BM Assignment

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

TUG

Definisi ASAN 1
Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan suatu kelompok manusia. Bahasa adalah penggunaan
kod,iaitu gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan anturan sintaksis untuk
membentuk perkataan yang memiliki maksud. Disamping itu, terdapat beberapa definisi
tentang bahasa Melayu etimologi. Etimologi adlah kajian tentang asal usul dan sejarah
sesuatu perkataan serta makna kata itu. Definisi yang pertama ialah dalam bahasa Jawa
Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau menggembara. Hal ini boleh dipadankan
dengan orang Indo-Melayu(AUSTONESIA) yang bergerak dari Yunan-ke Selatan dan
mendarat di Pulau Sumatera. Menurut Zuber Osman, perkataan Melayu asal daripada
perkataan “Malaya” iaitu kependekan kata bagi perkataan “HIMALAYA”. Bahasa Melayu
merupakan bahasa rasmi di Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di
Malaysia. Bahasa Melayu juga menjadi Bahasa lingua franca pada zaman penjajahan di
Malaysia. Bahasa Melayu mempunya asal usul termashyur.

Asal usul bahasa sering dikaitkan dengan asal usul bangsa. Asal-usul bahasa
Melayu dapat dikaitkan dengan pergerakan masyarakat Melayu Kuno iaitu nenek moyang
orang Melayu. Selain itu, Terdapat beberapa teori mengatakan bahawa bahasa Melayu
berasal daripada golongan Manusia diberi nama Austronesia. Golongan tersebut berasal
dari daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan, dalam bentuk beberapa kumpulan untuk
berdagang dan akhirnya menduduki di Asia Tenggara. Peristiwa ini berlaku sejak tahun
2500 sebelum masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu
Proto. Pada tahun 1500 sebelum masihi, dating pula gelombang yang kedua , golongan
yang disebut Melayu DEutro. Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah
di Asia Tenggara. Mereka mahir dalam selok-belok pelayaran dan bercucuk tanam.
Tambahan pula, ada teori menyatakan bahawa tempat asal orang Melayu ialah Pulau
Borneo, dan mereka telah merebak dari situ dalam tiga kelompok yang besar melalui tiga
arah. Oleh kerana masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Malaya dan
lautan Pasifik, maka berlaku perkembangan bahasa Melayu. Bahasa Austronesia ialah satu
rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar bernama keluarga
bahasa Austris. Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang, iaitu
kumpulan bahsa di kepulauan Melayu ,kumpulan bahasa Melanesia, kumpulan bahasa
Polinesia, kumpulan bahasa kepulauan Mariana.
Tambahan pula terdapat beberapa teori yang boleh dikaitkan dengan asal usul
bahasa Melayu . Teori yang pertama ialah teori Hendrik Kern. Beliau telah menyatakan
bahawa orang-orang Austronesia berasal dari Champa. Mereka telah turun ke Semenanjung
menjadi orang Melayu. Orang Melayu dari Semananjung berpecah-oecah ke sebelah timur.
Selain itu, menurut Van Ronkel, bangsa Melayu yang bertutur bahasa Melayu, yang
mendiami Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau-Lingga serta beberapa buah
daerah di Sumatera, khususnya Palembang, Singapura, Filipina . Walau bagaimanapun,
merujuk kepada perkara 160 Perlembagaan Malaysia menganggap Melayu ialah
“seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat
istiadat Melayu.”. Ini menjadikan Melayu bangsa Melayu bersifat “sistem terbuka”.

Rajah di atas menerangkan asal usul Bahasa Melayu secara jelas dan ringkas.

