Minit Curai 1 Bola Sepak 2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SJK (TAMIL) BATU ANAM,

85100 BATU ANAM, SEGAMAT, JOHOR.


JBD 7070

MINIT CURAI

Nama Mesyuarat / Taklimat: Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum – Permainan Bola Sepak

Tarikh : 29 Disember 2019 (Ahad)


Masa : 12.00 tengah hari – 1.00 tengah hari
Tempat : SJK (Tamil) Batu Anam

1. Pengerusi majlis : Encik P. Govindasamy A/L Perumal (Guru Besar)

2. Perkara – perkara penting yang dibincangkan :-

2.1. Pengerusi membentangkan jawatan kuasa bidang kokurikulum bagi Tahun 2020.
2.2. Pengerusi memaklumkan kepada guru-guru supaya menyediakan kertas kerja bagi
aktiviti yang akan dijalankan dan hantar sebelum atau pada 10 Februari 2020.
2.3. Pengerusi memaklumkan supaya semua guru sentiasa menulis buku penggunaan
bilik dan alatan bagi setiap bilik-bilik khas yang digunakan.
2.4. Pengerusi memaklumkan buku laporan mingguan kokurikulum telah ditukar
kepada fail laporan mingguan kokurikulum.
2.5. Pengerusi mengingatkan semua guru supaya menulis laporan aktiviti sebelum
aktiviti dijalankan.
2.6. Pengerusi juga memaklumkan supaya guru menyediakan takwim tahunan
mengikut sukatan yang diberikan.
2.7. Pengerusi menegaskan bahawa fail laporan mingguan kokurikulum hendaklah
dihantar pada setiap hari Khamis sebelum pukul 1.30 tengah hari untuk semakan dan
pengesahan pihak pentadbir.
2.8. Pengerusi memaklumkan supaya guru-guru memastikan mesyuarat agung
diadakan bagi melantik ahli jawatan kuasa di kalangan murid.
2.9. Pengerusi memaklumkan aktiviti yang dirancang dan akan dijalankan hendaklah
selaras dengan objektif sekolah serta dijalankan mengikut takwim yang telah ditetapkan.
2.10.Pengerusi memaklumkan supaya guru-guru merancang strategi untuk meningkatkan
kecemerlangan permainan badminton.
2.11.Pengerusi juga menegaskan bahawa guru-guru perlu memastikan minit curai dan
laporan aktiviti disediakan mengikut format SPSK dan difailkan dalam fail pengurusan
kokurikulum.
2.12.Pengerusi mengingatkan guru-guru supaya menyediakan carta organisasi, takwim
tahunan, gambar-gambar aktiviti yang terkini dan maklumat terkini untuk dilekatkan di
papan kenyataan kokurikulum.
2.13.Pengerusi menegaskan semua guru wajib hadir dalam setiap perjumpaan kokurikulum.
2.14.Pengerusi juga mengingatkan bahawa buku rekod kehadiran hendaklah sentiasa
dikemaskini dan ditandatangani.
2.15.Pengerusi memaklumkan supaya semua guru melengkapkan data- data atas talian seperti
One Stop Data Centre dan PAJSK mengikut ketetapan tarikh.
2.16.Pengerusi memaklumkan perhimpunan Unit Beruniform akan diadakan pada minggu
ketiga setiap bulan. Semua guru diminta untuk memakai pakaian lengkap unit
beruniform.
2.17.Pengerusi juga memaklumkan Pendidikan Sivik hendaklah diterapkan dalam setiap
Perhimpunan Kokurikulum dan perjumpaan mingguan.
2.18.Pengerusi mengingatkan guru supaya membuat latihan awal dan membuat pemilihan
sekurang-kurangnya tiga orang murid bagi setiap kategori pertandingan.
2.20.Pengerusi memaklumkan latihan badminton perlu dijalankan mengikut teknik yang
betul.

3.Tindakan :

3.1. Guru menyediakan minit curai dan memaklumkan kepada pihak pentadbir untuk
pengesahan.
3.2. Guru memasukkan minit curai ke dalam fail pengurusan Kokurikulum
.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………… ……………………………….
( En.R.Kithan)
Penyelaras Permainan Bola Sepak

You might also like