Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PANDUAN KERJA LAPANGAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 2 DAN 3 TAHUN 2021

SM SAINS BANTING

1.0 ARAHAN KEPADA MURID:


1.1 Kerja lapangan wajib dilaksanakan oleh semua murid tingkatan 3 bagi memenuhi Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) Geografi.
1.2 Penulisan tugasan akan dilaksanakan dalam tempoh sembilan waktu pengajaran dan
pembelajaran (satu waktu = 40 minit) bersamaan 360 minit ATAU 12 waktu pengajaran
dan pembelajaran (satu waktu = 30 minit).
1.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di rumah/sekolah.
1.4 Melaksanakan semula aspek tugasan mengikut format yang telah ditetapkan.
1.5 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan
pembelajaran.
1.6 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja dibuat secara
individu.
1.7 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk menjelaskan
lagi hasil kajian.
1.8 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan
mengumpul fakta.
1.9 Menulis sumber rujukan dengan betul.

2.0 TUGASAN
Murid dikehendaki menjalankan kerja lapangan tentang Teknologi Hijau serta kesannya
terhadap Alam sekitar di sekitar tempat tinggal atau kawasan sekolah murid.
CONTOH PENULISAN TAJUK : KAJIAN MENGENAI TEKNOLOGI HIJAU SERTA
KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR DI BANDAR CAHAYA, 42700 SHAH ALAM
SELANGOR
Kerja lapangan tersebut haruslah merangkumi perkara berikut:
2.1 Mengkaji Latar belakang kawasan kajian.
2.2 Menjelaskan konsep dan takrifan Teknologi Hijau.
2.3 Menganalisis faktor atau punca penggunaan Teknologi Hijau di kawasan kajian.
2.4 Mengenal pasti dan menghuraikan kesan Teknologi Hijau terhadap manusia dan alam
sekitar di kawasan kajian.
2.5 Mencadangkan penambahbaikan penggunaan Teknologi Hijau yang berlaku di kawasan
kajian.
2.6 Merumuskan hasil kajian lapangan.

3.0 KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN


3.1 Perancangan – jadual kerja, objektif kajian & penentuan kaedah kajian
3.2 Proses awal – Temu bual/ pemerhatian / rujukan, draf konsep/faktor/kesan dan cadangan
3.3 Penghargaan
3.4 Pengenalan - Latar belakang kawasan kajian
3.5 Objektif
3.6 Kawasan Kajian
- Latar Belakang kawasan kajian
3.7 Kaedah kajian
3.8 Hasil kajian
- Konsep – (Fakta + Huraian)
- Faktor – (Fakta + Huraian + Contoh)
- Kesan – (Fakta + Huraian + Contoh)
- Cadangan – (Fakta + Huraian + Contoh)
3.9 Rumusan
3.10 Sumber Rujukan

Rujukan
**Perancangan dan proses awal dilaksanakan di luar Sembilan atau 12 waktu pengajaran dan
pembelajaran
4.0 CONTOH PELAKSANAAN TUGASAN
4.1 Penghargaan
Contoh: Penghargaan kepada pentadbir, penghargaan kepada guru, ibu bapa, rakan- rakan dan semua
yang telah memberi Kerjasama menjayakan kajian ini.
4.2 Pengenalan - Latar belakang kawasan kajian
Contoh: Kawasan kajian yang saya pilih untuk kajian ini ialah Bandar Cahaya, Shah Alam, Selangor
(NYATAKAN KAWASAN KEDIAMAN MASING-MASING). Kawasan ini terletak kira-kira 5
KM dari bandar Shah Alam, Selangor. Jumlah penduduk di Kawasan ini kira-kira 500 orang.
Kebanyakan penduduk di Kawasan ini adalah daripada latar belakang kaum Melayu, Cina dan India.
Kebanyakan penduduk di Kawasan ini merupakan Kawasan tanah pamah yang menjadi tumpuan
penduduk. Selain itu di bahagian barat Kawasan ini, terdapat sebatang sungai yang mengalir iaitu
Sungai Andak. Di sekitar Kawasan ini terdapat pelbagai kemudahan asas iaitu jalan raya, sekolah,
hospital………….
4.3 Perancangan
4.3.1 Jadual kerja (AKAN DIBIMBING & DIBUAT PADA WAKTU PDPC)

