Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SOALAN

Syarikat Bahan Bina Sdn. Bhd. (SBBSB) telah membuat perjanjian dengan Encik Sany
yang memperoleh kontrak daripada Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) bagi pembinaan
saliran perparitan. SBBSB bersetuju membekalkan bahan binaan kepada Encik Sany
secara kredit. Namun demikian MDKK telah membatalkan kontrak dengan Encik Sany
kerana beliau tidak mempunyai tenaga kerja yang berkemahiran. Encik Sany telah
menjual bahan binaan yang dibekalkan oleh SBBSB kepada kepada Encik Low. SBBSB
membuat tuntutan supaya Encik Low memulangkan bahan binaan tersebut atau
membayar harga kepada mereka. Encik Low bertekad untuk tidak memulangkan atau
membayar harga bahan binaan tersebut kepada SBBSB kerana beliau telah pun
membayar secara tunai kepada Encik Sany. Nasihatkan Encik Low dengan
menganalisis kedudukan beliau di sisi undang-undang dengan memberikan seksyen,
kes dan maksim undang-undang yang berkaitan.

JAWAPAN

Seksyen 14 menyatakan tentang syarat berkenaan hak milik, iaitu seseorang menjual

mestilah mempunyai hak milik yang sah terhadap sesuatu barang sebelum ia dapat

memindah milik atau menjual barang tersebut kepada pembeli.

Menurut kaedah common law, ‘µnemo dat quod non habet’ bermaksud tiada siapa

yang boleh memberi hak lebih dari apa yang dia sendiri miliki. Ini bermakna jika

seseorang menjual barang yang bukan miliknya kepada pihak lain, si pembeli tidak

akan mendapat hak milik yang sah terhadap barang tersebut bahkan terpaksa

memulangkannya kepada pemilim sebenar apabila dituntut.

Encik Low berpendapat bahawa:


1. Syarikat Bahan Bina Sdn. Bhd. (SBBSB) telah menghantar bahan tersebut kepada

Encik Sany. Oleh itu, Encik Sany semestinya layak mendapat nama pemilik bahan

tersebut.

2. Bahan tersebut adalah hak milik perkongsian Syarikat Bahan Bina Sdn. Bhd.

(SBBSB) dan Encik Sany. Oleh itu, Encik Sany berhak menjualnya.

Encik Sany bukan pemilik harta tanah, kerana Syarikat Bahan Bina Sdn. Bhd.

(SBBSB) hanya meletakkan bahan untuk tujuan pembinaan. Oleh itu, Encik Sany

hanyalah seorang penjamin, tetapi bukan pemiliknya ketika dia menjualnya kepada

Encik Low. Oleh kerana, Encik Sany bukan pemiliknya, dia tidak memiliki hak atau hak

untuk menjual harta itu. Melainkan Menurut Penjualan Akta Baik 1957, seksyen 27, di

mana barang dijual oleh orang yang bukan pemiliknya atau yang tidak menjualnya di

bawah kuasa atau dengan persetujuan pemiliknya, pembeli tidak memperoleh hak yang

lebih baik kepada barang daripada yang dimiliki penjual, melainkan jika pemilik barang

itu dengan kelakuannya dilarang menolak hak untuk menjual.

Walaupun, Encik Sany mengasuransikan barang tersebut, tetapi itu tidak

bermaksud dia adalah pemiliknya. Oleh itu, tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan

oleh Encik Low dengan bahan tersebut. Oleh itu, rayuan ditolak.

Kaedah ‘µnemo dat quod non habet’ boleh dilihat di dalam seksyen 27, Akta Jualan

Barangan 1957 yang menyebut:


Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana undang-undang lain semasa ianya

berkuatkuasa, jika barang di jual oleh seseorang yang bukan pemunya, dan tidak

menjualnya di bawah kuasa atau dengan kebenaran pemunya, pembeli tidak boleh

memperoleh hak milik yang lebih baik daripada penjual terhadap barang-barang itu.

Kaedah nemo dat ini adalah bertujuan untuk melindungi pemilik sebenar terhadap

barang kepunyaannya. Sekiranya barang pemunya dicuri, hak milik barang itu tetap ada

pada pemilik sebenar.

Kaedah ini dapat dilihat melalui contoh kes berikut:

 Lim Chui Lai Lawan Zeno Ltd

Fakta kes: Ahmad, seorang kontraktor telah dibekalkan oleh Zeno Ltd bahan- bahan

binaan untuk projek pembentungan. Apabila kontrak Ahmad dengan Majlis

Perbandaran Petaling Jaya dibatalkan, Ahmad telah menjual bahan-bahan tersebut

kepada Lim Chui Lai. Persoalan yang timbul ialah siapa yang lebih berhak ke atas

bahan-bahan binaan itu.

