Keagamaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

keagamaan dan kerohanian adalah aspek yang penting dalam pembentukan peribadi individu yang memainkan

peranan dalam pembangunan sahsiah dan identiti negara.

Perdana Menteri berkata, prinsip pertama Rukun Negara iaitu 'Kepercayaan Kepada Tuhan' memperjelas hakikat
bahawa ia menjadi nadi pembinaan jati diri rakyat Malaysia.

"Prinsip ini membayangkan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia harus berpegang teguh kepada nilai murni yang
diajar dan diterapkan oleh agama.

"Apabila kita berpegang teguh kepada ajaran agama, maka ia dapat membentuk kehidupan yang sejahtera. Kita
akan bertindak sebagai insan yang bertanggungjawab dan sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian negara,
bermula dari ketaatan dan kepercayaan kepada agama masing-masing,"

Sementara itu, Natasha Nor Jaafar mencadangkan agar subjek pendidikan moral di sekolah rendah dirombak semula
dengan menerapkan unsur persefahaman antara agama sesuai dengan status Malaysia sebagai negara berbilang
kaum.

Cynthia pula berpendapat bangunan keagamaan seperti masjid, kuil, gereja, gurdwara dan tokong lebih kerap
menganjurkan aktiviti dan program yang mengajak masyarakat berbilang kaum untuk turut serta agar dapat
dikurangkan jurang perbezaan antara rakyat Malaysia.

Setiap prinsip terkandung dalam Rukun Negara sebenarnya mempunyai matlamat tertentu dan maksud
tersirat yang harus dihayati dan dipraktikkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan
agama.

Menyedari kepelbagaian agama yang dianuti masyarakat di negara ini, Kepercayaan Kepada Tuhan
dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara untuk rakyat berpegang teguh kepada kepercayaan
masing-masing, demi kebaikan bersama untuk membina negara Malaysia yang berdaulat.

Biarpun Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam ialah agama Persekutuan, agama dan
kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian dalam negara
ini, supaya perpaduan terus mantap dalam kalangan rakyat Malaysia.

Memperincikan prinsip pertama Rukun Negara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, prinsip itu dapat dilihat dengan jelas dalam
suasana harmoni rakyat negara ini yang menerima dan mengamalkan perbezaan agama untuk saling
menghormati antara satu sama lain.

“Manusia tidak boleh lari daripada kehidupan ingin bertuhan dan akan menjadikan kehidupan mereka
ke arah kebaikan dan kebenaran. Bila ada amalan ini, manusia akan rasa dipimpin, ada batasan dan
sedar apa yang Tuhan suka atau tidak suka dalam amalan seharian manusia.

“Secara tidak langsung, ia membuatkan seseorang manusia bertimbang rasa, menjauhi kejahatan dan
melakukan sesuatu tindakan bijak dan sewajarnya,” katanya kepada Bernama sempena sambutan ulang
tahun ke-50 Rukun Negara bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan 2020, yang
dijadual 7 Julai ini.
Rukun Negara mengandungi lima prinsip - Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan
Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Ia
diisytiharkan pada 31 Ogos, 1970 bagi memperkukuh dan mengembalikan perpaduan kaum di Malaysia
susulan peristiwa 13 Mei, 1969.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, berdasarkan pegangan agama masing-masing dan berpandukan
kepada prinsip Kepercayan Kepada Tuhan telah membentuk rantaian kasih sayang dalam kalangan
rakyat negara ini tanpa mengabaikan hak seseorang.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/89369/BERITA/Nasional/Kepercayaan-kepada-


Tuhan-bentuk-rakyat-Malaysia-berdaulat

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

You might also like