Example Reasearch

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 23

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PERNIAGAAN OUM

SEMESTER SEPTEMBER 2016

BBPP1103

PRINSIP PENGURUSAN

NO. MATRIKULASI : 870223235421001


NO. KAD PENGNEALAN : 870223-23-5421
NO. TELEFON : +60107600149
E-MEL : mohdkhairulpit@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : Pusat Pembelajaran Johor


<BBPP1103>

ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK
TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi
tugasan kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK
termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman
dan langkau baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat
APENDIKS.

1
<BBPP1103>

ISI KANDUNGAN MUKA/SURAT

1.0 PENGENALAN 3
1.1 Latar Belakang Syarikat 3
1.2 Gambaran Keseluruhan Industri 4

2.0 JENIS PERSEKITARAN MEMBUAT KEPUTUSAN 7


2.1 Membuat Keputusan Dalam Keadaan Kepastian 9
2.2 Membuat Keputusan Dalam Keadaan Ketidakpastian 10
2.3 Membuat Keputusan Dalam Keadaan Risiko 11

3.0 PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN YANG RASIONAL 11


3.1 Mengenal Pasti Masalah 12
3.2 Mengenal Pasti Kriteria Keputusan 13
3.3 Memperuntukkan Pemberat Bagi Setiap Kriteria 13
3.4 Menjana Penyelesaian Alternatif 14
3.5 Menilai Alternatif - alternatif 16
3.6 Memilih Keputusan yang Optimum 16

4.0 BAGAIMANA MENINGKATKAN PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN 17


4.1 Menggunakan Peraturan dan Ujian 17
4.1.1 Peraturan Pembuatan Keputusan 17
4.1.2 Pelbagai Ujian Pemboleh Ubah
18
4.2 Menggunakan Kumpulan 19
4.2.1 Sumbangsaran 19
4.2.2 Teknik Kumpulan Nominal 19
4.2.3 Teknik Delphi 19
5.0 KESIMPULAN 20

2
<BBPP1103>

6.0 RUJUKAN 21

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Syarikat.

HN Sport Sdn Bhd (HN) adalah sebuah syarikat pengeluaran pelbagai produk
berasaskan sukan dibawah jenama Garena. HN mula bertapak di industri pakaian sukan
selama 11 tahun sejak ia ditubuhkan pada tahun 2007 sehingga kini. Beroperasi di Johor
sebagai pusat utama pengeluaran jenama Garena, kini HN mampu mengeksport sebanyak
500 ribu pelbagai produk sebulan ke serata Asia Tenggara termasuklah negara Vietnam,
Brunei, Singapura, Filipina dan Indonesia sebagai pasaran utama di Asia Tenggara.
Terkenal dengan produk pengeluaran pakaian sukannya yang selesa dengan harga yang
berpatutan berbanding jenama yang sedia ada dipasaran, HN telah mengeluarkan produk
terbarunya yang menggunakan teknologi fabrik bagi kesemua produk pengeluaran
dibawah jenama Garena yang diberi nama ‘Stay-Dry’. Teknologi fabrik ‘Stay-Dry’
adalah campuran kain yang berkualiti tinggi yang dapat memastikan kelembapan dapat
diserap serta merta dengan lebih cepat berbanding fabrik biasa sekaligus suhu badan
dapat dikawal semasa aktiviti bersukan atau bersenam.

HN merekodkan perolehan sebanyak RM15 juta bagi perolehan yang berakhir pada
Disember 31 Disember 2015 berbanding RM13 juta pada tahun sebelumnya. Peningkatan
sebanyak RM2 juta atau 13%. Keuntungan sebelum cukai HN juga meningkat sebanyak
RM5 juta berbanding RM2 juta bagi tahun 2014, iaitu peningkatan sebanyak RM3 juta
atau 60%. Bagi menampung permintaan pengeluaran produk jenama Garena yang
semakin tinggi di pasaran rantau Asia, HN telah menggaji seramai 2 ribu orang
kakitangan di sektor pengeluaran di Johor sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan bagi
masyarakat setempat. Selain itu, HN juga telah membuka sebanyak 13 cawangan di
Malaysia dan 1 outlet di setiap negara pasarannya di Asia Tenggara dan telah
mewujudkan peluang perniagaan bagi usahawan – usahawan yang berminat dengan
produk sukan mereka.