TARIKH / MASA PERKARA CATATAN


13 April 2021 (Isnin) Mencari maklumat tentang Di rumah
definisi Teknologi Hijau dalam
buku teks & Internet

14 April 2021 (Selasa) Mencari maklumat peta Di rumah


Kawasan kediaman dalam
google maps

4.4 Objektif kajian (AMBIL DARIPADA ARAHAN SOALAN)


- Contoh : Menghuraikan Latar belakang di Bandar Cahaya, Shah Alam Selangor
(Berdasarkan nama Kawasan kediaman masing-masing)
- Menghuraikan konsep dan takrifan Teknologi Hijau.
- Menghuraikan faktor atau punca kejadian Teknologi Hijau di Bandar Cahaya, Shah
Alam Selangor (Berdasarkan nama Kawasan kediaman masing-masing)
- Menghuraikan kesan Teknologi Hijau terhadap manusia dan alam sekitar di
Bandar Cahaya, Shah Alam Selangor (Berdasarkan nama Kawasan kediaman
masing-masing)
- Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan Teknologi Hijau yang berlaku di
Bandar Cahaya, Shah Alam Selangor (Berdasarkan nama Kawasan kediaman masing-masing)
- Merumuskan hasil kajian lapangan.

4.5 Kaedah kajian (HURAIKAN SEKURANG-KURANGNYA 3 KAEDAH)


4.5.1 Kaedah pemerhatian
Saya telah melakukan kaedah pemerhatian di sekitar Bandar Cahaya, Shah Alam, Selangor. Melaui
kaedah ini saya telah membuat pemerhatian tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh penduduk
setempat yang menyumbang kepada penggunaan teknologi hijau ini. Sebagai contoh di sekitar
kediaman saya terdapatnya ……. Bukti yang menunjukkan bahawa teknologi hijau digunakan oleh
penduduk di kawasan ini.

4.6 Proses awal


4.6.1 Temu bual – KEMUKAKAN TEKS TEMU BUAL (3 ORANG RESPONDEN SAHAJA)
4.6.2 Pemerhatian – KEMUKAKAN GAMBAR (JIKA ADA)
4.6.3 Rujukan – PRINT OUT/FOTOSTAT BAHAN RUJUKAN
4.6.4 Draf konsep
Contoh: Pemanasan global ditakrifkan sebagai ……… Berdasarkan buku teks Geografi Tingkatan 2,
Pemanasan global boleh……..
4.6.5 Draf faktor- KEMUKAKAN SEKURANG-KURANGNYA 3 FAKTOR.
HURAIKAN 1 FAKTOR 1 PERENGGAN
Contoh: Faktor utama penggunaan Teknologi Hijau di Bandar Cahaya, Shah Alam Selangor ialah
disebabkan oleh penggunaan alat pendingin hawa. Hampir 90% penduduk di Kawasan ini
menggunakan sekurangkurangnya satu alat pendingin hawa di kediaman masing-masing. Penggunaan
pendingin hawa merupakan faktor utama pemanasan global kerana penggunaan alat ini membebaskan
gas kloroflorokarbon (CFC) yang boleh menipiskan lapisan ozon. Lapisan ozon sangat penting dalam
mengawal suhu bumi kerana fungsinya yang menapis dan menyerap cahaya matahari daripada terus
sampai ke permukaan bumi. Penggunaan alat ini secara berterusan akan menyebabkan lapisan ozon
berlubang seterusnya memancarkan terus cahaya matahari ke permukaan bumi tanpa sebarang
tapisan.
Keadaan ini menyebabkan suhu setempat meningkat dari 30ͥ°C kepada 34°C. Oleh itu penggunaan
teknologi hijau adalah penting untuk mengatasi masalah penipisan lapisan ozon.
4.6.6 Draf kesan – KEMUKAKAN SEKURANG-KURANGNYA 3 KESAN TERHADAP ALAM
SEKITAR
Contoh: Penggunaan Teknologi Hijau yang berlaku di sekitar Kawasan Bandar Cahaya, Shah Alam
Selangor boleh mengakibatkan kesan positif terhadap alam sekitar. Satu daripada kesan penggunaan
teknologi hijau ialah dapat memelihara dan memulihara alam sekitar. Hal ini kerana penggunaan
teknologi hijau boleh mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida. Sebagai contoh penggunaan
kenderaan hybrid oleh penduduk di sekitar Bandar Cahaya, Shah Alam akan mengurangkan
pembakaran bahan bakar dalam kenderaan seterusnya mengurangkan pelepasan gas Karbon dioksida
yang boleh menyebabkan udara tercemar, berjerebu dan menipiskan lapisan ozon.

