Garis Panduan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

GARIS PANDUAN

PERMOHONAN, PELAKSANAAN DAN


PELAPORAN PROGRAM/ AKTIVITI DI BAWAH
PERUNTUKAN BAJET 2022 BAGI
MALAYSIAN INCENTIVE COMMUNITY
EMPOWERMENT (MyICE)

KEPADA

PERTUBUHAN BERDAFTAR
DI BAWAH KATEGORI KEBAJIKAN, SOSIAL,
KESELAMATAN DAN HAK ASASI

JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN


MALAYSIA

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


1
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
GARIS PANDUAN
PERMOHONAN PERUNTUKAN
MALAYSIAN INCENTIVE COMMUNITY
EMPOWERMENT (MyICE)

KEPADA

PERTUBUHAN BERDAFTAR
DI BAWAH KATEGORI KEBAJIKAN, SOSIAL,
KESELAMATAN DAN HAK ASASI

JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN


MALAYSIA

Perhatian:

Semua permohonan daripada Pertubuhan Berdaftar untuk memohon Peruntukan


MyICE adalah melalui Sistem Permohonan MyICE di dalam Sistem eROSES.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


2
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Saringan permohonan akan dibuat di peringkat JPPM Negeri, bagi permohonan


yang LAYAK untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian MyICE. Bagi
yang tidak layak, JPPM Negeri akan memaklumkan kepada pemohon.

(a) Pertubuhan yang LAYAK diberi pertimbangan

i. Pertubuhan yang berdaftar dengan JPPM di bawah Akta Pertubuhan


1966 sehingga 31 Disember 2021. Keutamaan akan diberikan kepada
pertubuhan yang berdaftar sebelum 31 Disember 2020;

ii. Pertubuhan yang berdaftar di bawah kategori Kebajikan, Sosial,


Keselamatan dan Hak Asasi dan berstatus aktif;

iii. Pertubuhan yang menghantar Penyata Tahunan yang lengkap, teratur


dan terkini sekurang-kurangya Penyata Tahunan bagi tahun 2020;

iv. Pertubuhan yang mempunyai rekod pengurusan pertubuhan yang baik;


dan

v. Keutamaan akan diberikan kepada pertubuhan yang belum pernah


menerima apa-apa peruntukan/ geran daripada JPPM dan/ atau mana-
mana agensi Kerajaan/ organisasi lain pada tahun permohonan
semasa.

(b) Pertubuhan yang TIDAK LAYAK diberi pertimbangan:

i. Pertubuhan yang mempunyai masalah/ aduan/ tindakan mahkamah/


pertikaian; dan

ii. Pertubuhan yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar


Pertubuhan.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


3
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
(c) Program yang LAYAK dipertimbangkan adalah seperti berikut:

i. Program yang layak adalah merangkumi program pembangunan


kapasiti dan pengurusan pertubuhan bagi tujuan meningkatkan
kecekapan dalam mengurus tadbir pertubuhan, memupuk nilai
kesukarelawan dan mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti
serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan ke
arah pengukuhan dan pemerkasaan pertubuhan seperti program
pencegahan jenayah, gotong-royong, aktiviti kejiranan, bantuan
kemanusiaan dan lain-lain;

ii. Program tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia serta


tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan
permasalahan dan menggugat ketenteraman negara seperti isu
agama, perkauman dan politik;

iii. Memberi manfaat kepada empat (4) kategori pertubuhan iaitu


Kebajikan, Sosial, Keselamatan dan Hak Asasi. Perincian skop
program adalah seperti di Lampiran A;

iv. Pembiayaan TIDAK melibatkan kos pentadbiran pertubuhan seperti


sewaan premis pertubuhan, bil utiliti, yuran langganan, gaji pekerja
atau kos perjalanan individu untuk menghadiri kursus/ persidangan);

v. Tempoh perbelanjaan dan pelaksanaan program hendaklah


dilaksanakan selewat-lewatnya pada Oktober 2022; dan

vi. Jumlah maksimum peruntukan yang boleh dipertimbangkan bagi


kelulusan permohonan adalah sehingga RM10,000 sahaja termasuk
program bersiri.

