Professional Documents
Culture Documents
Konsep Kebebasan Kehakiman Istiqlal Al Q
Konsep Kebebasan Kehakiman Istiqlal Al Q
Konsep Kebebasan Kehakiman Istiqlal Al Q
SYARIAT ISLAM
Abstrak
Kebebasan kehakiman atau dalam bahasa Arabnya dikenali sebagai istiqlal al-qada’
ialah kebebasan yang diberikan kepada para hakim melalui pengasingan kuasa
daripada badan eksekutif dan legislatif serta jauh daripada dipengaruhi oleh mana-
mana pihak yang boleh memesongkannya daripada kebenaran untuk menegakkan
keadilan. Islam telah datang kepada umatnya dengan membawa syariat yang lengkap
mencakupi segala aspek termasuklah sistem kehakiman. Malangnya, konsep ini
istiqlal al-qada’ ini tidak difahami dengan baik sehinggakan ia dieksploitasi untuk
kepentingan peribadi. Persoalan yang wujud di sini ialah apakah konsep istiqlal al-
qada’ yang terkandung dalam syariat Islam. Oleh sebab itu, artikel ini bertujuan
mengkaji dan menerangkan konsep istiqlal al-qada’ menurut syariat Islam. Kajian ini
merupakan kajian bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen
dalam mengumpul data. Data-data seterusnya diproses dengan menggunakan kaedah
deskriptif. Kajian ini mendapati bahawa konsep istiqlal al-qada’ ini sememangnya
disyariatkan dalam Islam melalui dalil al-Quran dan al-Sunnah dan mesti dilaksanakan
mengikut prinsip-prinsip pelaksanaannya yang tersusun.
PENGENALAN
Istiqlal al-qada’ adalah suatu istilah yang berasal daripada bahasa Arab yang
bermaksud kebebasan badan kehakiman. Ia merupakan syarat terpenting dan rukun
kepada institusi kehakiman dalam sesebuah negara bagi membicarakan dan
menjatuhkan hukuman kepada pesalah dan penjenayah dengan adil tanpa mengira
pangkat, kedudukan, jawatan, harta dan keturunan seseorang itu dalam masyarakat.
Keamanan dan kedaulatan sesebuah negara itu sangat berkait rapat dengan kebebasan
badan kehakiman ini sama ada ia ditadbir dengan baik dan bebas dari campur tangan
mana-mana pihak ataupun sebaliknya.
1
Pelajar sarjana tahun akhir di Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
2
Pensyarah kanan di Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
1
Oleh kerana istiqlal al-qada’ merupakan syarat terpenting dalam sesebuah
badan kehakiman, maka ia sebenarnya telah lama disyariatkan dalam Islam. Islam
sebagai agama yang syumul dan lengkap mencakupi segala aspek dan bidang
kehidupan pastinya juga adalah agama yang sangat menitik beratkan keadilan untuk
menjaga maslahat umatnya. Allah SWT sendiri telah berfirman dalam al-Quran
dengan banyak ayat yang berkaitan dengan kepentingan menjatuhkan hukuman
dengan adil dan saksama.
Wasit 1972: 759). Manakala perkataan al-qada’ ( )اﻟﻘﻀﺎءpula adalah perkataan Arab
yang didatangkan dengan tambahan huruf alif maqsurah di belakangnya, iaitu ﻗﻀﻰ
وﻗﻀﻴﺔ، ﻳﻘﺾ ﻳﻘﻀﻴﺎ وﻗﻀﺎء،ﻋﻠﻴﻪ yang membawa makna menghukum, memisahkan dan
Istiqlal al-qada’ (اﻟﻘﻀﺎء )اﺳﺘﻘﻼل tidak disebutkan secara jelas dalam mana-
mana kitab turath atau kitab empat mazhab. Walau bagaimanapun, pemahaman
kepada maksud istiqlal al-qada’ itu tetap ada dalam kitab-kitab tersebut cuma istilah
istiqlal al-qada’ itu sahaja yang tidak wujud. Takrif-takrif istiqlal al-qada’ ini lebih
banyak dibawakan dan dipopularkan oleh ulama’ kontemporari. Antara takrif istiqlal
al-qada’ itu ialah ‘Para hakim mestilah tidak terletak di bawah pengaruh pemerintah
atau individu tertentu yang mana boleh memesongkannya daripada mencapai
matlamat kehakiman yang tertinggi, iaitu menegakkan keadilan antara manusia dan
mengembalikan hak yang sepatutnya kepada pemilik hak’ (Abu Faris 1995: 189).
