Draf Projek Ternakan Ikan Ketutu Dalam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Draf Projek Ternakan Ikan Ketutu Dalam 

Sangkar
March 12, 2012 by sHaKi

Draf Projek Ternakan Ikan Ketutu Dalam Sangkar

1. Projek : Cadangan Menternak Ikan Ketutu Dalam Sangkar


2. Status Projek : Permulaan Projek
3. Nama Organisasi : Persatuan Nelayan LaCottage Enterprise
4. Objektif Projek : Memulakan Projek ternakan ikan ketutu dalam sangkar
5. Lokasi Projek : Pulau LaCottage, Taman Putra Perdana
6. Saiz Projek : 2 Buah Sangkar
7. Tarikh Projek dimulakan : April 2012
8. Status Kawasan sangkar dan Kelulusan : Dalam perbincangan (MPS/JPS/OWNER)
9. Hak Milik : Persatuan Nelayan LaCottage Entertrise
10. Kelulasan Setiap Sangkar : 10’ x 10’ x 6’ (Kaki)
11. Keadaan Lokasi Sekarang : Lombong terbiar
12. Kaedah (Sambilan/Kerjasama ahli)
13. Peserta Projek : Ahli Penduduk LaCottage Yang Berminat
14. Keanggotaan : 6 orang ahli Separuh masa.
15. Kos Projek ( Nyatakan kerja – kerja dan kos terlibat secara terperinci ) :
seperti dalam kertas kerja
16. Pecahan Kos : Seperti dalam kertas kerja
17. Kos Tetap : Seperti dalam kertas kerja
18. Kos Berubah : Seperti dalam kertas kerja
19. Modal diperlukan ( Berdasarkan kepada aliran wang tunai projek ) :
RM 4,000.00
20. Pembiayaan Modal : Tunai setiap ahli
21. Peruntukan Modal Ahli : RM 500.00 seorang
22. Pemasaran Hasil : Jual kepada Pemborong atau Restoran/Hotel
23. Jangkaan Tarikh Pengeluaran : April 2013
24. Anggaran Harga Semasa: RM 50.00 – RM100 / kg
25. Anggaran Hasil : 500kg / sepusingan
26. Untung / Rugi Projek : Seperti dalam kertas kerja
27. Jumlah Pendapatan : Seperti dalam kertas kerja
28. Jumlah Perbelanjaan : Seperti dalam kertas kerja
29. Untung / Rugi : Seperti dalam kertas kerja
30. Bilangan Ahli Mendapat Faedah : 6 orang ahli
31. Pendapatan Kepada Peserta : Seperti dalam kertas kerja
32. Penjelasan Ringkas Mengenai Projek : Seperti dalam kertas kerja

KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN

2. OBJEKTIF PROJEK

3. BUTIRAN PROJEK
3.1 Latar belakang syarikat.
3.2 Lokasi
3.3 Saiz projek
3.4 Kemudahan Infrastruktur
4. ASPEK ORGANISASI, PENGURUSAN DAN PERLAKSANAAN
4.1 Pengurusan projek
4.2 Struktur organisasi
4.3. Akujanji syarikat
4.4 Latar belakang Ahli kongsi
4.5 Perlaksanaan projek
4.5.1. Repair Sampan dan Membina Rakit serta jeti
4.5.2. Merekabentuk dan membina sangkar
4.5.3. Benih ketutu.
4.5.4. Melepaskan benih ketutu kedalam sangkar.
4.5.5. Proses pemantauan sangkar
4.5.6. Memberi makan ketutu

5. ASPEK PEMASARAN

6. ASPEK EKONOMI DAN KEWANGAN


6.1 Kos tetap
6.1.1. 4 Buah Sangkar
6.1.2. Sampan & Rakit
6.1.3. Sebuah Mesin penghancur daging
6.2 Kos berubah
6.3 Pendapatan projek
6.4 Untung / ( rugi ) projek
6.5 Pembiayaan
6.6 Pembahagian Keuntungan
7. JUSTIFIKASI PROJEK
7.1 Potensi Ternakan Ikan Ketutu
7.2 Sapa yang suka makan ikan nie?
7.3 Khasiat Ikan Ketutu.
7.4 Harga di pasaran.
8. KESIMPULAN
Draf Kertas Kerja Projek Ternakan Ikan Ketutu Dalam Sangkar

*******************************************************************
*******************************************

1. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan mendapatkan peruntukan sebanyak RM


4,000.00 ( Ringgit Malaysia : Empat Ribu sahaja. ) untuk melaksanakan Projek
Ternakan Ikan Ketutu dalam sangkar untuk sepusingan.