Mahkamah: Ahmad tiada hak untuk menjual kepada Lim Chui Lai kerana hak milik

bahan binaan masih lagi bersama Zeno Ltd. Dalam kes ini Ahmad hanyalah seorang

bailee.

PENGECUALIAN KEPADA KAEDAH NEMO DAT


Keadaan- keadan di mana jualan barang oleh bukan pemilik adalah sah :

(a) Estoppel / Persekatan

(b) Jualan barang oleh wakil/ ejen perdagangan

(c) Jualan oleh milik bersama

(d) Jualan di bawah kontrak boleh batal

(e) Jualan barang di dalam milikan penjual

(f) Jualan barang di dalam milikan pembeli

(a) Estoppel

Apabila pemilik sebenar melalui perbuatan atau kata-katanya telah membuat

pembeli percaya bahawa penjual mempunyai kuasa untuk menjual barang

tersebut, pemilik sebenar adalah dihalang dari menafikan bahawa penjual itu

tidak ada kuasa untuk menjual barang tersebut.

Di terangkan melalui kes:

Syarikat Batu Sinar Bhd & Ors lawan UMBC Finance Bhd & Ors

Fakta Kes: Syarikat Supreme Leasing membeli traktor dari penjual pada tahun 1984

dan menyewakan kepada plaintif. Lima bulan sebelum itu UMBC Finance telah membeli

traktor yang sama dan menyewakan kepada pihak lain. Penyewa tersebut gagal

membayar ansuran lalu UMBC Finance merampas traktor tersebut.

Isu: Siapa yang lebih berhak kepada traktor.


Mahkamah: Kecuaian UMBC mendaftarkan miliknya pada kad pendaftaran

menyebabkan UMBC Finance dihalang menafikan hak milik Supreme Leasing. Oleh itu

traktor tersebut menjadi milik Supreme Leasing.

(b) Jualan oleh Wakil / Ejen Pedagangan

Seksyen 2 menerangkan maksud ejen perdagangan:

“Seorang ejen yang mempunyai kuasa mengikut adat perjalanan urusan sebagai

ejen sedemikian sama ada untuk menjual barang- barang, atau untuk

mengkonsainkan barang- barang bagi maksud jualan, atau untuk membeli

barang-barang, atau untuk mendapatkan wang atas jaminan bagi barang-

barang.”

Daripada peruntukan di atas, syarat-syarat tertentu mestilah dipenuhi iaitu:

1. Penjual adalah ejen/ wakil perdagangan.

2. Barang/ dokumen dalam milikan ejen perdagangan.

3. Penyimpanan barang / dokumen atas kebenaran pemilik sebenar.

4. Penjualan dalam urusan biasa ejen itu.

5. Pembeli membeli dengan suci hati dan percaya ejen itu ada kuasa untuk

menjual.

Di terangkan melalui kes:

Folkes lawan King


Fakta Kes: F, pemilik kereta menyerahkan keretanya kepada H, ejen kereta untuk

menjual kereta pada harga tidak kurang 575 pound. H menjual kepada K dengan harga

340pound yang membeli dengan suci hati. H lesap dan F menuntut dari K untuk

mendapatkan keretanya.

(c) Jualan oleh pemilik bersama

Seksyen 28 menyatakan:

“Apabila salah seorang pemunya bersama barang- barang mempunyai milikan

mutlak kepadanya dengan keizinan pemunya bersama, milikan barang

dipindahkan kepada mana-mana orang yang membelinya dari pemunya

bersama secara suci hati dan tidak mengetahui pada masa kontrak jualan di buat

penjual tidak mempunyai kuasa untuk menjual.”

Disertakan dengan syarat- syarat berikut:

1. Barang mesti berada dalam simpanan si penjual dengan mendapat kebenaran

pemilik bersama yang lain.

2. Pembeli telah membeli dengan ikhlas tanpa mengetahui si penjual tidak

mempunyai kuasa penuh menjual barang itu.

3. Pembeli telah membeli dengan ikhlas tanpa pengetahuan mengenai kecacatan

pada hak milik itu.

(d) Jualan oleh Pemilik di bawah Kontrak Boleh Batal

Seksyen 29 memperuntukkan:
“Jika penjual barang- barang telah memperoleh milikan berkenaannya di bawah

suatu kontrak boleh batal di bawah seksyen 19 atau seksyen 20 Akta Kontrak,

tetapi kontrak telah di batalkan pada masa jualan itu, pembeli memperolehi hak

milik kepada barang- barang dengan syarat dia membelinya dengan suci hati

dan tanpa pengetahuan penjualakan kecacatan hak milik.”

