32 Drama Hadiah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

32

Nama Pelajar Nama Guru Hj Rosland Mohd Yusof


Subjek Bahasa Malaysia Ting 1 dan 2 No Telefon 012-7800086
Topik KOMSAS Subtopik Drama Hadiah

Sinopsis Drama Hadiah

Fauziah yang kematian suaminya, Sarjan Akhbar berdepan dengan kesempitan hidup. Dia dan
dua orang anaknya, iaitu Hayati dan Farid terpaksa bergantung hidup dengan bapanya, Pak
Mail seorang pesara. Berikutan kesempitan hidup itu, Yati yang belajar di Sekolah Menengah
Seri Setia, Melaka dan duduk di asrama mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Hal
ini demikian kerana Yati masih berhutang dengan pihak sekolah sebanyak empat puluh ringgit.

Sewaktu Pak Mail sedang berbual dengan Fauziah tentang nasib hidup keluarga mereka, Yati
pun sampai. Yati bertanyakan khabar ibu dan datuknya. Pak Mail mengatakan bahawa dia
telah berunding dengan Datuk Penghulu berhubung dengan masalah mereka. Yati
memberitahu ibu dan datuknya bahawa dia telah memaklumkan masalahnya kepada
pengetua. Selepas itu, Yati masuk ke dalam bilik. Pak Mail dan Fauziah meneruskan perbualan
mereka dua beranak.

Tiba-tiba, Datuk Penghulu datang bersama dengan Encik Musa dari Kementerian Pertahanan.
Encik Musa mengatakan bahawa kedatangan beliau adalah untuk menyampaikan
penghargaan negara kepada keluarga Sarjan Akhbar. Selepas itu, Encik Musa pun
menyampaikan cek berjumlah sepuluh ribu kepada Fauziah bagi menyara persekolahan anak-

1
anak Sarjan Akhbar. Selepas penyerahan cek itu, Encik Musa dan Datuk Penghulu ingin pulang.
Tiba-tiba, Yati muncul. Pak Mail memberitahu Yati bahawa dia akan dihantar ke asrama semula
dan meminta Yati belajar rajin-rajin. Yati bertanya kepada datuknya adakah dia boleh belajar
semula. Encik Musa mengiyakan dan menasihati Yati agar belajar rajin-rajin. Kemudian Encik
Musa minta diri. Pak Mail bersalaman dan mengucapkan ucapan terima kasih. Pak Mail
menghantar Datuk Penghulu dan Encik Musa ke pintu.

Latihan Drama (1)

Hayati Akhbar,
Sekolah Menengah Seri Setia,
Melaka.

Ke pangkuan bonda, nenda serta adinda yang dikasihi, semoga semuanya sihat dan sejahtera.

Bonda,
Dimaklumkan bahawa anakanda di sini berada dalam keadaan sihat. Jangan bonda berasa risau akan
anakanda. Anakanda sentiasa ingat akan pesanan bonda dan nenda dahulu. Walaupun pada masa ini
anakanda berada jauh di rantau, namun anakanda dapat merasakan suasana sedih yang
menyelubungi keluarga kita sejak pemergian ayahanda yang dikasihi.

Bonda, hidup ini tidak selalu indah. Sebagaimana yang bonda maklum, dengan menjelangnya bulan
Jun ini telah tiga bulan ayahanda meninggalkan kita. Selain rasa sedih yang mendalam, yang
menyelubungi keluarga kita, pemergian ayahanda telah menggugat persekolahan anakanda juga. Dua
bulam belakangan ini, bayaran asrama anakanda tidak beres sepenuhnya. Anakanda masih
berhutang dengan pihak sekolah sebanyak empat puluh ringgit. Oleh itu, anakanda telah membuat
keputusan untuk pulang ke kampung buat sementara waktu. Sekiranya anakanda terus berada di
asrama ini, tentulah masalah kita akan bertambah.