(d) Program yang TIDAK LAYAK dipertimbangkan adalah seperti berikut:

i. Pembiayaan bagi tujuan pembelian harta modal/ aset pertubuhan


seperti bangunan, komputer riba, telefon bimbit dan sebagainya yang
tidak menyumbang kepada pelaksanaan program adalah TIDAK
DIBENARKAN;
Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/
4
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
ii. Bantuan modal/ pinjaman untuk memulakan perniagaan adalah TIDAK
DIBENARKAN;

iii. Program yang sedang atau telah dilaksanakan sebelum permohonan


diluluskan adalah TIDAK DIBENARKAN; dan

iv. Program berbentuk lawatan ke luar negara adalah TIDAK


DIBENARKAN.

PROGRAM KERJASAMA DENGAN JABATAN KERAJAAN, AGENSI


SWASTA ATAU BADAN BERKANUN

Kerajaan melalui JPPM boleh mencadangkan program kerjasama dengan pihak


Jabatan Kerajaan, Agensi Swasta atau Badan Berkanun khusus yang
dikenalpasti dengan mengambil pertimbangan seperti berikut:

i. Pelaksanaan program kerjasama pintar dan strategik dengan pihak


berkepentingan yang ditetapkan oleh Kerajaan;

ii. Program memberi faedah dan manfaat kepada komuniti dan masyarakat
secara menyeluruh; dan

iii. Program yang akan memberikan impak dan outcome yang tinggi kepada
kumpulan sasar dalam jangka masa panjang.

PROSEDUR PERMOHONAN

(a) Permohonan perlu dikemukakan atas nama pertubuhan melalui Setiausaha


Pertubuhan dan bukan secara individu;

(b) Permohonan perlu diisi dan dilengkapkan di dalam sistem permohonan


MyICE melalui sistem eROSES di alamat www.eroses.gov.my mulai
1 Februari hingga 31 Mei 2022 seperti format di Lampiran B;

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


5
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
(c) Cadangan kertas kerja perlu dilengkapkan dalam Bahasa Melayu sahaja
secara atas talian seperti format di Lampiran C;

(d) Pertubuhan perlu mempunyai keupayaan dan kaedah untuk melaksanakan


program;

(e) Pertubuhan yang pernah menerima peruntukan daripada JPPM perlu


menyatakan tahun dan jumlah peruntukan yang diterima;

(f) Pertubuhan perlu menyenaraikan program/ aktiviti/ pembayaran yang akan


dibuat menggunakan peruntukan MyICE;

(g) Pertubuhan perlu melengkapkan segala maklumat yang diperlukan.


Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak;

(h) Permohonan akan diteliti, diproses dan disyorkan di peringkat JPPM Negeri
untuk pertimbangan Jawatankuasa Penilaian MyICE;

(i) Keputusan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan


Jawatankuasa Penilaian MyICE dan ia adalah MUKTAMAD; dan

(j) Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan


dan boleh disemak di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem
eROSES dalam tempoh 14 hari selepas Jawatankuasa Penilaian MyICE
bersidang.

PROSEDUR SELEPAS PERMOHONAN DILULUSKAN

(a) Jawatankuasa Penilaian MyICE akan mengesahkan senarai pertubuhan-


pertubuhan yang telah diluluskan pemberian MyICE.

(b) Senarai kelulusan penyaluran peruntukan akan diserahkan kepada JPPM


Negeri untuk urusan pembayaran.

(c) Pertubuhan perlu menyediakan laporan program/ aktiviti dan bukti


perbelanjaan. Satu salinan laporan perlu dihantar ke JPPM Negeri selewat-
lewatnya 60 hari selepas program/ aktiviti dilaksanakan.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


6
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
(d) Bagi program yang dijalankan secara bersiri/ berperingkat, laporan program
hendaklah dikemukakan kepada pihak JPPM Negeri selewat-lewatnya 60
hari selepas setiap siri program tersebut dilaksanakan.

(e) Pertubuhan yang gagal mengemukakan laporan akan disenarai hitam dan
tidak akan dipertimbangkan untuk menerima apa-apa peruntukan di bawah
JPPM pada masa akan datang dan boleh dikenakan tindakan undang-
undang yang bersesuaian.

(f) Pemantauan dan semakan ke atas pertubuhan akan dilaksanakan oleh


JPPM Negeri mengikut keperluan.

(g) Laporan Pelaksanaan Program perlu disediakan dalam Bahasa Melayu


beserta dokumen sokongan yang disahkan dan dikemukakan kepada JPPM
Negeri secara cetakan (hardcopy).

