Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

EPPA 2033 PERAKAUNAN KOS


TUGASAN INDIVIDU
SEMESTER 1 2021/2022

Arahan:
Kes ini berkait dengan struktur kos dalam analisis titik pulang modal dan sasaran untung.
Tugasan ini merupakan tugasan individu. Walaupun begitu, anda digalakkan berbincang
sesama rakan untuk meningkatkan kefahaman tentang kes ini dan mengaplikasikan teknik
perakaunan pengurusan analisis kos volum untung. Jawab semua soalan.
Tarikh akhir penghantaran tugasan ini ialah 11 Februari, 2022, Jumaat pukul 5 petang.

SYARIKAT SINAR (6 MARKAH)


Syarikat Sinar ialah sebuah syarikat pengeluar peralatan telekomunikasi yang bersaiz kecil
tetapi sedang berkembang. Syarikat tidak mempunyai kakitangan jualan sendiri, sebaliknya,
bergantung sepenuh kepada ejen jualan untuk memasarkan produknya. Ejen-ejen ini dibayar
komisen jualan sebanyak 15% daripada jualan yang dibuat.
Nur Danisa, pengawal kewangan Syarikat, ketika ini sedang menyediakan penyata
pendapatan proforma untuk tahun hadapan. Penyata tersebut adalah seperti berikut:

Syarikat Sinar
Penyata Pendapatan Proforma
Bagi tahun berakhir 31 Disember

Jualan RM16,000,000
Belanja perkilangan:
Berubah RM7,200,000
Tetap 2,340,000 9,540,000

Margin kasar 6,460,000


Belanja jualan dan pentadbiran :
Komisen kepada ejen 2,400,000
Belanja tetap pemasaran *120,000

1
Belanja tetap pentadbiran 1,800,000
Pendapatan bersih operasi
Belanja tetap faedah
Pendapatan sebelum cukai 1,600,000
Cukai pendapatan (30%) 480,000
Pendapatan bersih RM1,120,000

*Terutamanya susut nilai kemudahan penyimpanan

Ketika menyerahkan penyata ini kepada Zain Zainal, Presiden Syarikat, Nur Danisa
memberikan komen, “Saya meneruskan dan menggunakan kadar komisen 15% ejen untuk
melengkapkan penyata ini, tetapi kami baru mengetahui bahawa mereka enggan
mengendalikan produk kita tahun depan melainkan kita meningkatkan kadar komisen kepada
20%”.
“Ini yang terakhir” balas Zain Zainal dengan marah. “Ejen-ejen ini telah menuntut lebih
dan kali ini mereka telah melampaui batas. Bagaimanakah mereka boleh mempertahankan
tuntutan kadar komisen 20%?”

“Mereka mendakwa bahawa selepas bayaran pengiklanan, perjalanan dan kos promosi
yang lain, tiada apa yang tersisa untuk keuntungan,” jawab Nur Danisa.
“Ini ibarat seperti satu rompakan” balas balik Zain Zainal. “Sudah tiba masanya kita
tidak mengambilkan mereka lagi dan wujudkan pasukan jualan sendiri. Boleh tak minta
tolong staff anda buatkan beberapa angka kos untuk kita lihat?

“Kami sedang mengusahakannya” kata Nur Danisa. “Setahu saya beberapa buah
syarikat membayar 7.5% komisen kepada kakitangan jualannya, disamping gaji asas. Sudah
tentu, kita perlu kendalikan kesemua kos promosi juga. Kami anggarkan belanja tetap akan
meningkat sebanyak RM2,400,000 setahun, tetapi ini akan lebih daripada menampung
RM3,200,000 (20% x RM16,000,000), jumlah yang dapat dielakkan daripada komisen ejen.”

Perincian kos RM2,400,000 adalah seperti berikut:


Gaji:
Pengurus jualan RM 100,000
Jurujual 600,000
Perjalanan dan hiburan 400,000
Pengiklanan 1,300,000
Jumlah RM2,400,000

“Bagus,” balas Zain Zainal. “Saya perasan RM2,400,000 adalah apa yang kita bayar
kepada ejen dengan kadar komisen lama 15%.”

2
“Sebenarnya lebih baik” jelas Nur Danisa. “Kita boleh jimatkan RM75,000 setahun
kerana ini adalah amaun pembayaran kepada firm audit untuk menyemak laporan-laporan
untuk ejen. Jadi keseluruhan perbelanjaan pentadbiran kita akan kurang.”
“Sediakan laporan kos tentang hal ini dan kita akan akan tunjukkan kepada
jawatankuasa eksekutif esok” kata Zain Zainal. “Dengan kelulusan jawatankuasa, kita boleh
meneruskan hal ini dengan segera”.

