Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 4/2019

SK ST EDMUND LIMBANG

Tarikh : 30 Oktober 2019 (Rabu)

Masa : 02.30 petang

Tempat: : Bilik Pusat Sumber Sekolah Sk St Edmund

Pakaian : Pakaian Kerja

Senarai Kehadiran :

1. Encik William Anak Awang - Guru Besar

2. Puan Busak Sia - Pen Kanan Pentadbiran

3. Puan Dayang Joraini Bt Mohd Bujang - Pen Kanan Hal-Ehwal

Murid

4. Uji Anak Midin - Guru Bimbingan

5. Muhammad Zufar B Razak - Guru Pemulihan


Khas

6. Ustzh Mastika Bt Sahar - Guru Akademik

7. Puan Alexandra Anak Stephen - Guru Akademik

8. Bibi Bt Brahim - Guru Akademik

9. Cathelysia Laura Piri - Guru Akademik

10. Chang Fei Yee - Guru Akademik

11. Freda Linus Lukong - Guru Akademik

12. Dang Melor Bt Nayan - Guru Akademik

13. Halizah Bt Abdul Hamid - Guru Akademik

14. Hasnah Bt Untong - Guru Akademik

15. Mary Johnson – Guru Akademik

16. Mohamad Amirul Shaniezam @Tony Ak Toal – Guru Akademik

17. Mohd Firdaus Bin Saad – Guru Akademik

18. Mohd Rezuan B Abdu Latip@Latip – Guru Akademik

19. Nur Afiqah Bt Yusof – Guru Akademik

20. Angelica Norainie Anak Awang – Guru Akademik


21. Nyau Sie Joo – Guru Akademik

22. Radiah Bt Ubing – Guru Akademik

23. Roslin Bt Pet – Guru Akademik

24. Rosni @ Masni Bt Sapiee – Guru Akademik

25. Satik Anak Linggong – Guru Akademik

26. Siti Anizan Bt Moyang – Guru Akademik

27. Wong Yi Sze – Guru Akademik

28. Yussof Bin Besar – Guru Akademik

29. Mohd Ali B Md Rejab – Guru Akademik

Tidak Hadir Bersebab

1. Mohd Jamaluddin B Mohd Apandi – Kursus RBT


2. Awang Zainalabidin B Usop - PSKPP
3. Nor Amira Bt Hassan – Cuti Bersalin
1.0 Perutusan Guru Besar
1.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru di atas
kesudian meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali ke 4 Hal Ehwal
Murid. Guru Besar juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru
atas kerjasama dalam melaksanakan semua aktiviti sekolah sama ada dalam
bentuk sukan, akademik dan sebagainya.
1.2 Guru Besar turut menyatakan bahawa Mesyuarat Staf dan Mesyuarat
Jawatankuasa Kewangan akan diadakan minggu depan. Sebelum Mesyuarat
Jawatankuasa Kewangan, Guru Besar akan membentangkan tentang Progran
3A kepada semua guru.

Makluman: Semua guru

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Murid 3/2019

2.1 Dicadangkan oleh Puan Roslin Binti Pet.


2.2 Disokong oleh Puan Rosni @ Masni Binti Sapiee

3.0 Perkara Berbangkit Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Murid 3/2019

3.1 1.2 Perkataan unit tukar kepada Jawatankuasa.

3.2 1.3 Pihak sekolah sedang berunding dengan pihak Lembaga Pengurusan
Sekolah untuk membuat anjung di Dewan Menunggu SK Saint
Edmund.
Guru Besar memohon ihsan daripada pihak kontraktor untuk
menyediakan tempat meletakkan tong kitar semula.

3.3 1.4 Hujung tahun ini dan tahun depan ramai guru di Daerah Limbang
yang
akan bersara, oleh itu penempatan semula mungkin akan berlaku atas
sebab keperluan perkhidmatan. Mana – mana guru yang berkhidmat
lebih daripada 10 tahun berkemungkinan akan dipindahkan. Guru-
guru perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan.

3.4 1.6 Mana – mana guru yang berminat menjadi guru penolong kanan
boleh
memohon, sekurang – kurang telah berkhidmat lebih 5 tahun.

