Contoh Kajian Kes

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

PERBEZAAN SKOR TAHAP PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR (GMDQ) DALAM

KALANGAN MURID BERUMUR 10 TAHUN ANTARA SEKOLAH BANDAR, LUAR BANDAR DAN
ORANG ASLI DI MALAYSIA

Borhannudin Abdullah, Suphasara Supranie a/p Airak, Ang Xiao Wen, Hon Jia Sheng & Arni Nurfatin Arpa
Jabatan Pengajian Sukan, Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia, Serdang , Selangor.
borhannudin@upm.edu.my, suphasarasupranie@gmail.com, hjsheng@yahoo.com, xiaowen_ang@hotmail.com &
arninurfatin@gmail.com

Tujuan: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan skor tahap perkembangan motor kasar murid yang
berbeza lokasi sekolah . Kaedah: Kajian ini berbentuk ex post facto yang melibatkan 69 orang subjek (Sekolah
bandar =23, sekolah luar bandar=23 dan sekolah orang asli=23) berumur sepuluh . Ujian perkembangan motor kasar
Ulrich (2000) telah dijalankan untuk mengukur perbezaan skor tahap perkembangan motor kasar murid di sekolah
berbeza lokasi. Instrument TGMD-2 digunakan bagi memperoleh data mentah. 12 kemahiran (lokomotor : 6,
manipulatif : 6) dirakam dan hasil rakaman dianalisis berdasarkan kreteria lakuan bagi memperoleh skor mentah
kajian. Skor mentah terendah adalah 0 dan tertinggi adalah 48. Subjek perlu melakukan ujian kemahiran lokomotor
terlebih dahulu dan diikuti dengan ujian kemahiran manipulatif. Skor mentah yang diperolehi ditranskripkan bagi
mendapatkan skor piawai lokomotor (SPL), skor piawai manipulatif (SPM), dan skor Gross Motor Development
Quotient (GMDQ). Skor-skor tersebut dianalisa secara deskriptif bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai
pembolehubah. Analisis ANOVA dijalankan bagi membandingkan min skot tahap perkembangan kemahiran motor
kasar murid mengikut lokasi sekolah berbeza. Dapatan: Hasil analisis deskriptif menunjukkan murid di lokasi luar
bandar (M= 98.4348, SD=10.268) memperoleh min yang paling tinggi untuk GMDQ berbanding dengan murid
sekolah bandar (M= 76.5217, SD=11.102) dan murid sekolah orang asli (M=85.000, SD=5.427). Murid di sekolah
bandar memperoleh skor yang paling rendah dalam tahap perkembangan motor kasar. Terdapat perbezaan yang
signifikan F (18, 50) = 1.790, p=0.05 bagi skor GMDQ antara sekolah lokasi bandar, luar bandar dan sekolah orang
asli. Analisis Post hoc menggunakan Games-Howell telah dijalankan bagi melihat perbezaan antara kumpulan
dengan lebih jelas. Perbezaan skor min yang tinggi berlaku antara murid sekolah luar bandar dan sekolah bandar
dengan nilai perbezaan 21.913 dan nilai perbezaan signifikan p= .001 sama dengan perbezaan antara sekolah luar
bandar dan sekolah orang asli dengan min 13.434 dan nilai perbezaan signifikan p= .001. Manakala perbezaan min
antara sekolah bandar dan sekolah orang asli adalah rendah dengan nilai min 8.478 dan nilai perbezaan signifikan p=
.007. Perbincangan:. Berdasarkan dapatan kajian, berlaku perkembangan motor kasar bagi setiap murid mengikut
lokasi sekolah namun perkembangan mereka masih tidak selari dengan umur kronologi. Skor GMDQ menunjukkan
bahawa perkembangan motor kasar semua murid dalam sekolah berbeza lokasi masih berada pada tahap bawah
purata.

Kata kunci : kemahiran motor kasar, kemahiran lokomotor, kemahiran manipulatif, orang asli.

Pendahuluan

Pertumbuhan fizikal sangat penting dipantau semasa kanak-kanak. Pada waktu ini pelbagai kemahiran motor akan
dipelajari dan dibina untuk mengharungi kehidupan yang lebih sempurna. Kemahiran pembelajaran motor juga
dianggap sebagai pencapaian seseorang dalam perkembangan motor secara keseluruhan. Pencapaian ini
berdasarkan kepada pemerolehan kemahiran motor dan pembolehubah yang akan meningkatkan atau menghalang
keupayaan untuk melakukan kemahiran motor (Haibach, Collier, & Reid, 2011) seperti kemampuan individu,
latihan, dan pengalaman. Menurut Sabrie Hussein (2007), kemahiran motor pula merujuk kepada pergerakan otot-
otot atau pergerakan badan yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu lakuan dengan jayanya. Tingkah laku
pergerakan manusia adalah penting dan merupakan satu keperluan persekitaran. Ia juga merangkumi gerak balas
dan persepsi yang diperoleh melalui pembelajaran.