Pengurusan mengenalpasti sekumpulan penduduk LaCottage yang berjumlah 6


orang dan berminat untuk menternak ikan ketutu secara komersil bagi
meningkatkan taraf ekonomi setiap ahli.

Projek ini memberi penekanan kepada pembangunan manusia, projek ekonomi dan
pembangunan infrastruktur ke arah menyokong pengeluaran makanan di daerah
Selangor.

2. OBJEKTIF PROJEK

Membantu meningkatkan pendapatan sampingan kumpulan ahli dengan menjadikan


projek ini sebagai salah satu sumber ekonomi yang boleh dilakukan di persekitaran
rumah.

Menghasilkan ikan ketutu yang bermutu tinggi untuk tujuan komersil serta
memenuhi kehendak pengguna dengan penghasilan ikan yang bersih dan halal.

Meminimakan kos anak benih, kos operasi dan kos makanan. Anak benih Ketutu
boleh dicari dalam lombong berhampiran. Makanan utama anak ikan atau isi ikan
yang dipotong potong bole tangkap disekitar lombong. Kos operasi mudah kerana
anak ikan bole masuk sendiri kedalam Sangkar sebagai diet utama ketutu seperti
mana ia hidup dihabitat asalnya.

3. BUTIRAN PROJEK
3.1 Latar belakang syarikat.

Nama perniagaan : PERSATUAN NELAYAN LACOTTAGE ENTERPRISE


Alamat perniagaan : _______, JALAN PP 14/13, TAMAN PUTRA PERDANA,
PUCHONG, SELANGOR
Alamat surat-menyurat : _____, JALAN PP 14/13, TAMAN PUTRA PERDANA,
PUCHONG, SELANGOR
Nombor telefon : ________
Bentuk perniagaan : ENTERPRISE
Kegiatan utama : Pentemakan ikan air tawar (KETUTU,BAUNG,TALAPIA)
Tarikh operasi bermula : 1 APRIL 2012
Tarikh pendaftaran : __ APRIL 2012
Modal permulaan : RM 4,000.00

3.2 Lokasi

Kawasan ini terletak di kawasan pulau di lombong LaCottage, Taman Putra Perdana,
47100 Puchong, Selangor.

3.3 Saiz Projek

Projek ternakan ikan ketutu ini akan dilaksanakan di dalam 2 buah sangkar dengan
kapasiti maksima sebanyak 1,000 ekor/sangkar untuk sepusingan berukuran 10 kaki
x 10 kaki persegi. Sebanyak 1 pusingan setahun dicadangkan untuk ternakan ini.
Sebanyak 2 buah sangkar yang akan dibuat untuk fasa 1.

3.4 Kemudahan Infrastruktur

Kawasan projek yang dicadangkan adalah berdekatan dengan jalan raya, terdapat
kemudahan elektrik dan kemudahan air bersih di sekitar tempat projek serta
berdekatan dengan kawasan rumah peserta bagi tujuan untuk memudahkan kerja-
kerja pemantauan sangkar dilakukan.

4. ASPEK ORGANISASI, PENGURUSAN DAN PERLAKSANAAN

4.1 Pengurusan Projek

Kesemua ahli bertanggungjawab bagi tujuan perlaksanaan, pengawasan dan


penyeliaan supaya projek berjalan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan
oleh setiap ahli. Pengurusan projek akan bertanggungjawab di dalam semua perkara
termasuk perancangan / perlaksanaan / penyeliaan / pemantauan dan pemasaran.
Satu jawatankuasa teknikal akan dibentuk terdiri daripada Pengurus Besar,
Pengurus Projek, Pengurus Operasi, Pengurus Akaun, Pengurus Pemasaran dan
Juruaudit. Setiap keputusan dan kelulusan hendaklah dibuat dengan persetujuan
majoriti dari ahli.