3
<BBPP1103>

1.2 Gambaran Keseluruhan Industri.

Ekonomi serantau negara Asia yang kian pesat berkembang hasil dari perjanjian
negara-negara ASEAN memberikan peluang yang lebih besar bagi pengusaha dan
pelabur menjalankan perniagaan di rantau ini. Penubuhan ASEAN Economic Community
(AEC) pada 2015 adalah satu kejayaan yang sangat besar dalam agenda intergrasi
ekonomi serantau dalam ASEAN yang menawarkan peluang dalam bentuk pasaran yang
besar AS $ 2.6 trilion dan lebih 622 juta orang. Pada tahun 2014, AEC secara kolektif
adalah ekonomi ketiga terbesar di Asia dan ketujuh terbesar di dunia.

Rajah 1: Negara – Negara ASEAN yang terlibat dengan AEC.


Sumber : http://academic.bu.ac.th/2012/images/article-img/asian-aec.gif

4
<BBPP1103>

Thailand merupakan salah sebuah negara yang berintergrasi bersama AEC yang
mempunyai kelebihan pelbagai sudut berbanding dengan ahli AEC yang lain. Kelebihan
ini memberi peluang kepada Thailand menjadi sebuah hab pelaburan serantau,
perdagangan dan ekonomi. Perbandingan ini dipandang dari sudut kedudukan Thailand
yang terletak ditengah pusat rantau Asia Tenggara selain dari sebahagian sempadan
negara berhubung dengan negara – negara ASEAN yang lain. Dari sudut tahap
pembangunan pula, Thailand dilihat mempunyai kelebihan tahap pembangunan yang
lebih tinggi berbanding Negara ASEAN yang lain dengan taraf pendidikan asas yang
universal, ramai pekerja mahir yang dilahirkan serta infrastruktur yang dibangunkan
terutamanya sistem jalanraya. Mata wang bath juga diterima oleh negara lain dalam
transaksi perdagangan sempadan.

Ekonomi Thailand tumbuh 3.2 peratus pada suku tahun ketiga berbanding tahun lalu,
menurut agensi perancangan Thailand berkata pada 21 Nov 2016. Kadar itu perlahan
sedikit daripada yang diunjur, walaupun eksport menunjukkan tanda-tanda awal
pemulihan. Pertumbuhan itu lebih rendah daripada median pertumbuhan 3.4 peratus yang
diramal dalam satu tinjauan Reuters dalam kalangan ahli ekonomi dan pertumbuhan 3.5
peratus pada suku April-Jun. Dari segi suku ke suku, ekonomi Thailand berkembang 0.6
peratus dalam tempoh tiga bulan hingga September lalu. Lembaga Pembangunan
Ekonomi dan Sosial Negara berkata ekonomi Thailand dijangka tumbuh 3.2 peratus
tahun ini, berbanding ramalan antara 3 - 3.5 peratus sebelum ini. Ekonomi negara itu
tumbuh 2.8 peratus tahun lalu. Agensi itu kini menjangka eksport tidak berubah tahun ini,
daripada kejatuhan 1.9 peratus yang diramal sebelum ini. Ini menunjukkan petanda
positif bagi pelabur dan perniaga yang ingin membina perniagaan dinegara berkenaan
dan bagi industri produk sukan pula ia dilihat tampak bagus kerana kuasa membeli di
Thailand yang tinggi kerana disebabkan mata wang bath yang stabil.

