PLC Video Kritik Syadia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KRITIKAN VIDEO SESI PENGAJARAN

(VIDEO CRITIQUES OF TEACHING MOMENTS)

Pengenalan

Kritikan video sesi pengajaran bermaksud sekumpulan Pakar Rujuk/Guru Cemerlang


dan Panitia membuat analisis rakaman video berkaitan PdP terhadap seorang guru.
Berdasarkan video yang dirakam, mereka akan memberi pendapat atau kritikan untuk
membantu guru tersebut dalam meningkatkan kualiti PdP mereka dengan memberi
idea-idea atau kritikan yang membina.

Definisi kritik dalam konteks Komuniti PLC

Menggunakan rakaman video sesuatu PdP untuk membuat analisis dan memberi idea,
pendapat, pandangan dan makluman dengan tujuan meningkatkan kefahaman guru
atau membantu ahli panitia dalam PdP.

Objektif Kritikan Video

Terdapat 3 objektif utama dalam pelaksanaan kritikan video sesi pengajaran iaitu :-

1 Menjana pemikiran ke arah penilaian kendiri.

2 Menyemai amalan dialog berkaitan dengan PdP dalam bilik darjah melalui
analisis yang tepat.

3 Mengenal pasti ruang untuk meningkatkan perkembangan profesional guru.


Langkah-langkah Pelaksanaan Kritikan Video

Terdapat 3 langkah dalam pelaksanaan kritikan video sesi pengajaran adalah seperti :-

LANGKAH 1

Guru membuat persediaan rapi


sebelum pelaksanaan rakaman video.
Persediaan ini merangkumi rancangan
PdP yang baik serta teratur, bahan
bantu belajar (BBB) dan perakam
video. Guru perlu memastikan kelas
yang sesuai untuk pelaksanaan PdP.

LANGKAH 2

Rakaman PdP dilaksanakan di dalam bilik darjah.


Sebelum rakaman itu dijalankan, guru perlu
memastikan bahawa keadaan bilik tidak terlalu
bising kerana akan mengganggu rakaman video.
Keadaan bilik tidak terlalu terang dan tidak terlalu
gelap bagi menjamin kualiti rakaman video. Guru
perlu memastikan bahawa rakaman video
hendaklah berfokus kepada pembelajaran murid
dan bukan kepada pengajaran guru.LANGKAH 3

Kritikan video sesi pengajaran bermaksud video rakaman akan diserahkan kepada
Pakar Rujuk/Guru Cemerlang/Panitia untuk dianalisis bagi meningkatkan
profesionalisme dan kualiti pengajaran guru. Seterusnya guru boleh membuat
penambahbaikan dalam PdP yang akan datang.

SOALAN REFLEKSI KENDIRI YANG BOLEH DIGUNA PAKAI SEMASA


PELAKSANAAN KRITIKAN VIDEO SESI PENGAJARAN

Contoh-contoh soalan yang boleh diguna pakai semasa pelaksanaan kritikan video sesi
pengajaran antaranya ialah :-

1 Apakah maklum balas yang perolehi daripada murid tentang PdP yang
dijalankan?

2 Adakah objektif PdP anda tercapai?

3 Adakah murid mencapai outcome yang diinginkan?


ANALISIS VIDEO PENGAJARAN

Nama Guru : Cikgu Syadia binti Muslim

Tajuk Pengajaran :

Objektif Pembelajaran :

Kumpulan Sasaran : Bahasa Inggeris Tahun 6

1 Susunan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Bil Item Catatan


1. Guru menyatakan tajuk dan objektif pengajaran Huraian aktiviti terlalu
dengan jelas. ringkas, boleh ditambah lagi .
2. Langkah-langkah pengajaran tersusun Boleh di tambah mengikut
mengikut perancangan RPH. pembelajaran terbeza.
3. Guru merumus idea-idea utama pelajaran. Murid meemahami tahap
penguasaan dengan sederhana.
Sesi penutup boleh dilakukan
dengan lebih baik.

2 Bahasa

Bil Item Catatan


1. Guru menggunakan laras bahasa yang sesuai Guru harus menggunakan
semasa sesi PdP. Bahasa Inggeris sepenuhnya

3 Pendekatan

Bil Item Catatan


1. Guru menggunakan pelbagai jenis kaedah Baik.
pengajaran untuk menarik minat murid.
2. Guru menghubungkaitkan pengetahuan sedia Baik
ada murid dengan pengetahuan baharu.

4 Pengurusan masa

Bil Item Catatan


1. Pengurusan masa dalam perkembangan sesi Baik
PdP.
2. Peruntukan masa untuk murid memproses Perlu bahan bantu mengajar
pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia yang lebih menarik
ada.
3. Peruntukan masa untuk sesi soal jawab dengan Sesuai
murid.

5 Teknik Penyoalan
Bil Item Catatan
1. Penggunaan pelbagai aras soalan untuk Perlu lebih tersusun dengan
menilai pemahaman murid. memastikan semua muri terlibat

2. Guru dapat memberi respons secara objektif Teknik penyoalan kurang


kepada semua soalan yang diutarakan ketika berkesan, harus ada penyoalan
sesi pembelajaran dan pengajaran. menyeluruh dan individu
mengikut aras.

6 Penyampaian

Bil Item Catatan


1. Komunikasi lisan dan bukan lisan untuk Perlu memberikan perhatian
melibatkan murid. sama rata kepada semua murid
2. Suara dan intonasi guru.

7 Bahan Bantu Belajar (BBB)

Bil Item Catatan


1. Penggunaan Bahan Bantu Belajar. Sesuai
2. Pelbagai jenis Bahan Bantu Belajar. Baik
3. Membantu guru mencapai objektif PdP. Boleh ditambah agar PDPC
lebih menarik

You might also like