Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2021/2022

HSM 210 – SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA

TAJUK: ANALISISKAN SEJAUH MANA REJIM BROOKE DAN SYARIKAT


BERPIAGAM UTARA (SBBU) TELAH MELEMAHKAN HAK WARISAN
TANAH SERTA MENIMBULKAN JURANG SOSIAL DAN EKONOMI
DALAM KALANGAN MASYARAKAT PERIBUMI SABAH DAN SARAWAK?

WAKTU TUTORIAL: KHAMIS (9.00 PAGI- 10.00 PAGI)

NOMBOR KUMPULAN: KUMPULAN 7

DISEDIAKAN OLEH: SYAZA QURRATUL AINI

DISEDIAKAN UNTUK: DR. MOHD FIRDAUS BIN ABDULLAH


PENSYARAH HSM210 – SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA

TARIKH PENGHANTARAN: 20 JANUARI 2022


1.0 PENGENALAN

Penduduk di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan juga keturunan. Tiga

kaum utama yang berada di Malaysia adalah Kaum Melayu, Cina dan India. Namun begitu,

terdapat juga penduduk kaum lain atau lebih dikenali sebagai kaum peribumi yang

kebanyakkannya menetap di Sabah dan juga Sarawak. Sabah mempunyai kumpulan etnik

terbesar iaitu sebanyak 32 kumpulan entik komuniti termasuk daripada etnik Kadazandusun,

Rungus, Bajau, Murut dan sebagainya. Penduduk di Sarawak pula terdiri daripada 27 kumpulan

etnik contohnya seperti etnik Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau dan lain-lain lagi.

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, Sabah dan Sarawak pernah berada di bawah

taklukan pentadbiran regim Brooke dan juga Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU).

Brooke mula campur tangan di Sarawak setelah beliau berjaya membantu pangeran Raja

Hasyim untuk menyelesaikan satu pemberontakan yang dilakukan oleh penduduk pada tahun

1841.1

Bagi negeri Sabah pula, pada mulanya Sabah ditadbir oleh dua pentadbiran yang

berbeza iaitu Kesultanan Sulu dan juga Kesultanan Brunei. Kawasan Kimanis hingga Padasan

telah ditadbir oleh kesultanan Brunei, manakala Marudu sehingga Sungai Sibuku pula adalah

di bawah pentadbiran Kesultanan Sulu dan kawasan pedalaman merupakan kawasan

persendirian yang mengamalkan sistem pemerintahan yang berasaskan kesukuan. Pentadbir

tempatan pada masa itu tidak mempunyai dasar yang khusus untuk melaksanakan

pembangunan di Sabah. Selepas itu, barulah SBBU telah mentadbir Sabar secara rasmi pada

tahun 1882 sehingga tahun 1946.

1
Ho Hui Li, ‘Pembangunan Sosial di Negri Sarawak Pada Zaman Pendtadbiran Kolonial British, 1946-1963’
Jurnal Sarjana, 24:1 (2009), 82-104 (hlm. 82)

1
Terdapat banyak kesan yang boleh dilihat akibat daripada pemerintahan dua kuasa

besar ini terutmanya dari segi hak politik, ekonomi dan juga sosial. Oleh itu, penulisan ini akan

menghuraikan tentang hak warisan tanah dan juga dari aspek sosial dan ekonomi hak peribumi

di Sabah dan juga Sarawak.

2.0 HAK WARISAN TANAH

2.1 HAK WARISAN TANAH SARAWAK

Masyarakat peribumi di Sabah dan juga Sarawak telah mempunyai satu cara

pemegangan tanah tradisional atau lebih dikenali sebagai menoa iaitu berdasarkan undang-

undang adat atau sistem adat yang telah lama wujud sebelum kedatangan Brooke dan SBBU

di Sabah dan juga Sarawak lagi. Tanah adat ini merupakan hak milik tanah yang diperolehi

secara turun temurun iaitu dari satu generasi ke generasi yang lain.2 Namun begitu,

pengetahuan mereka tentang sempadan tanah hanyalah diperoleh secara lisan melalui tanda

lisan iaitu menggunakan bukit, batu, buluh, pokok, sungai dan sebagainya. Penentuan

sempadan ini hanyalah dibuat berdasarkan persetujuan individu tersebut dengan komuniti

mereka mengikut adat resam sahaja.3 Hal ini telah menyebabkan banyak berlakunya pertikaian

tentang sempadan tanah adat seperti pertindihan milikan, pertikaian antara pemilik dan juga

pertikaian pemilikan tanah dengan pihak pentadbiran.