1
Menurut Magill (2010), dengan kemahiran yang berbeza berdasarkan kumpulan saiz otot yang diperlukan untuk
melaksanakan kemahiran, beliau telah mewujudkan sebuah sistem untuk mengklasifikasikan kemahiran motor yang
ada. Terdapat dua kategori dalam kemahiran motor iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus.
Kemahiran motor kasar merupakan lakuan yang melibatkan kumpulan otot kasar atau besar dalam menghasilkan
pergerakan. Kemahiran motor halus pula merupakan kemahiranlakuan yang melibatkan kumpulan otot-otot halus
atau kecil dan sukar dilihat seperti lakuan menjahit yang menggunakan jari.

Selain itu, menurut Gabbard (2004), perkembangan motor dalam kehidupan manusia dibahagikan kepada beberapa
peringkat bagi memudahkan proses mengenal pasti perubahan dengan lebih baik dan menyeluruh iaitu pra kelahiran,
bayi, kanak-kanak (peringkat awal kanak-kanak dan peringkat akhir kanak-kanak), remaja dan dewasa. Pada
peringkat umur dua hingga tujuh tahun kanak-kanak berada dalam peringkat perkembangan pergerakan asas
(Gallahue & Ozmun, 2002). Kemahiran pergerakan asas bagi kanak-kanak ini adalah kesinambungan kepada
perkembangan kemahiran pada peringkat bayi. Pada peringkat inilah kanak-kanak begitu aktif dalam menguasai dan
bereksperimen dengan potensi dan kebolehan tubuh mereka.

Kemahiran motor asas adalah pergerakan asas yang melibatkan gabungan corak pergerakan dua atau lebih segmen
badan dan pergerakan yang dapat diperhatikan. Mengikut Gabbard (2008), terdapat tiga kategori kemahiran
pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif. Dalam pergerakan lokomotor, tubuh
akan digerakkan dari satu titik ke titik yang lain. Contohnya, berjalan, berlari, melompat, gallop dan gelongsor. Bagi
pergerakan bukan lokomotor pula, ia adalah pergerakan kestabilan di mana paksi badan berputar di sekitar titik
tetap. Sebagai contohnya, seperti membongkok, regangan, berpusing, membelok dan mengangkat bebanan.
Pergerakan manipulatif dirujuk berdasarkan kuasa yang dialirkan kepada objek atau diterima daripada objek.
Contohnya, kemahiran membaling, menangkap, menendang, menggolek, dan menggelecek. Secara tidak langsung,
kemahiran pergerakan asas ini dapat meningkatkan interaktif antara individu dengan mengetahui tahap kemampuan,
kehendak dan keperluan mereka melalui kemahiran motor, kognitif dan sosial.

Kemahiran motor juga memainkan peranan penting dalam fungsi sosial dan emosi kanak-kanak dan boleh memberi
kesan kepada kualiti hidup dan kesejahteraan (Houwen, Visscher, Lemmink, & Hartman, 2008). Jika pergerakan
kanak-kanak terhad, fungsi sosial dan emosi kanak-kanak tidak berkembang dengan baik. Kanak-kanak akan
menjadi seorang yang pasif dan memberi kesan kepada kualiti serta kesejahteraan hidup mereka pada masa yang
akan datang. Kemahiran motor saling berkait rapat dengan pergerakan. Kanak-kanak yang normal mempunyai tahap
perkembangan kemahiran motor yang sangat drastik mengikut peningkatan umur. Penggunaan kemahiran motor
kasar dan halus kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan kognitif, peningkatan koordinasi mata dan
kaki serta tangan serta keseimbangan badan kanak-kanak. Semakin banyak pergerakan kanak-kanak semakin banyak
kanak-kanak mempelajari sesuatu perkara yang baru bagi mereka.

Kajian perkembangan motor, memperlihatkan perubahan dalam tingkah laku motor yang dipengaruhi oleh sistem
biologi dan faktor-faktor persekitaran (Gabbard, 2008). Perubahan dalam konteks ini biasanya bermaksud
pemerhatian pertumbuhan iaitu perubahan dalam saiz dan pembangunan perubahan dalam tahap fungsi terhadap
masa. Pembangunan tahap perkembangan motor adalah satu faktor penting dalam tingkah laku kanak-kanak samada
mereka berada di bandar, luar bandar mahu pun di sekolah orang asli.

Kawasan bandar merupakan kawasan yang diwartakan serta kawasan tepu bina yang bersempadan dengannya dan
gabungan kedua-dua kawasan ini sekurang-kurangnya mempunyai penduduk seramai 10000 orang dan 60%
penduduknya berumur 15 tahun ke atas dan menjalankan aktiviti yang bukan pertanian (Jabatan Perangkaan
Malaysia). Contoh kawasan bandar di negara kita adalah bandar Kuala Lumpur. Kuala Lumpur juga merupakan ibu
negara dan bandar terbesar di Malaysia.

Kawasan luar bandar pula merupakan kawasan yang majoriti penduduknya menjalankan aktiviti pertanian. Aktiviti
pertanian merangkumi semua aktiviti seperti penangkapan, pengumpulan, pembiakan haiwan laut, pertanian dan
pembalakan. Salah satu contoh bagi kawasan luar bandar di Malaysia adalah Pakan di Sarawak.