PROSEDUR PEMBAYARAN

(a) Peruntukan akan disalurkan ke akaun pertubuhan yang diperakui dalam


borang permohonan setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian MyICE
2022.

(b) Peruntukan akan disalurkan ke dalam akaun yang didaftarkan di atas nama
pertubuhan sahaja, manakala akaun yang didaftarkan di bawah nama
persendirian/ individu adalah tidak dibenarkan.

(c) JPPM Negeri akan mengeluarkan surat pemakluman melalui emel


mengenai penyaluran peruntukan yang telah disalurkan. Pihak Pertubuhan
hendaklah mengesahkan penerimaan bayaran berkenaan dalam tempoh
14 hari daripada tarikh pemakluman.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


7
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
CARTA ALIR PERMOHONAN MyICE

Mula

TERIMA PERMOHONAN

SEMAKAN
MESYUARAT PERINGKAT
TOLAK
SARINGAN NEGERI JPPM NEGERI
TIDAK PERAKU
PERAKU

SYOR NEGERI
KE IBU PEJABAT

MESYUARAT
JAWATANKUASA
PENILAIAN MYICE

PERINGKAT IBU
PERTIMBANGAN DAN PEJABAT JPPM
TOLAK KEPUTUSAN
TIDAK Keputusan akan dimaklumkan
LULUS LULUS
dalam tempoh 14 hari selepas
Jawatankuasa Penilaian
MINIT MESYUARAT UNTUK MyICE bersidang
PENYALURAN PERUNTUKAN
KE NEGERI

PENYALURAN KE AKAUN PERINGKAT


PERTUBUHAN JPPM NEGERI

Tamat

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


8
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
Lampiran A

PANDUAN SKOP PROGRAM BAGI EMPAT (4) KATEGORI PERTUBUHAN


MyICE TAHUN 2022

Pelaksanaan Program MyICE adalah berdasarkan kepada aktiviti bagi membangun dan
memperkasakan pertubuhan melalui empat (4) kategori pertubuhan seperti berikut:

(a) Kategori Kebajikan

i. Pertubuhan yang ditubuhkan bagi menjaga kesejahteraan, kebajikan


dan memberi perlindungan kepada ahli sesuatu pertubuhan disebabkan
oleh kurang berkeupayaan atau terkesan akibat daripada faktor sosial,
ekonomi, persekitaran fizikal dan budaya.

ii. Bentuk program yang boleh dilaksanakan adalah program


pembangunan kapasiti dan latihan, program kesedaran awam dan
intervensi, program kesukarelawanan, program kaunseling dan
psikologi dan pembangunan komuniti.

Contoh pelaksanaan program: taklimat, program ceramah, dialog,


perbincangan kumpulan, nasihat individu, praktikal atau tunjuk
cara, latihan kemahiran, pameran, forum awam, seminar, kolokium,
konvensyen atau bengkel.

Contoh 1: Pertubuhan Ibu Tunggal

(a) Latihan dan peningkatan kemahiran


- Jahitan
- Bakeri
- Rawatan kecantikan
- Lain-lain yang berkaitan

(b) Peningkatan kapasiti ibu tunggal dari segi keusahawanan,


kepimpinan dan pengurusan kewangan.
- Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ibu tunggal untuk
menceburi bidang keusahawanan.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


9
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
- Membantu ibu tunggal yang mempunyai kemahiran/
pengalaman mendapat bantuan kewangan untuk membina
atau mengembangkan perniagaan.
- Membantu ibu tunggal yang mempunyai perniagaan
memasarkan produk serta perkhidmatan.

(c) Pengurusan mental health


- Pengurusan stress
- Pengurusan emosi
- Pengurusan kemurungan

Contoh 2: Pertubuhan Kebajikan Masyarakat

(a) Pemulihan dan pengurusan mangsa bencana (Bencana


Alam/Pandemik Covid-19)
- Pendedahan teknik dan kaedah pengurusan mangsa bencana
daripada aspek persiapan yang perlu diambil sebelum, semasa
dan selepas bencana.

(b) Pemulihan dan peningkatan kapasiti pengemis dan gelandangan


- Program kesedaran terhadap aktiviti pemberian sumbangan
kepada mereka serta langkah untuk mencegah kewujudan
pengemis baru.
- Program peningkatan kemahiran dan peluang kerjaya yang
membantu mengeluarkan golongan ini dari kepompong
kemiskinan.

