Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LAPORAN KAJIAN KES AKTIVITI PENJANAAN KEWANGAN KELAB KRIKET

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR HILIR

1.0 PENGENALAN
Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan semasa Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) pada 12 Oktober sehingga 16 Oktober 2020 di Sekolah Kebangsaan
Bandar Hilir, terdapat pelbagai persatuan yang telah ditubuhkan antaranya kelab alam
sekitar, bowling dan kriket. Bagi kajian kes berkenaan aktiviti penjanaan kewangan kelab
saya memilih kelab kriket untuk dianalisis berdasarkan analisis SWOT (Strength,
Weakness, Opportunity, Threat).

2.0 AKTIVITI PENJANAAN KEWANGAN


Berdasarkan perbincangan bersama guru penyelaras kelab kriket Encik
Shahrizal, menurut beliau, sumber kewangan kelab diperoleh daripada yuran
keahlian, tabung unit kokurikulum dan sumbangan Persatuan Ibubapa dan Guru
(PIBG). Yuran keahlian dikutip setahun sekali sebanyak RM5 bagi setiap ahli.
Menurut Wan (t.t), kadar bayaran yuran tahunan telah ditetapkan dalam
perlembagaan kelab. Meskipun terdapat kutipan yuran dan sumbangan dari tabung
unit koku dan PIBG sumber kewangan kelab adalah terhad dan tidak konsisten dari
semasa ke semasa.
Terdapat beberapa aktiviti yang kelab ini anjurkan bagi meningkatkan dan
mengukuhkan kewangan kelab kriket antaranya menganjurkan pertandingan kriket
bersama pasukan sekolah lain, menyewakan padang bagi aktiviti kriket kepada pihak
luar dan memohon sumbangan dari pihak Yang Behormat (YB) negeri Melaka.
Tambahan lagi, pasukan kriket sekolah juga banyak menyertai pertandingan sama
ada yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) atau dari pasukan
kriket sekolah lain. Melalui penyertaan pertandingan pasukan kriket dapat menjana
kewangan melalui tajaan dari pihak swasta seperti Milo, Petronas dan lain-lain.

3.0 ANALISIS AKTIVITI PENJANAAN KEWANGAN


3.1 Kekuatan
Berdasarkan analisis aktiviti kewangan yang telah dilaksanakan saya
mendapati bahawa kesanggupan pihak pengurusan kelab kriket untuk
memastikan dan menyelia keadaan padang sekolah dan kawasan sekitarnya
selamat. Keselamatan dalam konteks sekolah meliputi aspek keselamatan
bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah (Zakaria & Ismaill, 2014) dalam
(Marinah & Norhazwani, 2017). Pihak pengurusan kelab akan memastikan
keadaan padang selamat dan sesuai untuk disewakan kepada pihak luar bagi
melaksanakan pertandingan atau latihan kriket. Kelab ini juga mendapat
sokongan dari ibubapa. Ibubapa sedar bahawa yuran yang dibayar mereka
adalah untuk kebajikan pelajar (M. Al Muzzamil & Moong, 2008). Antara
sumbangan yang diberikan oleh ibubapa adalah kewangan, tajaan makanan dan
pengangkutan sekiranya ada pertandingan di luar kawasan sekolah.
Selain itu, guru dan pasukan kriket yang memberikan komitmen cemerlang
bagi aktiviti yang dianjurkan oleh kelab kriket. Contohnya, kesanggupan ahli
kelab untuk hadir berlatih bersama guru di sekolah pada setiap petang sebagai
latihan sebelum pertandingan. Kesannya, banyak kejayaan yang diperoleh dan
hadiah wang saguhati yang pasukan peroleh akan disumbangkan kepada tabung
kelab. Secara tidak langsung, kewangan kelab bertambah.

3.2 Kelemahan
Terdapat juga kelemahan bagi aktiviti penjanaan kewangan bagi kelab kriket,
antaranya saiz padang yang agak kecil menyebabkan pertandingan pada
peringkat besar-besaran seperti negeri atau daerah tidak dapat dianjurkan di
sekolah. Kesannya, sekolah terpaksa menghadkan sewaan padang
menyebabkan kewangan kelab hasil dari sewaan padang terjejas. Alatan dan
kelengkapan kriket yang kurang berkualiti dan tidak mencukupi kerana sumber
kewangan kelab yang terhad. Seterusnya, meskipun kelab mendapat
sumbangan dari unit kokurikulum dan PIBG, namun proses pembahagian
kewangan yang agak lambat menyebabkan guru persatuan terpaksa
mengeluarkan dana sendiri terlebih dahulu bagi mendahulukan pembiayaian
aktiviti kelab yang lebih mustahak. Hal ini juga menyebabkan, aktiviti kelab juga
tertangguh kerana sumbangan kewangan lambat diperoleh. Menurut Siti (2008),
pengurusan kewangan yang mantap adalah penting bagi memastikan sesebuah
organisasi dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan baik.