Lantaran itu, bahasa Melayu mula menerima pengaruh asing sejak zaman bahasa
Melayu kuno dengan menerima pengaruh bahasa Sanskrit, diikuti bahasa Melayu klasik
menerima bahasa Arab,tetapi bahasa Melayu moden menerima bahasa Eropah. Bahasa
Melayu mempunyai ciri yang unik kerana ia mudah menerima bahasa asing kerana ia
bersifat dinamik Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu di Malaysia boleh dapat
nampak secara jelas. Antara pengaruh bahasa asing ialah, bahasa Sanskrit. Pengaruh
bahasa Sanskrit berlaku ketika zaman bahasa Melayu kuno iaitu abad ke 7 hingga ke 13.
Bahasa Sanskrit dibawa oleh pedagang India dan sami serta pendeta agama Hindu dan
Buddha. Contoh perkataan yang dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit ialah bicara, duku, cinta
duka, rahsia dan pahala. Tambahan pula, pengaruh bahasa Arab meresap ke dalam bahasa
Melayu dengan kedatangan islam kea lam Melayu oleh pedagang dan pendakwah arab.
Pengaruh bahasa Arab yang terpenting ialah terciptanya tulisan jawi. Tulisan jawi yang
diambil daripada aksara Arab dan ditambah dengan 6 huruf digunakan dalam tulisan untuk
bahasa Melayu. Dengan adanya tulisan jawi, maka karya sastera islam, kitab agama dapat
dihasilkan dalam bentuk tulisan. Contoh perkataan ialah doa,hadis, haji,ruku,ilmu dan arkib.

Disamping pula, bahasa jawa juga telah mempengaruhi bahasa Melayu di Malaysia.
Penyebaran bahasa Jawa ke alam Melayu berlaku ketika pemerintahan kerajaan Majapahit
melalui kesusasteraan jawa iaitu cerita panji, selain penghijrahan orang-orang Jawa ke alam
Melayu. Contoh perkataan ialah, adengan,bagus,beres,lontong dan lumayan. Pengaruh
bahasa Inggeris amat besar dan dominan dalam bahasa Melayu di Malaysia. Pengaruh
bahasa Inggeris mula bertapak ke dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-18, iaitu
bermulanya penjajahan Inggeris. Penjajah telah mengenalkan dasar penggunaan bahasa
Inggeris dalam kalangan penduduk. Mereka lebih mementingkan bahasa Inggeris
berbanding daripada Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa rasmi oleh
penjajah Inggeris. Pendidikan Inggeris mempengaruhi penduduk berbilang kaum di Tanah
Melayu. Hal ini menyebabkan siikap orang Melayu sendiri berubah bahawa mereka lebih
mengagungkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Contoh perkataan yang
dipengaruhi oleh bahasa Inggeris ialah beban kerja,bulan madu,bintang filem dan kilnikal.
Apabila bahasa Inggeris menguasai bahasa Melayu, maka tulisan rumi telah diterima dan
menggantikan tulisan jawi dan akibatnya, tulisan jawi semakin terpinggir.

Selanjutnya, terdapat beberapa langakah-langkah boleh diulaskan untuk mengatasi


masalah pencemaran penggunaan istilah dan sebutan dalam bahasa Melayu di Malaysia.
Langkah yang dominan perlu diamabil dari sekolah bah kata pepatah melentur buluh biarlah
dari rebungya. Di peringkat sekolah, para pelajar sering didedahkan dengan pelbagai
kesalahan istilah oleh guru-guru Bahasa Melayu. Apabila para pelajar melakukan kesalahan
dalam istilah, guru hendaklah menegur dan membetulkan kesalahan mereka pada masa itu .
Biarkan mereka belajar daripada kesalahan mereka sendiri agar kesalahan tersebut tidak
akan diulang lagi. Selain itu, pihak sekolah juga perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan bahasa. Sebagai contohnya, pihak sekolah mengadakan bulan bahasa
yang diisi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti pidato, syarahan, kuiz bahasa.