4.6.7 Draf cadangan – KEMUKAKAN PENAMBAHBAIKAN PENGGUNAAN DAN APLIKASI


TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN
Contoh: Aplikasi penggunaan teknologi hijau di sekitar Bandar Cahaya Shah Alam, Selangor adalah
dengan cara menanam semula tumbuhtumbuhan tutup bumi di sekitar Kawasan kediaman penduduk.
Penanaman semula tumbuhan ini akan merangsang proses fotosintesis pada tumbuhan yang boleh
membebaskan gas oksigen dan wap air. Pengeluaran wap air daripada perpeluhan tumbuhan ini akan
melembapkan dan menyederhanakan suhu di Kawasan ini.

4.7 Rumusan
Contoh: Sebagai rumusannya, berdasarkan kajian tentang Teknologi Hijau yang telah saya
laksanakan di Bandar Cahaya, Shah Alam, Selangor membolehkan saya mengenali konsep teknologi
hijau secara am dan konsep teknologi hijau secara khas di kawasan kajian. Saya juga dapat
menghuraikan ciri-ciri teknologi hijau di kawasan kajian. Melalui kajian saya juga dapat
mengenalpasti beberapa kesan positif penggunaan teknologi ini. Kesan positif tersebut adalah seperti
…………………., ……………………, …………………………, …………………………, dan
…………………………. Namun demikian saya dapat mengemukakan beberapa cadangan cara untuk
menambah baik penggunaan teknologi tersebut. Antaranya adalah seperti ……………………,
……………………, ……………………… dan ………………………. Saya berasa bersyukur
kerana diberi tugasan ini. Ini kerana melalui kajian ini saya sedar betapa pentingnya menjaga alam
sekitar daripada masalah alam sekitar di sesuatu tempat. Saya juga sedar bahawa ahli masyarakat
memainkan peranan yang penting dalam menjayakan aplikasi teknologi hijau dalam kehidupan.
4.8 Sumber Rujukan
Cara menulis
1.Buku Teks (Nama Pengarang : J.M Gullick, Tahun Terbit : 1994, Tajuk Buku :
Images of Asia, “Old Kuala Lumpur”, Tempat Terbit : New York, United
States.Penerbit : Oxford University Press)
CONTOH: J.M Gullick,1994. Images of Asia: “Old Kuala Lumpur”. New York,
United States: Oxford University Press
2. Orang Sumber (Nama, umur, alamat.)
CONTOH: Encik Zainal bin Kassim, 55 tahun, No 32, Jalan P11 A5/2,
Presint 11, 62300, Putrajaya.
( senaraikan maklumat 3 orang sumber yang kamu temubual )
3. Internet
Salin URL
https://en.wikipedia.org/wiki/Bandar_Kinrara
https://www.google.com.my/maps/place/Bandar+Kinrara
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula
*Murid boleh download panduan di laman web berikut: bpk.moe.gov.my

You might also like