Ucapan Majlis Persaraan PK1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Biji selasih enak dimakan

Menjadi perisa sedap terperi


Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna.
Kita raikan Majlis Sekalung Budi Sejambak Kenangan sempena persaraan Guru Penolong Kanan
Pentadbiran Cg Hjh Roshidah bt Sedek. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku. Para hadirin
diminta berdiri.

-Lagu Negaraku-

Terima kasih. Semua hadirin dipersilakan duduk.

Yang Dihormati Tuan Hj Abdullah Zawawi bin Yahya, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut
Yang Dihormati En Shukiman bin Mohamad
Pegawai di PPD Besut, merangkap Pegawai Perhubungan SK Bukit Puteri

Yang diraikan Cg Hjh Roshidah bt Sedek, GPK Pentadbiran SK Bukit Puteri

Yang berusaha Cg Nor’Aini bt Annuar, GB SK Bukit Puteri


Yang berusaha Cg Noorrezal Isa bin Daud, GPK HEM SK Bukit Puteri
Yang berusaha Cg Kamilah bt Mustafa, GPK Ko kurikulum SK Bukit Puteri
Yang dihormati En Ghazali bin Umar, YDP PIBG Sk Bukit Puteri

Barisan guru2 SK Bukit Puteri, AJK PIBG Sk Bukit Puteri


barisan kakitangan dan pekerja swasta SK Bukit Puteri
Seterusnya murid -murid dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Majlis turut mengucapkan selamat datang kepada barisan tetamu yang sangat dihormati iaitu
Cg Hassan bin Mat Arshad, mantan GB SK Bukit Puteri
Cg Abd Aziz bin Abd Ghani, mantan GPK HEM SK Bukit Puteri
Cg Zulikipli bin Che MAmat, GB Sk Lubuk Kawah, juga merupakan Mantan GB SK Bukit Puteri
Cg Khairul Nizam bin Amir, GB SK Tok Dor
Cg Norlida bt Damin, GPK ______ SK Permaisuri Nur Zahirah
Cg Wan Asri bin Wan Jusoh, GPK Pentadbiran Sk Tanah Merah, juga merupakan suami kepada yang
diraikan Cg Roshidah bt Sedek.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata Selamat Datang
Awal bismillah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambal berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah berseri

Bunga mawar ditaman larangan


Bakal dipetik Si Permaisuri
Kami bawakan kepada anda Majlis Sekalung Budi Sejambak Kenangan
Khas untuk Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Bukit Puteri
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis ditepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis bertambah berseri

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama2 kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Hafizul Hakimee bin Mohd. Untuk itu
dipersilakan Ustaz Hafizul untuk bacaan doa. Dipersilakan.

-bacaan doa-

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ust Hafizul atas bacaan doa itu tadi.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka
kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan majlis persaraan Cg Roshidah bt
Sedek yang kita sayangi. Selamat datang diucapkan kepada semua hadirin ke Majlis Sekalung Budi
Sejambak Kenangan sempena persaraan Cg Hjh Roshidah bt Sedek, Guru Penolong Kanan Pentandbiran
SK Bukit Puteri yang kita kasihi.

Gurau sendamu sentiasa terbayang


Jasamu tetap dikenang
Budimu terus disanjung
Semangatmu kan sentiasa dijulang

Jasamu dikenang
Budimu terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala jasa, bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan
oleh Yang Diraikan Cg Roshidah bt Sedek sepanjang perkhidmatan beliau dalam dunia pendidikan yang
berakhir di SK Bukit Puteri.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Majlis dimulakan dengan rakaman ucapan daripada wakil murid SKBP iaitu anakanda Raja Mohd Aqiel bin
Raja Kamaruzaman selaku wakil murid SK Bukit Puteri untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**wakil murid**

Terima kasih diucapkan kepada adik Raja Aqiel atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil guru SK Bukit Puteri, iaitu Cg Norrehan bt Arshad.
Cg Norrehan atau Kak Han adalah antara guru yang lama berkhidmat bersama Cg Roshidah dan
semestinya banyak kenangan yang tersimpan sepanjang berkhidmat bersama. Untuk itu majlis
mempersilakan Cg Norrehan ke pentas.

**ucapan Cg Norrehan****
Terima kasih  diucapkan kpd Cg Norrehan atas ucapan tadi.

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan pula Yang Berusaha Cg Nor’Aini bt Annuar, Guru
Besar SKBP  untuk menyampaikan ucapannya. Majlis mempersilakan.