Orang asli secara asasnya adalah satu kumpulan kecil/ kaum minoriti di Malaysia. Masyarakat orang asli merupakan
masyarakat pribumi terawal yang menduduki tanah semenanjung Malaysia. Istilah “Orang Asal” (Original People)

2
dan selepas itu “orang asli digunakan di zaman darurat iaitu antara tahun 1948 hingga 1960 oleh pihak British bagi
tujuan memujuk orang asli membantu pihak kerajaan memerangi ancaman komunis (Nicholas, 2003). Majoriti
daripada mereka tinggal di kawasan hutan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional yang banyak dipengaruhi
oleh alam sekitar dan amalan warisan tinggalan nenek moyang mereka. Kanak-kanak orang asli mempunyai tahap
kecergasan fizikal yang baik namun tahap perkembangan motor kasar mereka masih lagi pada tahap yang lemah.
(Asraff & Halijah, 2019). Kemahiran motor kasar diperolehi pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak dan
kemahiran tersebut semakin matang mengikut umur mereka Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
perkembangan motor kasar kanak-kanak. Antaranya adalah faktor tempat tinggal (Aye, Oo, Khin, Kuramoto-Ahuja,
& Maruyama, 2017), kemudahan fizikal (Azlan & Arifin, 2015) dan tahap kecergasan (Syukran, Syariff, & Tan,
2013).

Faktor tempat tinggal dalam kajian (Aye et al., 2017) menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam tahap
perkembangan motor kasar kanak-kanak. Peserta dalam kajian tersebut berasal dari kawasan bandar dan luar bandar.
Kanak-kanak dari kawasan bandar menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak kawasan luar bandar
dalam kemahiran manipulatif. Hal ini kerana sekolah di kawasan bandar dibekalkan fasiliti yang lebih lengkap
berbanding dengan kawasan luar bandar. Beberapa kajian telah dilakukan bagi mengkaji hubungan antara tempat
tinggal (bandar atau luar bandar) dan kecergasan fizikal dalam kalangan remaja serta kanak-kanak di seluruh dunia,
dan antaranya adalah negara Amerika Syarikat, Turki, Switzerland, Cyprus, Greece, Mexico, Australia dan Oman.
Hasil dapatan dari kajian tersebut menunjukkan bahawa keputusan yang tidak konsisten (Syukran, et al., 2013).

Selain itu, faktor kemudahan fizikal juga memberi kesan kepada perkembangan motor kanak-kanak. Kajian Azlan &
Arifin (2015) mendapati faktor kekurangan kemudahan dan gelanggang sukan menjadi halangan utama pelaksanaan
Pendidikan Jasmani di sekolah orang asli. Oleh itu, kemudahan yang lengkap dapat menarik minat kanak-kanak
untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran Pendidikan Jasmani ataupun aktiviti fizikal. Menurut
Kilue & Muhamad (2017), Pendidikan Jasmani dapat membantu meningkatkan kemampuan pelajar melalui aktiviti
fizikal, sosial, emosi dan kognitif. Kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti fizikal menunjukkan prestasi
kemahiran motor yang lebih baik (Niemistö et al., 2019). Dapatan ini juga disokong oleh kajian Haga, (2008) yang
melaporkan terdapat korelasi yang signifikan antara motor kompetensi dan kecergasan fizikal.

Kemahiran motor kasar kanak-kanak seharusnya berkembang secara sekuen seiring dengan umur kronologi (Ulrich,
2000). Kebanyakan kajian yang dilakukan lebih kepada mengukur perbezaan perkembangan motor kasar kanak-
kanak dari segi perbezaan umur, kawasan sekolah dan perbezaan antara kaum Melayu, Cina dan India (Amri, Ujang,
Norjali Wazir, & Ismail, 2012). Selain itu, kajian yang sering dilakukan tentang perkembangan motor kasar kanak-
kanak kawasan bandar dan luar bandar (Singh & Koh, 2018). Seterusnya tentang perbezaan tahap antara kanak-
kanak peringkat awal persekolahan dan prasekolah. Di Malaysia, kurang kajian yang dibuat berdasarkan perbezaan
kanak-kanak sekolah bandar, luar bandar dengan sekolah orang asli. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui
tentang perkara-perkara berikut iaitu : (i) mengukur skor tahap perkembangan kemahiran motor kasar (GMDQ)
kanak-kanak sekolah bandar, luar bandar dan sekolah orang asli dan (ii) mengukur perbezaan skor perkembangan
motor kasar (GMDQ) antara kanak-kanak sekolah bandar, luar bandar dengan sekolah orang asli.

Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan untuk pelajar dan ibu bapa. Berdasarkan keputusan ujian,
pelajar dan ibu bapa dapat mengetahui tahap perkembangan kemahiran motor kasar yang diuji. Hasil daripada
dapatan kajian ini dapat membantu individu dan ibu bapa tersebut untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi
meningkatkan tahap perkembangan kemahiran motor kasar agar perkembangan ini selari dengan perkembangan
umur kronologi kanak-kanak. Maklum balas ujian kemahiran motor ini juga dapat meningkatkan semangat kanak-
kanak untuk terus berusaha mengekalkan dan meningkatkan lagi tahap prestasi kemahiran motor yang sebenar.

