Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

PBKK3132
PENDIDIKAN INKLUSIF
Nama : RUBAN UTHIRAPATHY

No. K/P : 000613-01-0931

Angka Giliran : PENGAKUAN


2019112340176
PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
PEMERIKSA MODERATOR
ringkasan yang setiap satunya saya :jelaskan sumbernya.
MarkahProgram PISMP SEM 6
Markah
Ambilan : JUN 2019
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
Unit
Tandatangan : BIMBINGAN DAN KAUNSELING SJKT
Tandatangan
Nama Pensyarah : Wan Kamarulzaman Bin
Cop Cop
Wan Yusoff
Tarikh Hantar : 13 DECEMBER 2021
Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

1
PENGHARGAAN

Bersyukur saya pada hari ini kerana dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan
oleh pensyarah bimbingan. Sesungguhnya jasa baik yang telah diberikan oleh beliau sepanjang
membimbing kami dalam menyiapkan tugasan ini amat dihargai.Ucapan terima kasih diucapkan
kepada Encik Wan Kamarulzaman Bin Wan Yusoff telah banyak memberi tunjuk ajar dalam
mata pelajaran Pbkk 3132. Tanpa pertolongan beliau, kerja kursus ini tidak dapat disiapkan
dengan sempurna. Input-input yang bernas dan berguna daripada beliau banyak digunakan
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Budi dan sikap tolak ansur beliau amat saya hargai.

Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan juga ke atas kedua-dua ibu bapa saya yang
terlalu banyak memberi sokongan terhadap saya untuk saya terus berusaha menyiapkan
tugasan ini, tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu saya ketika saya
perlukan bantuan. Banyak yang telah saya pelajari sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini
dijayakan. Ianya memberikan saya seribu satu pengalaman yang amat bermakna.

Tambahan pula, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Akhir madah, saya berharap semoga hasil tugasan saya ini sedikit sebanyak dapat
memberi manfaat kepada semua orang khususnya kepada saya sendiri sebagai bakal guru
kepada anak bangsa pada masa akan datang. Guru ialah pemacu bangsa.

2
TUGAS
AN 1

3
1.0 Konsep, matlamat dan dasar Pendidikan Inklusif di sekolah (149)

Pendidikan Inklusif ialah proses pendidikan kanak-kanak kurang upaya di kelas biasa atau
di sekolah-sekolah (Rafferty, Boettcher, Griffin, 2001) di dalam (Norizan, Mohd Hanafi &
Mohd Mokhtar, 2014). Kanak-kanak yang mengikuti inklusif perlulah dari kalangan pelajar
yang boleh mengikuti kurikulum aliran perdana selain mempunyai kecatatan yang minimum
(Posner, 2004) di dalam (Norizan, Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar, 2014).

Matlamat Pendidikan Inklusif adalah untuk memberikan peluang kepada murid-murid


Pendidikan Khas menerima Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan menyertai semua
aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama murid-murid tipikal (Tai Chok Hau, 2014).
Matlamat seterusnya adalah murid-murid Pendidikan Khas dapat menyesuaikan diri dari
awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam
komuniti setempat dengan hasrat menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan
menjadi anggota masyarakat yang menyumbang (Mohd Siraj Awang, 1996) di dalam (Tai
Chok Hau, 2014).

Di Malaysia, Dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025


menggalakkan lebih ramai murid berkeperluan khas dalam Program Pendidikan Inklusif
untuk meningkatkan kualiti penyediaannya secara keseluruhan. Prinsip ‘Pendidikan Untuk
Semua’ juga menyokong bahawa kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai hak
pendidikan yang sama rata dengan rakan-rakan mereka dalam Pendidikan Inlusif untuk
mengelakkan diskriminasi (UNESCO, 1994) di dalam (Bahagian Pendidikan Khas, 2013).

4
2.0 Peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan dalam pelaksanaan Pendidikan
Inklusif

Dalam menjayakan Pendidikan Inklusif, semua pihak terutamanya Guru Besar dan guru-
guru perlu memainkan peranan dan tanggungjawab bersama-sama agar objektif dan
matlamat Pendidikan Inklusif dapat dicapai dengan baik. Guru Besar merupakan pentadbir
sekolah yang akan menguruskan pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Guru Besar
bertanggungjawab untuk memberikan kata putus berkenaan pelaksanaan Pendidikan
Inklusif selain memupuk kepimpinan dalam diri individu lain. Guru Besar perlu
membangunkan komuniti pembelajaran profesional melalui bimbingan, nasihat, pendapat
dan maklum balas untuk meningkatkan pengajaran guru dalam Pendidikan Inklusif.

‘Pendekatan Seluruh Sekolah’ melibatkan penglibatan aktif daripada semua guru


untuk memastikan Pendidikan Inklusif ini berjaya dilaksanakan. Guru Pendidikan Khas
pula berperanan sebagai agen pemangkin untuk mengenal pasti MBK yang layak
ditempatkan ke dalam Program Pendidikan Inklusif (Tai Chok Hau, 2014). Guru Mata
Pelajaran berperanan untuk melaksanakan P&P bagi MBK dalam kelas inklusif. Guru Mata
Pelajaran perlu menitikberatkan hubungan sosial murid untuk meningkatkan keyakinan diri
dan keprihatinan semua pihak. Kolaborasi antara Guru Pendidikan Khas dan Guru Mata
Pelajaran amatlah digalakkan dan kerjasama lebih kerap akan mendorong mereka lebih
serasi untuk melaksanakan Program Pendidikan Inklusif (Mohd Ismail, Mohd Mokhtar &
Mohd Hanafi, 2012) di dalam (Tai Chok Hau, 2014).

