Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CAHAYA MASAI, PASIR GUDANG.

MINIT CURAI
NAMA MESYUARAT / TAKLIMAT / KURSUS : TAKLIMAT PENGEMASKINIAN MAKLUMAT SISTEM PENGURUSAN LATIHAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (SPL,KPM) DAERAH PASIR GUDANG
BILANGAN 1 TAHUN 2020

TARIKH : 10 MAC 2020 HARI : SELASA


TEMPAT: DEWAN SERI BAYU, SK TAMAN RINTING 2 MASA : 9.30 PAGI

1. PENGERUSI TAKLIMAT : ENCIK HUSSIN BIN HAMIDON


PEN PPD PERANCANGAN, PPD PASIR GUDANG
2. WAKIL SEKOLAH : SYARIFAH HASMIDA IDAYU BINTI SYID OMAR
SETIAUSAHA LDP
3. TURUT HADIR ( JIKA ADA) : PUAN SITI AFIZAH
PENYELARAS LATIHAN SUMBER MANUSIA
PEGAWAI TADBIR, PPD PASIR GUDANG

PUAN KOMARIAH BINTI SYAABAN


PEMBANTU TADBIR N19, PPD PASIR GUDANG
4. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANG :

4.1 KATA-KATA ALUAN


4.1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran semua setiausaha latihan dalam perkhidmatan
kali 1 pada tahun 2020.
4.1.2 Sesi pengenalan bersama pegawai yang bertangunggjawab dengan sistem latihan PPD
Pasir Gudang.
4.1.3 Ucapan tahniah atas kerjasama semua SU LDP kerana tiada TPK dan 100% guru dan
AKP lengkap 5 dan 7 hari berkursus bagi tahun 20019.
4.1.4 Penekanan jumlah hari berkursus adalah 5 hari berdasarkan KPI Dasar Latihan Sumber
Manusia. Namun begitu, di peringkat PPD, kita bersetuju untuk mencapai 7 hari
berkursus.
4.1.5 Peringatan tentang jumlah mata kredit yang perlu dicapai oleh semua guru iaitu 42
mata kredit.

4.2 FOKUS UTAMA : PENGURUSAN PELAN OPERASI LATIHAN (POL)


4.2.1 3 keperluan POL:
i. Dasar (mengikut keperluan dasar semasa)
ii. TNA (berdasarkan analisis TNA guru dan AKP)
iii. Organisasi (keperluan sekolah atau arahan Guru Besar)
4.2.2 Semua keperluan POL tersebut perlu diambil kira.
4.2.3 Kumpulan Pelaksana : terbahagi 2 (guru dan bukan guru)
4.2.4 Kursus-kursus yang dikenalpasti adalah berdasarkan anlisis TNA, keperluan dasar-
dasar tertentu dan juga keperluan organisasi.
4.2.5 Kaedah Blended Approach boleh digunakan. Laporan program boleh buat 1 sahaja,
tetapi perlu dinyatakan dengan jenis 2 slot tersebut.
4.2.6 Sekiranya terdapat perubahan dalam dokumen kerja, perlu potong dan initial di tepi
pembetulan tersebut.
4.2.7 Kandungan Folio LDP 2020:
Tahun 2019
- Rumusan LDP 2019

1
- Bil. Hari LDP 2019
- Sijil 7 Hari Berkursus (10% daripada jumlah guru dan akp)
- Borang Naziran