(c) Pembangunan kapasiti komuniti dan pertubuhan sukarela


kebajikan
- Meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam
aktiviti kesukarelaan bagi Program Sukarelawan.
- Melaksanakan Latihan Kesukarelawanan (Volunteerisme)
kepada masyarakat bagi meningkatkan peningkatan kapasiti
sukarelawan.
- Meningkatkan keupayaan Pertubuhan Sukarela Kebajikan
dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada kumpulan

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


10
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
sasar melalui program latihan dengan kerjasama Agensi/
Jabatan Kerajaan.

Contoh 3: Pertubuhan Kebajikan Ahli

i. Menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan sahsiah


dan jati diri.

ii. Menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat


pertubuhan.

iii. Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam kalangan


ahli.

iv. Memupuk dan memantapkan nilai positif di kalangan ahli ke arah


pembangunan dan kecemerlangan diri.

(b) Kategori Sosial

i. Pertubuhan yang ditubuhkan yang bermatlamatkan pembangunan


kumpulan sosial tertentu yang berkongsi objektif dan nilai yang sama
seperti penduduk, alumni, keturunan, pekerjaan dan pendidikan.

ii. Bentuk program yang boleh dilaksanakan adalah program


pembangunan kapasiti dan latihan, program kesedaran awam dan
intervensi, program kesukarelawanan dan pembangunan komuniti.

Contoh pelaksanaan program: taklimat, program ceramah, dialog,


perbincangan kumpulan, nasihat individu, praktikal atau tunjuk
cara, latihan kemahiran, pameran, forum awam, seminar, kolokium,
konvensyen atau bengkel.

Contoh 1: Persatuan Alumni

(a) Latihan dan mewujudkan kemahiran-kemahiran baharu:


- Jualan secara atas talian termasuk laman sosial.
- Pembangunan laman web.
- Teknik fotografi yang hebat.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


11
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
(b) Platform pengembangan bakat sedia ada:
- Penghasilan kerja-kerja seperti kraftangan, perabot dan
masakan.
- Mempelbagaikan pengetahuan dalam setiap produk.

(e) Perkongsian ilmu dan pengalaman:


- Memperkenalkan kebaikan alumni kepada bakal-bakal ahli.
- Mengadakan platform bagi pencambahan idea dan kemahiran
di kalangan ahli dan bakal-bakal ahli.

Contoh 2: Persatuan Pendidikan

(a) Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan


bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbang
ke arah kemajuan negara.

(b) Meningkatkan pengetahuan tentang teknik penyampaian


pengucapan yang baik.

(c) Menyampaikan ilmu kepada semua kategori usia dan latar


belakang.

(d) Menjalankan kerja-kerja amal bagi tujuan kebajikan terhadap


golongan kurang upaya seperti golongan miskin, terabai,
teraniaya dan yang kurang pendidikan akademik (buta huruf/
lemah akademik).

Contoh 3: Persatuan Penduduk

(a) Mengadakan program dan aktiviti kejiranan yang bersesuaian


seperti program keselamatan, program kebersihan (aktiviti
gotong-royong) dan penyelenggaraan kawasan kejiranan
penduduk.

(b) Menganjurkan program yang boleh mengeratkan hubungan


silaturahim dalam komuniti penduduk.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


12
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
(c) Kategori Keselamatan

i. Pertubuhan yang ditubuhkan untuk menjaga keselamatan komuniti


setempat atau suatu kumpulan masyarakat di sesuatu kawasan yang di
bawah pengawasan pertubuhan tersebut daripada aktiviti jenayah,
penyalahgunaan dadah, pencegahan kebakaran dan kesukarelawanan.

ii. Bentuk program yang boleh dilaksanakan adalah program


pembangunan kapasiti dan latihan, program kesedaran awam dan
intervensi, program kesukarelaan dan pembangunan komuniti.

Contoh pelaksanaan program: taklimat, program ceramah, dialog,


perbincangan kumpulan, nasihat individu, praktikal atau tunjuk
cara, latihan kemahiran, pameran, forum awam, seminar, kolokium,
konvensyen atau bengkel.

Contoh 1: Pertubuhan Pencegahan Jenayah.

(a) Mengadakan program kerjasama dengan agensi penguatkuasaan


dalam usaha membanteras kegiatan jenayah.

