Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan
serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan
produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Visi Pendidikan Khas


 
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke
arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 
Misi Pendidikan Khas
 
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas
untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan
memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
 

Falsafah pendidikan kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN:
ISU - ISU DALAM PERLAKSANAANNYA

Program Sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKB) bukan lagi satu perkara
baru Negara kita. Program ini telah wujud pada tahun 1988 dan kelas sekolah peringkat menengah
dibuka pada tahun 1995. Di Negari Sabah, PKBP telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan SK Bukit
Padang selaku sekolah perintis. Penubuhan sekolah intergrasi PKBP ini selaras dengan usaha Jabatan
Pendidikan Khas (JPK) dalam menyediakan kemudahan pendidikan bagi murid berkeperluan khas sejajar
dengan deklarasi antarabangsa yang telah Malaysia tandatangani. Pada keseluruhannya, deklarasi
tersebut menyarankan agar negara-negara di dunia yang menjadikan kanak-kanak cacat sebagai
sebahagian daripada sistem pendidikan Negara. Serta menyarankan agar kanak-kanak tersebut diberi
hak samarata dalam pendidikan dan ibubapa mereka diberi hak menentukan jenis pendidikan sesuai
untuk anak mereka. Keperihatainan pihak kerajaan juga boleh dilihat melalui kelulusan peruntukan elaun
RM50 daripada RM25 bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang ditempatkan di pusat dalam komuniti.
Dalam Teras 4 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga memperlihatkan kesungguhan
pihak kerajaan membantu kanak-kanak ini iaitu merapatkan jurang pendidikan antara pelajar normal
dengan berkeperluan khas berdasarkan kesesuaian dan keperluan mereka. Antara langkah yang diambil
dalam memastikan keberjayaan PIPP ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan
Pelajaran Negeri telah berusaha membangunkan dan membuka sekolah Intregrasi Pendidikan Sekolah,
Pendidikan Masalah Pendengaran dan juga Sekolah Khas Masalah Penglihatan. Perluasan pembukaan
Sekolah Pendidikan Khas terutamnya PKBP, adalah satu sesuatu yang perlu dipandang positif selaian
daripada memperlihatkan kesungguhan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, ia juga memperlihatkan
tahap kesedaran ibubapa dan juga masyarakat di Malaysia terhadap keperluan pendidikan dikalangan
anak mereka dan peluang - peluang yang telah disediakan pihak berwajib.

Pertambahan kesedaran masyarakat terutamanya ibubapa terhadap pendidikan anak mereka secara
tidak lansung meningkatnya jumlah murid di sekolah - sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran. Dalam konteks sebagai seorang guru, perlu memberi peluang kepada kanak-kanak itu
untuk ke sekolah dan belajar sepertimana rakan sebaya yang lain. Adalah menjadi tanggungjawab
seorang guru bagi memastikan anak muridnya mencapai tahap akademik sepertimana kemampuan serta
kesungguhan murid tersebut. Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan
murid berkeperluan khas adalah sudah menjadi tanggungjawab guru. Sungguhpun begitu, satu - satu
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak boleh hanya bergantung kepada faktor
kesungguhan guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah semata-mata. Berdasarkan
pengalaman Pelatih, terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi keberkesanaan penyampaian
pembelajaran terhadap murid berkeperluan khas.

Umum mengetahui bahawa Program Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran (PKBP) di Negara kita masih lagi dalam fasa perkembangan dan pemurnian
perlaksanaannya. Ini bermakna banyak perkara yang perlu dipelajarai dan diperbaiki. Hasil daripada
pemerhatian dan pembacaan Pelatih, selama tempoh fasa perkembangan PKBP ini, walaupun tahap
kesedaran semakin meningkat dikalangan ibubapa dan pihak lain terhadap keperluan kanak-kanak
berkeperluan khas, namun ada segelintir manusia menganggapnya memenuhi keperluan kanak - kanak
ini adalah pilihan terakhir. Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah
sangat penting dalam sesebuah sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermsalah Pembelajaran
memandangkan pihak inilah yang paling hampir dengan program pendidikan khas. Masalah pihak
pentadbiran yang masih kurang memberi sokongan kepada program PKBP bukan sahaja menjadi
masalah beberapa buah sekolah malah mencakupi beberapa sekolah lain di Semenanjung Malaysia.
Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat dari segi layanan pihak pentadbir terhadap guru dan
murid pendidikan khas sebagai golongan kelas kedua, kurangnya peruntukan kewangan serta sikap
kurang senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengikuti peperiksaan awam di mana ia
akan menjatuhkan graf peperiksaan awam sekolah. Dalam menangani isu ini, perlunya ada program
pendedahan Pogram Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
dikalangan semua pihak pentadbir terutamanya bagi sekolah-sekolah yang baru membuka program ini
dan juga pihak pentadbir yang baru berkecimpung dalam dunia pendidikan khas tertamanya Guru Besar
atau Pengetua sekolah. Berdasarkan pendedahan itu, persefahaman pengurusan penyelaras pendidikan
dan Guru Besar / Pengetua akan menjadi lebih baik. Dialog diantara guru pendidikan khas, Guru
Besar/Pengetua dengan Pihak Jabatan Pendidikan Khas secara berterusan adalah perlu bagi
memantapkan lagi persefahaman tersebut selain daripada penyampaian maklumat adalah lebih telus dan
terkini.
Aspek pembangunan fizikal sesebuah sekolah yang tidak mengikut keperluan murid pendidikan khas
juga dilihat sebagai isu oleh Pelatih. Isu ini boleh dilihat pada sekolah-sekolah lama dan juga pembukaan
program PKBP semata-mata untuk memenuhi keperluan pertambahan murid di sesebuah kawasan
sekolah itu. Bagi Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di sekolah yang ditempatkan
Pelatih, secara fizikalnya boleh dilihat adalah masalah ruang. Ruang yang diperuntukan adalah satu baris
blok bangunan sekolah di mana setiap satu kelas atau lebih dikenali sebagai stesen menempkan tiga
buah ‘kelas’ yang setiapnya terdiri daripada enam hinggah lapan orang murid. Bilangan murid dalam satu
stesen adalah kurang sesuai dan agak sesak bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang
mana ada diantara mereka mengalami masalah Hiperaktif, ADHD dan bermasalah emosi. Murid – murid
seperti ini memerlukan satu ruang yang agak luas bagi membantu mereka dari segi perkembangan emosi
serta perubahan tingkah-laku mereka. Berdasarkan pengalaman Pelatih semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, ruang yang terhad sedikit sebanyak membataskan bukan sahaja pergerakaan murid
malah pergerakkan Pelatih. Batasan pergerakkan ini tidak memberi ruang dan peluang kepada murid
untuk melakukan aktivit pergerakkan dalam bilik darjah. Contohnya, Pelatih ingin membuat pertandingan
secara berkumpulan dalam menyiapkan latih tubi matematik di papan putih. Aktiviti seperti ini bukan
sahaja menyeronokkan murid kerana murid perlu bergerak tetapi meriah dengan sorakkan rakan lain.

Masalah lain yang timbul ekoran daripada isu ruang terhad ialah gangguan pembelajaran dari
kelas/kumpulan lain dalam bilik darjah yang sama. Tumpuan Pelatih tidak hanya kepada murid yang
sepatutnya Pelatih ajar pada waktu itu, malah Pelatih terpaksa memberi perhatian juga kepada
kelas/kumpulan murid lain dalam bilik darjah tersebut sekiranya guru yang sepatutnya lewat atau tidak
masuk mengajar. Selain itu, gangguan juga berlaku apabila ketiga-tiga guru mengajar  murid masing –
masing pada masa yang sama apatah lagi apabila melibatkan bahan bantu mengajar seperti radio atau
alat muzik. Dan ini juga menyebabkan tumpuan murid Pelatih bukan sahaja kepada Pelatih tetapi juga
guru di sebelah atau meraka akan bermain dan berkomunikasi dengan rakan sebelah meja. Bagi
mengurangkan gangguan – ganguan seperti di atas, Pelatih akan membawa murid ke bilik resos
sekiranya Pelatih akan menggunakan radio atau alat muzik atau ingin melaksanakan aktiviti permainan.