5
<BBPP1103>
Nike dan Adidas adalah antara jenama utama yang mendominasi pasaran barangan
produk sukan di Thailand. Oleh kerana permintaan atau pemakaian dari peminat jenama
itu, Nike dan Adidas kekal di kedudukan teratas pada tahun 2015 bagi jualan pasaran
Thailand. Adidas oleh Adidas Thailand Co Ltd memperoleh keseluruhan bahagian
dengan nilai saham sebanyak 8 peratus pada tahun 2015. Ia diikuti rapat jenama Nike
oleh Nike Inc serta jenama produk sukan yang lain termasuk Reebok, Puma, Vans dan
Converse. Produk tempatan juga menunjukkan peningkatan jualan dengan jenama
Nanyang dan Breaker menjadi pengeluar kasut sukan popular yang menawarkan harga
yang berpatutan, ini menjadikan kedua – dua jenama tempatan tersebut terkenal
dikalangan pelajar di Thailand. Daya saing yang positif ini membuatkan HN yang
membawa jenama Garena berminat untuk menembusi pasaran produk sukan dinegara
Thailand. Selain itu HN juga merancang untuk membuka sebuah pusat pengeluaran yang
kedua bagi memudahkan aktiviti eksport produk sukan Garena sekaligus dapat
menampung permintaan pasaran yang berdekatan dengan Thailand seperti outlet
diVietnam.

6
<BBPP1103>
2.0 JENIS PERSEKITARAN MEMBUAT KEPUTUSAN.

Membuat keputusan sememangnya penting dalam kehidupan dan keputusan yang


baik datangnya dari pengalaman, kecekapan dan kemahiran semasa membuat keputusan.
Menurut Ainon Mohamad (2003), akal adalah fitrah manusia untuk berfikir, tetapi dalam
menggunakan akal biasa sesekali seseorang itu membuat keputusan yang salah kerana dia
tidak menggunakan logik akalnya. Apa yang penting ialah keputusan mesti diambil untuk
diri sendiri, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara. Maklumat ini menjurus kepada
ramalan - ramalam yang dibuat dengan tepat tentang persekitaran yang baru. Ini
membolehkan kita memperolehi keputusan yang rasional melalui data – data pesaing
yang dikumpul dan dikaji secara wajar. Abd Aziz (2004) menyatakan bahawa kepintaran
emosi diperlukan dalam membuat keputusan. Keputusan yang dibuat adalah satu proses
dimana akan memenuhi kehendak satu organisasi termasuklah bebanan yang akan
diterima atau samada positif atau negatif bagi mendapatkan keputusan yang paling
optimum atau secara terbaik. Dalam konteks pandangan didalam agama islam pula adil,
amanah, istiqomah, kejujuran dan musyawarah menjadi prinsip asas kepada proses
membuat keputusan. Ia sesuai dan bertepatan dalam firman Allah S.W.T dalam surah
(Q.S Ali-Imran:159) yang bermaksud:

“Maka dengan sebab rahmat dari Allah engkau berlaku lemah lembut terhadap mereka.
Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar , niscaya mereka akan menjauhkan
diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka dan mohon ampunan bagi mereka
dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu . kemudian apabila engkau
telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada allah. Sesungguhnya allah
menyukai orang-orang yang bertawakkal.” (Q.S Al-Imran:159)

7
<BBPP1103>
Proses pembuatan keputusan mempunyai tiga keadaan maklumat iaitu maklumat
yang diperoleh itu lengkap, tidak lengkap dan ia tidak mempunyai maklumat langsung.
Oleh yang demikian wujud tiga persekitaran semasa proses membuat keputusan seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Rajah 2: Persekitaran pembuatan keputusan


Sumber : http://www.slideshare.net/AbdullahRabaya/ch-10-decision-making-ppt

8
<BBPP1103>

2.1 Membuat keputusan dalam keadaan kepastian.

Beberapa keputusan boleh dibuat dalam keadaan kepastian dengan kata lain pembuat
keputusan mendapat maklumat yang lengkap berkaitan sesuatu keputusan. Membuat
keputusan secara kepastian ini membolehkan sesebuah organisasi mendapat pilihan
keputusan yang jelas. Pada keadaan ini analisa - analisa yang lengkap membolehkan
ketua organisasi mengetahui dimana ia mahu bermula serta memberikan kata putus. Oleh
itu, faedah atau kepentingan telah dijangkakan atau sememangnya ada jalan alternatif
sekiranya keputusan tersebut perlu diubah (Ule, 2009).