3.0 Cabaran Pelaksanaan Pendidikan Inklusif

P Pendidikan Inklusif tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran dan penghalang


daripada terus berjaya. Buktinya, Pendidikan Inklusif ini belum mencapai tahap
memuaskan (PPPM, 2013). Setelah dianalisis keempat kertas prosiding, faktor guru
sebenarnya faktor yang paling krtitikal. Menurut Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim
(2010), guru adalah tunjang pendidikan dan berperanan sebagai pelaksana segala dasar
dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Tanpa penglibatan guru,
segala perancangan rapi akan terkubur begitu sahaja.

Salah satu faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan Pendidikan Inklusif


adalah Guru Arus Perdana. Guru Arus Perdana tidak faham mengapa MBK perlu belajar

5
bersama dengan murid arus perdana sedangkan Guru Pendidikan Khas dibayar elaun khas.
Hal ini demikian kerana mereka kurangnya kesedaran tentang kepentingan Pendidikan
Inklusif untuk MBK (Lewis & Doorlag, 2003) di dalam (Norizan Saed Ahmad, Mohd Hanafi
Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar, 2014). Rentetan itu, mereka belum bersedia dan
berasa terbeban kerana kehadiran MBK di dalam kelas. Malah, mereka turut menunjukkan
sikap putus asa dan berfikiran negatif terhadap Program Inklusif. Kerjasama antara Guru
Arus Perdana dan Guru Pendidikan Khas juga sangat minimum dan hanya dua orang
sahaja yang mengubahsuai amalan P&P yang bersesuaian dengan MBK.

Menurut Zalizan Mohd Jelas (2012), guru tidak menerima hakikat bahawa semua
MBK boleh belajar. Buktinya, sebanyak 34.8% MBK dapat bersosial dengan baik di dalam
dan di luar kelas hasil daripada pelaksanaan inklusif yang lebih menyeluruh dan 34.7%
menyesuaikan diri dengan situasi di kelas aliran perdana. Hal ini demikian berpunca
daripada ketiadaan ahli keluarga yang berkeperluan khas. Menurut Norizan Saed Ahmad,
Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar (2014), guru yang memiliki ahli keluarga
berkeperluan khas mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi dari guru yang tidak memiliki
ahli keluarga yang berkeperluan khas. Kesukaran dalam penyediaan sumber yang
bersesuaian dengan MBK juga menjadi salah satu punca acuh tak acuhnya sikap Guru Arus
Perdana dalam Program Pendidikan Inklusif.

Selain itu, terdapat juga pentadbir yang langsung tidak membenarkan Program
Inklusif ini dijalankan. Pentadbir sering bersikap sebagai pemerhati dalam pelaksanaan
inklusif dimana mereka enggan campur tangan dalam pengurusan Program Pendidikan
Inklusif. Pentadbir beranggapan bahawa Program Pendidikan Inklusif ini mampu berjalan
dengan lancar walaupun tanpa sokongan secara langsung daripada pentadbir. Hal ini
terbukti di dalam kajian Muhamad Khairul Anuar & Abdul Rahim (2014) menyatakan
sebanyak 12.2% enggan terlibat dalam akademik MBK. Realitinya, guru amat berharap agar
Guru Besar dapat memberikan sokongan padu dalam Program Pendidikan Inklusif.

6
4.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, Program Pendidikan Inklusif amat penting untuk memberikan ilmu
pengetahuan kepada MBK mengikut tahap masing-masing. Menurut Norizan Saed Ahmad,
Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar (2014), kejayaan pendidikan inklusif di
Malaysia memerlukan penggemblingan tenaga dan kerjasama semua pihak untuk
kelangsungan Program Pendidikan Inklusif ini. Diharapkan Peraturan Pendidikan Khas 2013
yang diwartakan dapat dijalankan dengan baik untuk memperbaiki pencapaian pendidikan
untuk semua kumpulan termasuklah pelajar pendidikan khas.

7
Rujukan

Bahagian Pendidikan Khas. (2013). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Muhamad Khairul Anuar bin Husin & Abdul Rahim bin Hamdan. (2014). Pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif Daripada Pandanan Pentadbir, Guru Aliran Perdana Dan Guru
Pendidikan Khas: Suatu Tinjauan Terhadap Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013, Akademik Dan Sosial MAP Dan MBPK. Seminar Internasional
Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI-SEMEO SEN Siri 4/2014, 311.
Norizan Saed Ahmad, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar. (2014). Pengetahuan,
Sikap dan Persepsi Guru Terhadap Program Inklusif Pendidikan Khas. Seminar
Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI-SEMEO SEN Siri 4/2014,
245.
Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim. (2010). Standard Kompetensi Guru Malaysia. Jurnal
Pendidikan, 42.
Tai Chok Hau. (2014). Persepsi Ibu Bapa Terhadap Program Inklusif Di Malaysia. Seminar
Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI-SEMEO SEN Siri 4/2014,
299.

You might also like