4.2 Struktur Organisasi

PERSATUAN NELAYAN LACOTTAGE ENTERPRISE

4.3. Akujanji Syarikat

Adalah dengan ini, kami adalah peneraju PERSATUAN NELAYAN LACOTTAGE


ENTERPRISE bersetuju bahawa:-

a) Perjanjian ini berkuatkuasa bagi jangkamasa 10 tahun bermula daripada tarikh ia


ditandatangani.
b) Alamat berdaftar syarikat ialah di;
____, JALAN PP 14/13, TAMAN PUTRA PERDANA,
PUCHONG, SELANGOR.
c) Setiap ahli yang menjadi pengasas dalam syarikat ini adalah Ahli Lembaga
Pengarah.
d) Ahli Lembaga Pengarah adalah seperti berikut:
• Zul
• Devan
• Mizi
• Ishak
• Faizal
• Zamri
e) Segala keuntungan adalah milik syarikat dan keuntungan akan dibahagi sama
rata kepada semua Ahli Lembaga Pengarah iaitu 16.66%.
f) Segala urusan yang berkaitan dengan perniagaan mestilah mendapat persetujuan
majoriti ahli Lembaga Pengarah.
g) Jika seseorang ahli ingin menarik diri, notis hendaklah dikemukakan kepada
Lembaga Pengarah sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh berhenti.
h) Kematian atau penarikan diri seseorang Ahli Lembaga Pengarah tidak akan
membubarkan syarikat.
i) Seperti yang dipersetujui, dengan ini dilantik:
• Devan sebagai Pengurus Besar.
• Zul sebagai Pengurus Projek.
• Mizi sebagai Pengurus Operasi.
• Zamri sebagai Pengurus Pemasaran.
• Ishak sebagai Pengurus Akaun.
• Faizal sebagai Juruaudit.
j) Notis perlantikan akan dikeluarkan oleh pihak syarikat bagi perlantikan tersebut.
k) Peruntukan Akta Syarikat (1965) akan dikenakan ke atas semua perkara yang
tidak diliputi oleh perjanjian ini.

Dipersetujui oleh:

AHLI LEMBAGA PENGARAH


PERSATUAN NELAYAN LACOTTAGE ENTERPRISE.
Tandatangan : ____________________________
Nama : ___Ishak Bin Othman________________
No. Kad Pengenalan : __720630-08-6079_______
Tandatangan : ____________________________
Nama : ___DEVAN_________________________
No. Kad Pengenalan : ______________________
Tandatangan : ____________________________
Nama : ___ZUL___________________________
No. Kad Pengenalan : ______________________
Tandatangan : ____________________________
Nama : ___MIZI___________________________
No. Kad Pengenalan : ______________________
Tandatangan : ____________________________
Nama : ___FAIZAL_________________________
No. Kad Pengenalan : ______________________
Tandatangan : ____________________________
Nama : ___ZAMRI__________________________
No. Kad Pengenalan : ______________________
Disaksikan oleh:
Nama : ______________________________
No.IC : ______________________________
Alamat: ______________________________

4.4 Latar belakang Ahli kongsi

Nama penuh : ISHAK BIN OTHMAN


No kad pengenalan : 720630-08-6079

Tarikh lahir : 30 JUNE 1972

Umur : 40 TAHUN

Jantina : LELAKI

Alamat tetap : No. 15, JALAN PP 14/13, TAMAN PUTRA PERDANA, PUCHONG,
SELANGOR

Nombor telefon : 013 3323018

Alamat e-mail : oishak@tm.com.my

Taraf perkahwinan : BERKAHWIN

Kelulusan akedamik : DIPLOMA TELECOMMUNICATION ENGINEERING

Kursus yang pernah dihadiri : TIADA

Kemahiran : WEBSITE, ELEKTRIKAL, KRAFTANGAN

Pengalaman : MENANGKAP IKAN SECARA TRADISIONAL

Pekerjaan sekarang : TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Pemiagaan lain yang pernah diceburi : MLM

Latar belakang Ahli kongsi zamri, devan, mizi, zul, faizal (1 PAGE SETIAP AHLI)

4.5 Perlaksanaan Projek

Kerja – kerja pembinaan sangkar ini akan dilakukan secara gotong royong ahli
kumpulan dengan bantuan pakar membuat sangkar. Sangkar tersebut perlu
memenuhi objektif projek tersebut. Dari segi guna tenaga kerja pula, projek ini akan
dilaksanakan sepenuhnya oleh ahli perserta, ahli yang terlibat dalam kerja
pemantau sangkar berhak mendapat imbuhan atas persetujuan majoriti dan jadual
perlaksanaan kerja dan pembahagian tugas akan dibuat untuk memudahkan kerja
pemantauan dibuat oleh Pengurus Besar.