Takrif istiqlal al-qada’ yang diberikan oleh ulama’ lain pula ialah, ‘Badan
kehakiman hendaklah aman daripada campur tangan pihak lain di dalamnya, iaitu
2
kuasa badan legislatif (اﻟﺘﺸﺮﻳﻌﻴﺔ )ﺳﻠﻄﺔdan badan pelaksana atau badan eksekutif ( ﺳﻠﻄﺔ
( )اﻟﺘﻨﻔﻴﺬﻳﺔAbu Talib 1982: 45).
Istiqlal al-qada’ telah disyariatkan oleh Allah SWT sejak dahulu lagi, zaman berzaman
berkurun lamanya. Ia bukanlah suatu perkara yang baru dan juga bukan suatu prinsip
ciptaan manusia walaupun konsep ini dilihat seolah-olah datang dari Barat kerana
dibawakan oleh Aristotle, seorang ahli falsafah Yunani (Abu al-Basal 2000: 110).
Hakikat yang sebenarnya, konsep istiqlal al-qada’ ini telah terlebih dahulu termaktub
dalam ayat al-Quran dan hadis Nabi. Ini membuktikan bahawa istiqlal al-qada’ adalah
sebahagian daripada syariat Islam yang telah ditetapkan dan wajib dilaksanakan dalam
sesebuah badan kehakiman. Pensyariatan istiqlal al-qada’ itu adalah seperti berikut;
Allah SWT telah berfirman dalam banyak ayat al-Quran dan menyuruh hamba-Nya
agar melaksanakan qada’ dengan adil dan saksama serta bebas dari campur tangan
mana-mana pihak yang lain. Antara firman-Nya itu ialah;
3
Maksudnya:
Imam al-Qurtubi mentafsirkan hawa nafsu itu ialah setiap sesuatu yang
bercanggah dengan perintah Allah dan mesti dijauhi para hakim dalam mengadili
dan menjatuhkan hukuman (al-Qurtubi 1935: 189). Maka, hawa nafsu ini
termasuklah tunduk dan patuh kepada campur tangan pihak lain semata-mata
untuk menjaga ‘periuk nasi’ atau melindungi kepentingan golongan tertentu.
4
ﰲ ﻏﺰو ِة. َأنﱠ ﻗﺮﻳﺸًﺎ أﳘﱠﻬﻢ ﺷﺄ ُن اﳌﺮأ ِة اﳌﺨﺰوﻣﻴﱠﺔِ اﻟﱵ ﺳﺮﻗﺖ ﰲ ﻋﻬﺪِ اﻟﻨﱯِّ ﺻﻠﱠﻰ ﷲُ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﱠﻢ
وﻣﻦ ﳚﱰئُ ﻋﻠﻴﻪ إﻻ: ﻣﻦ ﻳُﻜﻠِّ ُﻢ ﻓﻴﻬﺎ رﺳﻮلَ ﷲِ ﺻﻠﱠﻰ ﷲُ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﱠﻢَ ؟ ﻓﻘﺎﻟﻮا: ﻓﻘﺎﻟﻮا. اﻟﻔﺘ ِﺢ
ِﺣﺐﱡ رﺳﻮلِ ﷲِ ﺻﻠﱠﻰ ﷲُ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﱠﻢَ ؟ ﻓﺄﺗﻰ ﺎ رﺳﻮلَ ﷲِ ﺻﻠﱠﻰ ﷲُ ﻋﻠﻴﻪ، أﺳﺎﻣ ُﺔ ﺑ ُﻦ زﻳ ٍﺪ