Pihak pengurusan HN Sport Sdn Bhd (HN) telah mengenal pasti potensi bagi
memasarkan produk yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan iaitu produk sukan yang
pelbagai dari segi pakaian, alatan dan aksesori sukan dibawah penjenamaan Garena.
Pengurus Pemasaran dan Pengurus Sumber Manusia HN bertanggungjawab didalam hal
berkaitan bagi mengkaji tahap pasaran, tenaga kerja, struktur kedudukan pusat operasi
yang strategik. Berikut merupakan keputusan dalam kepastian yang dikeluarkan oleh
pengurus projek HN Sport Sdn Bhd.

a) Tenaga kerja mahir yang ramai.

Di Thailand tenaga kerja yang mahir amat mudah diperolehi, ini kerana mereka
bersaing bagi mendapat tempat pekerjaan bagi saraan kehidupan harian mereka. Dengan
ekonomi Thailand yang bergiat rancak sejak kebelakangan ini mendorong pelabur –
pelabur asing melabur di Negara Thailand dalam pelbagai industri. Rakyatnya yang ramai
memudahkan lagi pencarian tenaga kerja selain dari itu sikap masyarakat Thailand yang
cepat belajar sesuatu yang baru dapat melahirkan tenaga kerja kategori separuh mahir
kepada kategori mahir dalam masa yang singkat.

9
<BBPP1103>

b) Thailand merupakan pusat pembuatan pakaian contohnya seperti di Pratunam.

Pratunam adalah sebuah daerah di Thailand yang terkenal dikalangan pencinta fesyen
diseluruh pelusuk Asia Tenggara. Bukan itu sahaja, Pratunam juga merupakan bandar
yang berwarna- warni dengan taburan kilang pakaian dan fesyen yang banyak, pasar
jalanan dan bazaar. Dengan menawarkan harga yang berpatutan dikalangan pemborong
dan pengusaha, Pratunam layak dikenali sebagai hub fesyen diAsia Tenggara dan
destinasi wajib kepada pelancong asing yang melancong ke negara Thailand.

2.2 Membuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian

Dalam keadaan ini si pembuat keputusan tidak memiliki maklumat yang tidak pasti
bagi memutuskan sesuatu keputusan. Oleh yang demikian si pembuat tidak dapat
mengenal pasti peristiwa atau keadaan yang bakal berlaku pada masa hadapan dan tidak
dapat membuat ramalan dengan tepat dalam membuat keputusan alternatif.
Ketidakpastian juga dengan erti maksud lain adalah kemungkinan kegagalan yang tidak
dapat diramalakn dan ciri situasi yang sering timbul dalam sistem pengurusan moden.

Garena adalah jenama yang dikeluarkan oleh HN sebagai produk pengeluaran utama
bagi urusniaga. HN mensasarkan pasaran di Thailand setelah melihat maklum balas yang
positif dipasaran negara Asia Tenggara yang lain. Akan tetapi, pengurus projek HN tidak
dapat mengenal pasti adakah pasaran Garena diterima baik di negara Thailand ataupun
sebaliknya. Ini kerana kebanjiran jenama - jenama yang terkenal seperti Adidas, Nike,
Puma dan Reebok mendominasi tangga teratas di pasaran Thailand ditambah dengan
daya peningkatan dari jenama tempatan yang menawarkan harga yang lebih murah
kepada para pelanggannya terutama dari golongan pelajar.
.

10
<BBPP1103>
2.3 Membuat Keputusan dalam Keadaan Berisiko.