JAWATAN DAN SPESIFIKASI TUGAS


Pengurus Besar
Pengurus Projek

TANGGUNGJAWAB UTAMA
-Memastikan semua aktiviti syarikat berjalan dengan lancar dan mengikut
perancanagan yang dijadualkan.
-Memastikan semua aktiviti dan operasi syarikat adalah terkawal termasuklah
dengan membantu pengurus-pengurus yang bertugas dalam operasi seharian.
-Memastikan semua kakitangan syarikat menjalankan tugas masing-masing
berdasarkan tugasan dan jadual supaya tiada penyelewengan berlaku.
-Bertanggungjawab dalam menyelesaikan setiap masalah yang tidak dapat
diselesaikan dengan nasihat pengurus-pengurus.
-Mengurus serta metadbir hal-ehwal berkaitan pejabat dan pengurusan harian.
-Merangkap sebagai wakil bagi pihak syarikat semasa berurusan dengan pihak luar
sekiranya ketiadaan pengurus besar.
-Mempertingkatkan motivasi para pekerja dan menjaga kebajikan para pekerja
untuk memastikan mereka sentiasa ingin berbakti pada syarikat.
-Memastikan wujudnya suasana yang harmoni antara para pekerja dengan pihak
pengurusan.
-Menentukan pengambilan pekerja yang dibuat berdasarkan saranan dan objektif
syarikat.
JAWATAN DAN SPESIFIKASI TUGAS
Pengurus Pemasaran
Pengurus Operasi
Pengurus Kewangan
Juruaudit

TANGGUNGJAWAB UTAMA

-Merancang dan melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan promosi


penternakan dan pengeluaran ikan sepanjang tahun.
-Bertanggungjawab dalam hal-ehwal pemasaran dan meluaskan skop pasaran
melalui perbincangan dengan Iain lain rakan kongsi.
-Bekerjasama dengan Pengurus kewangan dan Operasi dalam menentukan kos
pemasaran yang diperlukan.
-Bertindak sebagai promotor dalam operasi seharian dan membantu pekerja dalam
menjalankan operasi.
-Memastikan dan menyelia semua proses penyelenggaran sehingga kepada proses
pengeluaran supaya berjalan dengan lebih lancar.
-Bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan
pengurusan sumber pekerja.
-Menolong para pekerja dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggan.
-Memastikan benih ikan dan ikan yang dikeluarkan bermutu tinggi dan memenuhi
kehendak pelanggan.
-Memastikan semua bekalan keperluan mencukupi supaya kegiatan pengeluaran
tidak tergendala.
-Menjaga hal-ehwal kewangan syarikat seperti mengawal sumber-sumber
kemasukan dan pengeluaran kewangan syarikat serta menyediakan penyata
kewangan syarikat.
-Memperuntuk wang yang diperlukan untuk tujuan operasi syarikat supaya
pembaziran tidak akan berlaku.
-Bertanggungjawab merekodkan keluar masuk wang yang digunakan oleh mana-
mana ahli rakan kongsi bagi tujuan urusan niaga.
-Menjaga belanjawan syarikat dan memastikan kewangan syarikat dalam keadaan
stabil di masa akan datang.
-Menjaga kolam daripada serangan seranga.
-Menjaga air agar sentiasa mengikut sukat piawai yang diperlukan.
-Memberi makanan kepada ikan mengikut waktu yang ditetapkan.
-Membersihkan kolam ikan apabila ikan habis diraih.
-Meraih ikan-ikan dari kolam.

Projek ini akan dijalankan dalam tempoh tertentu, dimana setiap tahun dapat
dilaksanakan sekurang – kurangnya 1 pusingan. Ini bergantung kepada rutin kerja,
pemasaran hasil ternakan, masaalah penyakit dan serangan pemangsa .

Berikut adalah langkah langkah awal untuk penyediaan sangkar.