ُﻓﻘﺎل )أﺗﺸﻔﻊ.َ ﻓﺘﻠﻮﱠنَ وﺟﻪُ رﺳﻮلِ ﷲِ ﺻﻠﱠﻰ ﷲُ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﱠﻢ. ٍ ﻓﻜﻠﱠﻤﻪ ﻓﻴﻬﺎ أﺳﺎﻣ ُﺔ ﺑﻦُ زﻳﺪ. وﺳﻠﱠ َﻢ
رﺳﻮلَ ﷲِ ! ﻓﻠﻤﺎ ﻛﺎن اﻟﻌﺸﻲﱡ ﻗﺎم. اﺳﺘﻐﻔِﺮْ ﱄ: ُﷲ ؟( ﻓﻘﺎل ﻟﻪ أﺳﺎﻣﺔ ِ ﰲ ﺣ ٍﺪّ ﻣﻦ ﺣﺪو ِد
ﻓﺈﳕﺎ. ﰒ ﻗﺎل )أﻣﺎ ﺑﻌﺪ. ﻓﺄﺛﲎ ﻋﻠﻰ ﷲِ ﲟﺎ ﻫﻮ أﻫﻠُﻪ. ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﱠﻢَ ﻓﺎﺧﺘﻄﺐ
ُ ﷲ ﺻﻠﱠﻰِ رﺳﻮ ُل
وإذا ﺳﺮق ﻓﻴﻬﻢ. ﺗﺮﻛﻮﻩ، ُ أ ﻢ ﻛﺎﻧﻮا إذا ﺳﺮق ﻓﻴﻬﻢ اﻟﺸﺮﻳﻒ، أﻫﻠﻚ اﻟﺬﻳﻦ ﻣَﻦ ﻗﺒﻠﻜﻢ
واﻟﺬي ﻧﻔﺴﻲ ﺑﻴﺪﻩ! ﻟﻮ أن ﻓﺎﻃﻤﺔ ﺑﻨﺖ ﳏﻤﺪ ﺳﺮﻗﺖ، وإﱐ. أﻗﺎﻣﻮا ﻋﻠﻴﻪ اﳊﺪﱠ،ُاﻟﻀﻌﻴﻒ
. ﰒ أﻣﺮ ﺑﺘﻠﻚ اﳌﺮأة اﻟﱵ ﺳﺮﻗﺖ ﻓﻘﻄﻌﺖ ﻳﺪﻫﺎ.(ﻟﻘﻄﻌﺖ ﻳﺪﻫﺎ
Maksudnya:
Hadis ini membawa maksud bahawa Rasulullah SAW sendiri yang akan
memotong tangan anaknya, Fatimah, sekiranya didapati bersalah mencuri. Pendalilan
kepada hadis ini menunjukkan bahawa para hakim hendaklah berlaku adil dan tidak
mengira kedudukan dan darjat seseorang dalam menjatuhkan hukuman berdasarkan
perkataan nabi ( ﻟﻘﻄﻌﺖpasti akan memotong) yang didatangkan dengan huruf lam ()ل
5
penegasan (اﻟﺘﺄﻛﻴﺪ )ﻻم yang menunjukkan perbuatan memotong itu pasti akan
dilakukan (al-Rajihi 2004: 420). Ini jelas membuktikan bahawa istiqlal al-qada’ itu
telah diamalkan oleh Rasulullah SAW sebagai hakim dan ketua negara Madinah
ketika itu.
Selain itu, hadis ini juga mengingatkan tentang kemusnahan umat terdahulu yang
disebabkan oleh ketidakadilan yang berlaku dalam penghakiman bilamana hanya
golongan bawahan sahaja yang dikenakan hukuman. Sebaliknya golongan yang kaya
dan berkedudukan terlepas bebas dan dikecualikan daripada menerima hukuman
begitu sahaja.
Istiqlal al-qada’ yang disyariatkan dalam Islam ini adalah suatu sistem yang lengkap
dan tersusun rapi. Maka, pastinya istiqlal al-qada’ ini mempunyai prinsip-prinsip
pelaksanaannya yang tersendiri yang mana membezakannya daripada kebebasan
kehakiman (independent of judiciary) yang diamalkan oleh bukan Islam. Oleh sebab
itu, prinsip-prinsip ini perlulah difahami dengan baik bermula dari fokus utama dalam
istiqlal al-qada’, kriteria pelaksanaannya, jaminan dan sokongan terhadapnya.