(b) Memberi maklumat kepada mana-mana pihak berkuasa yang


berkaitan untuk mencegah jenayah.

(c) Menggalakkan penyertaan pelbagai masyarakat dalam aktiviti


memerangi jenayah, pendekatan pro-aktif dan bersepadu bagi
mencegah jenayah serta menghapuskan hasrat daripada
melakukan jenayah.

(d) Kategori Hak Asasi

i. Pertubuhan yang ditubuhkan yang memperjuangkan isu-isu yang


berkaitan dengan hak sesuatu kumpulan tertentu seperti pengguna dan
alam sekitar.

ii. Bentuk program yang boleh dilaksanakan adalah program


pembangunan kapasiti dan latihan, program kesedaran awam dan
intervensi, program kesukarelaan dan pembangunan komuniti.
Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/
13
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
Contoh pelaksanaan program: taklimat, program ceramah, dialog,
perbincangan kumpulan, nasihat individu, praktikal atau tunjuk
cara, latihan kemahiran, pameran, forum awam, seminar, kolokium,
konvensyen atau bengkel.

Contoh 1: Persatuan Alam Sekitar

(a) Program promosi dan kesedaran alam sekitar kepada orang awam
dan industri (seminar, ceramah dan lain-lain).

(b) Program kesedaran alam sekitar (penanaman pokok, konservasi


alam dan lain-lain).

(c) Sukarelawan rakan alam sekitar dalam penganjuran program


pendidikan dan kesedaran alam sekitar.

Contoh 2: Persatuan Pengguna

(a) Program perlindungan pengguna melalui penyemakan dan


cadangan undang-undang dan dasar-dasar baru untuk
melindungi pengguna dan menerima aduan pengguna dalam hal-
hal yang berkaitan.

(b) Menyediakan bantuan dalam penyelesaikan isu yang


menjejaskan hak dan kesejahteraan pengguna.

(c) Mendidik pengguna agar bertanggungjawab dan mengetahui hak


melalui kempen kesedaran dan aktiviti kemasyarakatan.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


14
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
LAMPIRAN B

FORMAT BORANG
PERMOHONAN PERUNTUKAN
MALAYSIAN INCENTIVE COMMUNITY
EMPOWERMENT (MyICE)

KEPADA

PERTUBUHAN BERDAFTAR
DI BAWAH KATEGORI KEBAJIKAN, SOSIAL
KESELAMATAN DAN HAK ASASI

JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN


MALAYSIA

Perhatian:

Borang permohonan Peruntukan MyICE boleh diperolehi melalui Sistem


Permohonan MyICE di dalam Sistem eROSES.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


15
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
CONTOH BORANG PERMOHONAN ONLINE
MyICE TAHUN 2022

A MAKLUMAT MENGENAI PERTUBUHAN


1 Nama Pertubuhan :
…………………………………………………………………………………………………………….
2 Alamat Surat-menyurat :
……………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………..

3 Alamat Berdaftar :
……………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………..

4 No.Telefon :
……………………………………………………………………………………………………………..

5 No.Faks :
……………………………………………………………………………………………………………..

6 No.Pendaftaran Pertubuhan :
……………………………………………………………………………………………………………..

7 Tarikh Didaftarkan :
……………………………………………………………………………………………………………..

8 Bilangan Keahlian :
……………………………………………………………………………………………………………..

9 Jawatankuasa Kerja Terkini :


JAWATAN NAMA NO. KP
Pengerusi :
Naib Pengerusi :

Setiausaha :
Bendahari :

Ahli :
Jawatankuasa

10 Bil. Cawangan :
…………………………………………………………………………………………………………….

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


16
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
B MAKLUMAT MENGENAI KEDUDUKAN KEWANGAN
11. a. Akaun Semasa/ Simpanan Pertubuhan : SEMASA SIMPANAN
(* Sila Tandakan X mana yang berkenaan)

Nama Bank/Caw.Bank : ……………………………………………………………


No. Akaun : ……………………………………………………………
(Sila lampirkan penyata bank yang
mempunyai nama dan nombor akaun
Pertubuhan)
12. Sumber Kewangan (Peruntukan kewangan yang akan disediakan oleh Pertubuhan untuk pelaksanaan program
ini) JUMLAH Keseluruhan: RM……………………………………………….......
a. Oleh pertubuhan sendiri : ………………………………………………………………………………………………………….
b. Sumbangan daripada sumber lain
: Ada Tiada
*Sila tandakan √ mana yang berkenaan
Sekiranya ada, nyatakan maklumat berikut :
Agensi/Swasta:
Peruntukan (RM): ……………………………………………….
…………………………………………………………
c. Bayaran daripada peserta (Jika Ada)

RM x Orang : Jumlah(RM)

13. a. Pernah/ tidak pernah menerima bantuan daripada JPPM.