4.5.1. Repair Sampan dan Membina Rakit serta jeti.

Kayu iaitu bahan binaan utama jeti boleh didapati dari kayu kayan terpakai dan
pokok kayu yang ditebang disekitar kawasan lombong. Kerja membina rakit dan jeti
ini perlu melibatkan kerjasama dari semua ahli kumpulan. Kerja repair Sampan
dilakukan dengan bantuan seorang pakar membuat sampan dan diberi upah.

4.5.2. Merekabentuk dan membina sangkar: (10 kaki x 10 kaki x 6 kaki) – Rujuk
Lampiran 1

Asas Bahan Binaan Sangkar


1. Pelampung drum @ 28 buah = RM 644.00 (1 tong = RM 23.00)
2. Kayu 2”x 4”x 14’ @ 14 batang = RM 560.00 ( 1 batang = RM 40.00)
3. Paku bombnail 3”(2 KG) = RM 20.00
4. Jaring PE ½” = RM 300.00
5. Tali PE 5mm @ 1 gulung = RM 60.00
6. Tali PE 2.5mm @ 1 gulung = RM 40.00
7. Upah membuat sangkar = RM 300.00

Jumlah kos RM 1,924.00

Kesemua kos bahan untuk membuat sangkar tersebut akan dimasukkan dalam kos
tetap syarikat. Kos tersebut adalah anggaran sahaja dan mungkin akan berubah
kerana harga bahan dipasaran mungkin telah berubah.

4.5.3. Benih ketutu.

Benih boleh didapati dari pembekal dengan harga antara RM 1.00 hingga Rm 3.00
seekor mengikut saiz ketutu.

. < 3 inci = RM 1.00


. 4 inci – 6 inci = RM 2.00
. 7 inci – 9 inci = RM 3.00

Atau:

Setiap peserta perlu bersama sama mencari benih ikan ketutu dikawasan lombong
berhampiran dan dikumpulkan dalam kolam pengawasan. Apabila mencapai jumlah
benih yg dikehendaki kesemua benih akan dimasukkan kedalam sangkar.(ni dah
jimat kos benih)

4.5.4. Melepaskan benih ketutu kedalam sangkar.

Segala butiran keluar masuk benih perlu direkodkan seperti contoh berikut:
Kategori benih (K) kecik (size 4 inci).
Tarikh Kategori benih Berat(kg) Jumlah Sign
1/4/12 k 5 100 sahak
1/4/12 b 10 100 zul
15/4/12 K 5 100 devan
15/4/12 b 10 100 mizi
Proses penambahan benih ketutu perlu diteruskan sehingga berjumlah 1,000 ekor
benih ketutu untuk satu pusingan.

4.5.5. Proses pemantauan sangkar

Sangkar perlu dipantau sekurang kurangnya seminggu sekali termasuk memberi


makan, merawat penyakit, pantau keadaan sangkar, pemangsa seperti biawak dll.
Proses pemantauan ini perlu dilakukan seminggu sekali iaitu setiap kali beri makan.
Proses ini perlu kerap dilakukan apabila ternakan semakin membesar.

4.5.6. Memberi makan ketutu

Makanan utama ketutu seperti anak anak ikan. Ikan fatin, talapia, keli, lampam, dll
boleh ditangkap menggunakan jala, jaring, pancing dan bubu disekitar kawasan
lombong. Ikan tersebut dikumpulkan dalam satu sangkar khas. Ikan tersebut perlu
dipotong kecil kecil supaya ketutu mudah makan. Jika perlu mesin penghancur
daging diperlukan untuk memudahkan kerja memproses makanan ikan. Makanan
ikan diberi pada kadar 5% – 10% daripada berat setiap ekor ikan. Untuk
tumbesaran ikan yang optimum, makanan perlu diberi DUA(2) kali sehari. Jika tiada
masa lapang, makanan ikan perlu diberi sekurang kurangnya seminggu sekali.

5. ASPEK PEMASARAN

Pemasaran ikan ketutu ini akan dilakukan oleh Pengurus Pemasaran dengan dibantu
oleh ahli. Hasil ternakan akan dipasarkan kepada pemborong atau Restoran/Hotel
yang berdekatan. Jabatan Perikanan, Lembaga Pertubuhan Peladang juga boleh
dirujuk.

Harga yang ditetapkan untuk jualan adalah mengikut harga semasa di pasaran ,
yang dianggarkan sekitar RM 50.00 hingga RM 100.00 / kg, (mengikut size ikan).