Istiqlal al-qada’ bukanlah suatu perkara yang mudah dan senang untuk dicapai tanpa
disusuli dengan usaha yang sungguh-sungguh. Walau bagaimanapun, ia dapat dicapai
dengan jayanya sekiranya tiga fokus utama terhadap beberapa perkara diberikan
tumpuan. Fokus tersebut ialah:
Maksud tidak berpihak kepada mana-mana ialah badan kehakiman mestilah menjadi
satu badan yang bebas daripada berpihak kepada mana-mana, sekalipun badan
eksekutif mahupun legislatif. Ini kerana dengan kebebasan badan kehakiman daripada
cenderung kepada mana-mana pihak, membolehkan para hakim memutuskan sesuatu
kes dan menjatuhkan hukuman tanpa campur tangan pihak lain (al-Zuhayli 1982: 168).
6
Seterusnya keadilan dapat ditegakkan oleh para hakim dengan sebaik-baiknya. Allah
SWT mengingatkan dalam al-Quran tentang kepentingan berlaku adil dan tidak
berpihak kepada mana-mana walaupun terhadap diri sendiri mahupun keluarga sendiri
seperti mana dalam firman-Nya:
Maksudnya;
7
meletakkan bahawa beberapa syarat yang perlu ada dalam pemilihan hakim. Syarat-
syarat tersebut ialah seseorang hakim hendaklah terdiri daripada orang Islam yang
sudah baligh, berakal, merdeheka, lelaki, tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak
melazimi dosa-dosa kecil serta mampu berijtihad dan sempurna pancaindera (al-
Nawawi 2000: 82-85). Selain itu, seseorang hakim juga perlu memiliki sifat-sifat
mahmudah seperti zuhud dan tidak tamak dengan habuan dunia agar tanggungjawab
berat untuk menegakkan keadilan ini dapat digalas dengan sebaik-baiknya (Zaydan
2009: 28).
iii. Kebebasan dalam berfikir dan berijtihad (واﻻﺟﺘﻬﺎد ( )ﺣﺮﻳﺔ اﻟﻔﻜﺮAbu Faris 1995:
191).
Kebebasan ini bermakna para hakim itu mestilah tidak disekat dalam berfikir dan
berijtihad untuk mengadili sesuatu kes. Badan eksekutif dan legislatif juga sama sekali
tidak boleh mempengaruhi pemikiran para hakim dalam berijtihad untuk memutuskan
kes agar berpihak kepadanya. Walau bagaimanapun, ruang kebebasan ini tidaklah
bersifat mutlak, tetapi ia perlulah dipandu oleh syariat (al-Rawahanah 2006: 7-8).
Ijtihad para hakim pula tidak boleh bercanggah dengan hukum yang telah termaktub
dalam al-Quran dan al-Sunnah (cAbd al-cAziz 1994: 22-23).
8
kebebasan kehakiman (independent of judiciary) yang lain. Terdapat tujuh kriteria
pelaksanaan istiqlal al-qada’ yang digariskan di sini, iaitu:
ii. Rujukan kehakiman (أﺣﻜﺎﻣﻪ ( )اﳌﺼﺎدر اﻟﱵ ﻳﺴﺘﺴﻘﻲ ﻣﻨﻬﺎ اﻟﻘﺎﺿﻲAbu Zaid 1997:
45).
Adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan para hakim untuk melakukan rujukan
sebelum memutuskan sesuatu kes dan menjatuhkan hukuman. Oleh sebab itu,
seseorang hakim itu hendaklah membuat rujukan kehakiman berdasarkan turutan yang
betul dan bertepatan dengan syariat. Ia bermula dengan rujukan kepada al-Quran
terlebih dahulu, kemudian sekiranya tidak dinyatakan di dalamnya, diikuti dengan
rujukan kepada al-Sunnah. Al-Quran dan al-Sunnah itu pula mestilah ditafsirkan
maknanya dan diistinbatkan hukumnya oleh para fuqaha’ dan ulama’ yang muktabar
agar makna sebenarnya tidak terpesong. Sekiranya hukum bagi sesuatu kes itu tidak
terdapat dalam dua sumber primer tersebut, para hakim dikehendaki merujuk pula
terhadap keputusan ijmak dan hukum qias yang telah disepakati oleh para ulama’.