Lantaran itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran untuk


memartabatkan penggunaan istilah bahasa Melayu. Kempen ini bertujuan untuk
menggalakkan penggunaan istilah yang gramatis di samping mengembalikan martabat
bahasa Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Kempen ini
boleh dilancarkan melalui media massa kerana media massa merupakan satu komponen
yang paling mudah untuk menyebarkan informasi di Malaysia. Dengan kerjasama Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) dan badan bukan kerajaan (NGO), kempen ini dapat dijalankan
dengan lancar. Dengan kewujudan kempen ini, diharapkan masalah pencemaran istilah
dalam kalangan masyarakat dapat dielakkan. Sebagai penamabahan, Pihak kerajaan juga
perlu mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan bahasa yang
gramatis dalam segala urusan rasmi organisasi sama ada lisan mahupun tulisan. Hal ini
bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai penggunaan bahasa yang gramatis dalam sektor
kerajaan. Dengan mengimplimentasikan dasar ini, semua pegawai dan kakitangan kerajaan
akan menggunakan bahasa yang betul setiap kali ingin menulis data, surat ataupun
melakukan pembentangan. Perkara ini jika dibiasakan akan menjadi amalan, sesuai dengan
peribahasa Melayu, “Alah bisa tegal biasa”. Dengan cara ini, masalah pencemaran istilah
dapat diminimumkan di Malaysia.

Daripada perspektif lain, pencemaran istilah Bahasa Melayu ini juga dapat diatasi
dengan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di Malaysia. Hal ini adalah
seperti yang dinyatakan oleh mantan Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk
Seri Dr. Rais Yatim bahawa Kabinet telah bersetuju untuk memberi kuasa kepada DBP
untuk mendenda pencemar bahasa di negara ini. Denda RM1,000 itu akan dilaksanakan
apabila Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda dan diluluskan
Parlimen . Namun, tumpuan hanya pada papan iklan dan notis awam yang sedia ada di
sekitar bandar. Semua pihak di bawah bidang kuasa DBKL perlu mengikut Undang-undang
Kecil Wilayah Persekutuan 1982 pindaan yang mensyaratkan mereka meletakkan bahasa
Melayu lebih jelas dan terang dengan menggunakan istilah yang betul di papan tanda atau
papan iklan, sekali pun jika ada bahasa lain bersamanya. Sektor pengiklanan seharusnya
turut perlu menggunakan istilah bahasa Melayu yang ilmiah dan bermutu. Bagi syarikat-
syarikat penerbitan majalah pula hendaklah mewujudkan satu biro khas berkaitan dengan
bahasa baku agar majalah yang diterbitkan diedit dan mengikut istilah kata yang betul. Hal
yang sama juga harus dilakukan syarikat-syarikat penerbitan filem Melayu. Perkara ini
adalah untuk mengelakkan penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa
Melayu dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris dan tidak menggunakan
sebutan yang salah. Hal in juga dapat membendung pencemaran istialah dalam bahasa
Melayu di Malaysia.
Kesimpulannya, sebagai seorang bakal guru kita perlu menggunakan istilah serta
sebutan yang betul. Hal ini disebabkan oleh, murid akan mengikut perkataan kita dan
mengaplikasikannya luar daripada kawasan sekolah. Hal ini juga dapat membendung
masalah pencemaran istilah dan sebutan dalam bahasa Melayu di Malaysia. Bahasa melayu
mempunyai asal usul yang unik yang tersendiri. Oleh sebab itu masyarakat perlu
menghayati martabat Bahasa Melayu dan menggunakannya dengan cara yang betul.
Rentetan kata, masyarakat perlu menyekatkan pengaruh bahasa asing dan perlu
mempraktikkan penggunaan istilah bahasa Melayu yang gramitis supaya martabat bahsa
Melayu tidak ditelan oleh zaman.
RUJUK
KAN
mssbj.blogspot.com/2013/01/langkah-langkah-menangani-masalah.html

dokumen.tips/documents/cara-mengatasi-masalah-kesalahan-bahasa.html

bloggersyamil.blogspot.com/2016/08/pengenalan-definisi-bahasa-1.html

SEJARAH BAHASA MELAYU

(Abdul Rashid Melebek, Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain)

SEJARAH TAMADUN ALAM MELAYU.JILID 1: ASAL USUL MELAYU,INDUKNYA DI BENUA SUNDA

(Zaharah Sulaiman, Wan Hashim Wan The & Nik Hassan Shuhaimi, 2016)

You might also like