melalui sumber lisan daripada

kebanyakan sejarawan terawal dan mengumpulkan segala informasi yang diperolehi melalui

kesemua sejarawan. Setelah itu, sumber akan dikaji dengan terperinci sebelum penegasan dan

12
Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, Isu-Isu Persejarahan : Esei Penghargaan kepada Dr. R.
Suntharalingam (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2014), hlm. 109.

8
kesimpulan akhir dikeluarkan.13 Bagi Ssu-ma Ch’ien, langkah awal iaitu mendapatkan

maklumat secara lisan daripada beberapa sejarawan awal adalah amat penting kerana mereka

ini meerupakan golongan terawal membuat kajian. Oleh itu, bacaan dan kajian daripada

sumbeer dan tulisan mereka dapat digunakan oleh sejarawan semasa untuk dijadikan isi yang

penting dalam penyokong sesuatu penulisan. Dalam masa yang sama, sumber tersebut boleh

dijadikan rujukan untuk pengkaji malah pembaca yang lain untuk mengkaji dengan lebih

teliti dan dalam lagi.

Selain mendapatkan bukti dan bahan dengan melawat tempat-tempat bersejarah, Ssu-

ma Ch’ien mendaat peluang untuk meneroka khazanah budaya pada zaman awal. Sebahagian

dokumen dan manuskrip awal yang ditulis oleh sejarawan sebelum Dinasti Han masih lagi

dijaga rapid an disimpan di biara – biara dan perpustakaan. Oleh itu, beliau dapat membuat

penyelidikan dan membaca dokumen-dokumen sejarah yang disimpan. Beliau juga

berpeluang mengkaji karya Lu Chia-Han Chun Iu (ringkasan sejarah Chu dan Han) dan Han

Chi (catatan gerak laku dan istirehat Han) untuk membantu penulisannya. 14 Dalam kajian ini,

buku-buku klasik, kitab, bahan epigrafik dan inskripsi yang mencatatkan sejarah China

tradisional dirujuk sebagai sumber penghasilan karya.15

2.4 INTERPRETASI

Ssu-maChien ialah seorang sejarawan berfikiran realisme dan memberi intreprestasi

yang terbaik dan Berjaya dalam menuis karya – karyanya. Burton Watson telah mengakui hal

ini dan menjelaskan bahawa pembawaan interpretasi yang baik sangat memberi kesan yang

13
Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan : Ketokohan dan Karya
(Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988), hlm. 87.
14
Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, Isu-Isu Persejarahan : Esei Penghargaan kepada Dr. R.
Suntharalingam (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2014), hlm. 102.
15
Ibid, hlm. 102.

9
positif terhadap karya. Jika dilihat dalam karya milik Ssu-ma Ch’ien, beliau menetapkan

klasifikasi formal supaya pembaca dapat berfikir secara kritis dan kreatif serta dapat menjana

idea supaya terkesan dengan pembacaan mereka. Kaedah ini sedikit sebanyka telah merujuk

kepada Confucius dalam menangani masalah untuk mentafsir sumber dan mengetengahkan

fakta secara objektif dan sanggup menghadapi kesan dan tindakan yang bakal dikenakan.

Antara contoh yang dapat dilihat termasuklah apabila Ssu-ma Ch’ien yang berusaha

mennafsirkan perubahan sejarah sesuatu pemerintahan dalam tulisannya yang bertajuk Kao-

Tzu Kung Che Nien-Piao Hsu. Menurut beliau, perubahan ekonomi, politik dan budaya China

didorong oleh tindakan raja, jeneral, atau menteri yang berwibawa. Selain itu, bliau juga

beranggapan segala hal yang berlaku berpunca daripada diri sendiri dan bukannya takdir

Tuhan semata-mata. Falsafah beliau mengatakan, “pemerintahan berbudi bukan sahaja

dapat menyuburkan kemakmuran negara malah menjamin kestabilan pemerintahan bangsa

selama-lamanya”. Dapat disimpulkan, segala tindakan baik dan buruk sesuatu pihak dalam

mengusahakan sesuatu akan memberi kesan yang besar.

Tindakan Wu Ti dalam rancangan pertanian, pembinaan empangan, dan mengatasi

masalah banjir demi menjaga kebajikan rakyat turut dibahaskan oleh sejarawan ini. Hal ini

dapat dilihat dengan jelas melalui dua buah syair dalam bab-29 bertajuk Hi-Chu Shi, iaitu

sungai dan terusan kecil. Dapat disimpulkan bahawa Ssu-ma Ch’ien merupakan seorang

sejarawan yang telus dan ikhlas dalam menulis sesebuah peristiwa dan perbahasan. Sebagai

contoh hukuman kasi yang telah dijatuhkan kepada beliau turut diceritakan di dalam

catatan.16 Selain itu, beliau turut mencemuh sarjana Han yang enggan mengulas atau

16
Hirth.F, The Ancient History of China to the end of the Chou Dynasty ( New York : The Columbia University
Press, 1969) hlm.