6. ASPEK EKONOMI DAN KEWANGAN

6.1 Kos Tetap

6.1.1. Dua Buah Sangkar

Kos untuk bahan bagi penyediaan 2 buah sangkar ikan dengan keluasan 10 kaki x
10 kaki x 6 kaki dan dilengkapi kemudahan asas adalah RM 1,924.00 .

1. Pelampung drum @ 28 buah = RM 644.00 (1 tong = RM 23.00)


2. Kayu 2”x 4”x 14’ @ 14 batang = RM 560.00 ( 1 batang = RM 40.00)
3. Paku bombnail 3”(2 KG) = RM 20.00
4. Jaring PE ½” = RM 300.00
5. Tali PE 5mm @ 1 gulung = RM 60.00
6. Tali PE 2.5mm @ 1 gulung = RM 40.00
7. Upah membuat sangkar = RM 300.00

JUMLAH Kos = RM 1,924.00

6.1.2. Sampan & Rakit

Sampan dan rakit merupakan pengangkutan utama untuk kepulau tersebut selalin
untuk menangkap anak benih ketutu dan juga untuk menangkap ikan lain untuk
makanan ketutu.

1. Repair Sampan 10 kaki panjang (muatan 3-4 orang) = RM 300.00


2. Engine 5 Hp second hand = RM 800.00
3. Modify Rakit 4 x 8 kaki panjang (muatan 4-6 orang) = RM 100.00

JUMLAH Kos = RM 1200.00

JUMLAH Kos Tetap = RM 3,124.00

6.2 Kos Berubah

1. Kos Pelbagai = RM 100.00


2. Makanan anak ikan (pallet/dedak) = RM 100.00
3. Ubatan dan vaksin = RM 100.00
4. Elaun pantau sangkar/beri makanan RM 500.00
5. Upah membuat sangkar RM 300.00

JUMLAH Kos Berubah = RM 1100.00

6.3 Pendapatan Projek

Jumlah benih ketutu = 1,000 ekor.


Perkiraan adalah diambilkira mengikut peratusan kematian ikan iaitu sebanyak 50 %
dari keseluruhan benih.
a. Pendapatan jualan ikan ketutu
(500 ekor x ½ kg x RM 50.00 ) RM 12,500.00

6.4 Untung / Rugi Projek

a. Jumlah Pendapatan RM 12,500.00

b. Jumlah Kos Tetap/Berubah 4,224.00


Lebihan / ( Kurangan ) RM 8,276.00

6.5 Pembiayaan ( Ekuiti Modal )

Peruntukan Modal RM 4,000.00

JUMLAH KOS = RM 4,224.00

BAKI AKAUN = RM -224.00

6.6 Pembahagian Keuntungan

Pembahagian keuntungan akan dibuat bagi setiap pusingan seperti berikut:

a. Setiap Ahli mendapat keuntungan yang sama setiap pusingan.

Perkiraan pendapatan setiap peserta adalah seperti berikut :

a. Jumlah keuntungan satu pusingan : RM 12,500.00

b. Pembahagian keuntungan : keuntungan dibahagi kepada 6 orang ahli

c. Pendapatan setiap peserta / pusingan : RM 2083.33

7. JUSTIFIKASI PROJEK

7.1 Potensi Ternakan Ikan Ketutu.

Penternakan ikan ketutu menggunakan sangkar ini adalah teknik yang baru
diperkenalkan dalam industri ternakan. Teknik ini dapat mengurangkan kos
makanan dan kos operasi kerana sangkar yg dibina adalah mesra alam, tanpa
pengawasan yang ketat dan ikan yang dihasilkan mempunyai mutu yang tinggi
kerana ia hidup dan makan seperti dihabitat asalnya. Pengurusan sangkar dan
penjagaan kebersihan kualiti air yang mudah dipantau sendiri oleh penternak kerana
sangkar tersebut berada dalam kawasan lombong yang bersih dari sisa kumbahan
industri.

Ikan ketutu, atau nama saintifiknya Oxyeleotris marmoratus, merupakan tergolong


dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara. Habitat
utamanya adalah di sungai, tasik dan lombong tinggal.

Nama panggilan lain yang biasa orang kebanyakkan ikan ini ialah Marbled goby atau
lebih dikenali haruan hodoh, ikan ubi, ikan hantu, dan macam-macam lagilah!.