Kehadiran James Brooke di Sarawak telah menyebabkan wujudnya Undang-undang

Tanah melalui surat pekeliling nombor 12 yang mengiktiraf undang-undang adat peribumi.

Tujuan utama undang-undang ini digubal adalah bagi merekod sempadan tanah secara rasmi

dan mengelakkan berlakunya percerobohan dan persengkataan antara komuniti setempat.

2
Veplanker JJ, Mc Call MK, ‘Boundry Dispute Settlement Using Mobile GIS’, The Australia Surveyor, 30:1
(2014) 112-121. (hlm. 121)
3
Azima Abdul Manaf,et al., ‘Cabaran tranformasi Tanah NCR: Satu Keperluan Terhadap Pendekatan Pemetaan
Berpenglibatan’, Geografia Journal of Society and Space, 10:1 (2014), 110-117 (hlm. 112)

2
Selain itu, undang-undang ini juga dapat mengelakkan masyarakat daripada membuka kawasan

tanah kerajaan tanpa meminta izin dan persetujuan daripada Pegawai Daerah (DO).4 Selain itu,

Brooke juga telah meluluskan Undang-Undang Pengelasan Tanah yang membahagiakan tanah

di Sarawak kepada empat bahagian iaitu Mixed Zone Land, Native Area Land, Forest Reserve

dan Interior Land. Mixed Zone Land adalah kawasan yang boleh dipegang oleh semua

penduduk yang mana kawasan ini boleh diusahakan oleh kaum peribumi dan juga imigran

untuk tujuan pertanian seperti menanam sagu dan juga gambir. Native Area Land pula

merupakan kawasan tanah khas untuk penduduk asal atau tanah peribumi yang mempunyai

dokumen pengakuan milik tanah yang sah dan diiktiraf sahaja manakala Forest Reserve adalah

tanah yang dirizab oleh kerajaan. Akhir sekali adalah Interior Land iaitu tanah di kawasan

pedalaman yang belum lagi diterokai.5 Pengelasan tanah ini secara tidak lansung membolehkan

kaum bukan peribumi mendapat hak dalam pemilikan tanah hanya di kawasan Mixed Zone

Land sahaja sekali gus dapat memelihara tanah adat masyarakat peribumi dapat terus dipelihara

kerana sebarang pemindahan hak-hak pemilikan kini tertakluk kepada undang-undang.6

Di samping itu, James Brooke juga telah menggubal satu undang-undang yang

dinamakan Peraturan Tanah 1863. Peraturan ini telah membolehkan masyarakat menuntut hak

daripada kerajaan secara rasmi untuk semua tanah atau kawasan tradisi peribumi untuk

diduduki. Namun begitu, tuntutan ini lebih tertumpu kepada kawasan sisa tanah ataupun

kawasan tradisi yang terbiar supaya menjadi hak milik peribumi dan mereka tidak boleh

dianggap sebagai penceroboh terhadap tanah tersebut. Oleh itu, Peraturan Tanah 1863 ini

4
Azima AM, et al., ‘Sempadan dan Pertikaian Pemilikan Tanah Adat di Sarawak’, Geografia Online Malaysian
Journal of Society and Space 11:7 (2015), 92-103 (hlm. 94)
5
Azima AM, et al., ‘Cabaran tranformasi Tanah NCR: Satu Keperluan Terhadap Pendekatan Pemetaan
Berpenglibatan’ (hlm 112)
6
Ibid hlm. 112.

3
secara tidak lansung dapat memberi peluang kepada kaum peribumi untuk melindungi serta

memiliki tanah sebagai hak adat asli mereka.