3.5 4.9 Semua guru adalah guru disiplin. Guru Besar boleh melakukan
hukuman rotan, tetapi mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan. Guru Disiplin boleh melakukan hukuman
rotan jika Guru Besar memberi surat kuasa kepada beliau.

3.6 5.10 Kemaskini gambar – gambar dan maklumat tentang Pendidikan


Pencegahan Dadah di sudut PPDa.
Tindakan: Cikgu Uji Anak Midin

4.0 Laporan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid

4.1 Disiplin
Berdasarkan Sistem Sahsiah Disiplin Murid setakat bulan September hingga
Oktober, bilangan guru yang melaporkan kes dan amalan baik adalah 8
orang. Senarai murid yang perlu pengesahan tindakan adalah 4 orang.
Penjanaan surat pertuduhan bagi tindakan gantung sekolah, buang sekolah
dan surat amaran sebanyak 12 orang murid. Manakala senarai murid yang
menjalani sesi kaunseling adalah 14 orang murid.

4.2 Kehadiran

Purata kehadiran murid dari bulan Januari hingga Oktober

Bulan / Purata Kehadiran


Januar Februa Mac April Mei Jun Julai Ogos Septemb Oktob
i ri er er
94.18 93.52 94.48 93.84 93.29 91.70 93.10 93.34 92.83% 89.55
% % % % % % % % %
KPI Purata kehadiran murid dari Kementerian Pendidikan adalah 95 %

Setakat ini sekolah belum lagi mencapai purata kehadiran murid sebanyak
95%. Oleh itu, tindakan perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca ianya
tidak tercapai. Pihak sekolah dan guru perlu berganding bahu mencari
tindakan alternatif bagi menangani masalah yang telah dikenalpasti.

4.3 APDM

Setakat bulan Oktober, enrolmen murid SK Saint Edmund adalah seramai 409
orang.

Tahun Bilangan Murid


Tahun 1 67
Tahun 2 72
Tahun 3 63
Tahun 4 58
Tahun 5 74
Tahun 6 75
Jumlah keseluruhan 409
4.4 Bantuan

Bil Jenis Bantuan Bilangan Penerima Catatan


1 Bantuan Awal Persekolahan 268 Telah dilaksanakan

2 Bantuan Baucer Yayasan Sarawak 20 Telah dilaksanakan

3 Rancangan Makanan Tambahan 131 Telah dan sedang


dilaksanakan
4 Program Susu Sihat 136 Telah dilaksanakan
dan ditangguh
5 KWAPM 175 Telah dilaksanakan
6 eKASIH 12 Telah dilaksanakan

4.5 Laporan Kewangan

Perkara Tarikh pelaksanaan Sasaran Pencapaian


(Pengurusan Ke- Jan - September Mencapai 90% Eviden
wangan) daripada
Memastikan peruntukan
prestasi kewangan yang
perbelanjaan RMT diberi
78.83% pada akhir
daripada Oktober 2019
peruntukan
kewangan yang
diberikan
sehingga akhir
bulan September.

5.0 Perancangan 2020

PROGRAM SAHSIAH

AKTIVITI

Pelancaran Back To School

Pelancaran Jom Ke Sekolah

Pelancaran Guru Penyayang


Program My School (100%)

Ikon Murid contoh

Kursus Kepimpinan

Smart Student

PROGRAM KESIHATAN

Pemeriksaan kebersihan murid di hadapan pintu masuk sekolah

Pelancaran sanitizer

Ceramah penjagaan gigi / Memberus gigi

Ceramah HFMD

Ceramah pemakanan sihat dan seimbang

5 minit DENGGI

Fit As Fiddle (Obesity)