7.2 Sapa yang suka makan ikan nie?


Kalau dekat Malaysia nie, ketutu sangat popular dikalangan masyarakat cina dan
permintaan terhadapnya adalah sangat tinggi apabila menjelang Sambutan Tahun
Baru Cina. Hah, masyuk jugak tuh!

7.3 Khasiat Ikan Ketutu.

Diantara kelebihan ikan ini ialah mempunyai daging yang manis dan lazat juga halus
dan berwarna putih. Kebanyakan penggemarnya mengatakan bahawa daging ketutu
mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan tubuh badan.

Disamping itu juga, khasiatnya menyamai khasiat ginseng, lingzhi, madu lebah,
spriluna dan lain lain makanan yang ternama dunia. Masakan yang popular bagi ikan
ketutu ialah ‘masak kukus halia + bawang putih(steam)’.

7.4 Harga di pasaran.

Kalau diukur dari harga, ikan ketutu diantara spesis yang termahal kerana harganya
mampu mencecah RM50 hingga RM100 sekilogram bagi ketutu mentah. Manakala
bagi sudah siap dimasak pula mencecah RM180 hingga RM200 sekilogram. Masyuk
tuh!
Antara faktor yang menyebabkan harga ikan ini melambung tinggi, ialah kerana
setakat ini, masih kurang penternak ketutu di negara ini. Walaubagaimanapun,
ianya masih boleh didapati di kawasan sungai terutamanya di sepanjang Sungai
Pahang.

8. KESIMPULAN

Perusahan ikan ketutu dengan menggunakan kaedah ternak di dalam sangkar ini
amat menguntungkan kerana pengurusan ternakan yang mudah dan berkesan. Ini
adalah kerana kualiti air dan makanannya adalah semulajadi seperti dihabitat asal
ketutu.

Proses penuaian hasil juga mudah dilakukan memandangkan ketutu diternak di


dalam sangkar. Penangkapan hasil adalah mudah untuk dilakukan dengan
menggunakan perangkap, jaring atau jala.

Penjelasan Ringkas Mengenai Projek

1. Perkiraan kos ternakan ikan sangkar

Umumnya, jumlah kos peralatan dan operasi adalah seperti berikut;

a. Kos Tetap;
Jumlah kos tetap RM 3124.00

b. Kos Berubah

Jumlah kos Berubah RM 1100.00

KOS KESELURUHAN PROJEK = RM 4,224.00

2. Benih Ikan

Benih ditangkap didalam lombong berhampiran dengan menggunakan sauk/pancing.


Dah jimat kos benih beb!!!!

3. Kapasiti ternakan sesangkar

Kadar Pelepasan : 4 ekor / kakipersegi


Keluasan sangkar : 10 kaki x 10 kaki = 100 kaki persegi
Jumlah Keluasan : 100 kp x 5 tingkat (kedalaman sangkar) = 500kp
Maksima benih sangkar : 4 ekor x 500 kp = 2000 ekor

4. Tumbesaran

Tempoh tumbesaran ketutu sehingga boleh dipasarkan (500gram keatas) adalah


antara 12 hingga 18 bulan.

5. Jumlah Perbelanjaan

Kos Tetap = RM3,124.00


Kos Berubah@Operasi = RM1100.00
RM3,124.00
+ RM1,100.00
Jumlah = RM4,224.00

Baki = RM -224.00

6. Pendapatan

Jumlah Keuntungan Bersih = Hasil Jualan – kos Keseluruhan


Jumlah Keuntungan Bersih = RM12,500.00 – RM4224.00 = RM 8,276.00

Keuntungan Setiap Ahli = RM25,000.00 / 8 orang ahli = RM2083.33

Lampiran 1 – Bentuk Sangkar

Latar belakang Ahli Lembaga Pengarah


Nama penuh : _________________________

No kad pengenalan : ____________________

Tarikh lahir : __________________________

Umur : ____________

Jantina : ___________

Alamat tetap : ____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

Nombor telefon : ______________________________

Alamat e-mail : _______________________________

Taraf perkahwinan : ___________________________

Kelulusan akedamik : __________________________

Kursus yang pernah dihadiri : ____________________

Kemahiran : __________________________________

Pengalaman : _________________________________

Pekerjaan sekarang : ___________________________

Perniagaan lain yang pernah diceburi : ________________

Share this:

You might also like