Methodologi

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk ex-post facto kerana sampel atau kumpulan kajian tidak dikelaskan secara
rawak. kajian lapangan terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak telah dilakukan mengikut kawasan iaitu
sekolah bandar, luar bandar dan sekolah orang asli. Ujian yang dilakukan adalah ujian kemahiran lokomotor dan
ujian kemahiran manipulatif. Melalui kaedah ini juga, penyelidik dapat mengetahui tahap perkembangan motor
kasar dalam bentuk skor Gross Motor Developmen Quotient (GMDQ). Subjek kajian adalah terdiri daripada 69

3
orang kanak-kanak (sekolah bandar:23, sekolah luar bandar: 23, sekolah orang asli: 23). Subjek adalah terdiri
daripada kanak-kanak perempuan dan juga kanak-kanak lelaki.

Dalam menghasilkan kajian ini, Test of Gross Motor Development 2 (TGMD-2) yang mempunyai nilai Cronbach’s
alpha 0.69 untuk 12 ujian kemahiran (kemahiran lokomotor = 0.46, kemahiran manipulatif = 0.64) telah digunakan
sebagai alat pengujian terhadap subjek yang telah dipilih secara pensampelan bertujuan. Tahap kemahiran serta
keupayaan motor kasar kanak-kanak diuji berdasarkan berdasarkan umur kronologi setiap subjek.

Instrumen TGMD-2 ini mengukur 12 kemahiran asas dan dibahagikan kepada enam kemahiran lokomotor (lari
pecut, lenting, lari sisi, lompat jauh berdiri, lompat sebelah kaki, gallop) dan enam kemahiran manipulatif
(menangkap, menendang, membaling bola, menggolek bola, mengguling bola, memukul bola pegun, melantun
bola). Setiap kemahiran lokomotor dan manipulatif mempunyai kriteria-kriteria yang telah ditentukan. Jika kriteria
dapat dicapai, maka skor satu akan diberikan dan skor kosong jika kreteria tidak dapat dicapai. Data mentah
merupakan jumlah markah yang diperoleh daripada setiap sub-ujian yang dilakukan berdasarkan kreteria kemahiran
lokomotor dan kemahiran manipulatif. Daripada jumlah skor hasil daripada 12 kemahiran tersebut, ia dapat
menunjukkan tahap perkembangan motor kasar setiap sekolah yang dikaji mengikut lokasi.

Dalam proses melakukan ujian, penyelidik perlu menyediakan alatan yang cukup dan tempat yang sesuai pada hari
pengumpulan data. Pada permulaan proses pengumpulan data, taklimat ringkas tentang proses ujian telah diberikan
kepada lima orang pembantu penyelidik supaya setiap arahan dan tugasan dapat difahami dengan jelas dan proses
penyediaan stesen ujian dan kedudukan kamera dilakukan dengan betul. Semua alatan dipastikan berfungsi dengan
baik sebelum ujian bermula. Sebelum ujian dijalankan, 69 orang subjek kajian dikehendaki mengisi borang
maklumat diri yang mengandungi maklumat seperti berikut: nama, tarikh lahir, jantina, tarikh ujian dan kebenaran
dari penjaga dengan menandatangani ruang nama dan tanda tangan penjaga. Setiap subjek perlu melakukan semua
ujian pada setiap stesen ujian yang telah ditetapkan.
Proses menjalankan ujian kemahiran motor kasar ini akan didahului dengan demontrasi oleh penunjuk ajar supaya
ujian yang perlu dilakukan oleh subjek dapat dibuat dengan lakuan yang betul. Selepas itu, sesi ujian dimulakan
dengan melakukan ke semua kemahiran lokomotor sebelum beralih kepada ujian kemahiran manipulatif. Setiap
pergerakan kemahiran yang dilakukan oleh subjek adalah dirakam. Setelah selesai semua ujian, penyelidik akan
menganalisa rakaman video untuk mendapatkan skor mentah. Semua skor mentah akan direkodkan dalam borang
skor. Rakaman video yang diperolehi dari kamera dipindahkan ke computer Dell dan dikumpulkan dalam satu folder
mengikut jenis lokasi sekolah. Apabila semua skor mentah bagi ujian lokomotor dan ujian kawalan objek telah
diperolehi, skor tersebut hendaklah terlebih dahulu perlu ditukarkan kepada skor piawai untuk mengklasifikasikan
pencapaian kemahiran motor kasar kanak-kanak. Selepas skor mentah bagi kedua-dua ujian ditukar menjadi skor
piawai kedua-dua skor piawai hendaklah dicampurkan bagi mendapatkan nilai Gross Motor Developmen Quotient.
Seterusnya dapat mengetahui tahap kemahiran motor kasar kanak-kanak (Jadual 1) samada pada tahap yang sangat
bagus, bagus, atas sederhana, sederhana, bawah sederhana, lemah atau pada tahap sangat lemah.

Jadual 1. Tahap Perkembangan Motor Kasar

Penilaian Deskriptif Skor Piawai Kemahiran Motor Skor


Kasar Persentil
Sangat Bagus >130 99th
Bagus 121-130 92th — 98th
Sederhana Tinggi 111-120 76th — 9Ith
Sederhana 90-110 25th — 75th
Sederhana Rendah 80-89 10th — 24th
Lemah 70-79 2th — 8th
Sangat Lemah <70 <1th

4
Dapatan

Dapatan kajian dihuraikan mengikut objektif kajian yang telah ditetapkan.