YA TIDAK
Jika YA sila nyatakan tahun program dan jumlah yang pernah diterima Pertubuhan
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
b. Pernah/ tidak pernah menerima bantuan daripada agensi lain. (Contoh: JKM, KPKT)

YA TIDAK
Jika YA sila nyatakan tahun program dan jumlah yang pernah diterima Pertubuhan
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

14. Peruntukan kewangan yang dimohon pertubuhan adalah RM …………….....(maksimum RM 10,000)

Dengan ini saya mengaku bahawa maklumat pertubuhan yang diberikan dalam borang ini adalah benar, betul
dan lengkap. Sekiranya saya didapati memberikan maklumat tidak benar atau palsu, saya boleh disabitkan
kesalahan dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama
tempoh yang boleh sampai tiga (3) tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


17
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
SENARAI SEMAK DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN:

Sila tandakan √ bagi setiap perkara yang telah dilengkapkan seperti berikut:

(DITANDA OLEH)
BIL PERKARA
PERTUBUHAN JPPM

1. Borang permohonan MyICE secara atas talian


yang telah diisi dengan lengkap

2. Salinan penyata bank yang mempunyai nama


dan nombor akaun Pertubuhan (dimuat naik)

3. Kertas kerja yang telah diisi dengan lengkap


secara atas talian

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


18
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
LAMPIRAN C

FORMAT KERTAS KERJA


PERMOHONAN PERUNTUKAN
MALAYSIAN INCENTIVE COMMUNITY
EMPOWERMENT (MyICE)

KEPADA

PERTUBUHAN BERDAFTAR
DI BAWAH KATEGORI KEBAJIKAN, SOSIAL
KESELAMATAN DAN HAK ASASI

JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN


MALAYSIA

Perhatian:

Kertas kerja ini TIDAK BOLEH dijadikan sebagai asas kelulusan, hanya sebagai
CONTOH kepada pihak Pertubuhan dalam menghasilkan kertas kerja yang
menepati kehendak Urusetia Jawatankuasa Penilaian MyICE. Ianya tidak boleh
digunapakai untuk apa-apa tujuan selain peruntukan ini tanpa kebenaran secara
bertulis daripada pihak Urusetia.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


19
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
KANDUNGAN

BIL BUTIRAN MUKA SURAT

1 TAJUK

2 TUJUAN

3 LATAR BELAKANG
PERSETUJUAN AJK BAGI PELAKSANAAN
4
PROGRAM
5 OBJEKTIF

6 KOMPONEN PROGRAM

6.1 CADANGAN TARIKH

6.2 CADANGAN TEMPAT

6.3 KUMPULAN SASAR

6.4 BILANGAN PESERTA

6.5 BILANGAN PROGRAM

6.6 KAEDAH PELAKSANAAN

7 ANGGARAN PERBELANJAAN

8 FAEDAH / OUTCOME PROGRAM

9 KESIMPULAN

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


20
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
1. TAJUK
(a) Nyatakan tajuk kertas kerja yang ingin dilaksanakan.
(b) Hendaklah mengikut kategori yang telah ditetapkan.

2. TUJUAN
Nyatakan tujuan kertas kerja dihasilkan.

3. LATAR BELAKANG
Nyatakan pengenalan, hubung kait dan kepentingan program yang dicadang
untuk dilaksanakan dengan pihak Pertubuhan.