WE LOVE WE CARE

Pelancaran CAKNA peringkat sekolah

Lawatan Bulan Januari

Lawatan Bulan Februari

Lawatan Bulan Mac

Lawatan Bulan April

Lawatan Bulan Mei

Lawatan Bulan Jun

Lawatan Bulan Julai

Lawatan Bulan Ogos

Lawatan Bulan September


Lawatan Bulan Oktober

Lawatan Bulan November

PENDIDIKAN PENCEGAHAN ANTI DADAH

Sudut/Laluan PPDa

5 minit PPDa semasa perhimpunan

Ceramah PPDa

Pertandingan Mengenai PPDa

Aktiviti PPDa

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

eKASIH

Yayasan Sarawak

Bantuan Pakaian Seragam Sekolah

SECURITY

Mencantikkan Pondok

AMARE ET SELVIRE
(To love and to serve)
Pertandingan Pakaian beragam mengikut etnik (RIMUP)

Sambutan Perayaan di sekolah (Hari Raya, Hari Gawai, Tahun Baru Cina &
Christmas)

Tindakan : Puan Dayang Joraini Binti Mohd Bujang

6.0 Hal – hal lain

6.1 Skim Pinjaman Buku Teks


i. Guru Penyelaras SPBT, Cik Chang Fei Yee menyatakan bahawa tarikh
pemulangan buku teks bagi sesi 2019 akan diadakan pada 11 November
2019 . Guru kelas hendaklah memastikan buku yang dipulangkan dalam
keadaan baik. Jika ada buku teks yang dikembalikan berada dalam keadaan
kurang elok, koyak dan sebagainya, guru kelas perlu bersama dengan murid
berkenaan membaik pulih buku yang rosak tersebut. Sekiranya buku teks
yang dikembalikan tidak dapat dibaik pulih, murid berkenaan perlu membayar
ganti rugi dalam bentuk duit tunai mengikut harga buku yang rosak atau
membeli buku yang baru dan beri kepada pihak sekolah.

ii. Pastikan juga menulis no perolehan di dalam borang yang disediakan.


Bilangan buku mesti sama dengan buku teks yang dipinjam. Pastikan isi
borang, jika ada buku yang hilang atau rosak.

iii. Buku yang telah diterima, perlu disimpan di belakang kelas kecuali buku teks
tahun 4 perlu dihantar ke Bilik SPBT.

iv. Peminjaman buku teks akan diadakan pada 18 November 2019. Semasa
proses peminjaman, terdapat borang akan diberi kepada guru kelas. Dalam
borang ada senarai semak nama murid yang meminjam buku teks. Pastikan
no perolehan ditulis dan diisi oleh guru kelas. Hanya tulis nama murid dan
tick pada buku yang dipinjam.

v. Guru – guru yang meminjam buku rujukan guru, pastikan membuat


pemulangan kepada ketua panitia mata pelajaran masing – masing.

vi. Cikgu Chang Fei Yee, memohon kerjasama kepada guru yang membawa
murid ke Bilik SPBT supaya menasihati murid untuk menjaga kebersihan bilik.

vii. Cikgu Radiah mencadangkan buku teks yang dipinjam perlu dilapik dengan
plastik lutsinar dan minta kerjasama daripada ibubapa untuk membantu
melapik buku teks tersebut.

6.2 Guru Besar, Encik William Anak Awang memohon agar surat panggilan atau
surat jemputan mesyuarat untuk mesyuarat staf, mesyuarat kokurikulum,
dan mesyuarat Hal Ehwal Murid diberi kepada beliau sebelum 1 November
2019, iaitu pada hari Jumaat.

6.3 Untuk makluman, setiap kali mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Sekolah, perlu
ada ahli PIBG menyertai mesyuarat. Begitu juga urusan berkaitan dengan
RMT. Ahli PIBG perlu hadir dalam mesyuarat untuk mengesahkan mesyuarat.

6.4 Guru – guru perlu peka dengan jadual waktu masing – masing. Pastikan kelas
ada guru untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Guru – guru perlu
bijak dalam mengawal kelas masing- masing. Selain itu, guru – guru perlu
ada kemahiran dalam mengawal emosi.

Makluman : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada 5.00 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh,


( UJI ANAK MIDIN) (WILLIAM ANAK AWANG)
Setiausaha Jawatankuasa Guru Besar SK Saint Edmund
Mesyuarat Hal Ehwal Murid Tarikh : 11 November 2019
2019
Tarikh : 11 November 2019

You might also like