**ucapan GB**

Terima kasih diucapkan kepada Cg Nor’Aini atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan  Yang Dihormati En Mohd Ghazali bin Umar, Yang
Dipertua PIBG, SK Bukit Puteri untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**ucapan YDP PIBG**

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En Mohd Ghazali atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Bersarang merbah di pokok getah


Manisnya madu pabila dimakan
Majlis hari ini bertambah meriah
KPPD Besut kami persilakan.

Majlis seterus menjemput dan mempersilakan  Yang Dihormati Cg Hj Abdullah Zawawi bin Yahya
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

*** ucapan KPPD ****

Terima kasih diucapkan kepada  Yang Dihormati Cg Hj Abdullah Zawawi bin Yahya atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Para hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Seterusnya, pula marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia dan mendengar bacaan
biodata tentang Yang Diraikan Cg Roshidah bt Sedek yang akan dibacakan oleh Cg Azmi bin Sulaiman.
Sama-sama kita hayati.

Sebelum itu, majlis mempersilakan Cg Roshidah untuk ke singgahsana yang berhias indah di atas pentas.
Dipersilakan.

*** Persembahan multimedia dan bacaan biodata***

Demikianlah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Cg
Roshidah bt Sedek . Terima kasih kepada AJK Video dan Montaj SK Bukit Puteri yang telah menjayakan
bacaan biodata dan persembahan multimedia tersebut. 
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.
Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Cg Roshidah bt
Sedek. Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan.

****Ucapan Cg Roshidah ****

Demikian tadi ucapan perpisahan dari Cg Roshidah. Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Cg Roshidah atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Majlis diteruskan pula dengan acara gimik persaraan. Untuk itu majlis mempersilakan Cg Nor’ Aini bt
Annuar dengan diiringi oleh barisan pentadbir untuk menyarungkan selendang persaraan kepada Cg
Roshidah. Dipersilakan.

***gimik ***

Majlis mohon barisan pentadbir untuk kekal di pentas untuk acara memotong kek persaraan. Majlis juga
menjemput Tuan KPPD, En Shukiman bersama dengan YDP PIBG tampil ketengah pentas untuk acara
memotong kek sebagai simbolik menyambut ulang tahun kelahiran  dan persaraan. Dipersilakan.

****Nyanyian lagu hari jadi dan potong kek****

Terima kasih diucapkan kepada Tuan KKPD, En Shukiman, Puan GB, barisan pentadbir,dan YDP PIBG atas
kesudian menyempurnakan upacara tadi.

Majlis diteruskan pula dengan acara penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan pada hari ini.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Cg Kamilah bt Mustafa, GPK
Kokurikulum SK Bukit Puteri untuk mengiringi Yang Diraikan  Cg Roshidah bt Sedek untuk menerima
cenderahati kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***penyampaian hadiah***

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima
Sedar tak sedar kita telah pun berada hampir di hujung acara.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Majlis  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Cg Roshidah kerana sudi untuk bersama
kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Cg Roshidah bertambah ceria
dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Setiap yang berhati berani akan tiba di daerah cabaran


Setiap yang bermula akan berakhir jua akhirnya
Setiap pertemuan akan diiringi perpisahan
Begitulah lumrah kehidupan
Walaupun pahit untuk ditelan, namun perpisahan ini terpaksa kami relakan
Semoga memori di Skitteri akan terus terpahat di sanubari

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan
masa bersama-sama memeriahkan Majlis Sekalung Budi Sejambak Kenangan ini. Terima kasih juga
kepada semua warga Skitteri yang telah bertungkus lumus memastikan majlis pada hari ini berjalan
lancar.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada :

1. Sekolah – GB Cg Nor’Aini bt Annuar


2. Kelab Warga SKitteri – Cg Ashri Kumar bin Yusof
3. PIBG – YDP PIBG, En Mohd Ghazali bin Umar
4. Kedai Sekolah -
5. Jawatankuasa UPSR –
6. Panitia BM - Cg Wan Maimon bt Yasin
7. Murid Tahap 2 – Cg Hjh Noor Aini bt Hussin
8. Murid Tahap 1 - Cg Noraini Jusoh
9. Kantin Sekolah - Puan Suraya @ Che Su
10. Fardhu Ain –
11. Pekerja swasta – Puan Rosnani bt Ismail
12. Bilik Guru 2
13.

You might also like