Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

9 BIDANG TUGAS UTAMA GURU BESAR

1.    Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi2.     Pengurusan Kurikulum3.     Pengurusan Ko


Kurikulum4.     Pengurusan Hal Ehwal Murid5.     Pengurusan Kewangan6.     Pengurusan
Pentadbiran Pejabat7.     Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal8.     Pengurusan dan
Pembangunan Sumber Manusia9.     Pengurusan Perhubungan Luar

1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi:

Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam
segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di
sekolah sebagaimana berikut:
1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua
kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.
2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua
kakitangan di bawah jagaannya.
3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan,
penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.
4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus
dalam jawatan.
5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian
kakitangan di sekolahnya.
6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas
kakitangan sekolahnya.
7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.
8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan
guru.
9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan
Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.
10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah
mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
15. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang
melibatkan guru dan kakitangan.

2. Pengurusan Kurikulum:

1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur,


berkesan dan mengikut perancangan.
2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh
Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan.
3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di sekolah
berjalan dengan sempurna.
4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan menetapkan
guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan.
5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk
memastikan keberkesanan pelaksanaannya.
6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.
7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu sebagai
usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.
8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab
terhadap perkembangan dan kemajuannya.
9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang
akademik.
10. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan yang
telah ditetapkan bagi Guru Besar.

3. Pengurusan Kokurikulum:

1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-
pasukan unit pakaian seragam.
2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan
sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal.
3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum
seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom.

4.  Pengurusan Hal Ehwal Pelajar:

1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa


pelaksanaannya berjalan dengan berkesan.
2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal
untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.
3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang
cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademik dan
sukan.
4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang dan
Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil.
5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan
yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:- (Bimbingan
dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa, keselamatan, riadah dan sistem
mentor mentee).

5.  Pengurusan Kewangan:

1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan


perbelanjaan pembangunan.
2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang
dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.
3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan
dilaksanakan dengan sempurna.
4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang
dilakukan oleh pihak sekolah.
5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan
lain-lain bagi guru dan kakitangan.
6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa
dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.
7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun
sekolah secara teratur dan kemas.
8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar
sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja.
9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan
teratur dan kemas kini.
11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit
dan sebagainya.
12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna
mengikut peraturan yang ada.
13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan
menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.

6.  Pengurusan Pentadbiran Pejabat:

1. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan
sempurna.
2. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan
ditetapkan itu berjalan dengan lancar.
3. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna
dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

7. Pengurusan persekitaran dan kemudahan Fizikal Sekolah:

1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan


dengan cara yang baik dan teratur.
2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah
dari semasa ke semasa.
3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang
diadakan di sekolah.
4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan
pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.

8. Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia:

1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru
untuk pengayaan dirinya.
2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam
perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya.
3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di
peringkat yang lebih tinggi.

9.  Pengurusan Perhubungan Luar:.


1. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan
dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
3. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan
Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
3. Bekerjasama dengan organisasi yang mempunyai kaitan dengan sekolah

You might also like