Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

BUKU PENGURUSAN SIPARTNER+ 2022

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEPANG

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dengan penuh tekad dan iltizam
berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

1. Memastikan pelanggan yang berurusan di kaunter dilayan dalam tempoh


30 minit;
2. Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap pengadu yang diterima
oleh Pegawai Penyelaras Aduan dikeluarkan Surat Akuan Terima (SAT)
dalam tempoh satu hari bekerja dari tarikh terima;
3. Memastikan permohonan pertukaran murid warganegara yang memenuhi
syarat diproses dan diberikan keputusan dalam tempoh tiga hari bekerja;
4. Memastikan surat pertukaran guru di dalam daerah dapat dikeluarkan
dalam tempoh 14 hari bekerja selepas mesyuarat panel;
5. Memastikan keputusan peperiksaan awam diedarkan kepada sekolah pada
hari keputusan dikeluarkan;
6. Memastikan surat kelulusan permohonan bersekolah semula bagi kes
disiplin yang memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh tujuh hari
bekerja dari tarikh surat kelulusan diterima dari Jabatan Pendidikan
Selangor;
7. Memastikan surat kelulusan permohonan bersekolah semula yang
memenuhi syarat dikeluarkan dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh
permohonan diterima;
8. Memastikan bayaran kepada pembekal dijelaskan dalam tempoh 14 hari
selepas dokumen lengkap diterima;
9. Memastikan setiap aduan rasmi kerosakan di sekolah diambil tindakan
pemeriksaan awal dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh aduan
diterima.

Kami akan memastikan anda membawa Bersama maklumat yang betul, lengkap
dan mematuhi semua syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila berhubung terus kepada pegawai dan
kakitangan kami di kaunter utama pejabat ini atau telefon 603-87069450.
BUKU PENGURUSAN SIPARTNER+ 2022

Pejabat Pendidikan Daerah Sepang

You might also like