Tambahan lagi, setelah kematian James Brooke, pentadbiran telah diambil alih oleh

Charles Brooke. Beliau telah memperkenalkan perundangan tanah yang liberal dan memberi

insentif kepada petani dan juga pelabur dengan membolehkan perdagang Eropah memilih

mana-mana tanah dan keluasan yang mereka mahu asalkan kawasan tersebut belum diduduki

oleh Orang Cina yang menanam gambir ataupun peribumi Dayak yang menanam pokok buah-

buahan. Namun begitu, setelah tampuk pemerintahan beralih kepada Charles Vyner Brooke,

terdapat sedikit kelemahan dengan undang-undang tanah yang digubal. Hal ini kerana Vyner

Brooke lebih memberi tumpuan kepada kebun-kebun kecil berbanding dengan ladang-ladang

yang besar. ‘Fruit Tree Order’ yang digubal pada tahun 1879 bagi membendung migrasi kaum

Dayak juga dilihat mempunyai kelemahan. Hal ini demikian kerana, perundangan ini

menyatakan bahawa mana-mana orang Dayak yang berpindah tidak boleh menuntut, menjual

mahupun memindahkan tanah yang ditinggalkan. Perkara ini adalah sedikit bertentangan

dengan tradisi kaum peribumi yang memang hidup dengan bercucuk tanam serta berpindah-

randah.

2.2 HAK WARISAN TANAH SABAH

Pada penghujung abad ke-19 SBBU telah mula memerintah Sabah dan telah

melaksanakan pelbagai dasar dan undang-undang bagi menjamin kawasan tradisi dan hak milik

peribumi terjaga daripada pencerobohan pihak luar. Undang-undang tanah adalah dianggap

penting kerana merupakan satu warisan kaum itu sendiri. Tanah warisan juga dikatakan sebagai

simbolik kepada identiti budaya dan menjadi warisan nenek moyang sesuah kaum peribumi itu

4
sendiri.7 Wiliam H. Treacher telah memperkenalkan The Land Regulations of British North

Borneo 1881. Menurut artikel 26 dan 27 dalam perisytiharaan ini telah menyebabkan kuasa

mutlak tanah terletak pada kerajaan untuk mereka menerima atau menolak peribumi atau mana

mana pihak untuk membeli dan menjual tanah kepada orang asing.8 Selain itu, Treacher juga

memperkenalkan kadar sewa tanah terhadap kaum peribumi menerusi sistem pajakan iaitu

sebanyak $120.0 seekar di kawasan bandar, $48.00 di kawasan sub bandar dan $0.25 seekar

bagi kawasan tanah terbiar. Pada tahun 1882 pula, SBBU menetapkan bahawa segala bahan

mentah yang terdapat di atas tanah pendudukan bukan lagi menjadi hak mereka tetapi menjadi

hal milik SBBU. Tambahan lagi, SBBU memberikan pajakan tanah kepada peniaga Cina dan

pedagang daripada syarikat Eropah secara besar-besaran dan pajakan ini berlansung selama

999 tahun. SBBU dilihat lebih mementingkan syarikat dan pelabur asing dalam pemilikan

tanah berbanding dengan kaum peribumi sendiri. Kesannya, pemilikan tanah yang dahulunya

milik kaum peribumi kini dirampas oleh pelabur asing sekali gus menyebabkan hak mereka ke

atas tanah terancam. SBBU juga telah melaksanakan Land Ordinance 1913 yang memecahkan

tanah kepada dua bahagian iaitu tanah milik adat dan juga tanah peribumi. Dasar ini melarang

masyarakat untuk membuat penjualan dan penyewaan ke atas tanah mereka sendiri. Akhir

sekali Land Ordinance 1930 telah digubal bagi menghadkan jumlah keluaan tanah yang boleh

dimohon oleh penduduk peribumi seperti keluasa tanah yang sebelum ini boleh dimohon

sebanyak 100 ekar telah dikecilkan kepada 15 ekar sahaja. Undang-undang ini amat

menyusahkan kaum peribumi kerana mereka tidak dibenarkan menjalankan aktiviti komersial

dan tanah yang berkeluasa melebihi 15 ekan akan dikenakan cukai sebanyak $0.50 seekar.