Apakah skor tahap perkembangan motor kasar (GMDQ) murid sekolah bandar, luar bandar dengan sekolah
orang asli?
Analisis ini bertujuan untuk menentukan tahap perkembangan motor kasar dalam kalangan murid dari sekolah
bandar, luar bandar dan orang asli. Kaedah deskriptif menghasilkan nilai min (M) dan sisihan piawai (SD)
berdasarkan skor Gross Motor Developmen Quotient (GMDQ). Merujuk pada Jadual 2, secara kesuluruhannya min
untuk skor GMDQ ialah (M=86.6552,SD=12.888). Sekolah luar bandar (M= 98.4348, SD=10.268) memperoleh
min yang paling tinggi untuk skor GMDQ berbanding dengan bandar (M= 76.5217, SD=11.102) dan sekolah orang
asli (M=85.000, SD=5.427). Ini menunjukkan sekolah bandar memperoleh skor GMDQ yang paling rendah
berbanding skor GMDQ bagi murid sekolah luar bandar dan sekolah orang asli. Dapatan ini juga menunjukkan
murid sekolah luar bandar mencapai tahap purata diikuti dengan sekolah orang asli mencapai tahap di bawah
purata dan pencapaian tahap lemah bagi murid sekolah bandar berdasarkan descriptive rating untuk GMDQ.
Secara keseluruhannya, pencapaian tahap perkembangan motor kasar (GMDQ) antara murid sekolah bandar, luar
bandar dan sekolah orang asli adalah berada di tahap bawah purata.

Jadual 2. Statistik deskriptif bagi skor GMDQ keseluruhan bagi setiap sekolah

Sekolah N Mean SD Descriptive rating

Bandar 23 76.5217 11.102 Lemah

Luar Bandar 23 98.4348 10.268 Purata

Orang Asli 23 85.0000 5.427 Bawah Purata

Jumlah 69 86.6552 12.888 Bawah Purata


Nota. N= Bilangan subjek, GMDQ= gross motor development quotient

Adakah terdapat perbezaan skor GMDQ murid dari sekolah bandar, luar bandar dengan sekolah orang
asli?

Berdasarkan analisis deskriptif dalam Jadual 2, min skor GMDQ bagi sekolah luar bandar adalah paling tinggi
berbanding dua sekolah yang lain dengan nilai (M=98.4348). Merujuk kepada Jadual 3, terdapat perbezaan yang
signifikan F (18, 50) = 1.790, p=0.05 bagi skor GMDQ antara sekolah bandar, luar bandar dan orang asli. Oleh sebab
terdapat perbezaan signifikan, maka analisis perbandingan kumpulan perlu dijalankan.

Jadual 3. Analisis Inferensi bagi skor GMDQ menggunakan ujian Anova

Sum of Squares df Mean Square F Sig.


Antara kumpulan 18.024 18 1.001 1.790 .05
Dalam kumpulan 27.976 50 .560

Jumlah 46.000 68

5
Post hoc analisis menggunakan Games-Howell telah dijalankan bagi melihat perbandingan antara kumpulan dengan
lebih jelas. Analisis Games-Howell digunakan kerana ujian homogeneity of varience menggunakan Levene Statistic
menujukkan nilai yang siginifikan (p=0.005).

Jadual 4. Analisis perbandingan kumpulan (Post Hoc Analysis) bagi skor GMDQ menggunakan
Games-Howell
Sekolah Sekolah Mean Difference
(I) (J) (I-J) Std. Error Sig.

Bandar Luar Bandar -21.91304* 3.15333 .000


Orang Asli -8.47826* 2.57678 .007
Luar Bandar Bandar 21.91304* 3.15333 .000
Orang Asli 13.43478* 2.42176 .000
Orang Asli Bandar 8.47826* 2.57678 .007
Luar Bandar -13.43478* 2.42176 .000

Merujuk pada Jadual 4, skor GMDQ bagi tiga kumpulan murid di lokasi yang berbeza menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan antara satu sama lain. Perbezaan skor min yang tinggi berlaku antara sekolah luar bandar
dengan sekolah bandar dengan nilai perbezaan 21.913 dan nilai perbezaan signifikan p= .001 sama dengan
perbezaan antara sekolah luar bandar dengan sekolah orang asli dengan min 13.434 dan nilai perbezaan signifikan
p= .001. Manakala perbezaan min antara sekolah bandar dengan sekolah orang asli adalah rendah dengan nilai min
8.478 dan nilai perbezaan signifikan p= .007 sekaligus menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan
dalam skor GMDQ antara ketiga-tiga sekolah berbeza lokasi.

Perbincangan Perkembangan kemahiran motor kasar kanak-kanak.

Perkembangan kemahiran motor kasar merupakan perubahan yang progresif dalam tingkah laku pergerakan dan
berlaku sepanjang kitaran hidup manusia (Gallahue & Ozmun, 2006). Menurut Asraff dan Halijah (2019),
kemahiran motor kasar diperolehi pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak dan kemahiran tersebut semakin
matang mengikut umur mereka. Penguasaan kemahiran motor amat penting dalam perkembangan dan pembangunan
awal kanak-kanak. Fungsi harian kanak-kanak bergantung kepada tahap penguasaan kemahiran motornya (Harun,
Haron, Ibrahim, Kamaruddin, & Abd Rahman, 2015). Hasil kajian ini telah menjawab persoalan kajian yang
ditimbulkan iaitu tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak sekolah bandar, luar bandar dan sekolah orang asli
yang berumur 9 hingga 10 tahun serta perbezaan perkembangan kemahiran motor kasar kanak-kanak antara sekolah
berbeza lokasi.