Kemudian, sekiranya hukum sesuatu kes itu tidak terkandung dalam sumber primer
dan sekunder sepertimana yang telah ditetapkan oleh syarak, barulah dibenarkan
9
untuk para hakim berijtihad dan merujuk kepada undang-undang (Abu al-Basal 2000:
108).
Turutan rujukan kehakiman yang sahih ini pernah diajarkan oleh Rasulullah
SAW dalam satu hadis iaitu:
أنﱠ رﺳﻮ َل ﷲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﳌﺎ أراد أن ﻳﺒﻌﺚ ﻣﻌﺎذا إﱃ اﻟﻴﻤﻦ ﻗﺎل ﻛﻴﻒ ﺗﻘﻀﻲ إذا
ِ ﻋﺮض ﻟﻚ ﻗﻀﺎء ﻗﺎل أﻗﻀﻲ ﺑﻜﺘﺎب ﷲ ﻗﺎل ﻓﺈن ﱂ ﲡﺪ ﰲ ﻛﺘﺎب ﷲ ﻗﺎل ﻓﺒﺴﻨﺔ رﺳﻮل
ﷲ
ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻗﺎل ﻓﺈن ﱂ ﲡﺪ ﰲ ﺳﻨﺔ رﺳﻮل ﷲِ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ وﻻ ﰲ ﻛﺘﺎب ﷲ
ﻗﺎل أﺟﺘﻬﺪ رأﻳﻲ وﻻ آﻟﻮ ﻓﻀﺮب رﺳﻮل ﷲِ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﺻﺪرﻩ وﻗﺎل اﳊﻤﺪ اﻟﺬي
ِﷲ ﳌﺎ ﻳﺮﺿﻲ رﺳﻮل ﷲ
ِ وﻓﻖ رﺳﻮل رﺳﻮل
Maksudnya:
Rasulullah SAW telah bertanya kepada Muaz bin Jabal ketika ingin
mengutuskannya ke negara Yaman: “Bagaimanakah kamu akan menghakimi
sekiranya dikemukakan kepada kamu sesuatu kes?” Maka, Muaz menjawab:
“Saya akan menghakiminya berdasarkan hukum yang terdapat dalam kitab
Allah (al-Quran)” Rasulullah bertanya lagi: “Sekiranya tidak terdapat dalam
kitab Allah?” Maka, Muaz menjawab: “Saya akan menghakimi berdasarkan
apa yang terdapat dalam al-Sunnah” Rasulullah bertanya lagi: “Sekiranya tidak
terdapat dalam al-Sunnah dan juga kitab Allah?” Lalu Muaz menjawab: “Saya
akan berijtihad dengan pandangan sendiri”. Lantas Rasulullah SAW menepuk
dada Muaz (tanda berpuas hati) dan bersabda: “Segala puji bagi Allah yang
memberi petunjuk kepada Rasulullah (dan mengajar kamu) dengan apa yang
Rasulullah redha.” (Abi Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Aqdiyyah, Bab
ijtihad al-ra’yu fi al-qada’, hadis no. 3592)
10
iii. Kebajikan para hakim (ﻢ ﻣﲔ اﻟﻘﻀﺎة ﻋﻠﻰ ﻣﻘﻮﻣﺎت ﺣﻴﺎ ) (Abu Zayd 1997:
85).