7
Mohd Syafiq Akmal dan Azima Abdul Manaf. Peri, ‘Pentingnya pemilikan tanah adat yang diiktiraf: memahami
keperluan komuniti Bidayuh Serian, Sarawak’, Malaysian Journal of Society and Space 10:6 (2014), 171-178
(hlm. 175).
8
Amity A. Doolittle, Property and Politics in Sabah, Malaysia: Native Struggles Over Land Rights, London:
University of Washington Press, 2005, hlm. 35.

5
3.0 JURANG SOSIAL DI SABAH DAN JUGA SARAWAK

3.1 PENDIDIKAN DI SABAH

Pada awalnya, sistem pendidikan di Sabah mengamalkan pendidikan tidak

formal iaitu pendidikan tradisional. Kanak-kanak cuma mendapat pelajaran daripada keluarga

dan juga tokoh di kampung yang hanya untuk dimanfaatkan dalam adat resam mereka seperti

perkahwinan, adat menuai dan juga kematian. Masyarakat Islam akan mengikuti kelas agama

seperti belajar menulis Jawi, belajar membaca Al-Quran dan juga belajar hukum hakam dalam

agama manakala bagi masyarakat bukan Islam, pendidikan yang diperolehi hanyalah semata-

mata berteraskan pantang larang dan juga amalan kepercayaan mereka sahaja. Selepas

kehadiran SBBU di Sabah, sistem pendidikan telah berubah kepada pendidikan formal yang

bermatlamatkan dua objektif iaitu bagi meningkatkan ilmu pengetahuan literasi dan numerasi

penduduk dan juga bagi memberi latihan teknikal untuk pekerjaan pada masa akan datang di

samping menyediakan pelajaran kepada anak ketua kampung bagi mempersiapkan mereka

dengan bidang pentadbiran.

Namun begitu, SBBU tidak terlalu mementingkan pendidikan di Sabah kerana tidak

memberikan manfaat kepada pihak mereka. Mereka hanya menyediakan pendidikan hanya di

peringkat rendah sahaja. Di samping itu, SSBU sebenarnya sedang menghadapi krisis

kewangan yang menyebabkan mereka sukar memberi tumpuan kepada sektor pendidikan di

Sabah. Pada akhir 1881, W. H. Treacher iaitu gabenor pertama Sabah telah membuka sekolah

agama Islam di Sandakan. Beliau juga telah melantik Syeikh Abdul Dalunan untuk mengajar

agama Islam dan Bahasa Melayu di situ. Namun begitu, masyarakat masih tidak memberi

sambutan terhadap pembukaan sekolah tersebut kerana mereka takut akan niat sebenar

Treacher yang beragama Kristian mungkin akan mempengaruhi anak mereka. Usaha tersebut

6
juga menemui kegagalan kerana kekurangan dana dan tidak mempunyai kemudahan yang

mencukupi. 9

3.2 INFRASTRUKTUR DI SABAH

Sebuah landasan kereta api telah dibina di Sabah pada tahun 1896 yang

menghubungkan Weston dan juga Beauford telah memudahkan SBBU mengangkut hasil

keluaran dari bahagian pedalaman ke pelabuhan.10 Pada tahun 1905 pula, landasan ini terus

disambung dari Beaufort ke Jesselton seterusnya dari Tenom ke Melalap. Jalan raya turut

dibina oleh SBBU bagi menghubungkan kawasan ekonomi dengan perlabuhan dan juga

bandar. Namun begitu, pembinaan landasan kereta api dan jalan raya ini hanyalah tertumpu di

kawasan seperti bandar utama yang mempunyai sumber ekonomi berbanding dengan kawasan

pedalaman. Oleh itu, terjadinya kemunduran di kawasan pedalaman akibat pembinaan

infrastruktur yang tidak sekata dan menyeluruh ini.

