Professional Documents
Culture Documents
Ucapan Majlis Khatam Quran
Ucapan Majlis Khatam Quran
Assalamualaikum w.b.t
Selamat datang diucapkan kepada semua ke Majlis Khatam Al-Quran SK Bukit Puteri
bagi sesi 2021/2022. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnianya kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Alquran ini. Mudah-mudahan hasrat
untuk melahirkan generasi yang cintakan Alquran dapat direalisasikan melalui program-
program sebegini. InshaaAllah.
Tanpa melengahkan masa, majlis Khatam Alquran SK Bukit Puteri sesi 2021/2022 akan
berlangsung. Untuk itu, dipersilakan Ustaz Hafizul Hakimee untuk memimpin Majlis
Khatam Al Quram kita pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
-Khatam Al quran-
Alhamdulillah..Demikian tadi kita dapat sama2 mendengar bacaan Al quran yang telah
dibaca secara beramai2 oleh murid Tahun 6 dengan diketuai oleh Ustaz Hafizul
Hakimee.
-ucapan GB-
Acara seterusnya ialah penyampaian sijil khatam Al-Quran bagi murid-murid Tahun 6
yang telah Berjaya khatam Al-Quran. Majlis dengan berbesar hati mempersilakan
Yang Berusaha Cg Nor’Aini bt Annuar, GB Sk Bukit Puteri dengan diiringi oleh Cg
Noorezal Isa bin Daud, GPK HEM SK Bukit Puteri untuk menyampaikan sijil tersebut.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Untuk makluman murid2, jamuan untuk murid2 turut disediakan. Selepas majlis ini
berakhir, murid2 dikehendaki beratur untuk mendapatkan makanan yang disediakan.
Tunggu arahan selanjutnya dari guru.
Jamuan untuk guru turut disediakan. Jemput guru ke Café Skitteri untuk Jamuan
Makan Istimewa.