Ia bermaksud pemerintah hendaklah meluaskan pendapatan para hakim dengan
memberikan gaji yang melebihi dari kecukupan dan keperluan hakim tersebut di
samping menyediakan tempat tinggal yang selesa. Perkara ini amat penting dalam
memastikan para hakim memiliki sumber kewangan yang kukuh dan jaminan
kehidupan yang baik supaya mereka tidak terpengaruh dengan rasuah dan habuan
keduniaan yang cuba disogokkan oleh pihak tertentu yang ingin mempengaruhi
keputusan hakim agar memihak kepadanya (Abu al-Aynayn 1983: 45). Sesungguhnya
Rasulullah SAW pernah bersabda tentang perkara ini sepertimana yang terdapat dalam
hadis:
Maksudnya:
11
yang tidak dapat dielakkan seperti dewan yang telah penuh atau untuk mengelakkan
berlakunya pergaduhan antara penyokong-penyokong pihak defendan dengan plaintif
(Abu Zaid 1984: 24). Dengan prinsip perbicaraan terbuka ini, ia dapat menjamin dan
memastikan tiada sebarang campur tangan dan keraguan yang timbul sepanjang
prosiding berjalan. Ini kerana orang ramai dapat mengikuti sesuatu kes dengan telus
secara terbuka.
Rasulullah SAW dan para Khulafa al-Rasyidin telah mengamalkan prinsip ini
dengan mengadakan prosiding perbicaraan di masjid yang merupakan suatu tempat
umum dan terbuka serta boleh dihadiri oleh orang ramai (Khan 2001: 234-235). Ini
membuktikan bahawa di dalam syariat Islam, prosiding perbicaraan tertutup tidak
dibenarkan kerana ia boleh menimbulkan keraguan dan mengundang campur tangan
pihak lain.
12
kepada pelbagai kemungkinan buruk terjadi seperti rasuah, saksi yang menghilangkan
diri dan campur tangan pihak tertentu. Maka, sekiranya ini semua terjadi, pastilah
keadilan tidak dapat dicapai dan menyebabkan golongan tertindas terus teraniaya.
Maksudnya:
Sesebuah masyarakat itu tidak akan mulia selagi mana golongan yang berkuasa
tidak menunaikan hak-hak mereka terhadap golongan yang lemah. (Ibn Balban,
1997, Sahih Ibn Hibban bi Tartib Ibn Balban, Kitab al-qada’, Bab zikru al-
amru li al-marcian ya’khuz li al-dayf min al-qawwi idhaqadara ‘ala zalik, hadis
no. 50590).
vii. Pengiktirafan hak asasi manusia (واﳌﺘﻬﻢ اﻗﺮار ﺣﻘﻮق اﻻﻧﺴﺎن ) (al-Hamid 2004:
13-14).
Pengiktirafan ini membawa maksud setiap hak-hak individu diakui dan diberikan
secara adil dan saksama tanpa mengenal pangkat dan kedudukan seseorang itu dalam
masyarakat. Ini juga bermakna sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan dengan
mengambil hak orang lain akan diheret ke muka pengadilan (al-Rawahanah 2007:
177). Pengiktirafan ini begitu juga terhadap hak-hak pihak plaintif yang tertuduh
untuk membela dan mempertahankan dirinya dalam prosiding perbicaraan (al-Bikir
2006: 279).
13
viii. Asas undang-undang yang jelas (( ) وﺿﻮح اﻻﺳﺎس اﻟﻘﺎﻧﻮﱐal-H amid 2004: 93-
94).
Para hakim mestilah mengetahui dengan jelas tentang undang-undang negaranya yang
menjadi sumber rujukan kedua dalam kehakiman. Pengetahuan tentang asas
perundangan di kalangan para hakim di dalam sesuatu negara perlulah seragam. Tiada
hakim yang boleh menjatuhkan hukuman yang berbeza terhadap satu kes yang sama
kerana undang-undang yang diguna pakai adalah sama (Abu al-Basal 2000: 425).
Perkara ini dapat mengelakkan campur tangan pihak lain yang cuba untuk
memesongkan kebenaran dan mengelakkan daripada hukuman dengan membawa kes
tersebut kepada hakim yang lain pula.