Pemimpin mahupun pengurus akan menghadapi kesan risiko semasa membuat


keputusan. Menurut Chek Mat (2003) pemimpin akan takut untuk menghadai risiko
dengan mengalah sahaja. Rohani Sulaiman dan Zol Azlan Hamidin (2001) menyokong
dengan menyatakan sekiranya membuat keputusan dengan pasti, semua keputusan akan
menjadi kerja yang mudah dan pemimpin bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Pastinya, faktor bencana alam seperti banjir yang kritikal yang tidak dapat diramal
menjadi isu permasalahan dalam membuat keputusan dalam persekitaran berisiko. Selain
itu, pentadbiran Thailand yang kadang kala berantakkan dan konflik politik yang sering
berlaku di negara itu menambahkan risiko pada si pembuat keputusan. Ini sedikit
sebanyak menimbulkan kesulitan dalam memutuskan keputusan bagi HN membina pusat
pengeluaran di Thailand. Ditambah pula sejak rampasan kuasa pada Mei 2014, kerajaan
tentera Thailand telah berusaha memulihkan ekonomi akan tetapi permintaan eksport
kekal lemah.

3.0 PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN YANG RASIONAL.


Membuat sesuatu keputusan biasanya diperlihat tampak mudah akan tetapi bagi
memastikan keputusan yang diambil adalah terbaik ia seharusnya rasional. Ini bermakna
keputusan yang diambil haruslah berfakta dengan hujah - hujah dan pendapat serta asbab
yang sangat kukuh. Dengan maksud lain, membuat keputusan yang rasional adalah
proses pelbagai langkah bagi mencapai pilihan keputusan yang alternatif ia merangkumi
logik, objektif dan analisis yang lebih subjektif.

Menurut Williams (2000) terdapat 6 langkah bagi proses pembuatan keputusan


rasional yang boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan. Berikut ditunjukkan
didalm rajah 3 bagi langkah - langkah proses pembuatan keutusan yang rasional.

11
<BBPP1103>

Rajah 3: Proses Pembuatan Keputusan yang Rasional.

3.1 Mengenal Pasti Masalah yang Dihadapi.

Penerimaan jenama produk Garena dikalangan penduduk Thailand kerana


bersaing dengan jenama lain yang sedia ada. Persaingan jenama utama mengeluarkan
produk terbaru diikuti jenama tempatan yang mampu memberi harga yang mampu milik
kepada golongan pelajar mengakibatkan permasalahan bagi produk Garena untuk
diperkenalkan diThailand bertambah sulit.

12
<BBPP1103>
3.2 Mengenal pasti Kriteria Keputusan.
Cabaran memasarkan jenama yang baru dikalangan penduduk Thailand yang telah
biasa dengan jenama produk sukan terkenal seperti Adidas, Nike, Puma dan Reebok serta
jenama tempatan yang semakin meningkat naik popularitinya dikalangan pengguna di
Thailand.

Inisiatif pengiklanan dilihat penting bagi memasarkan produk baru untuk


diperkenalkan kepada pengguna dan golongan sasar di Thailand. Duta atau model dipilih
berdasarkan populariti individu tersebut dan kejayaan yang dimiliki di dalam platfom
sukan yang diceburi.

3.3 Memperuntukkan Pemberat untuk setiap kriteria.

Dalam memilih individu sebagai model atau duta bagi memperkenalkan produk sukan
Garena, Pengurus Projek HN telah membuat senarai pendek jenis - jenis sukan , tahap
populariti atau keutamaan sukan tersebut yang mana menjadi sukan utama yang dilihat
oleh penduduk Thailand. Pemasaran seperti ini dilihat sangat berkesan dan menjadi
strategi pemasaran yang baik oleh jenama - jenama terkenal dunia seperti Adidas dan
Nike.

Sukan - sukan utama di Thailand seperti bola sepak, sepak takraw dan muay thai
dilihat sebagai sukan utama bagi penduduk Thailand. Jumlah peminat pula menunjukkan
sukan bola sepak mendahului sebanyak 65 peratus diikuti muay thai 20 peratus dan akhir
sekali sepak takraw sebanyak 15 peratus.

