Professional Documents
Culture Documents
Notabm
Notabm
KARANGAN UMUM
Keperluan soalan
1. Lima soalan dikemukakan dan anda perlu menjawab satu soalan sahaja.
2. Sebanyak 100 markah diperuntukkan untuk karangan Bahagian B.
3. Anda perlu menjawab soalan ini dalam masa yang dicadangkan iaitu satu
jam setengah / 90 minit.
4. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan.
5. Terdapat dua bentuk soalan yang disoal iaitu karangan berformat dan
karangan tidak berformat.
6. Antara jenis karangan berformat ialah :
o surat rasmi
o surat tidak rasmi
o laporan
o minit mesyuarat
o berita
o rencana
o dialog/wawancara/forum
o ucapan/syarahan/ceramah/taklimat
o ulasan buku/resensi
7. Antara karangan tidak berformat pula ialah :
o gambaran/keperihalan
o cereka/imaginasi
o fakta
o pendapat/perbincangan
o perbahasan
o peribahasa/cogan kata
o kesusasteraan
8. Terdapat lima dimensi yang diambil kira dalam penyediaan soalan bagi
Bahagian B iaitu :
o diri sendiri
o keluarga
o masyarakat/negara
o antarabangsa
o kesusasteraan
TEKNIK MENJAWAB
Penulisan karangan
• Bagi karangan Bahagian B, anda perlu menulis karangan anda melebihi 350 patah
perkataan
• Bagi memastikan karangan anda pada tahap cemerlang, pastikan karangan anda
mempunyai tujuh perenggan atau melebihi tiga muka surat.
Saya mencadangkan anda menulis perenggan pendahuluan dalam anggaran 70
patah perkataan, isi dalam anggaran 80 patah perkataan (80 X 5 isi = 400) dan
penutup dalam anggaran 70 patah perkataan.
• Jadi, jumlah keseluruhan karangan anda ialah 500 patah perkataan dan memenuhi
kehendak arahan soalan.
Pendahuluan = PU/DEFINISI + AH + AC + AA
Peringatan :
• Baca arahan dengan teliti dan gariskan kata kunci dan fokus arahan.
• Jangan sesekali memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan.
• Tidak perlu menyatakan isi utama dalam ayat arah.
Isi = AT + AH + AC + AP
Peringatan :
• Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja.
• Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.
• Tidak boleh menulis 1 isi dalam beberapa perenggan (dikira sebagai
mengulang isi).
Penutup = AK + AC + AH
Peringatan :
• Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.
• Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.
• Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.
PENDAHULUAN = PU + AH + AC + AA
ISI = AT + AH + AC + AP
PENUTUP = AK + AC + AH
Pembahagian masa
• Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 90 minit.
• Peruntukkan masa yang saya cadangkan adalah seperti berikut:
PENILAIAN
Kelemahan Calon
• Gagal mengarang mengikut jumlah kata yang dikehendaki.
• Mampu menulis tujuh perenggan tetapi setiap perenggan tidak seimbang.
• Calon menggunakan peribahasa yang tidak sesuai.
• Kosa kata yang digunakan terhad / umum.
• Memulakan ayat dengan salah – menggunakan itu / ini
• Idea tidak menunjukkan kematangan calon.
• Menghuraikan dua isi dalam perenggan yang sama atau satu isi dalam dua
perenggan.
• Calon terlupa menulis ayat penegas/kesimpulan dalam setiap perenggan