Panduan - Majikan - Dan - Tatacara - Latihan - Praktikal - FSPPP - Oktober - 2021

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

HEAA/FSPPPKedah/ LP-PM-01-6(Pind.

2015)

Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi


UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani
08400 Merbok, Kedah.
ADS667: LATIHAN PRAKTIK
Tel : 04-4562485 Faks : 04-4562234
http://www.kedah.uitm.edu.my

PANDUAN MAJIKAN (KAEDAH DAN TATACARA LATIHAN PRAKTIK)

1. TEMPOH LATIHAN PRAKTIK

1.1 Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (AM228), Fakulti Sains Pentadbiran dan
Pengajian Polisi diwajibkan menjalani latihan praktik selama 12 MINGGU (berturut-
berturut).

2. PENGESAHAN MELAPOR DIRI (HARI PERTAMA)

2.1 Apabila pelajar melapor diri untuk menjalani latihan praktik pada hari pertama, pihak
Fakulti memohon kerjasama pihak majikan untuk mengisi Borang Pengesahan
Kehadiran Pelajar dan menghantarkannya melalui faksimili kepada Fakulti untuk tindakan
pihak kami seterusnya.

2.2 Pengesahan melapor diri bertujuan memastikan pelajar sebenarnya telah mematuhi
arahan dan hadir mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Fakulti.

3. KEHADIRAN PELAJAR

3.1 Pelajar TIDAK DIBENARKAN memula atau menamatkan latihan lebih awal dari tarikh
yang telah ditetapkan.

3.2 Pelajar WAJIB HADIR ke tempat latihan pada setiap hari bekerja mengikut waktu kerja
majikan.

3.3 Pelajar WAJIB menjalani latihan selama 12 minggu. Dalam hal ini pihak Fakulti
memohon kerjasama dan sokongan pihak majikan untuk memantau dan melapor
ketidakhadiran pelajar (sekiranya berlaku) kepada pihak Fakulti (Penyelaras Latihan
Praktik) dengan kadar segera.

3.4 Pelajar dibenarkan tidak hadir atas sebab tertentu sahaja seperti sakit atau kes-kes
kecemasan.

3.5 Pelajar perlu mengemukakan sijil cuti sakit (klinik atau hospital kerajaan sahaja)
sebagai bukti sekiranya tidak dapat hadir kerana sakit.

Source of ref: FSPPP UiTM Shah Alam


Updated by: Penyelaras LP, FSPPP, Cawangan Kedah
Last update: March, 2019 (Penyelaras Praktikal) Page 1
HEAA/FSPPPKedah/ LP-PM-01-6(Pind.2015)

3.6 Pelajar perlu mohon pelepasan dan pengesahan daripada pihak majikan terlebih dahulu
sekiranya tidak dapat hadir atas sebab kecemasan (seperti kemalangan).

3.7 Ketidakhadiran atas sebab-sebab lain adalah tidak dibenarkan / perlu mendapat
kelulusan daripada pihak Fakulti terlebih dahulu.

4. PENILAIAN LATIHAN

4.1 Pihak Fakulti memohon agar pihak majikan menilai kemajuan dan pencapaian pelajar
dengan mengisi Borang Penilaian (Host Supervisor Evaluation Form) sejurus selepas
pelajar tamat menjalani latihan.

4.3 Borang penilaian (kosong) berkenaan beserta sampul surat akan diserahkan oleh
pelajar kepada pihak majikan pada hari mereka melapor diri.

4.4 Pihak Fakulti mohon agar Borang penilaian yang telah lengkap diisi dikembalikan
kepada pihak Fakulti dalam tempoh SATU (1) minggu selepas latihan praktik tamat atau
diserahkan kepada pelajar pada hari latihan terakhir atau emel kepada penyelaras
praktikal Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Cawangan Kedah.

5. PENGETAHUAN ASAS PELAJAR

5.1 Pelajar yang akan menjalani latihan praktik adalah pelajar tahun akhir. Mereka telah
mempelajari banyak kursus asas pelbagai bidang termasuklah perakaunan, statistik,
undang-undang, sains politik, pengurusan awam dan lain-lain.

Source of ref: FSPPP UiTM Shah Alam


Updated by: Penyelaras LP, FSPPP, Cawangan Kedah
Last update: March, 2019 (Penyelaras Praktikal) Page 2

You might also like