Sekian dahulu untuk kali ini. Sembah salam daripada anakanda untuk bonda , nenda dan adinda yang
dikasihi.

Yang benar,
Hayati

2
Soalan Perbincangan

1. Apakah tujuan Hayati menulis surat kepada ibunya ?

2. Huraikan perasaan anda apabila membaca surat Hayati ?

3. Huraikan perwatakan Hayati di atas.

3
4. Huraikan pengajaran yang terkandung dalam surat Hayati ?

Latihan Drama (2)

DATUK PENGHULU : Begini , Pak Mail. Encik Musa datang ke sini kerana ada tugas.

PAK MAIL : Oh, begitu! Apa halnya, Encik Musa?

ENCIK MUSA : Begini, Pak Mail. Saya datang ni untuk menyampaikan penghargaan negara
kepada keluarga Pak Mail kerana kematian Sarjan Akhbar semasa bertempur di sempadan
dahulu. Kami bersimpati benar dengan keluarga Pak Mail, terutamanya kepada Puan Fauziah
dan dua orang anaknya.

PAK MAIL : Terima kasihlah, Encik Musa. Kami memanglah sedang menghadapi masalah
sekarang ini, terutamanya dalam hal persekolahan Hayati. Hari ini dia pulang dari asrama.

ENCIK MUSA : Mengapa begitu, Pak Mail?

PAK MAIL : Masalah belanja, Encik Musa. Nampaknya saya terpaksa mencari satu punca tetap
untuk membantu persekolahannya. Saya sudah pun memberitahu Tuk Penghulu akan hal ini.

DATUK PENGHULU : Betul, Encik Musa. Saya akan berikhtiar untuk mengatasi .

4
Soalan Perbincangan

1. Apakah tujuan Encik Musa berjumpa dengan Pak Mail ?

2. Pada pendapat anda, bagaimanakah Pak Mail dapat mengatasi masalah persekolahan
Hayati ?

3. Huraikan nilai murni yang terdapat dalam petikan tersebut ?

4. Huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas ?

5
Latihan Drama (3)

PAK MAIL : Beginilah hidup kita di dunia, Fauziah. Segala-galanya dalam kuasa tuhan. Ada isteri
yang kehilangan suami. Ada anak yang kehilangan bapa, Kita menggangap bahawa kitalah
yang paling malang. Di dunia tetapi yang sebenarnya ada orang yang lebih malang daripada
kita.

FAUZIAH : (Sedih) Entahlah , ayah… . Saya tidak tahu apa nak buat lagi.

PAK MAIL : Kematian Akhbar menyebabkan engkau kehilangan suami. Aku kehilangan
menantu. Hayati dan Farid kehilangan bapa. Akhbar tidak sempat melihat anaknya yang
bongsu, Farid tetapi kita harus berbangga kerana kematiannya sebagai seorang pahlawan .
Sekarang , kita harus berani mewarisi kehidupan yang ditinggalkan.

Soalan Perbincangan

1. Apakah peribahasa yang berkaitan dengan petikan di atas ?

2. Bagaimanakah Pak Mail memberi semangat kepada Fauziah ?

6
3. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas .

Latihan Drama (4)

ENCIK MUSA : Begini Pak Mail, saya datang ini untuk menyampaikan penghargaan negara
kepada keluarga Pak Mail kerana kematian Sarjan Akhbar semasa bertempur di sempadan
dahulu.

Soalan Perbincangan

1. Pada pendapat anda, bagaimanakah negara dapat menghargai jasa Sarjan Akhbar ?

7
2. Pada pendapat anda, apakah kesan kematian Sarjan Akhbar ?

Latihan Drama (5)

Soalan Perbincangan

1. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas ?

8
2. Siapakah Encik Musa ?

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah Kementerian Pertahanan dapat membantu


keluarga Fauziah ?

4. Pada pendapat anda, mengapakah Fauziah masuk ke dalam apabila Encik Muda datang
ke rumahnya ?

Hak Cipta Terpelihara

You might also like