Kriteria pelaksanaan istiqlal al-qada’ tidak cukup dengan perbincangan tentang ciri-
cirinya, tetapi ia dilengkapkan lagi dengan jaminan-jaminan yang mesti ada
terhadapnya dalam memastikan pelaksanaan istiqlal al-qada’. Terdapat empat jaminan
dalam pelaksanaan istiqlal al-qada’, iaitu:
Badan kehakiman mestilah berada di bawah suatu Majlis Hakim yang mana ia terdiri
daripada sebilangan hakim yang pakar dan berpengalaman dalam bidang kehakiman.
Tugas dan tanggungjawab Majlis Hakim ini ialah menguruskan segala hal ehwal para
hakim bermula daripada tugas untuk melantik hakim mahkamah negeri dan
persekutuan sehinggalah kepada urusan tindakan tatatertib terhadap hakim yang
disabitkan melakukan kesalahan. Selain itu, Majlis Hakim juga berperanan besar
untuk menjaga dan memastikan kebebasan badan kehakiman daripada campur tangan
mana-mana pihak terutama daripada badan eksekutif dan badan legislatif (Hashim
1988: 64).
ii. Jaminan pelantikan hakim (اﻟﺘﻌﻴﲔ ( )ﺿﻤﺎ تAbu Talib 1995: 208)
14
Para hakim sebaik-baiknya hendaklah dipilih dan dilantik oleh ketua negara
sepertimana yang berlaku pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin (cAbd al-Muncim 1973:
57-59). Ini adalah untuk memastikan hanya mereka yang mempunyai kriteria dan
berkelayakan sahaja yang memegang jawatan hakim. Urusan pelantikan hakim ini
lebih diutamakan daripada jawatan hakim yang diminta-minta sepertimana dalam
hadis:
ﻣﻦ ﻃﻠﺐ اﻟﻘﻀﺎء واﺳﺘﻌﺎن ﻋﻠﻴﻪ وﻛﻞ إﻟﻴﻪ وﻣﻦ ﱂ ﻳﻄﻠﺒﻪ وﱂ ﻳﺴﺘﻌﻦ ﻋﻠﻴﻪ أﻧﺰل ﷲ ﻣﻠﻜﺎ ﻳﺴﺪدﻩ
Maksudnya:
iii. Jaminan kedudukan hakim (اﻟﻘﻀﺎة ( )ﺿﻤﺎ ت ﺗﺜﺒﻴﺖAbu Faris 1995: 212).
Seseorang hakim itu perlu diberi jaminan dari segi ketetapan jawatannya dan sudut
pendapatannya (Abu al-Aynayn 1983: 46). Ini bagi mengelakkan ancaman daripada
pihak tertentu terutama badan eksekutif terhadap hakim dalam bentuk ugutan
pemecatan jawatan atau pertukaran tempat atau pengurangan gaji sewenang-
wenangnya tanpa sebab yang munasabah (Hashim 1988: 63). Ancaman sebegini ini
boleh berlaku sekiranya ada pihak cuba mempengaruhi keputusan hakim atau
disebabkan tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dikeluarkan hakim.
15
Penghormatan terhadap mahkamah adalah dengan tidak mempersoalkan dan
mempertanggungjawabkan hakim atas keputusan atau hukuman yang telah
dikeluarkan olehnya setelah sesuatu kes tamat dibicarakan. Seseorang hakim juga
tidak boleh untuk menarik kembali keputusan dan hukuman yang telah dikeluarkan
(al-Aynayn 1983: 48). Ini bertujuan bagi menjaga kepercayaan dan rasa hormat
masyarakat terhadap institusi kehakiman, di samping memelihara status dan maruah
seseorang hakim yang telah menghakimi sesuatu kes dengan sebaik-baiknya.
Sokongan ini merupakan faktor yang tidak kurang penting kerana dengan wujudnya
sokongan-sokongan inilah yang akan melancarkan lagi pelaksanaan istiqlal al-qada’.