3.3 PENDIDIKAN DI SARAWAK

Pendidikan di Sarawak pada awalnya adalah sama seperti di Sabah iaitu tidak

mempunyai sistem pendidikan yang sistematik dan formal. Pada zaman pemerintahan James

Brooke, corak pendidikan yang diamalkan adalah secara tradisional. Hal ini kerana James

Brooke tidak mahu menganggu adat peribumi yang sedia ada di Sarawak. Oleh itu corak

pendidikan di Sarawak adalah berbentuk tradisional iaitu kelas-kelas agama diadakan di

madrasah. James Brooke juga menyokong penubuhan pendidikan kaum Kristian iaitu bagi

mengikis fahaman orang Dayak yang mengamalkan amalan animisme iaitu memuja semangat

dan roh nenek moyang mereka. Beliau berpendapat pendidikan kaum Kristian ini dapat

mentamadunkan mereka melalui penubuhan sekolah-sekolah ini. Semasa pemerintahan

9
Dayu Sansulu, Kadazandusun di Sabah : Pendidikan dan Proses Pembangunan 1881-1967, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2008, hlm 127.
10
Sabihah Osman, Pentadbiran Bumiputra Sabah, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985, hlm 79.

7
Charles Brooke, beliau telah mendirikan sekolah untuk anak-anak Melayu, Cina dan juga India

manakala pendidikan bagi kaum Dayak masih di bawah mubaligh Kristian. Walapun begitu,

mereka masih diberikan asas literasi dan numerasi di bawah Government Lay School (GLS).

Sistem ini menjadikan kaum Melayu, Cina dan India diberikan pendidikan berasaskan bahasa

dan kebudayaan masing-masing. Hal ini bermaksud, mereka belajar di sekolah yang sama

namun berpisah mengikut kumpulan etnik dan juga bahasa pengantar. Namun begitu, subjek

agama tidak diajar dan hanya menumpukan kepada subjek sekular menyebabkan wujudnya

kebimbangan dalam kalangan masyarakat Melayu. Vyner Brooke pula telah mendirikan

Madrasah Melayu Sarawak iaitu khas untuk masyarakat Melayu dan membiarkan masyarakat

Cina menubuhkan sekolah persedirian yang berlatar belakangkan pembelajaran dan

bebudayaan dari negara China. Oleh itu jelaslah wujudnya jurang sosial adalah disebabkan

berlaku pemisahan dalam bidang pendidikan semasa pentadbiran Rejim Brooke.

3.4 INFRASTRUKTUR DI SARAWAK

Pembangunan infrastruktur sewaktu pentadbiran Rejim Brooke adalah sangat perlahan

dan mundur. Tujuan utama infrastruktur ini dibina hanyalah berfokus di kawasan-kawasan

yang mempunyai sumber ekonomi sahaja. Contohnya seperti pembangunan infrastruktur

banyak tertumpu di Kuching yang menjadi pusat perdagangan utama pada masa tersebut.

Kawasan Bau pula menjadi tempat perlombongan bijih timah, emas dan pertanian komersial

serta di kawasan Miri yang mempunyai banyak miyak mentah. Hal ini telah menyebabkan tidak

ramai masyarakat Sarawak boleh menggunakan kemudahakan infrastruktur ini dan hanya

sesiapa yang tinggal di kawasan bandar dapat menikmatinya. Kawasan kampung hanya

mempunyai jalan kampung atau jalan hutan yang menjadi penghubung antara satu kawasan ke

kawasan yang lain. Maka, terbuktilah wujudnya jurang sosial dari segi infrastruktur terhadap

masyarakat terutamanya masyarakat yang tinggal di luar bandar dan di kawasan pedalaman.