Di bawah seksyen 29 dinyatakan syarat- syarat berikut:

1. Penjual barang memperolehi barang di bawah kontrak boleh batal menurut

seksyen 19 atau seksyen 20 Akta Kontrak 1950.

2. Kontrak tersebut belum dibatalkan oleh pihak ketiga.

3. Pembeli telah membeli dengan ikhlas tanpa pengetahuan mengenai kecacatan

pada hak milik itu

Diterangkan melalui kes:

Car & Universal Co. Ltd. lawan Caldwell

Fakta Kes: C, pemilik kereta Jaguar menjual keretanya kepada A. A memberikan C

sekeping cek. C dapati cek tersebut tidak boleh ditunaikan lalu membuat laporan polis

untuk mendapatkan kereta itu kembali. Biarpun kereta A telah di beli oleh plaintif

dengan suci hati.

Mahkamah: C telah membatalkan kontrak menjual kereta secepat mungkin setelah

mendapati A melakukan frod, maka plaintif tidak mendapat hak milik yang sah.
(e) Jualan barang dalam pemilikan penjual

Seksyen 30 (1) menyatakan:

“Jika seseorang, setelah menjual barang-barang, berterusan atau dalam milikan

bagi barang-barang atau dokumen hak milik kepada barang-barang itu,

penyerahan atau pemindahan oleh orang itu atau oleh seorang ejen

persaudagaran yang bertindak bagi pihaknya, bagi barang-barang atau dokumen

hak milik di bawah apa- apa jualan, sandaran atau penguntukan lainnya kepada

mana-mana orang yang menerima barang itu dengan suci hati dan tanpa

pengetahuan akan penjualan yang terdahulu hendaklah mempunyai kesan yang

sama seolah-olah orang yang terdahulu hendaklah mempunyai kesan yang

sama seolah-olah orang yang membuat penyerahan atau pemindahan itu telah

dengan nyata diberi kuasa oleh pemunya barang-barang untuk membuat perkara

yang sama.´"

Syarat- syarat untuk seksyen 30(1) adalah:

1. Penjual menjual barang dan hak milik telah diberikan kepada pembeli.

2. Barang atau hak milik barang masih dalam simpanan penjual.

3. Barang yang sama dijual sekali lagi kepada pembeli kedua oleh penjual

tersebut.

Seksyen 30(1) diterangkan melalui kes:

Pacific Motors Auctions Pty ltd lawan Motors Credits


Fakta Kes: Plaintif menghantar beberapa kereta miliknya kepada wakil jualan. Wakil

jualan inimenjual kereta tersebut kepada defendan kerana menghadapi masalah

kewangan walaupun plaintif memberikan notis supaya keretanya tidak dijual.

Mahkamah: Defendan memperoleh hak milik yang sah kerana membeli dengan suci

hati

(f) Jualan barang dalam pemilikan pembeli

Seksyen 30(2) memperuntukkan:

“Jika seseorang telah membeli atau bersetuju untuk membeli, mendapatkan,

dengan persetujuan penjual, milikan kepada barang-barang atau dokumen

hak milik kepada barang- barang, penyerahan atau pemindahan oleh orang itu

atau oleh ejen persaudagaran yang bertindak bagi pihaknya bagi barang-barang

atau dokumen hak milik di bawah apa-apa penjualan, sandaran atau

penguatkuasaan yang lainnya kepada mana- mana orang yang menerima

barang-barang dengan suci hati tanpa notis apa- apa lien atau hak lain penjual

asal berkenaan dengan barang-barangnya hendaklah mempunyai kesan seolah-

olah hak sedemikian tidak wujud.”

 Contoh dapat dilihat melalui kes:

Newtons Wembley Ltd lawan Williams.

Fakta Kes: Plaintif menjual kereta kepada A yang membayar dengan cek dengan syarat

hak milik akan dipindahkan kepada A setelah cek tersebut ditunaikan. Malangnya cek
itu tidak laku sementara itu A telah menjual barang tersebut kepada B yang membelinya

dengan suci hati. B pula kemudiannya menjual kereta itu kepada defendan. Kini plaintif

ingin menuntut kereta dari defendan.

Mahkamah: Defendan telah mendapat hak milik kereta dari B dengan sah. Begitu juga

dengan B yang mendapat kereta itu dari A atas persetujuannya.

You might also like