            Kesediaan guru dalam membentuk kemahiran, kecekapan dan latihan dalam menangani murid
berkeperluan khas ini juga sering menjadi isu sesetengah ibubapa  terutamanya golongan berpelajaran
tinggi. Pada umunya ibubapa meyimpan harapan yang terlalu tinggi untuk anak mereka dan
mengharapkan sesuatu hasil yang terbaik dalam tempoh yang singkat. Menurut pemerhatian Pelatih,
kebanyakkan guru-guru pendidikan khas di mana Pelatih ditempatkan adalah guru yang begitu komited
pada tugas mendidik murid mereka. Cuma kekangannya adalah ada diantara guru tersebut dan
termasuklah Pelatih kurang berkemahiran atau tidak tahu bagaimana menangani atau menyediakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih spesifik kepada masalah pembelajaran yang lebih
spesifik bagi setiap murid tersebut. Ini kerana kebanyakkan guru yang sudah lama mengajar terdiri
daripada mereka yang bukan opsyen pendidikan khas dan hanya mengikuti  beberapa kursus di awal
penglibatan mereka dalam program ini. Kurangnya alat bantu mengajar yang sesuai serta boleh
mengembangkan kemahiran murid juga boleh menjadi faktor kelewatan penerimaan murid terhadap
pembelajaran. Pada kebiasaannya guru hanya menggunakan pendekatan seperti mana murid kelas
perdana cuma tahap pengajaran direndahkan sesuai dengan murid. Pendekatan latih tubi ini sesuai bagi
dikalangan murid yang sudah boleh memegang pensel, mengenal nombor atau huruf asas. Bagaimna
dengan murid yang tidak berupaya memegang pensel atau bercakap sekali pun. Contohnya seorang
murid Autisma yang hanya dengan dunianya. Tidak mahu terlibat lansung dalam sebarang aktiviti
pembelajaran dan datang ke sekolah hanya kerana dihantar oleh ibubapa dan juga sudah menjadi
kebiasaanya bangun setiap pagi dan ke sekolah. Pelatih dapati tidak banyak alat bantu mengajar yang
sesuai untuk murid seperti ini yang terdapat di sekolah. Ada pun tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya
kerana kurang kemahiran menggunakannya. Sehubungan dengan itu, Pelatih atas inisiatif sendiri
mencari maklumat alat bantu mengajar yang sesuai digunakan terhadap murid autisma. Antara alat bantu
mengajar yang biasanya digunakan di Barat atau pihak – pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk
kanak – kanak Autisma ialahApplied Behavior Analysis  (ABA) dan Picture Exchange Communication
System (PECS). Untuk membelinya adalah diluar kemampuan Pelatih. Oleh itu pelatih membuatnya
sendiri dan untuk permulaan Pelatih hanya membuat yang mudah sahaja dan melibatkan kos yang
rendah. Selain itu, Pelatih juga ada menyarankan kepada guru-guru lain serta ibubapa murid. 
            Bagi memastikan kemahiran serta pengetahuan setiap guru pendidikan khas bermasalah
pembelajaran adalah bersifat ‘up to date’tehadap bidang mereka. Selain daripada inisiatif guru itu sendiri
perlu mencari maklumat dan kemahiran diri, pihak Jabatan Pendidikan Khas juga perlu peka terhadap
keperluan guru – guru tersebut. Selain menambah dana penganjuran kurusus sumber manusia dalam
negeri, pihak JPK  juga perlu membawa guru – guru untuk ke luar Negara yang sudah lama dan mahir
dalam bidang pendidikan khas ini.  Lawatan keluar Negara adalah lebih bermakna sekiranya melibatkan
guru pendidikan khas kerana merekala yang terlibat secara lansung terhadap pengurusan murid ini.
Tambahan pengalaman lansung adalah lebih praktikal berbanding hanya mendapat banyangan daripada
pihak lain. Jabatan Pendidikan Khas juga perlu berperanan dalam menambah - baikkan Dasar
Pendidikan Khas atau pekililing yang berkenaan. Adalah tidak mustahil Pendidikan Khas akan memiliki
aktanya sendiri seperti mana di Amerika, Individual of Disability Education Act, 2004.
