Minit Mesyuarat Jawatankuasa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PERSATUAN MAJLIS GRADUASI

BIL.1/2016

Tarikh : 16 Ogos 2016

Hari : Selasa

Masa : 3:00 petang

Tempat : Kelas 6LPU1

Yang Hadir

1. Ahmad Syafi Zulfiqar Bin Zulnazar – Pengerusi


2. Akmal Hadi Bin Jensa – Timbalan Pengerusi
3. Fazalina Alin Bt Fazal Wadood – Setiausaha
4. Hasni Bt Ramli – Bendahari
5. Dayang Nur Akira Bt Alim – AJK
6. Farah Amanina Bt Suzali – AJK
7. Azura Bt Amilkasan – AJK
8. Dayang Nur Atirah Bt Alim – AJK
9. Azwa Liyana Bt Asmoon – AJK
10. Rosnah Bt Arani – AJK

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli majlis mesyurat dan mengucapkan terima
kasih kepada ahli kerana semua ahli dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis
mesyuarat yang pertama kali diadakan ini.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan


perancangan dan pelaksanaan program Majlis Graduasi tingkatan enam yang akan
diadakan.

1.3 Pengerusi berharap agar segala aktiviti persatuan yang dirancangkan dapat
dilaksanakan seperti yang dijadualkan, sekali gus dapat memberikan faedah kepada
ahli persatuan.

Tindakan : Makluman
2.0 Perbincangan Aktiviti
2.1 Mesyuarat memutuskan bahawa beberapa program yang dirancangkan pada hari
graduasi tersebut. Aktiviti yang dipersetujui adalah seperti yang berikut:

a) Persembahan koir
b) Persembahan pelajar
c) Penyampaian sijil dan hadiah
d) Jamuan
e) Sesi bergambar
Tindakan : AJK yang berkenaan

2.2 Semua AJK yang berkenaan hendaklah menyediakan draf kertas cadangan tentang
pelaksanaan program di atas. AJK yang berkenaan juga hendaklah berbincang dengan
pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu untuk mendapatkan pandangan tentang
pelbagai perkara yang berkaitan dengan program tersebut. Semua kertas cadangan
tersebut hendaklah disiapkan sebelum 26 Ogos untuk dibincangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa yang akan datang.

Tindakan: AJK yang berkenaan

2.3 Mengenai perbelanjaan untuk mengadakan program dia atas, majlis bersetuju untuk
membincangkannya dengan pihak pengurusan sekolah dan memohon bantuan dari
pelbagai agensi yang berkaitan. Jumlah perbelanjaan akan dibincangkan oleh
jawatankuasa kecil bersama dengan bendahari persatuan.

Tindakan : AJK yang berkenaan dan bendahari

3.0 Penangguhan Mesyuarat


3.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:45 petang dan mesyuarat seterusnya akan
diadakan pada bulan Oktober 2016
Disediakan oleh, Disemak Oleh,

___________________________________ __________________________

( FAZALINA ALIN FAZAL WADOOD) (AHMAD SYAFI ZULFIQAR)


Setiausaha Pengerusi
Program Graduasi Tingkatan 6 Program Graduasi Tingkatan 6
SMK Madai SMK Madai

You might also like