13
<BBPP1103>
3.4 Menjana Penyelesaian Alternatif

Dalam menyelesaikan permasalahan, pelbagai langkah boleh diambil bagi


mengatasinya. Analisa yang baik dan kajian data persekitaran yang tepat perlu dititik
berat dalam usaha mencari jalan penyelesaian. Teknik sumbangsaran adalah efektif untuk
mencari jalan penyelesaian didalam sesebuah organisasi dan ia tidak langsung dapat
mencapai kesepakatan dalam mencari keputusan. Menurut Abu Mansor et. al (dalam
Sharol Aman Ahmad et. al, 2007) sesuatu keutusan yang baik bukan sahaja dipengaruhi
oleh pengalaman, kecekapan dan kemahiran membuat keputusan, tetapi juga kecukupan
dan kesahihan maklumat yang diperoleh berkenaan persekitaran perniagaan.

Charyl Chappuis (Charyl) adalah pemain bola sepak Thailand yang menyarung jersi
no. 7. Sebagai seorang penyerang tengah skuad kebangsaan Thailand yang mempunyai
daya kretiviti diatas padang ditambah pula memiliki rupa yang tampan menjadikan
Charyl sebagai ikon sukan di Thailand dengan peminat yang ramai dan rata - ratanya
adalah golongan wanita.

14
<BBPP1103>
Rajah 4: Charyl Chappuis pemain skuad bola sepak Thailand.
Seterusnya ikon bola sepak Thailand adalah penjaga gawang dan juga kapten bagi
skuad kebangsaan mereka iaitu Kawin Thamsatchanan (Kawin). Dengan 3 kali rekod
bersih tanpa bolos di kejohanan AFF Piala Suzuki 2014, Kawin dianggap 'The Last
Warrior' oleh peminat bola sepak Thailand kerana ketangkasan mengawal gawang dari
dibolosi pihak lawan. Diawal karier, Kawin pernah ditawarkan untuk mengikuti sesi
percubaan bersama kelab gergasi bola sepak England iaitu Manchester United. Akan
tetapi akibat kecederaan yang dialami beliau terlepas peluang tersebut.

Rajah 5: Kawin Thamsatchanan penjaga gawang skuad kebangsaan Thailand.

15
<BBPP1103>

3.5 Menilai Alternatif - alternatif.

Menurut beberapa ahli seperti Fodor, Perkins dan Gruber menyifatkan individu yang
kreatif menggunakan apa yang dimiliki dengan lebih efisyen dan fleksibel. Seperti
individu yang sangat reflektif tentang kegiatan mereka, mereka mengguakan waktu dan
kualiti produk mereka (Gardner, 1993).

Bagi menarik minat pengguna baru untuk beralih kepada jenama Garena, strategi
pemasaran menggunakan khidmat model atau ikon sebagai duta produk telah dipilih. Dua
individu yang dianggap ikon sukan di Thailand telah disenarai pendek bagi menjadi duta
dan model produk sukan Garena. Charyl Chappuis dan Kawin Thamsatchanan memiliki
pengaruh dan pengikut yang tersendiri. Persamaan kejayaan dalam pencapaian bola sepak
juga seimbang dimana kedua - dua mereka adalah rakan sepasukan dalam skuad
Thailand. Dalam aspek bentuk susuk tubuh pula, kedua - dua mereka memiliki tubuh
badan yang tegap dan tidak terlibat dengan skandal doping atau penggunaan dadah
terlarang.

3.6 Memilih Keputusan yang Optimum.

Keputusan yang optimum adalah keputusan yang membawa sekurang - kurangnya


sebagai hasil yang terbaik dari semua pilihan keputusan yang diambil. Ia juga adalah satu
langkah konsep yang penting dalam teori membuat keputusan.
Setelah dibuat penilaian secara berperingkat bagi melantik duta / model produk sukan
Garena, Pengurus Projek HN telah memilih Charyl Chappuis sebagai model, duta dan
jurucakap bagi produk sukan Garena keluaran HN Sport Sdn. Bhd. Pelbagai kriteria
diambil kira seperti pengaruh, pencapaian kejayaan, bebas dari penggunaan dadah dan
akhir sekali rupa paras. Setelah dinilai kedua - dua mereka mempunyai kelebihan faktor
diatas adalah seimbang, hanya kriteria terakhir yang membezakan antara kedua - dua
mereka.