            Sepertimana JPK, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Pengurusan Daerah bukan sahaja perlu
lebih peka terhadap keperluan kursus dikalangan guru pendidikan khas. Malah bersifat selektif terhadap
pemilihan dan penempatan guru untuk guru pendidikan khas ini. Menjadi seorang guru pendidikan khas
bermasalah pembelajaran tidak semudah disangka. Selain daripada sabar dengan karenah murid, guru
terbut juga perlu berinisiatif dan lebih kreatif untuk menjadikan satu-satu proses pengajaran dan
pembelajaran itu berkesan dan memberi makna kepada murid. Sokongan bersepadu daripada sekolah itu
sendiri juga memberi kesan kepada motivasi kerja guru. Selain pihak pentadbir sekolah menganjurkan
perkembangan staf, pihak sekolah juga perlu membina dan menggalakkan jaringan dikalangan pentadbir,
guru biasa dengan guru pendidikan khas.
            Kurang atau tidak wujudnya perkongsian pintar diantara pihak Sekolah Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran dengan Pihak Bukan Kerajaan (NGO) seperti The National Autism Society of
Malaysia (NASOM), KIWANIS, Sri Mengasih serta pihak swasta yang lain menyebabkan sekolah-sekolah
tersebut adalah tidak setanding dengan kemudahan, infrastuktur serta kemahiran yang mereka miliki.
Pihak NASOM misalnya sebuah NGO yang pakar dalam melatih kanak-kanak Autisme yang pada
kebiasaanya alat mereka lebih canggih dan terbaru. Perkongsian kepakaran dan maklumat diantara
pihak NGO dengan Jabatan Pendididkan khas atau Jabatan Pelajaran Negeri boleh membantu dalam
mengurangkan masalah kekurangan kepakaran serta kekurangan bahan mengajar di sekolah-sekolah
khas.  Perkongsian secara berterusan ini juga perlu bagi pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri
mendapatkan maklumat untuk memberikan alternatif kepada ibubapa dalam menempatkan anak mereka
ke pusat latihan di NGO. Ini kerana terdapat beberapa ibubapa hanya melihat sekolah – sekolah kerajaan
sebagai tempat mereka menyekolahkan anak mereka sedangkan anak mereka memerlukan lebih
perhatian serta terapi pertuturan atau pergerakkan.
            Apa yang dilihat Pelatih, kebergantungan 100% ibubapa atau penjaga murid kepada pihak
sekolah dalam mendidik anak mereka adalah satu perkara yang melambatkan proses penerimaan
pembelajarajan murid. Berbeza dengan sesetengah ibubapa / penjaga yang prihatin seperti mengajar
anak mereka semasa di rumah atau menghantar anak mereka ke NGO setelah pulang sekolah,
perkembangan anak mereka adalah lebih baik. Ini berikutan pihak guru tidak memiliki kepelbagaian
kemahiran ataumultidiscipline  seperti menangani masalah pertuturan atau terapi pergerakkan. Masalah
pertuturan yang tidak diatasi akan menjadi masalah semasa sesi pembelajaran seperti dalam Mata
Pembelajaran BahasaMalaysia dan Bahasa Inggeris. Sikap menyerahan anak – anak mereka
sepenuhnya dibawah jagaan sekolah dan menganggap sekolah seperti pusat jagaan kanak-kanak adalah
perlu dikikis. Pelatih juga melihat ada dikalangan ibubapa yang memandang rendah akan peranan dan
profesion sebagai guru pendidikan khas. Sikap sebegini akan memburukkan hubungan kedua - dua pihak
dan secara tidak lansung akan memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
secara psikologinya guru akan mula kurang bermotivasi dalam pengajarannya. Justeru itu, kedua – dua
pihak iaitu pihak guru dan juga ibubapa perlu bersikap professional akan peranan masing – masing dan
perlu ada “give and take”. Pihak Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri, sekolah dan
pihak Bukan Kerajaan perlu bekerjasama dalam memberi pendedahan kepada ibubapa/penjaga
berhubung dengan permasalahan anak – anak mereka. Ilmu penting untuk kesemua pihak memahami
fungsi dan peranan masing – masing dan tidak menyalahkan serta mengharapkan orang lain semata –
mata. Keterlibatan ibubapa dalam program yang dianjurkan sekolah bukan sahaja memperlihatkan
mereka diperlukan di sekolah tetapi juga satu usaha dalam membina hubungan yang baik.
