Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

KEMENTERIAN KEBAJIKAN, KESEJAHTERAAN KOMUNITI,

WANITA, KELUARGA DAN PEMBANGUNAN KANAK-KANAK


(KWKPK)

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)


GERAN TAHUNAN KHAS (GTK)
INSTITUSI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (IPAKK)
SARAWAK

Disediakan oleh:
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak,
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita,
Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak

1
1.0 LATAR BELAKANG

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak komited dalam memastikan


pembangunan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti di negeri
Sarawak. Susulan daripada itu, bermula tahun 2019, Kerajaan Negeri Sarawak
telah meluluskan pemberian Geran Tahunan Khas sebanyak RM5,000 secara
one-off kepada setiap lnstitusi Pendidikan Awal Kanak-kanak (IPAKK) yang
berdaftar di Sarawak. Bagi meneruskan hasrat pembangunan dan pendidikan
awal kanak-kanak yang lebih berkualiti di Sarawak, GTK telah diteruskan dengan
peruntukan keseluruhan sebanyak RM16 juta bagi tahun 2021.

2.0 TUJUAN GERAN

Menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti bermula daripada


TASKA dan TADIKA berfokuskan kepada:

2.1 Pemakanan sihat dan seimbang;


2.2 Fun learning dan pendigitalan asuhan dan bimbingan kanak-kanak;
2.3 Program profesionalisme pendidik dan pengasuh;
2.4 Aktiviti yang melibatkan ibu bapa;
2.5 Membantu membayar sewa dan gaji pekerja semasa pandemik Covid-19;
2.6 Membantu pembelian peralatan atau pengurusan kerja-kerja sanitasi
IPAKK;
2.7 Kerja-kerja pembaikan kecil; dan
2.8 Pembelian perabot dan peralatan elektrik.

3.0 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN INSTITUSI

3.1 Institusi Pendidikan Awal Kanak-kanak (IPAKK) berdaftar di bawah


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (Seksyen 20, Akta Pendidikan 1996),
Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (Akta TASKA 1984), Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional (JPNIN), Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam
Sarawak, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pusat Asuhan Tunas
Islam (PASTI) adalah layak memohon GTK;

3.2 IPAKK yang layak juga hendaklah masih beroperasi, lesen pendaftaran /
pendaftaran dengan badan induk masih belum tamat tempoh dan
mempunyai kanak-kanak berdaftar; dan

3.3 IPAKK wajib mempunyai akaun bank institusi yang masih aktif dan bukan
akaun persendirian.

2
3.4 IPAKK yang meggunakan akaun syarikat diwajibkan mengemukakan
surat rasmi sokongan/makluman untuk menggunakan akaun tersebut.

3.5 Permohonan hendaklah dikemukakan secara online.

4.0 KELULUSAN DAN PENYALURAN GERAN KE INSTITUSI GERAN

4.1 Peruntukan geran akan disalurkan terus ke akaun bank IPAKK rasmi
seperti dalam borang permohonan.

4.2 Geran yang diperuntukkan adalah berdasarkan institusi dan bukan


berdasarkan bilangan kelas atau murid sesebuah institusi.

4.3 Setiap IPAKK wajib menggunakan akaun bank IPAKK rasmi atau akaun
bank yang didaftarkan bagi lesen perniagaan IPAKK tersebut.

4.4 Akaun bank persendirian/peribadi tidak diterima bagi penyaluran GTK.

5.0 PELAPORAN

5.1 Laporan Penggunaan dibuat oleh IPAKK mengikut format


GTK4/VER.2/2022. Semua laporan hendaklah dihantar kepada Urus
Setia Geran Tahunan Khas (GTK) selewat-lewatnya pada 30 September
2022 secara online.
5.2 Sekiranya IPAKK lewat menghantar laporan maka IPAKK perlu
menyediakan sebab/justifikasi secara bertulis dan rasmi kepada pihak
Kementerian.

6.0 PENYIMPANAN REKOD PENGGUNAAN GERAN

6.1 Semua rekod termasuk salinan transaksi akaun dan bukti perbelanjaan
peruntukan GTK hendaklah disimpan oleh setiap IPAKK untuk tujuan
semakan pada bila-bila masa.

6.2 KWKPK akan membuat pemantauan ke IPAKK dari semasa ke semasa.

3
7.0 CARTA ALIR PERMOHONAN GTK

8.1 Standard Operating Procedure (SOP) bagi Pengurusan dan Pembayaran


GTK IPAKK adalah seperti Lampiran 1 dan 2.

8.0 PERTANYAAN

Jika terdapat pertanyaan mengenai GTK, sila hubungi Urus Setia GTK melalui:

8.1 Talian 082-443729 (Beroperasi mengikut waktu pejabat); atau


8.2 E-mel: gtk2021kwkpk@gmail.com

Tarikh Kemaskini: 30 November 2021

Tarikh Berkuatkuasa: 1 Disember 2021

4
LAMPIRAN 1

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)


PENGURUSAN DAN PEMBAYARAN GERAN TAHUNAN KHAS (GTK)
INSTITUSI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (IPAKK)

MULA

IPAKK membuat permohonan secara Online terus kepada


KWKPK

Rujuk
IPAKK
Semakan
Tidak Lengkap / Dokumen
Tidak Lengkap
Layak, lengkap dan tiada
pertindihan
Rujuk
IPAKK
Kelulusan
Tidak Lulus
Lulus dan mencetak dokumen
pembayaran

KWKPK membuat pembayaran terus kepada akaun rasmi


IPAKK mengikut Batch

Tidak Berjaya. Maklum Rujuk SOP


kepada IPAKK Pembayaran
Pembayaran Balik Dana
Queri daripada Jabatan Pembayaran
(Lampiran 2)
Perbendaharaan Negeri pertindihan. Maklum
Sarawak Berjaya kepada IPAKK

IPAKK menghantar laporan penggunaan GTK kepada KWKPK


selewat-lewatnya pada 30 September 2022

KWKPK menyemak laporan penggunaan termasuk salinan


transaksi dan bukti perbelanjaan yang dikemukakan oleh IPAKK

Rujuk
IPAKK
Semakan
Tidak Lengkap

Lengkap

TAMAT
5
LAMPIRAN 2

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)


PEMBAYARAN BALIK DANA GERAN TAHUNAN KHAS INSTITUSI
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAK

MULA

KWKPK mengenal pasti terdapat IPAKK menerima pembayaran lebih


daripada satu (1) kali atau IPAKK telah memaklum kepada KWKPK
terdapat pembayaran lebih daripada satu (1) kali dibuat.

IPAKK membuat pembayaran balik terus ke Akaun Kerajaan Negeri


Sarawak atau di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak

KWKPK menerima bukti pembayaran dari IPAKK dan menghantar


memorandum rasmi ke Jabatan Perbendaharaan Bahagian Kuching
untuk mengeluarkan resit rasmi T.69.

Dana GTK tersebut akan dikreditkan ke akaun hasil Kerajaan.

TAMAT

You might also like