16
<BBPP1103>

4.0 BAGAIMANA MENINGKATKAN PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN.

Proses membuat keputusan adalah satu proses yang penting didalam sesebuah
organisasi dalam membuat keputusan. Kebiasaannya keputusan yang terhasil adalah dari
langkah pembuatan keputusan dimana proses sumbangsaran itu dilakukan.Dalam sudut
kualiti sesuatu keputusan, ia dapat diperbaiki melalui kaedah peraturan dan ujian tertentu
dan membuat keputusan secara berkumpulan.

4.1 Menggunakan peraturan dan ujian.

Pembuatan keputusan boleh diperbaiki dengan menggunakan langkah - langkah


peraturan dan ujian tertentu

4.1.1 Peraturan pembuatan keputusan

Melengkapkan sesuatu jalan penyelesaian alternatif yang diterima dengan merujuk


kepada beberapa set kriteria.

i. Peraturan Keutamaan.

Contohnya, HN merancang untuk memasarkan produk sukan jenama


Garena di negara Thailand dimana pasaran utamanya dimonooli oleh
jenama utama dunia. Dan pihak pemasaran mengunjurkan cadangan
pemasaran secara pengiklanan dengan melantik ikon sukan di negara itu
dengan menitik beratkan beberapa kriteria.Ikon yang dipilih adalah Charyl
Chappuis dan Kawin Thamsatchanan.
 Ikon sukan
 Pengaruh / pengikut
 Pencapaian / kejayaan
 Bersih (bebas dari penggunaan dadah)

17
<BBPP1103>
 Rupa paras
ii. Peraturan Syarat Minimum

Pihak pengurusan HN juga menetapkan dua syarat minimum didalam


perjanjian kontrak kepada duta / model untuk penjenamaan Garena.
Contoh syarat minimum:

 Tempoh minimum kontrak adalah 24 bulan.


 Penarikkan balik kontrak serta merta jika terlibat isu doping.

4.1.2 Pelbagai ujian pemboleh ubah

Apabila tahap pengukuran telah sempurna maka wujudlah pemboleh ubah dalam
setiap kajian. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keputusan yang harus dinilai
kesan pelaksanaanya. kadang kala hasil dari kombinasi pemboleh ubah ini
memberikan keputusan yang lebih optimum. Contoh didalam keputusan yang dibuat
oleh pihak HN bagi memastikan perancangan atau strategi pemasaran secara
pengiklanan ini berjalan dengan lancar. Pengurus projek dari unit pemasaran
mensarankan pengiklanan bukan sahaja dilakukan dimedia elektronik malah ia perlu
dijalankan pengiklanan itu dengan mempromosikan jenama Garena pada papan -
papan iklan ditengah pusat bandar - bandar utama. Contoh lain, diskaun sebanyak 10
peratus diberikan kepada golongan pelajar sekolah bagi menarik sasaran pelanggan
golongan itu.

18
<BBPP1103>

4.2 Menggunakan kumpulan

Kaedah ini kebiasaannya digunakan semasa mencari jalan penyelesaian secara


berkumpulan. Terdapat tiga kaedah utama yang digunakan bagi mendapatkan hasil.

4.2.1 Sumbangsaran

Sumbangsaran bermaksud perbincangan intensif untuk menyelesaikan


permasalahan tertentu, mendapatkan idea - idea baru (Kamus Dewan Bahasa Edisi
Keempat (2005)). Osborn (1979) dikreditkan asal-usul proses sumbangsaran dari
guru Hindu di India, yang telah menggunakan kaedah Prai- (luar diri) Barshana
(soalan) selama lebih 400 tahun. Suatu aktiviti kumpulan sumbangsaran yang
berkesan biasanya terdiri daripada lima hingga tujuh orang individu (Hoe et al.
1998). Contohnya, idea pemasaran pengiklanan adalaha hasil sumbangsaran dari
bahagian pemasaran HN.

