Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

KEMAHIRAN PEROLEHAN

DAN PENGURUSAN
MAKLUMAT
KUMPULAN 9
WAN QURRATU HUSNA BINTI ZAMRY
NOR AYUNI BINTI HAMZAH
Pencarian Sumber Maklumat
Maklumat merujuk data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna yang terdiri daripada data,
bahan dan pengetahuan.

Ciri-ciri maklumat termasuklah relevan, sahih, difahami, lengkap dan tepat yang membantu mengurangkan
ketidakpastian.

Data yang tidak dianggap sebagai maklumat pula adalah apabila data itu telah lama atau ketinggalan, kabur,
tidak jelas, tidak lengkap atau bukan dalam format yang diperlukan.

Seseorang itu perlu mengetahui cara untuk mendapatkan manfaat daripada maklumat yang telah dikumpulkan.

Maklumat ialah pengetahuan yang diperoleh daripada proses mengetahui atau mengumpulkan data yang akan
mengembangkan kemampuan seseorang dalam sesuatu interaksi.

Proses mengumpul maklumat ini akan berterusan sepanjang hayat.

Sepanjang kehidupan, setiap individu akan mengalami pelbagai bentuk permasalahan yang membuatkan
dirinya mempelajari sesuatu dan mendapat maklumat yang baharu.
Sebab Maklumat Diperlukan

Maklumat yang tepat dapat menjamin ketepatan keputusan dan keberkesanan tindakan.

Tanpa maklumat tertentu, sesetengah keputusan tidak dapat dibuat atau keputusan yang
dibuat boleh meninggalkan kesan yang negatif.

Membolehkan seseorang menguasai kemahiran maklumat pada tahap yang lebih baik.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diketahui dan difahami untuk
melengkapkan diri sebagai pencari maklumat yang mahir dan aktif, iaitu:
Sebab Maklumat Diperlukan

1. Sebab mencari maklumat


-Tujuan dan dorongan berbeza
-Membentuk persepsi dan motivasi yang berbeza semasa berdepan dengan maklumat

2.Memahami sikap manusia apabila berdepan dengan maklumat


- Sikap atau psikologi manusia itu turut mempengaruhi kemahiran mereka dalam mencari
maklumat.
-Terdapat berbagai teknik untuk menganalisis sikap manusia semasa berhubungan dengan
dunia maklumat.
- Salah satu teknik itu menunjukkan seseorang itu mencari maklumat secara umum sahaja,
namun ada juga yang mencari maklumat secara mendalam serta bersifat meneroka.
Perolehan Maklumat Secara Formal
dan Informal

FORMAL INFORMAL

Sebarang maklumat Sebarang maklumat


yang dihasilkan secara yang dihasilkan secara tidak
rasmi seperti arahan, rasmi seperti maklumat
daripada diari, bahan-bahan
memo, pekeliling, cetakan seperti bahan
prosedur bertulis, edaran tidak rasmi serta
laporan, artikel, jurnal, media sosial seperti Facebook,
tesis dan lain-lain. Twitter, Instagram, blog dan
lain-lain.
Pengurusan Maklumat

Maklumat yang diperoleh hendaklah diurus dengan baik, berkesan dan sistematik supaya maklumat tersebut mudah
dicapai atau diakses jika diperlukan apabila ingin mengubah atau membuat penambahbaikan maklumat.

Terdapat dua jenis maklumat, iaitu maklumat dalam bentuk salinan cetak (hard copy) dan salinan lembut (soft copy).

Bahan cetakan (hard copy) seperti jurnal, buku, surat khabar dan kamus.

Kebanyakan bahan berbentuk hard copy disimpan di dalam fail-fail kertas atau plastik. Maklumat dalam bentuk hard
copy di dalam fail-fail disimpan di atas rak-rak atau almari fail.

Fail diatur mengikut kod tertentu supaya mudah untuk membuat carian semula.
Maklumat berbentuk surat-surat disimpan untuk membuat carian dalam fail yang dinombori supaya mudah dikesan
semula.
Pengurusan Maklumat

Maklumat yang berbentuk salinan lembut (soft copy) seperti e-buku, e-jurnal dan bahan boleh
didapati secara dalam talian.

Maklumat dalam bentuk digital (soft copy) disimpan dalam folder di dalam komputer.

Semua maklumat/dokumen dalam bentuk soft copy perlu disusun secara sistematik supaya
memudahkan pembaca mengakses semula fail tersebut apabila diperlukan.

Bahan dalam komputer boleh dicari menggunakan ikon ‘search’.


Pencarian maklumat
MDM Company
di perpustakaan
Kemahiran yang melibatkan pencarian maklumat atau
pengetahuan dalam sistem klasifikasi bahan rujukan,peraturan
perpustakaan, kemahiran merujuk katalog di komputer serta
mendapatkan bahan rujukan di rak.
Pencarian bahan di pusat sumber biasanya menggunakan Online
Public Access Catalogue(OPAC) dan Electronic Query Using
Internet Protokol (E-QUIP).
OPAC DAN E-QUIP dapat memudahkan urusan untuk mencari buku
yang diperlukan di perpustakaan.
Maklumat ilmiah boleh diperoleh melalui e-book, e-journal,
ERIC, Pro-Quest, EbscoHost.
Pencarian maklumat
di internet

-Pencarian maklumat melalui Internet membantu mengakses


maklumat daripada pelbagai sumber dan bidang ilmu tanpa
batasan masa dan tempat.

-Terdapat banyak laman web yang boleh diakses dengan cepat


seperti berita terkini, gaya hidup, sukan, hiburan, sains dan
teknologi, kewangan, pelancongan dan sebagainya yang sarat
dengan maklumat.

-Terdapat pelbagai jenis enjin pencarian maklumat yang


mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu yang boleh
dimanipulasikan oleh pelajar untuk memudahkan mereka
mencapai maklumat yang diperlukan.
Contoh pangkalan
data (pendidikan)
ERIC

Emerald
Insight
Perpusta
kaan
Pro- Negara
Quest Malaysia
Sumber Primer

Maklumat asas yang diperoleh sendiri oleh penyelidik


melalui temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan
soal selidik.
Dapat diperoleh daripada bahan cetakan seperti artikel,
jurnal, tesis dan laporan.
Terdapat juga sumber asas lain dalam kategori primer iaitu
sumber lisan, tulisan dan benda
Sumber Skunder

Sumber maklumat yang diperoleh hasil tafsiran dan


rumusan sumber primer.
Tujuan : dapat memenuhi kehendak topik yang
dibincangkan dalam buku yang ditulisnya.
Contohnya ialah maklumat yang terdapat dalam buku teks,
majalah, akhbar, laman web dan lain-lain lagi.

Sekian,
Terima Kasih

You might also like