4. PERSETUJUAN AJK BAGI PELAKSANAAN PROGRAM


Nyatakan cadangan pelaksanaan program telah dipersetujui di dalam
mesyuarat pertubuhan.
Contoh:
( Nama Program ) telah dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa melalui
( Mesyuarat/ Perbincangan ) pada ( Tarikh )

5. OBJEKTIF
Jelaskan objektif-objektif program yang ingin dianjurkan.

6. KOMPONEN PROGRAM
6.1 CADANGAN TARIKH
Cadangan tarikh hendaklah dua (2) bulan selepas tarikh permohonan
ditutup. Ini bagi memastikan kertas kerja yang dihasilkan benar-benar
memenuhi spesifikasi dan keperluan yang telah ditetapkan.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


21
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
6.2 CADANGAN TEMPAT
(a) Cadangan tempat hendaklah bersesuaian dengan keperluan
kumpulan sasar serta dapat membantu mencapai objektif
pelaksanaan program. Ianya perlu mengambil kira lokasi pusat
kumpulan sasar dan bersesuaian.
Contoh Cadangan Tempat :
Dewan Orang Ramai/ Pusat Komuniti/ Institusi Pendidikan dan
lokasi yang bersesuaian.

6.3 KUMPULAN SASAR


Nyatakan secara khusus kumpulan sasar yang terlibat dengan program
ini.

6.4 BILANGAN PESERTA


(a) Nyatakan jumlah peserta yang terlibat.
Contoh:
Bilangan kumpulan sasar : 300 orang/ 1 program
Jumlah : 5 program
Jumlah keseluruhan (5 Program) :1,500 orang

6.5 BILANGAN PROGRAM


(a) Nyatakan bilangan program yang ingin dilaksanakan.
(b) Pihak Pertubuhan boleh menetapkan program secara bersiri jika
bersesuaian.

6.6 KAEDAH PELAKSANAAN


(a) Nyatakan kaedah pelaksanaan program yang dirancang untuk
dilaksanakan.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


22
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
(b) Ianya boleh dalam bentuk bengkel, ceramah, dialog, forum dan
lain-lain yang bersesuaian.
(c) Pihak pertubuhan tidak digalakkan untuk memohon program yang
mengambil jangka masa melebihi sebulan ke atas. Ini bagi
memastikan program yang dijalankan kelak memenuhi keperluan
dan mencapai objektif kumpulan sasar program.

7. ANGGARAN PERBELANJAAN
(a) Nyatakan secara terperinci anggaran perbelanjaan yang dimohon.
(b) PERHATIAN:
Peruntukan ini TIDAK BOLEH digunakan untuk tujuan pembelian aset
seperti telefon bimbit, komputer riba, server, perisian komputer dan
sebagainya. Ia hanya boleh digunakan untuk tujuan melaksanakan
program sahaja.
(c) Menyatakan sumber kewangan yang akan disediakan oleh:
i. Peruntukan Pertubuhan sendiri;
ii. Sumbangan kewangan daripada sumber lain (nyatakan agensi dan
jumlah peruntukan);
iii. Kutipan bayaran daripada peserta (jika ada); dan
iv. Peruntukan kewangan yang dimohon daripada JPPM.

8. FAEDAH/ OUTCOME PROGRAM


Jelaskan faedah/ outcome program yang akan diperolehi oleh peserta
daripada program yang dianjurkan.

9. KESIMPULAN
Jelaskan bagaimana pihak Pertubuhan dapat membantu dalam
menambahbaik perkhidmatan kepada kumpulan sasar melalui program-
program yang dilaksanakan.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


23
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN DAN PELAPORAN
PROGRAM/ AKTIVITI PERUNTUKAN
MALAYSIAN INCENTIVE COMMUNITY
EMPOWERMENT (MyICE)

KEPADA

PERTUBUHAN BERDAFTAR
DI BAWAH KATEGORI KEBAJIKAN, SOSIAL
KESELAMATAN DAN HAK ASASI

JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN


MALAYSIA

Perhatian:
Pelaksanaan program hanya boleh dilaksanakan setelah peruntukan
diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian MyICE JPPM.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


24
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
PELAKSANAAN PROGRAM

(a) Adalah menjadi tanggungjawab Pertubuhan untuk memaklumkan tarikh,


jadual (tentatif) pelaksanaan program, tempat dan nama program secara
bertulis kepada Pengarah JPPM Negeri sebelum pelaksanaan program
sebagai tujuan pemakluman dan rekod;

(b) Sekiranya Pertubuhan ingin menukar program yang telah diluluskan,


Pertubuhan perlu memaklumkan secara bertulis mengenai perubahan
program kepada Pengarah JPPM Negeri mengikut bidang program yang
ingin dijalankan dengan menggunakan peruntukan yang telah diluluskan;
dan

(c) Sentiasa mematuhi terma-terma yang disyaratkan di dalam Garis Panduan


Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/ Aktiviti Di Bawah
Peruntukan Bajet 2022 Bagi Malaysian Incentive Community Empowerment
(MyICE) kepada Pertubuhan Berdaftar Di Bawah Kategori Kebajikan, Sosial,
Keselamatan dan Hak Asasi yang ditetapkan oleh JPPM.