Tahun 2020
i. Senarai Nama Guru dan AKP (1 Januari 2020)
- sekiranya ada pertambahan nama baharu, tambahkan dalam senarai
asal dan buat catatan tarikh kemasukan
ii. Kertas Perancangan POL
iii. Laporan POL dan Analisis TNA (Guru dan Kumpulan Sokongan I dan II)
- Kemahiran Pengetahuan Profesionalisme wajib ada dalam POL
Guru.
- Kemahiran Generik dan Fungsian wajib ada dalam POL Kumpulan
Pelaksana.
- Sekiranya mempunyai peratus yang sama, pihak sekolah perlu
memilih bidang mana yang perlu diberi fokus utama.
iv. Pelan Operasi Latihan 2020
v. Perancangan Latihan 2020
vi. Surat Panggilan Kursus
vii. Laporan Kursus
4.2.8 SU LDP hanya fokus terhadap POL sepanjang tahun.
4.2.9 SU LDP berhak untuk kongsikan id dan password splkpm untuk memudahkan
panitia merekodkan kehadiran guru dalam kursus panitia masing-masing. SU LDP
boleh adakan kursus dalaman kepada semua ketua panitia cara pengurusan dan
pengisian latihan dalam splkpm.
4.2.10 Merujuk kepada POL, para 7.2.4 : Perancangan Latihan sah laku untuk tempoh 2
tahun. Sekiranya kursus yang dirancang tidak dapat dilaksanakan pada tahun semasa,
boleh diteruskan pada tahun berikutnya. POL tahun semasa boleh ditambah bersama
perancangan tahun lepas yang tidak dapat dilaksanakan.
4.2.11 SU LDP perlu peka dengan pengeluaran surat-menyurat.
i. Memo : untuk edaran dalam organisasi
ii. Surat : untuk edaran luar
4.2.11 Memo arahan:
- daripada : bergantung program mengikut PK masing-masing
- sekiranya salinan kepada Semua Guru, perlu nyatakan (senarai edaran seperti
dilampirkan)
- Sekiranya ingin menjemput 2 penceramah dalam satu program, boleh gunakan satu
surat sahaja. Contoh:
Kepada : Senarai edaran seperti dilampirkan
Melalui dan salinan : Guru Besar SK Taman Bukit Dahlia
Guru Besar SK Taman Pelangi Indah
** Lampirkan senarai edaran di akhir surat tersebut.
4.2.12 Pengisian Sistem Latihan
- Pastikan sekiranya telah dilaksana, senarai nama peserta juga telah sedia ada
- Pengisian jumlah jam kursus, boleh diselaraskan untuk merekodkan
3 jam bagi taklimat-taklimat program.

4.3 PENGURUSAN MEMO (AKTA ARKIB)


4.3.1 Rujukan Tuan : sekiranya melibatkan surat punca kuasa yang terlibat dengan apa jua
kerja yang dibuat berkaitan, terutamanya melibatkan pemantauan dari pegawai PPD /
JPN.
4.3.2 Rujukan Kami : rujukan fail sekolah
2
4.3.3 Daripada : (merujuk kepada individu yang bertanggungjawab) PK 1
4.3.4 Kepada : merujuk kepada penerima maklumat
4.3.5 Tandatangan : Ketua Jabatan (apa sahaja pengurusan fail sekolah, perlu dalam
makluman ketua jabatan). Tandatangan digital atau cop tidak dibenarkan.
4.3.6 Tarikh : perlu bertulis tangan oleh Ketua Jabatan.
4.3.7 Surat mesti bertarikh 7 hari sebelum.
4.3.8 Format Penulisan Surat (mengikut Akta Arkib):
- Font : Arial, Size : 10-14, Spacing : Single

Nama
Alamat

Melalui dan salinan kepada,

Tuan,

Tajuk: HURUF BESAR (BOLD)


Huruf kecil (underlined)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk @


Dengan segala hormatnya surat PPD......bertarikh ...... dan perkara di atas
dirujuk.

2. Content

Tarikh: Mesti ada tarikh dan hari (10 Mac / Selasa)


Masa : mesti letak tempoh masa
(sekiranya mesyuarat tempoh masa adalah 2 jam)
(taklimat, perkongsian boleh melebihi 2 jam)
Pakaian : Pakaian rasmi (formal), sekiranya melibatkan aktiviti-aktiviti
yang memerlukan

3. Sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila hubungi (individu yang


bertanggungjgawab @ PK 1) dan letakkan no. telefon pejabat sekolah.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(spacing 3x)
(MOHD SENIN BIN KASSIM)
Guru Besar, SKTBD

Initial : font Arial, 8, Italic


Contoh : E:/MAH/nba/FailLDP
D (lokasi dokumen)
Nama orang yang memberi arahan
Nama orang yang buat surat
Tajuk fail

3
4.4 HAL-HAL LAIN
4.4.1 Encik Hussin mengingatkan agar semua SU LDP menyediakan PK06-3 : Keberkesanan
Program bagi setiap program yang telah dijalankan bagi menilai keberkesanan kursus
yang telah dijalankan.
4.4.2 Pihak sekolah perlu keluarkan surat lantikan sebagai SU LDP atau melalui carta organisasi
di dalam Buku Pengurusan Sekolah.

4.5 UCAPAN PENANGGUHAN


4.5.1 Encik Hussin berharap agar segala maklumat yang disampaikan sepanjang kursus ini
dapat dijadikan panduan kepada semua SU LDP.

DILAPORKAN OLEH:

…………………….........................
(SYARIFAH HASMIDA IDAYU BINTI SYID OMAR)

You might also like