3.3 Peluang
Aktiviti penjanaan kewangan kelab kriket dapat ditingkatkan dengan peluang-
peluang yang sedia ada. Antara peluang yang dikenalpasti adalah imej kelab
yang mempunyai prestasi pemain yang baik dan antara kelab kriket sekolah
rendah yang terawal ditubuhkan di Melaka membuka peluang bagi kelab
meningkatkan penjanaan kewangan. Hal ini kerana, imej kelab yang mempunyai
rekod hasil mengikuti pertandingan yang baik memudahkan kelab untuk
mendapatkan sumbangan dari pihak luar. Bentuk bantuan kewangan yang
diberikan secara ikhlas dan bukan berasaskan kepentingan perniagaan
(UTM,2019).
Selain itu, wakil ahli kumpulan kriket sekolah yang mempunyai prestasi
permainan kriket yang baik dapat membantu guru untuk melatih pasukan pelapis
kriket sekolah. Hal ini kerana, dengan adanya ahli yang mahir guru penyelaras
dapat melantik murid tersebut sebagai pembantu jurulatih pasukan kriket. Oleh
itu, perbelanjaan kewangan kelab dapat dijimatkan kerana kelab tidak perlu
melantik pembantu jurulatih dari luar.
Lokasi sekolah yang terletak di kawasan bandar dan berdekatan dengan
tumpuan utama pusat perlancongan negeri Melaka membuka peluang kepada
kelab untuk meningkatkan kewangan kelab. Hal ini kerana, pasukan kriket dari
negeri lain tertarik untuk membuat lawatan sambil belajar ke SKBH bagi
mengenal dengan lebih dekat dengan pasukan kriket SKBH dan mereka juga
dapat membuat lawatan sambil belajar di tempat-tempat bersejarah berdekatan
dengan sekolah.

3.4 Cabaran
Antara cabaran bagi melaksanakan aktiviti penjanaan kewangan bagi kelab
kriket termasuklah tidak banyak sekolah rendah yang mempunyai pasukan kriket.
Oleh itu, jika kelab ingin menganjurkan pertandingan agak sukar bagi pihak
sekolah untuk mendapatkan penyertaan yang banyak. Sedikit sebanyak
menyebabkan perancangan penganjuran pertandingan kelab terjejas.
Selain itu, pencarian bakat baru sukar dilaksanakan kerana bilangan
enrolmen murid yang kurang ramai. Jumlah keseluruhan murid di SKBH adalah
kecil sekitar 230 orang murid sahaja, hal ini menyebabkan sukar bagi guru untuk
mencari pelapis baru bagi wakil kumpulan kriket sekolah. Kesannya, kelak sukar
bagi kelab untuk memohon sumbangan dari pihak swasta kerana tidak ada
pelapis. Malah, kemungkinan bajet sumbangan dari unit kokurikulum dan PIBG
akan dikurangkan dan diberi selebihnya kepada kelab lain yang lebih aktif dan
lebih memerlukannya kerana bilangan ahli kelab yang lebih besar.
Kekurangan guru yang terlatih juga menjadi satu cabaran bagi kelab ini.
Sekiranya guru yang melatih kriket tersebut ditugaskan ke tempat lain, menjadi
satu cabaran bagi guru penyelaras untuk mencari pengganti jurulatih pasukan
kriket sekolah. Kesannya, prestasi pasukan kriket berkemungkinan akan terjejas
malah jika guru penyelaras melantik jurulatih baharu, pasti jurulatih tersebut
mengambil sedikit masa untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap
ahli pasukan. Imej pasukan kriket akan tercemar menyebabkan sukar untuk
mendapatkan tajaan dari pihak luar.

4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kelab kriket mempunyai aktiviti penjanaan kewangan yang baik.
Perangkaan aktiviti bagi meningkatkan kewangan menunjukkan bahawa guru
penyelaras dan pengurusan kelab bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kewangan
kelab.
RUJUKAN

M. Al Muzzamil Yasin & Moong Sow Kuan. (2008). Peranan Ibubapa dalam Persatuan
Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) sekolah jenis kebangsaan cina di Kulai, Johor.
Dicapai pada 20 Oktober 2020, daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/10268/2/Moong_Sow_Kuan.pdf

Marinan Awang & Norhazwani Suyanto. (2017). Pendekatan keselamatan dan


kesejahteraan pelajar untuk sekolah-sekolah di Malaysia. Management Research
Journal, 7(1): 139-153.

Pengurusan kewangan. (t.p,2019). Dicapai pada 26 Oktober 2020, daripada


https://www.utm.my/group/pengurusan-kewangan/.

Siti Alawiyah Siraj. (2008). Pengurusan kewangan: Mempamerkan akauntabiliti masjid.


Dicapai pada 20 Oktober 2020, daripada
https://www.researchgate.net/publication/258929702_Pengurusan_Kewangan_Mem
pamerkan_Akauntabiliti_Masjid

Wan Suhaimi Wan Setapa. (t.t). Pengurusan Kewangan. Dicapai pada 26 OKtober 2020,
daripada https://www.slideshare.net/wansuhaimiwansetapa/pengurusan-kewangan-
70653227

You might also like