PEMANTAUAN/ PEMERHATIAN

(a) JPPM mempunyai hak memantau perkembangan dan perjalanan program


untuk memastikan Pertubuhan tidak menyalahgunakan peruntukan yang
disalurkan.

(b) JPPM berhak untuk meminta apa jua maklumat tambahan daripada pihak
Pertubuhan bagi tujuan permohonan peruntukan ini.

(c) Pada masa yang sama juga, JPPM boleh pada bila-bila masa mengadakan
pemeriksaan bernotis atau tanpa notis terhadap Pertubuhan.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


25
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

(a) Kerajaan atau wakil Kerajaan dari semasa ke semasa dibenarkan untuk
meminta pertubuhan memberikan Laporan Akhir, Laporan Kemajuan atau
Penyata Kewangan bagi memastikan program yang dijalankan itu tidak
bercanggah dengan polisi dan dasar Kerajaan. Adalah menjadi
tanggungjawab Pertubuhan untuk mengemukakan Laporan Pelaksanaan
Program kepada pihak JPPM Negeri setelah program selesai. Panduan
penyediaan Laporan Pelaksanaan Program adalah seperti Lampiran D.

(b) Setiap Pertubuhan dikehendaki untuk mengemukakan Laporan Pelaksanaan


Program dalam tempoh selewat-lewatnya 60 hari selepas program/
aktiviti tersebut dilaksanakan.

(c) Bagi program yang dijalankan secara bersiri/ berperingkat, Laporan


Kemajuan Pelaksanaan Program mengikut peringkat, tahap atau status
berserta dokumen sokongan perbelanjaan program berkenaan hendaklah
dikemukakan kepada pihak JPPM Negeri dalam tempoh 60 hari selepas
setiap siri program tersebut dilaksanakan.

(d) Pertubuhan yang tidak mengemukakan Laporan Pelaksanaan Program akan


dianggap gagal melaksanakan program. Pertubuhan akan disenarai hitam
dari menerima apa-apa Peruntukan di bawah JPPM pada masa akan datang
dan boleh dikenakan tindakan undang-undang selaras dengan peraturan
yang berkuatkuasa.

(e) Laporan Pelaksanaan Program perlu disediakan dalam Bahasa Melayu


beserta dokumen sokongan dan dikemukakan kepada JPPM Negeri secara
cetakan (hardcopy).

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


26
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE
LAMPIRAN D

TEMPLATE PENYEDIAAN LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

1. NAMA PERTUBUHAN
(a) Nama pertubuhan hendaklah seperti di dalam Sijil Pendaftaran
Pertubuhan.
(b) Nombor Pendaftaran Pertubuhan perlu dinyatakan.

2. TAHUN
Nyatakan tahun penerimaan peruntukan.

3. NAMA PROGRAM
Nyatakan nama program yang dijalankan oleh Pertubuhan
Contoh: Bengkel Menangani Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

4. TEMPAT DAN TARIKH PROGRAM


Nyatakan tempat dan tarikh sebenar program dijalankan oleh Pertubuhan.

5. BILANGAN PESERTA/ KUMPULAN SASAR


Nyatakan jumlah peserta dan kumpulan sasar yang terlibat.

6. JUMLAH PERUNTUKAN
Nyatakan jumlah peruntukan sebenar yang diterima Pertubuhan.

7. PERBELANJAAN SEBENAR BAGI SETIAP PROGRAM


Nyatakan jumlah perbelanjaan sebenar yang diterima Pertubuhan beserta
dokumen sokongan.

8. PROGRAM/ AKTIVITI
Nyatakan program/ aktiviti yang telah dijalankan Pertubuhan berserta
lampiran (contoh: gambar program dan lain-lain)

9. KESIMPULAN
Nyatakan hasil yang diperolehi daripada program yang dianjurkan
menggunakan peruntukan MyICE.

Garis Panduan Permohonan, Pelaksanaan Dan Pelaporan Program/


27
Aktiviti Di Bawah Peruntukan Bajet Tahun 2022 - MyICE

You might also like