4.2.2 Teknik kumpulan nominal

Pada tahun 1968 Delbecq dan Van De Ven telah mengembangkan teknik nominal
(Delbecq,et al., 1975), ia dimaksudkan sebagai satu cara mengumpulkan pandangan
dan penilaian individu dalam suasana ketidakpastian dan ketidaksepakatan mengenai
isi persoalan dalam sesuatu masalah, setelah itu kumpulan berkenaan akan mencari
penyelesaian terbaik.

4.2.3 Teknik delphi

Teknik delphi adalah metode sistematik yang mengumpulkan pendapat dari


kelompok pakar - pakar yang bekerja bersama bagi menjawab sesuatu
persoalan.Menurut Harold (1975), Metode delphi adalah teknik komunikasi

19
<BBPP1103>
berstruktur, awalnya ia sebagai metode ramalan interaktif yang bergantung kepada
sejumlah tenaga pakar.
5.0 KESIMPULAN

Keputusan yang efisyen dan baik dapat meningkatkan mutu pengurusan sesebuah
organisasi untuk maju kehadapan. Pengurusan yang cekap dapat membantu menghadapi
cabaran, mengelakkan risiko yang berat kepada organisasi, pembaziran penggunaan
sumber dapat dikurangkan serta melahirkan suasana kerja yang baik. Kepentingan
mengenalpasti masalah persekitaran dan langkah pembuatan keputusan sepatutnya wujud
dalam setiap organisasi yang dibangunkan. Proses pembuatan keputusan yang rasional
mempengaruhi kesan yang sangat besar bagi sesebuah organisasi bagi mencapai sesuatu
keputusan yang baik.

Secara kesimpulannya, membuat keputusan akan menjadi lebih mudah dan baik jika
langkah - langkah proses membuat keputusan dipraktikkan tidak kira bagi individu
mahupun keputusan bagi sesebuah organisasi.Walaupun setiap keputusan yang
diputuskan itu ada risikonya, sekurang - kurangnya ia dapat mengurangkan risiko pada
keputusan yang diambil.

(3128 Patah Perkataan)

20
<BBPP1103>

RUJUKAN / REFERENSI

Ab. Aziz Yusof (2004). Kepemimpinan dalam Mengurus Perubahan: Dari Dimensi
Kemanusiaan. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd
Ainon Mohd (2003). Teori Dan Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja.
Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Al-Quran Surah Ali-Imran:159.
Chek Mat (2003). Kemahiran Memimpin. Terbitan pertama. Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Delbecq, A., & Ven, D. V. (1975). Group Techniques for Program Planning: A Guide
to Nominal Group and Delphi Process. Santa Clara: Scott Foresman.
Gardner H. (1993). The Non School Mind. Buenos Aires: Paidós
Harold A.Linstone, M. T. (1975). The Delphi Metode: Techniques and Application.
Inovasi pendidikan, Badan Litbang, Depdiknas.
Kamus Dewan. 2005. Ed. Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ludington-Hoe SM, Ferreira CN, Goldstein MR. Kangaroo care with a ventilated
preterm infant. Acta Paediatr 1998; 87(6): 711-13.
Osborn, A. F. (1953/1979). Applied imagination: Principles and procedures of creative
problem-solving. New York: Scribners
Rohani Sulaiman dan Zol Azlan Hamidin (2001). Kuasa Keputusan. Selangor:
Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
Shahrol Aman Ahmad et. al. (2007). Prinsip Pengurusan. Selangor Darul Ehsan: OUM
Ule, A. (2009). Collective Decision Making as the Actualization of Decision Potential.
Interdisciplinary Description of Complex Systems, 7(2), 90-105.
Williams, C.(2000). Management. Ohio: South-Western Publishing.
http://asean.org/asean-economic-community/

http://www.beritaharian.sg/ekoniaga/ekonomi-thai-tumbuh-32-pada-q3-rendah-sedikit-

daripada-ramalan

http://academic.bu.ac.th/2012/images/article-img/asian-aec.gif

21
<BBPP1103>
http://www.slideshare.net/AbdullahRabaya/ch-10-decision-making-ppt

22

You might also like