Quiz GMGM 3023 PDF

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Unit Pendidikan Jarak Jauh

Pusat Pendidikan Professional dan Lanjutan (PACE)


Universiti Utara Malaysia
Semester Oktober 2021/2022 (JA212)

KUIZ (10%)
KOD KURSUS: GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Arahan kepada pelajar

1. Soalan kuiz ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B.


2. Bahagian A mengandungi soalan pilihan BETUL atau SALAH (True or False).
3. Bahagian B mengandungi soalan objektif atau Multiple Choice Questions.
4. Setiap jawapan yang betul mempunyai markah yang sama (0.5%).
5. Jawab semua soalan.

BAHAGIAN A
Jawab kenyataan dibawah ini sebagai Betul (B) atau Salah (S).

# Kenyataan Betul / Salah


1. Pemimpin atau kepimpinan memberi gambaran yang jelas tentang kuasa
dan autoriti yang sendirinya memudahkan tanggungjawab mengaeah dan
memerintah.
2. Mengikut Stoner dan Wankel (1989), seorang pengurus itu haruslah
mempunyai sifat autokratik dan berpandangan jauh ke hadapan.
3. Pendekatan kepada tingkahlaku kepimpinan ialah kajian terhadap
Tindakan yang telah dilakukan oleh pemimpin yang berkesan dan bukan
apa yang ada pada pemimpin tersebut.
4. Teori pendekatan tingkah laku tidak seharusnya menilai ragam kelakuan
seorang pemimpin dan membuat perbandingan yang bertentangan.
5. Technical Skills adalah merupakan pengetahuan mengenai tingkah laku
manusia seperti memahami perasaan dan tabiat orang lain.
6. Kuasa keabsahan adalah mengikut kedudukan dalam hieraki formal
berdasarkan internalisasi nilai-nilai dan norma-norma umum.
7. Dalam kepimpinan transactional, subordinat yang dipimpin menerima
sedikit ganjaran yang ada kaitan dengan keperluan asas mereka sebagai
balasan diatas sumbangan mereka.`
8. Pengurus adalah bertanggungjawab mentadbir, merancang, memimpin
dan mengawal.
9. Menurut Mintzberg (1989), antara lain fungsi kepimpinan adalah
menyelaras matlamat dalam kalangan ahli-ahli
10. Informal Team biasanya terbentuk diatas tujuan-tujuan rasmi yang bersifat
mendukung kepimpinan dan menyatupadukan pihak-pihak yang
bertelagah dalam pasukan.
BAHAGIAN B

Setiap kenyataan dibawah mengandungi SATU sahaja pilihan jawaban yang betul.
Tandakan / Bulatkan huruf (a), (b), (c), atau (d) pada jawaban yang betul.

1. Seorang pemimpin yang gagal untuk mengambilkira perihal moral kepimpinan boleh
mengakibatkan beliau …
(a) mendapat sokongan padu dari subordinat.
(b) berkesan dalam memandu kumpulan.
(c) berjaya mendapat pujian pihak atasan.
(d) tidak kekal lama dalam jawatan.

2. Menurut Mitchel dan Larson (1987) kuasa dikaitkan dengan…


(a) kepentingan untuk melakukan sebarang perubahan
(b) kebolehan untuk mengurus dan melaksanakan arahan
(c) kebolehan seseorang mengubah kelakuan dan sikap orang lain bagi mengikut
kehendak dan arahannya
(d) kapasiti seseorang untuk mengurus pasukan dan mempengaruhi orang lain untuk
bertindak

3. Menurut Robin & Coulter (2002) dan beberapa penulis lain, kepimpinan adalah seperti
berikut, kecuali …
(a) melaksanakan visi dan misi organisasi
(b) mengeratkan hubungan antara subordinat
(c) menerima dan memberi maklumat
(d) membuat keputusan untuk subordinat

4. Skil Kepimpinan meliputi perkara berikut, kecuali …


(a) Pintar, kreatif, dan diplomatik
(b) Diplomatik, dominan, dan tidak mudah tertekan
(c) Kreatif, diplomatik, dan mahir mengurus
(d) Mahir meengurus, pintar, dan betah berkata-kata.

5. Kuasa Pakar adalah …


(a) Kuasa pemimpin yang mempunyai maklumat dan kepakaran yang diperlukan untuk
melaksanakan tugas.
(b) Kuasa pemimpin yang mempunyai karisma dan kepakaran personality
subordinatnya.
(c) Kuasa pemimpin yang mempunyai rekod dan prestij dalam kepakaran memimpin
(d) Kuasa pemimpin yang mempunyai pengaruh dan kepakaran mengunakan
pengaruhnya.

6. Dalam proses kepimpinan transactional, pemimpin-pemimpin adalah …


(a) agen pengukuhan kepada pengikut
(b) agen pengukuhan kepada pihak atasan
(c) agen pengukuhan kepada pembekal
(d) agen pengukuhan kepada klien
7. Kesan pengukuhan kepimpinan dan kepengikutan terhadap pencapaian adalah…
(a) membuat kepimpinan bersifat lebih autokratik.
(b) pemimpin akan sentiasa memberi galakan dan persetujuan setiap kali keputusan
yang baik dibuat.
(c) memberi galakan dan ganjaran kepada subordinat.
(d) memberi pujian dan harapan kepada pembekal.

8. Menurut Stogdill (1974), satu dari perkara berikut adalah BUKAN fungsi kepimpinan.
(a) mengekalkan struktur kumpulan
(b) mengekalkan hala tuju
(c) mengekalkan kedaulatan kumpulan dan kepuasan ahli
(d) mengekalkan pemimpin dan subordinat

9. Menurut Cleveland (1972), pemimpin mempunyai fungsi seperti berikut, kecuali…


(a) mewujudkan dan mengakui hieraki matlamat kumpulan.
(b) Mengiktirafkan gaya kognitif dalam kumpulan
(c) Mengunakan keupayaan ahli secara minima mungkin
(d) Membantu ahli-ahli menyelesaikan masalah adaptasi dan interpersonal

10 Konflik dan tekanan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Menurut Bertand
. (1948), jenis jenis konflik meliputi tiga perkara berikut:
(a) Konflik diri, konflik antara manusia, dan konflik pasukan.
(b) Konflik diri, konflik antara syarikat, dan konflik pasukan.
(c) Konflik pasangan, konflik diri, dan konflik keputusan.
(d) Konflik keputusan, konflik antara syarikat, dan konflik antara manusia.

-TAMAT -

You might also like