Terdapat tiga sokongan penting yang perlu ada dalam pelaksanaan istiqlal al-qada’,
iaitu:
Ia bermaksud satu akta dan undang-undang dalam perlembagaan perlu digubal yang
menyebut dengan jelas tentang perkara pengasingan kuasa kehakiman daripada badan
legislatif dan badan eksekutif.Ini bermakna sesiapa sahaja tidak boleh untuk campur
16
tangan dan mempengaruhi para hakim dalam memutuskan sesuatu kes dan
menjatuhkan hukuman (Muhammad cAbd al-Rahman 2006: 619). Maka, dengan
adanya akta dan rang undang-undang yang jelas tentang perkara berhubung dengan
istiqlal al-qada’ ini, ia dapat menyokong dan membantu badan kehakiman untuk
bergerak bebas dengan lebih lancar lagi. Ini disebabkan perlembagaan merupakan asas
dan dasar undang-undang yang menjadi rujukan dalam pemerintahan sesebuah negara.
iii. Perlindungan melalui sokongan masyarakat (اﻟﺸﻌﺒﻴﺔ )اﳊﻤﺎﻳﺔ (Abu Faris, 1995:
202-204).
KESIMPULAN
17
Kesimpulannya ialah konsep istiqlal al-qada’ ini jelas terkandung dalam syariat Islam
bersumberkan kepada dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah dan mesti
dilaksanakan berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang digariskan ulama’. Prinsip
pelaksanaan istiqlal al-qada’ itu merangkumi beberapa fokus utama, kriteria, jaminan
dan bentuk sokongan yang perlu diberi perhatian khusus bagi melancarkan lagi usaha
pengamalan konsep istiqlal al-qada’ dalam sistem kehakiman.
RUJUKAN
al-Quran al-Karim.
c
Abd al-cAziz, cUmar. 1994/1414H. Sharah Adab al-Qadi. Bayrut: Dar al-Kutub al-
c
Ilmiyyah.
c
Abd al-Hamid, Muhammad Hamad. 2006. al-Madkhal ila al-Fiqh al-Islami wa Usulih.
c
Amman: Jamciyyah Umm al al-Matabicun al-Ta’wuniyyah.
c
Abd al-Rahman, Fadil cAbd al-Wahid. 2004. Usul al-Fiqh. cAmman: Dar al-Masirah.
Abi Daud. 2009. Sunan Abi Daud. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
Abu al-Basal, cAbd al-Nasir Musa. 2000. Nazariyyah al-Hukum al-Qada’i fi al-
Sharicah wa al-Qanun. Jordan: Dar al-Nafa’is.
Abu Faris, Muhammad cAbd al-Qadir. 1995. al-Qada’ fi al-Islam. Cetakan keempat.
c
Amman: Dar al-Furqan.
c
Abd al-Muncim, Fu’ad. 1973. Hukm al-Islam fi Qada’ Shacbi. Iskandariyyah: t.pt.
Abu Talib, Hamid Muhammad. 1982. Tanzim al-Qada’i al-Islami. Cetakan pertama.
Misr: Matbacah al-Sacadah.
Abu Zayd, Rushda Shahatah. 1997. Incizal wa Azl al-Qadi. al-Qahirah: Dar al-Masir.
18
Khan, Siddiq Hassan. 2001. Zhufur al-ladhi bi ma yajib fi al-Qada’ cala al-Qadi.
Bayrut: Dar Ibn Hazim.
Muslim. 2007. Sahih Muslim. Jil. 11. Cetakan ke -14. Bayrut: Dar al-Macrifah.
al-Nawawi, Abi Zakariyya Yahya bin Sharaf. 2000/1421H. Rawdat al-Talibin. Jil 8.
Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
al-Qurtubi, Abi cAbd Allah bin Muhammad al-Ansari. 1935. al-Jamic li Ahkam al-
Qur’an. Jil. 15. Cetakan kedua. al-Qahirah: Dar al-kutub al-Misriah
al-Shawkani, Muhammad cAli Muhammad. 1991. Fath al-Qadir. Jil. 4. Dimashq: Dar
al-Khayr.
Zaydan, cAbd al-Karim. 2009. Nizam Qada’ fi Sharicah Islamiyyah. Cetakan ketiga.
Dimashq: Mu’assasah al-Risalah al-Nasyirun.
al-Zuhayli, Wahbah. 2008. Usul al-Fiqh al-Islami. Jil. 1. Dimashq: Dar al-Fikr.
19