10
menyebut sistem Ch’in yang berkesan itu sebagai orang yang makan dengan telinga yakni

tanpa mengetahui rasanya. 17

2.5 PENGADILAN MORAL

Pengadilan moral semestinya tidak dapat dielakkan oleh manusia. Hal ini

demikian kerana pengadilan moral pandangan peribadi seseorang pengkaji melalui

factor emosi dan ideologi. Sikap Ssu-ma Ch’ien yang adil dan tidak pilih kasih dalam

memilih dan membahaskan fakta dapat diberi pujian. Hal ini demikian kerana, beliau

telah mengemukakan fakta – fakta yang tepat dan dapat diterima. Gaya penulisan

yang digunakan amat jelas dan mudah untuk difahami oleh pembaca. Hal ini

membuatkan pembaca dapat menghayati hasil tulisannya dan dapat menghadamkan

ideanya. Tambahan pula, Ssu-ma Ch’ien tidak menggunakan ayat – ayat yang

berlebihan dalam mengagung-agungkan atau merendah-rendahkan individu lain.

Situasi ini menggambarkan bahawa Ssu-ma Ch’ien merupakan seorang yang adil

dalam membuat kritikan serta mempunyai pemikiran yang kritikal dan rasional.

Dalam buku Selection of Historian menegaskan bahawa “His aim was to tell the

truth, and he fought all his life against falsehood and hypocrisy”18

Dalam tulisannya, Ssu-ma Ch’ien pernah menceritakan yang zaman

kegemilangan Wu Ti ialah titik mula kepada kemerosotan kuasa Dinasti Han.19 Ssu-

ma Ch’ien pernah menyatakan terdapat beberapa perkara yang menyebabkan sektor

kewangan negara China merudum. Kenyataan ini direkodkan dalam penulisannya bab

17
Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, Isu-Isu Persejarahan : Esei Penghargaan kepada Dr. R.
Suntharalingam (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2014), hlm. 104.
18
Sima Qian, Chapters from Shih Chi of Ssu-ma Chien : Records of the Historian (New York : Columbia
University Press,1969), hlm. 64.
19
Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, Isu-Isu Persejarahan : Esei Penghargaan kepada Dr. R.
Suntharalingam (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2014), hlm. 106.

11
ke-30 yang berjudul P’ing-Chun Shu. Antara faktornya termasuklah keghairahan Han

yang cuba meluaskan empayarnya untuk membentuk kekuasaannya di utara dan barat

China, perbelanjaan istana oleh keluarga diraja dan menteri kerajaan yang boros dan

tamak serta sistem pembinaan yang tidak sistematik.20 Sikap keturunan Han yang

suka membuat pembaziran dalam kos pembinaan istana kediaman dan tempat ibadah

bagi upacara Feng dan Shan menyebabkan Ssu-ma Ch’ien bertindak dengan

mengecam perbuatan mereka. Hal ini kerana beliau menganggap keborosan dan

ketamakan ini menjadi punca kemerosotan kadar kewangan negara. Beliau juga

mengutuk tindakan pembinaan tempat ibadah feng dan shan juga kerana upacara

keagamaan yang diadakan ini bersifat tahyul dan tidak seharusnya dijalankan kerana

tiada rasional jika difikirkan dengan logik akal manusia.21 Upacara keagamaan yang

mengeluarkan dan membelanjakan wang yang banyak ini Cuma memberi kesan

negatif kepada sumber kewangan Negara berbanding kesan positif. Hal ini demikian

kerana sumber kewangan adalah sangat penting bagi sesebuah Negara untuk

dipelihara kerana sumber ini menjadi tonggakckepada kemajuan dan pembangunan

Negara selain menjadi kayu ukur kepada kemajuan tamadun.

Selain itu, pelaksanaan dasar yang dicadangkan oleh Shuang Hongyuang dan

Kuang Ching pada tahun 119 S.M turut diadili oleh Ssu-ma Ch’ien kerana

berpendapat bahawa tindakan tersebut hanyalah suatu persaingan antara kerajaan dan

rakyat untuk mengaut keuntungan ekonomi semata – mata. Antara cadangan yang

dikemukakan adalah seperti pengecopan wang syiling, monopoli kerajaan ke atas

penjualan arak dan garam, peleburan besi dan tembaga, pelaksanaan cukai tanah,

20
Ibid, hlm. 106.
21
Ibid, hlm. 109.

12
peraturan dan kawalan tentang harga barangan mengikut permintaan dan bekalan.22

Hal ini akan menyebabkan rakyat tidak dapat memperoleh kekayaan hasil daripada

titik peluh dan idea sendiri kerana disekat oleh kerajaan. Hal ini dapat dilihat dengan

jelas bahawa Ssu-ma Ch’ien amat mementingkan kesejahteraan rakyat dan inginkan

system yang adil antara kedua – kedua pihak kerajaan dan rakyat sesuai dengan

peranan kerajaan iaitu mentadbir Negara dan menjaga kesejahteraan dan kebajikan

rakyatnya. Justeru itu, karya – karya Ssu-ma Ch’ien telah membuka mata pembaca

supaya amanah dan jujur dalam melakukan sesuatu perkara. Pendekatan dan idea

seperti ini dilihat sebagai sesuatu yang baru berbanding tindakan sejarawan terdahulu

yang menulis dan membahas sejarah mengikut pandangan uyang berat sebelah dan

menunjukkan secara jelas ketidakadilan yang berlaku dalam sesuatu peristiwa.