            Kepelbagaian kecacatan yang dialami murid juga bukan sahaja banyak mempengaruhi kesediaan
murid dalam menerima pembelajaran malah juga melibatkan kemahiran guru itu sendiri. Harus difahami
bahawa kepelbagaian kecacatan merangkumi maslah sensori, neorologi, psikologi dan tingkah – laku 
dalam diri seorang murid. Tidak untuk menafikan hak murid tersebut untuk belajar, namun gak sukar bagi
seorang guru yang terhad kemahirannya untuk membimbing murid yang mengalami kepelbagaian yang
pelbagai dan melebihi saeorang dalam satu – satu masa. Contohnya seorang guru hanya mahir dalam
masalah pembelajaran murid tetapi tidak mahir dalam masalah perubahan tingkah – laku atau masalah
pertuturan murid. Adalah perkara yang sukar untuk mencapai objektif pembelajaran sekiranya masalah
utama tidak diatasi. Bagi mengatasi masalah murid ini diperingkat sekolah, beberapa orang guru perlu
memberi tumpuan kepada murid ini dalam satu – satu waktu. Namun perlu diingat memberi tumpuan
khusus kepada seorang akan menyebabkan rakan – rakan lain terabai.
            Berhubung dengan isu murid bermasalah pembelajaran menduduki peperiksaan awam, ada
dikalangan sekolah kurang senang akan keadaan tersebut. Ini kerana murid pendidikan khas ini akan
menjatuhkan statistik markah peperiksaan awam sekolah dan sekaligus memburukkan prestasi sekolah.
Oleh itu, murid pendidikan khas tidak perlu  mengambil peperiksaan awam memandangkan perkara ini
juga tidak wajib untuk mereka. Berbeza dengan di sekolah Pelatih ditempatkan, masalah ini tidak timbul
berikutan pihak sekolah mengadakan dua pusat peperiksaan. Di mana ia membezakan pusat
peperiksaan awam murid – murid bermasalah pembelajaran dan juga murid – murid perdana.
Walaubagaimanapun, apa yang ingin Pelatih timbulkan ialah soalan peperiksaan awam yang diduduki
oleh murid pendidikan khas dengan murid perdana adalah sama. Ini adalah tidak adil bagi murid
pendidikan khas kerana umum mengetahui tahap akademik mereka. Murid ini akan mengalami masalah
pada kebanyakkan soalan yang melibatkan penyelesaian masalah.
            Penyediaan keperluan pendidikan yang khusus dikalangan murid pendidikan khas adalah
merupakan satu cabaran bukan sahaja di pihak Jabatan Pendidikan Khas malah melibatkan semua pihak
yang memikul amanah menyediakan pendidikan untuk murid – murid ini. Komitmen  serta kerjasama
daripada semua pihak dalam memabantu dari segi perancangan serta perlaksanaan program – program
Jabatan Pendidikan Khas merupakan perkara utama dalam memastika ianya berjaya.  Ini kerana
mendidik murid  berkeperluan khas ini bukanlah mudah kerana mereka memerlukan set persekitaran
yang kondusif bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi nilai - nilai  kemanusiaan. Usahasama
daripada semua pihak ini seperti pihak yang mempunyai sarjana dalam pendidikan kanak – kanak  
istimewa seperti tenaga pengajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT), Institut Pendidikan Guru (IPG) serta
pihak – pihak berpengalaman seperi Badan Bukan Kerajaan (NGO) tentunya akan menghasilkan sesuatu
yang bermanfaat terhadap pendidikan ini dan setanding dengan  di luar negara.

You might also like