8
4.0 JURANG EKONOMI DI SABAH DAN SARAWAK

4.1 JURANG EKONOMI DI SABAH

Sebelum kehadiran SSBU di Sabah, masyarakat masih mengamalkan ekonomi

sara diri yang berskala kecil dan masih tiada tanaman komersial yang diusahakan. Penduduk

di Sabah juga masih menggunakan sistem barter dalam urusan ekonomi mereka. Namun sejak

SBBU bertapak di Sabah, belaku kegiatan eksploitasi hasil bumi secara besar besaran dan

jurang ekonomi ini dapat dilihat melalui sektor penanaman getah. Terdapat pelbagai jenis getah

yang ditanam antaranya ialah Indian Rubber yang diperkenalkan oleh William Pryer pada

tahun 1885 hingga tahun 1888. Hasilnya jumlah eksport telah meningkat dan sektor penanaman

getah semakin berkembang pada tahun 1905 yang menyebabkan W.C Cowie menarik pelabur

asing dengan memberi dua isentif untuk membangunkan lagi industri getah iaitu dengan

pengecualian cukai eksport selama 50 tahun bermula pada 1905 dan SBBU juga akan memberi

dividen walaupun syarikat tersebut tidak produktif. Hasilnya sebanyak 12 syarikat asing mula

melabur dan berlaku kepesatan dalam industri getah yang menyebabkan perlunya pertambahan

tenaga buruh. Oleh itu, pada tahun 1910, kerajaan telah menghantar Young Riddel ke negara

China untuk melakukan perundingan mengenai mengambilan tenaga buruh. Pada 1911,

terdapat seramai 20 871 orang buruh kontrak di Sabah namun daripada jumlah tersebut, hanya

3 338 orang terdiri daripada buruh tempatan dan selebihnya adalah buruh dari Chian dan buruh

Jawa. Demikian, dapat disimpulkan bahawa berlakunya jurang ekonomi di Sabah kerana pihak

SBBU lebih mementingkan pelabur asing serta imigran luar berbanding masyarakat peribumi

Sabah.

9
4.2 JURANG EKONOMI DI SARAWAK

Selanjutnya, jurang ekonomi di Sarawak dapat dilihat melalui aktiviti perlombongan

emas dan tanaman komersial. Pada mulanya, ekonomi di Sarawak juga berasaskan ekonomi

tradisional iaitu hanya dijalankan dalam kalangan penduduk tempatan. Setelah Rejim Brooke

memerintah Sarawak, beliau telah mengubah sektor perlombongan yang dahulunya diusahakan

oleh orang Melayu dan orang Dayak di pesisiran sungai di kawasan Bau. Orang Cina dari

Sambas telah perhijrah ke Bau untuk melakukan aktiviti perlombongan secara besar-besaran.

Pada tahun 1840-an orang Cina di kawasan tersebut telah meningkat kepada 4 000 orang

menyebabkan terjadinya aktiviti kongsi gelap di kawasan tersebut menyebabkan James Brooke

perlu merangka strategi untuk mengawalnya kerana mereka mula terbabit dalam penyeludupan

candu, aktiviti kongsi gelap dan membuat pungutan cukai kepada penduduk setempat.

Kesannya, pada 1887, mereka telah melakukan pemberontakan dengan menyerang Kuching.

Sewaktu pemerintahan Charles Brooke, beliau berusaha untuk merancakkan kembali

aktiviti ekonomi dengan menarik kedatangan imigran Cina. Beliau telah menyediakan pelbagai

kemudahan kepada orang Cina yang datang ke Sarawak seperti menyediakan tambang

perjalanan, belanja bulanan dan sebagainya. Hasilnya, lebih ramai imigran Cina berhijrah ke

Sarawak menyebabkan berlakunya peningkatan secara mendadak iaitu kepada ratusan ribu

orang pada tahun 1939. Dengan itu, pertanian seperti gambir dan juga lada hitam telah

berkembang sehingga membolehkan Sarawak menjadi pengeksport utama lada hitam. Jelaslah

bahawa wujud jurang ekonomi di Sarawak kerana lebih banyak orang Cina menjalankan

aktiviti ekonomi seperti perlombongan dan juga mengusahakan tanaman komersial berbanding

dengan masyarakat peribumi Sarawak.