3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Ssu-ma Ch’ien telah mengemukakan elemen – elemen baru

dalam karyanya sehingga menjadi rujukan para pengkaji sejarah masa kini. Tambahan

pula, penulisannya mendapat pengiktirafan dan kedudukan yang tinggi dalam

persejarahan China tradisional lantas diangkat sebagai sejarawan agung. Selain itu, karya

Shih Chi yang ditulis oleh beliau banyak memberikan sumbangan dalam penulisan

persejarahan China. Penulisan sejarah yang bersifat umum ini memberi gambaran yang

tepat kepada generasi pada masa ini perihal kehidupan dan sistem yang dijalankan pada

masa dahulu supaya dapat menjadi tauladan dan sempadan dalam menempuhi hari – hari

yang mendatang. Seterusnya, Ssu-ma Ch’ien turut dilihat lantang dalam bersuara dan

mengkritik teori – teori dan fakta yang salah dan tidak tepat melalui hujahan dan

perbahasan beliau yang meyakinkan. Peneragan beliau yang disertakan dengan bukti

22
Ibid, hlm. 97.

13
yang kukuh. Di samping itu, Ssu-ma Ch’ien merupakan seorang sejarawan yang cakna

akan kesejahteraan rakyat kerana sanggup membela nasib masyarakat dengan mengkritik

dan membidas tindakan sesetengah pemerintah yang salah sehingga merosakkan

keharmonian negara. Pemikiran yang kritikal, realisme dan rasional yang dimilikinya

merupakan aspek utama dalam menghasilkan kritikan dan karya yang baik. Justeru itu

jelaslah bahawa Ssu-ma Ch’ien ialah sejarawan yang mengasahkan persejarahan China

tradisional dengan elemen-elemen baru yang mantap dan mampu menjadi rujukan kepada

sejarawan yang lain.

4.0 BIBLIOGRAFI

1. Suntharalingam. R. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur, Marican & Sons (M) Sdn
Bhd )321 Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur, 1985(, hlm. 1

2. R. G. Collingwood, Idea Sejarah (terj.) Muhd. Yusof Ibrahim (Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1985), hlm. 314

3. Suntharalingam. R. Pengenalan kepada Sejarah, hlm.5

4. Thomas R. Martin, Herodotus and Sima Qian : The First Great Historians of Greece and
China. A brief history with documents (New York:College of Holy Cross, 2009),hlmn 13.

5. Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan :
Ketokohan dan Karya (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988), hlm. 71.

6. Epiphanius Wilson, The Wisdom of Confucius with Critical and Biographical Sketches
(The Library of Alexandria, 1900),hlm. 43.

7. Ssu-ma Ch’ien, Records of the Grand Historian (Hong Kong : Chinese University of
Hong Kong, 1993), hlm.

8. Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan :
Ketokohan dan Karya (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988), hlm. 78.

9. Ibid, hlm. 79.

10. Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, Isu-Isu Persejarahan : Esei Penghargaan
kepada Dr. R. Suntharalingam (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2014), hlm. 99.

11. Burton Watson, Ssu-Ma Ch’ien : Grand Historian of China (New York : Columbia
University Press, 1958), hlm.

14
12. Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, Isu-Isu Persejarahan : Esei Penghargaan
kepada Dr. R. Suntharalingam (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2014), hlm. 109.

13. Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan :
Ketokohan dan Karya (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988), hlm. 87.

14. Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, Isu-Isu Persejarahan : Esei Penghargaan
kepada Dr. R. Suntharalingam (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2014), hlm. 102.

15. Ibid, hlm. 102.

16. Hirth.F, The Ancient History of China to the end of the Chou Dynasty ( New York : The
Columbia University Press, 1969) hlm.

17. Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, Isu-Isu Persejarahan : Esei Penghargaan
kepada Dr. R. Suntharalingam (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2014), hlm. 104.

18. Sima Qian, Chapters from Shih Chi of Ssu-ma Chien : Records of the Historian (New
York : Columbia University Press,1969), hlm. 64.

19. Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, Isu-Isu Persejarahan : Esei Penghargaan
kepada Dr. R. Suntharalingam (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2014), hlm. 106.

20. Ibid, hlm. 106.

21. Ibid, hlm. 109.

22. Ibid, hlm. 97.

15

You might also like