Perbandingan Tahap Perkembangan Kemahiran Motor Kasar Antara Sekolah berbeza lokasi.
Berdasarkan kajian tahap perkembangan kemahiran motor kasar yang melibatkan 69 orang kanak-kanak dari
sekolah bandar, luar bandar dan sekolah orang asli, dapatan menunjukkan nilai min tahap perkembangan kemahiran
lokomotor sekolah luar bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak dari sekolah orang asli dan
sekolah bandar. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran tempat tinggal. Kehidupan di luar bandar
berbeza dengan kehidupan di bandar. Di kawasan luar bandar kanak-kanak masih mengamalkan corak kehidupan
kampung. Mereka sering keluar bermain tanpa mengira masa dan bermain pelbagai jenis permainan kanak-kanak.
Fenomena ini berbeza dengan kanak-kanak di kawasan bandar kerana faktor ruang dan kawasan yang kurang
selamat. Menurut Chow & Louie (2013), keluasan kawasan aktiviti fizikal turut mempengaruhi perkembangan

6
motor kanak-kanak terutamanya kemahiran lokomotor. Kanak-kanak sekolah orang asli juga menunjukkan prestasi
kemahiran motor yang lemah berbanding dengan kawasan sekolah luar bandar. Hal ini mungkin disebabkan oleh
faktor persekitaran yang tidak dapat dielakkan seperti sampel kurang didedahkan dengan kemahiran motor kasar
yang diuji (Singh & Koh, 2018). Justeru itu, kanak-kanak mungkin mendapat skor yang rendah apabila hanya
menyaksikan tunjuk cara sebelum menjalankan ujian ini.

Selain itu, didapati nilai min skor GMDQ bagi kanak-kanak sekolah luar bandar adalah lebih baik daripada kanak-
kanak sekolah bandar dan sekolah orang asli. Berdasarkan Jadual 3, terdapat perbezaan signifikan dalam skor
GMDQ antara kanak-kanak ketiga-tiga sekolah berbeza lokasi ini. Hasil kajian ini bertentangan dengan hasil kajian
yang dilakukan oleh Asraff dan Halijah (2019) di mana tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor GMDQ
antara kanak-kanak Orang Asli yang berumur sepuluh tahun di Kelantan dengan Johor. Merujuk kepada Jadual 2,
GMDQ Standard Score (Ulrich, 2000), menunjukkan kanak-kanak luar bandar berada dalam kategori purata
(average). Selari dengan kajian Singh & Koh (2018) menunjukkan kanak-kanak sekolah luar bandar yang berumur
tujuh tahun mempunyai tahap perkembangan kemahiran motor kasar yang lebih baik daripada sekolah bandar.
Manakala kanak-kanak sekolah orang asli berada dalam kategori bawah purata (below average). Hasil kajian ini
selari dengan kajian Ariff & Ibrahim (2017) yang menunjukan murid orang asli yang berumur tujuh, lapan, dan
sembilan tahun mempunyai tahap perkembangan kemahiran motor kasar yang lemah.

Perkembangan kemahiran motor kasar kanak-kanak sekolah luar bandar dikatakan berada dalam perkembangan
yang normal, manakala kanak-kanak sekolah orang asli dan bandar mempunyai perkembangan motor yang lemah.
Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian-kajian lepas yang menunjukkan tahap kemahiran motor kasar kanak-
kanak masih lemah. Kajian yang dilakukan oleh Singh dan Koh (2018) menunjukkan kanak-kanak yang berusia
tujuh tahun juga mengalami masalah dalam perkembangan motor. Borhannudin, Saidon Amri, Kok dan Aris Fazil
dalam buku Kajian Sukan di Malaysia (Soh, Mohd Rozilee Wazir, & Chee, 2014) juga mengatakan tahap kemahiran
motor kasar kanak-kanak di Malaysia adalah meningkat tetapi tidak mengikut umur kronologi yang sepatutnya.
Menurut beliau, kemungkinan kegagalan peningkatan perkembangan turut dipengaruhi oleh penerimaan latihan dan
intervensi yang kurang sesuai dalam program Pendidikan Jasmani yang dijalankan. Hal ini menyebabkan kemahiran
motor kasar seperti berlari, melompat dan lain-lain tidak dapat diperkembangkan dengan cara yang betul.
Hakikatnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat menguasai kemahiran motor kasar yang betul mengikut umur
kronologinya.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kanak-kanak sekolah luar bandar mencapai tahap purata dan lebih baik berbanding dengan
kanak-kanak sekolah orang asli dan sekolah bandar. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan
skor GMDQ antara kanak-kanak sekolah bandar, luar bandar dengan orang asli. Sesungguhnya, dapatan kajian ini
dapat membantu para guru, ibu bapa dan institutsi yang terlibat dalam mengesan bakat awal kanak-kanak untuk
digilap dan dialirkan ke bidang sukan yang bersesuaian. Perkembangan motor kanak-kanak yang tidak mengikut
umur kronologinya akan mendatangkan kesan negatif dari segi kehidupan harian. Contohnya, kanak-kanak yang
gagal menguasai sesuatu kemahiran motor dengan baik menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menyertai sukan atau
aktiviti fizikal yang diminatinya (Singh & Koh, 2018). Sememangnya tidak dinafikan bahawa perkembangan
kemahiran motor kasar dipengaruhi pelbagai faktor, namun kajian-kajian lampau juga membuktikan tahap
perkembangan motor kasar seseorang dapat diperbaiki dengan mengatasi kekangan-kekangan jika kita dapat
mengaplikasikan Teori Sistem Dinamik dalam merangka progrem intervensi perkembangan kemahiran motor kasar
untuk mereka.