Dikehendaki:
1. Kirakan titik pulang modal Syarikat Sinar dalam ringgit dengan mengandaikan:
a. Kadar komisen ejen kekal pada 15%.

RM

Jualan 16,000,000

(-) Belanja berubah (7,200,000 +2,400,000) (9,600,000)

Margin sumbangan 6,400,000

Belanja tetap

Nisbah margin sumbangan


Titik pulangan modal (TPM) dalam
= (2,340,000+120,000+1,800,000+540,000)
jumlah ringgit jualan =
(6,400,000/16,000,000)x100%
= 4,800,000
40%
= RM 12,000,000 jualan TPM

b. Kadar komisen ejen meningkat kepada 20%.

RM

Jualan 16,000,000

(-) Belanja berubah (7,200,000 +3,200,000) (10,400,000)

Margin sumbangan 5,600,000

3
Belanja tetap

Nisbah margin sumbangan


Titik pulangan modal (TPM) dalam
= (2,340,000+120,000+1,800,000+540,000)
jumlah ringgit jualan =
(5,600,000/16,000,000)x100%
= 4,800,000
35%
= RM 13,714,285.71 jualan TPM

c. Syarikat mempuyai pasukan jualan sendiri.

RM

Jualan 16,000,000

(-) Belanja berubah (7,200,000+1,200,000) (8,400,000)

Margin sumbangan 7,600,000

Belanja tetap

Nisbah margin sumbangan


Titik pulangan modal (TPM) dalam
= (2,340,000+120,000+1,800,000+540,000+2,400,000-75,000)
jumlah ringgit jualan =
(7,600,000/16,000,000)x100%
= 7,125,000
47.5%
= RM 15,000,000 jualan TPM

2. Andaikan Syarikat Sinar membuat keputusan meneruskan jualan menggunakan ejen dan
membayar kadar komisen 20%. Tentukan volum jualan diperlukan untuk menjanakan
pendapatan bersih yang sama seperti terkandung dalam penyata pendapatan proforma
tahun hadapan?

Jualan = Belanja berubah + Belanja tetap + Untung


X = 0.65X + 4,800,000 + 1,120,000
0.35X = 5,920,000
X = RM 16,914,285.71

4
RM jualan seunit untuk capai sasaran untung = Belanja tetap + Untung sasaran
Margin sumbangan dalam RM
= RM 4,800,000 + RM 1,120,000
RM5,600,000
= RM 1.06 seunit
Volum jualan = RM 16,914,285.71 / RM 1.06 seunit
= 15,956,874 unit

3. Tentukan jumlah jualan di mana pendapatan bersih adalah sama sama ada Syarikat Sinar
menjual melalui ejen (pada kadar komisen 20%) atau mengajikan pekerja untuk pasukan
jualan sendiri.
Syarikat Sinar menjual melalui ejen
Jualan = Belanja berubah + Belanja tetap + Untung
X = 0.65X + 4,800,000 + 1,120,000
0.35X = 5,920,000
X = RM 16,914,285.71

Mengajikan pekerja untuk pasukan jualan sendiri


Jualan = Belanja berubah + Belanja tetap + Untung
X = 0.525X + 7,125,000 + 1,120,000
0.475X = 8,245,000
X = RM 17,357,894.74

4. Kirakan leveraj operasai yang Syarikat yang dijangkakan pada 31 Disember di akhir
tahun hadapan dengan mengandaikan:
a. Kadar komisen ejen kekal pada 15%.

Margin Sumbangan

Pendapatan Operasi Bersih


Darjah leveraj operasi =
= RM 6,400,000
RM 1,120,000
= 5.7143

b. Kadar komisen ejen meningkat kepada 20%.

Margin Sumbangan

Pendapatan Operasi Bersih


Darjah leveraj operasi =
= RM 5,600,000
RM 560,000
= 10

5
c. Syarikat mempuyai pasukan jualan sendiri.

Margin Sumbangan

Pendapatan Operasi Bersih


Darjah leveraj operasi =
= RM 7,600,000
RM 332,500
= 22.86

5. Berasakan data-data dalam (1) sehingga (4) di atas, berikan cadangan anda sama ada
Syarikat perlu meneruskan menggunakan jualan ejen (pada kadar komisen 20%) atau
mengajikan pekerja sendiri untuk pasukan jualan sendiri. Berikan sebab-sebab untuk
jawapan anda.
Syarikat perlu meneruskan menggunakan jualan ejen kerana pendapatan operasi bersih
lebih tinggi (RM 560,000) berbanding dengan mengajikan pekerja sendiri untuk pasukan
jualan sendiri (RM 332,500).

“SELAMAT MENCUBA”

You might also like