10
5.0 RUMUSAN

Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa kehadiran Rejim Brooke di Sarawak

tidak melemahkan hak warisan tanah masyarakat peribumi malahan segala undang-undang dan

dasar yang dilaksanakan adalah bagi menjamin status quo dalam masyarakat. Kerajaan Brooke

juga mentadbir Sarawak secara paternalistik bagi memastikan pentadbirannya selaras dengan

pentadbiran masyarakat setempat yang sedia ada. Brooke juga dilihat menolak sebarang

perubahan yang besar dalam mendapatkan sumber ekonomi setempat kerana beliau masih

mementingkan kebajikan masyarakat peribumi. Bukan itu sahaja, pentadbiran selepas James

Brooke iaitu Charles Brooke masih mementingkan kebajikan peribumi walau dalam usaha

untuk mencapai matlamat ekonominya. Namun begitu, walaupun terdapat sedikit kelemahan

pada era pemerintahan Charles Vyner Brooke, namun itu tidak memberikan impak yang terlalu

besar terhadap status pemilikan tanah dan juga status sosioekonomi masyarakat tempatan di

Sarawak.

Namun begitu, nasib masyarakat peribumi di bawah pentadbiran SBBU adalah

berlainan berbanding masyarakat peribumi Sarawak. Hal ini kerana SBBU telah jelas

melemahkan hak warisan tanah selepas dasar tanah pertama digubal pada tahun 1881.

Pengenalan ordinan tanah pada tahun 1930 juga telah memperlihatkan ketamakan SBBU dalam

mengeksploitasi hasil tanah iaitu hasil daripada kutipan cukai daripada penduduk daripada

setiap daerah di Sabah. Jurang sosial dan ekonomi di Sabah juga boleh dilihat dengan jelas

terutamanya apabila masyarakat didak dibenarkan melakukan urusan jual beli tembakau secara

barter kecuali untuk kegunaan sendiri dan keluarga iaitu dalam kuantiti yang kecil sahaja. Oleh

itu, jelas menunjukkan kehadiran SBBU di Sabah lebih banyak menyebabkan berlaku jurang

sosial dan ekonomi di samping melemahkan hak warisan tanah kaum peribumi Sabah.

11
BIBLIOGRAFI

BUKU
Amity A. Doolittle, Property and Politics in Sabah, Malaysia: Native Struggles Over Land
Rights (London: University of Washington Press, 2005)
Caroline, Aegedius. Dasar Pendidikan British di Sabah, 1945-1963 (Selangor: Universiti
Malaya, 2003)
Dayu Sansulu, Kadazandusun di Sabah : Pendidikan dan Proses Pembangunan 1881-1967
(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008)
Sabihah Osman. Pentadbiran Bumiputera Sabah 1881-1941 (Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia, 1985)
Saharudin Bakkareng, Pentadbiran Tanah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Barat
Sabah, 1881-1941, (Universiti Sains Malaysia, 2004)

ARTIKEL JURNAL

Azima Abdul Manaf, et al., ‘Cabaran tranformasi Tanah NCR: Satu Keperluan Terhadap
Pendekatan Pemetaan Berpenglibatan’, Geografia Journal of Society and Space’, 10:1 (2014),
110-117.

Azima AM, et al., ‘Sempadan dan Pertikaian Pemilikan Tanah Adat di Sarawak’, Geografia
Online Malaysian Journal of Society and Space, 11:7 (2015), 92-103.

Hui Ling, Ho., ‘Pembangunan Sosial di Negeri Sarawak Pada Zaman Pentadbiran Kolonial
British, 1946-1963’, Jurnal Sarjana, 24:1 (2009), 82-104.
Juviana Jima, ‘Sistem Pengangkutan Tradisional di Borneo Utara Sebelum Abad ke-19’,
Jurnal Borneo Arkhailogia, 5:1 (2020), 61-74.

Mohd Syafiq Akmal Kasimun@Katmon, and Azima Abdul Manaf, ‘Peri Pentingnya
Pemilikan Tanah Adat yang Diiktiraf: Memahami Keperluan Komuniti Bidayuh Serian
Sarawak’, Geografia Online Malaysian Journal of Society and Space, 10:6 (2014), 171-178.

Verplanke JJ dan Mc Call MK, ‘Boundary Dispute Settlement using Mobile GIS’, The
Australia Surveyor, 30:1 (2014), 112-121.

12

You might also like