Oleh itu, beberapa cadangan disenaraikan untuk memastikan kanak-kanak menguasai kemahiran motor kasar
mengikut tahap perkembangan umur mereka. Pertama sekali, guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
aktiviti bagi menarik minat kanak-kanak untuk melakukan aktiviti. Guru perlu berfikir secara kreatif dan kritis bagi
meningkatkan penglibatan murid dalam Pendidikan Jasmani untuk meningkatkan kemahiran motor kasar murid.
Guru juga perlu memperbanyakkan latihan dan memberi pengulangan dan pengukuhan bermula dari peringkat
mudah kepada yang lebih kompleks selari dengan prinsip perkembangan motor kanak-kanak. Latihan secara
pengulangan dan bermula daripada aktiviti mudah kepada sukar dapat meningkatkan lagi tahap penguasaan
kemahiran motor kasar kanak-kanak. Guru yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran khususnya Pendidikan
Jasmani perlu menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman berkaitan dengan pemgukuran kemahiran motor kasar
agar dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran ataupun di luar bilik darjah. Tanpa ilmu

7
pengetahuan yang mendalam, seseorang guru tidak dapat mengajar kanak-kanak dengan langkah ansur maju
berdasarkan kreteria lakuan yang betul dalam menguasai kemahiran motor kasar tersebut.

Selain itu, aktiviti fizikal yang sesuai juga boleh dicadangkan kepada murid-murid untuk membantu peningkatan
perkembangan kemahiran motor kasar mereka. Berlaku peningkatan dalam tahap perkembangan motor kasar kanak-
kanak awal persekolahan sekiranya kanak-kanak diberikan latihan intervensi yang betul dan sesuai (Rine et al.,
2004). Sebagai contoh, aktiviti fizikal seperti adaptasi permainan tradisional boleh diperkenalkan kepada murid
untuk membantu meningkatkan skor perkembangan motor kasar kanak-kanak. Contohnya permainan tradisional “
pukul berapa dato harimau?” di mana kanak-kanak perlu mengaplikasikan kemahiran berlari dalam permainan
tersebut. Menurut Borhannudin, Saidon, Kok dan Fazil dalam buku Kajian Sukan di Malaysia, berlakunya
peningkatan dalam perkembangan motor kasar bagi murid sembilan tahun dari tahap sangat lemah (65.22) ke tahap
sederhana (89.22) dalam skor GMDQ apabila satu aktiviti fizikal yang sesuai dicadangkan (Soh et al., 2014). Dalam
kajian tersebut, adaptasi permainan tradisional yang dicadangkan berjaya meningkatkan tahap perkembangan motor
kasar murid-murid berdasarkan kesetaraan umur.

Bakal guru kurang mendapatkan pendedahan tentang ujian TGMD terutamanya guru sekolah rendah. Apabila tiada
pelaksanaan tentang ujian TGMD, tahap kemahiran motor kasar kanak-kanak tidak dapat diukur dan dikesan pada
peringkat awal, manakala invertensi juga tidak dapat dijalankan. Hal ini menyebabkan murid yang mengalami
masalah kelewatan kemahiran motor kasar tidak dapat menjalankan latihan untuk meningkatkan kemahiran motor
kasar tersebut. Justeru itu, pihak yang berkenaan perlu memperkenalkan ujian TGMD di peringkat awal
persekolahan bagi mengukur tahap kemahiran motor kasar kanak-kanak di samping mencungkil bakat kanak-kanak
yang berpotensi dalam bidang sukan. Pertumbuhan dan perkembangan motor adalah satu proses yang berterusan.
Oleh itu, pihak kerajaan, guru-guru khususnya guru Pendidikan Jasmani dan ibu bapa harus memainkan peranan
dalam konteks masing-masing agar dapat memastikan kanak-kanak mencapai tahap perkembangan motor kasar
yang seiring dengan umur kronologinya dan dapat menyumbang kepada prestasi negara melalui pembangunan sukan
yang aktif.

Rujukan

Amri, S., Ujang, A. F., Norjali Wazir, M. R. W., & Ismail, A. N. (2012). Anthropometric Correlates Of Motor
Performance Among Malaysian University Athletes. Movement, Health & Exercise.
https://doi.org/10.15282/mohe.v1i0.1

Ariff, A., & Ibrahim, H. (2017). Perkembangan motor kasar di kalangan murid orang asli berumur tujuh, lapan dan
sembilan tahun di daerah Gua Gusang Kelantan. Movement, Health & Exercise.
https://doi.org/10.15282/mohe.v6i2.150

Asraff, A., & Halijah, I. (2019). Tahap perkembangan motor kasar dalam kalangan murid orang asli di Kelantan dan
Johor. Retrieved November 26, 2019, from Malaysian Journal of Movement, Health & Exercise website:
http://mohejournal.com/index.php/mohe/article/view/MoHE Vol 8%282%29_9 ID200/142

Aye, T., Oo, K. S., Khin, M. T., Kuramoto-Ahuja, T., & Maruyama, H. (2017). Gross motor skill development of 5-
year-old Kindergarten children in Myanmar. Journal of Physical Therapy Science.
https://doi.org/10.1589/jpts.29.1772

Azlan, W. I. W., & Arifin, M. T. (2015). Hubungan Faktor Penghalang Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam
Pendidikan Jasmani Di Sekolah Menengah.

Chow, B. C., & Louie, L. H. T. (2013). Difference in Children’s Gross Motor Skills between Two Types of
Preschools. Perceptual and Motor Skills. https://doi.org/10.2466/25.06.10.PMS.116.1.253-261

Gabbard, C. (2004). Lifelong motor development. Benjamin Cummings.

Gabbard, C. (2008). Lifelong motor development. Pearson Benjamin Cummings.

8
Gallahue, D. L., & Ozmun, J. C. (2002). Understanding motor development: Infants, children, adolescents, adults. In
Pediatrics. https://doi.org/10.1542/peds.2006-0742

Haga, M. (2008). The relationship between physical fitness and motor competence in children. Child: Care, Health
and Development. https://doi.org/10.1111/j.1365-2214.2008.00814.x

Haibach, P., Collier, D., & Reid, G. (2011). Motor Learning and Development. Brockport Bookshelf.

Harun, H., Haron, H. N., Ibrahim, H., Kamaruddin, A., & Abd Rahman, R. (2015). Motor Competency of Orang
Asli Children from the Royal Belum Rainforest Reserves. International Journal of Economics and Financial Issues,
5, 40–44.Retrieved from tps://www.researchgate.net/publication/282307848_Motor_competency_of_orang_asli_
children_from_the_royal_Belum_rainforest_reserves

Houwen, S., Visscher, C., Lemmink, K. A. P. M., & Hartman, E. (2008). Motor skill performance of school-age
children with visual impairments. Developmental Medicine and Child Neurology, 50(2), 139–145.
https://doi.org/10.1111/j.1469-8749.2007.02016.x

Jabatan kemajuan orang asli (JOKOA). (2001). Akta & Perundangan. Retrieved November 28, 2019, from
https://www.jakoa.gov.my/orang-asli/akta-134-akta-orang-asli-1954/

Kilue, D., & Muhamad, T. A. (2017). Cabaran Pengajaran Subjek Pendidikan Jasmani Di Sekolah Menengah Di
Malaysia [Challenges In The Teaching Of Physical Education Subject In Malaysian Secondary Schools]. Journal of
Nusantara Studies (JONUS), 2(2), 53. https://doi.org/10.24200/jonus.vol2iss2pp53-65

Magill, R. (2010). Motor Learning and Control. McGraw-Hill Publishing.

Nicholas, C. (2003). The Orang Asli: first on the land, last in the plan. Kajian Malaysia, XXI(1&2), 315–329.

Niemistö, D., Finni, T., Haapala, E. A., Cantell, M., Korhonen, E., & Sääkslahti, A. (2019). Environmental
correlates of motor competence in children-the skilled kids study. International Journal of Environmental Research
and Public Health. https://doi.org/10.3390/ijerph16111989

Rine, R. M., Braswell, J., Fisher, D., Joyce, K., Kalar, K., & Shaffer, M. (2004). Improvement of motor
development and postural control following intervention in children with sensorineural hearing loss and vestibular
impairment. International Journal of Pediatric Otorhinolaryngology. https://doi.org/10.1016/j.ijporl.2004.04.007

Sabrie Hussein. (2007). Tahap kecergasan fizikal berdasarkan kemahiran motor pelajar yang berumur 12 tahun di
sekolah-sekolah daerah Kota Kinabalu /.

Singh, Y. K. M., & Koh, D. C. L. (2018). Tahap Perkembangan Motor Kasar Dikalangan Kanak-kanak di Daerah
Kuala Pilah Negeri Sembilan. Movement Health & Exercise, 7(1).

Syukran, M, A, K., Syariff, A, A, T., & Tan, K. (2013). Faktor mempengaruhi tahap kecergasan dalam kalangan
remaja dan kanak-kanak di kawasan bandar dan luar bandar: kajian ulasan. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan
Jasmani.

Ulrich, D. (2017). The Test of Gross Motor Development-3 (TGMD-3): Administration, Scoring, & International
Norms. Hacettepe Journal of Sport Sciences.

Zainol Abidin Idid, S., & Badan Warisan Malaysia. (1995). Pemeliharaan warisan rupa bandar : panduan
mengenali warisan rupa bandar berasaskan inventori bangunan warisan Malaysia. Badan Warisan Malaysia.

9
10

You might also like