Esei Gkko

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Konsep asas dan kesejahteraan diri menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

(1948), kesihatan ialah sihat daripada aspek fizikal, mental dan sosial bukan sekadar
terbebas daripada penyakit, kecacatan dan kecederaan. Manakala, menurut Hoyman
(1962), kesihatan ialah keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna,
produktif dan kreatif. Di samping itu, menurut Dubos R. (1968), kesihatan merupakan kualiti
hidup yang melibatkan social, mental, spiritual dan kecergasan biological individu hasil
daripada adaptasi individu terhadap persekitaran. Berdasarkan dengan pernyataan diatas
jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya penjagaan kesejahteraan diri agar dapat
menjalani hidup aman dengan dari segi aspek rohani dan jasmani yang sihat.

Bagi mencapai semua matlamat dalam asas kesejahteraan kesihatan dalaman dan luaran
adalah penting bagi seseorang individu melaksanakan aktiviti dengan baik. Pepatah arab
ada mengatakan “Al-'aqlus salim fil jismis salim” iaitu Akal yang sihat itu ada pada badan
yang cergas. Dengan tubuh badan yang sihat momentum kesejahteraan diri akan meningkat
dan dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menjadi sumbang saran kepada kesihatan
diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pemakanan seimbang ialah pemakanan yang memenuhi segala keperluan oleh badan
kita. Dengan pengambilan pemakanan seimbang itu hendaklah mengandungi protein,
vitamin, karbohidrat, nutrient, asid lemak, mineral dan lain-lain lagi. Namun, sejak
kebelakangan ini masyarakat kita tidak mengambil serius terhadap pengambilan makanan
seimbang dan lebih memilih untuk mengambil makanan segera. Dengan peredaran masa
kini yang semakin cepat, untuk pengambilan makanan seimbang semakin kurang atas
faktor pekerjaan, dan persekitaran budaya masyrakat amnya. Bukan itu sahaja, berdasarkan
pemerhatian yang telah dibuat, pertambahan restoran atau gerai makan makanan segera
tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Kesan pembukaan restoran-restoran makanan ringan semakin mendapat perhatian


kerana penyediannya yang cepat dan senang untuk dimakan. Bagi penduduk yang tinggal
kawasan bandar, atas faktor kesibukkan bekerja dan kesuntukan masa untuk memasak,
makanan ringan lebih mudah diperoleh dengan adanya perkhidmatan e-hailing yang
menyediakan segala bentuk keperluan makanan.

Menurut Peace World for Health (2016), antara faktor implikasi pengabaian
pengambilan makanan seimbang ialah akan mengakibatkan mengurangkan keupayaan kita
untuk menjalani kehidupan yang sihat dan aktif. Untuk jangka masa yang pendek,
pengabaian pengambilan makanan seimbang boleh menyumbang kepada tekanan,
keletihan dan keupayaan kita untuk bekerja dengan normal dalam seharian Bukan itu
sahaja, boleh menyumbang kepada risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit dan
masalah kesihatan lain.

Kesan pengabaian pengambilan makanan tidak seimbang seterusnya ialah berat badan
berlebihan atau obesiti dan kelaparan. Namun, masalah kesihatan bukan sahaja berpunca
daripada ketiadaan makanan tetapi juga daripada pengambilan makanan yang berlebihan
(Waterlander 2017). Walaupun mungkin ada beberapa faktor genetic yang terlibat, tetapi
sebab-sebab utama ialah makan makanan atau minuman yang terlalu banyak atau
makanan ringan tanpa kawalan. Gaya pemakanan global amat membimbangkan. Bilangan
orang obesity dan berat badan berlebihan meningkat kepada 2.1 juta pada tahun 2013 (Ng
2014).

Tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi juga merupakan kesan pengabaian
pengambilan makanan seimbang kepada tubuh badan kita. Kajian telah menunjukkan
bahawa pengambilan garam dan natrium yang tinggi serta pengambilan kalium yang rendah
disebabkan oleh tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang cukup dan pengambilan
alcohol yang berlebihan boleh menyumbang kepada darah tinggi. Manakala, makan terlalu
banyak lemak tepu juga meningkatkan tahap kolesterol. Makan makanan seperti butter,
majerin keras, daging lemak, produk yang berasaskan daging, penuh lemak keju, susu krim,
minyak kelapa, dan sebagainya tanpa kawalan boleh meningkatkan lagi kolesterol tinggi.

Selain itu, kesan pengabaian pengambilan makanan seimbang boleh mendatangkan


penyakit kanser. Bagi isu kanser di Malaysia, masalah lama telah lama dibangkitkan kerana
ia merupakan pembunuh utama. Namun umum mengetahui kanser juga mempunyai
pelbagai jenis. Pengambilan daging merah atau daging yang diproses meningkatkan risiko
kanser usus. Daging merah termasuk semua segar, cincang dan daging lembu beku, daging
babi dan daging kambing. Daging lain yang diproses termasuk ham, bacon dan sosej. Risiko
kanser usus meningkat lebih cepat daripada satu perempat (28%) bagi setiap 120g dagiing
merah yang dimakan setiap hari, dan hampir satu per sepuluh (9%) bagi setiap daging
diproses yang dimakan setiap hari.

Di samping itu, beban penyakit tidak berjangkit berkaitan diet yang meluas seperti
hipertensi dan kemurungan adalah antara masalah kesihatan yang memberi kesan kepada
masyarakat di seluruh dunia (Amuna dan Zotor 2008, Lim 2012, Kementerian Kesihatan
2013, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2011, Dunia Pertubuhan Kesihatan 2012).
Tambahan pula, penyakit ini menjadi penghalang untuk mencapai matlamat pembangunan
yang merangkumi pembangunan ekonomi, pengurangan kemiskinan dan perkhidmatan
kesihatan (Beaglehole 2011). Membawa beban global penyakit tidak berjangkit berkaitan
diet di bawah kawalan dan meningkatkan pemakanan dan kesihatan awam memerlukan
pendekatan muti-disiplin (Otero 2015, Waterlander dan Zenk 2015). Semua gula halus
menyebabkan paras glukosa darah kita menjunam, dan boleh mengakibatkan mabuk gula
yang mengganggu mood kita, habis tenaga kita, dan dikaitkan dengan gangguan tidur.
Menurut beberapa pakar, walaupun hanya jumlah kafein yang sederhana tetapi ia juga
boleh menyumbang kepada kemurungan dan kebimbangan. Masalah kemurungan adalah
keadaan seseorang yang dalam kesedihan. Kesedihan adalah emosi normal apabila
seseorang mengalami peristiwa yang tidak mengembirakan. Kemurungan boleh menjadi
penyakit terlalu serius atau terlalu lama hingga menjejaskan keupayaan seseorang
menjalani aktiviti seharian, Norliah binti Laswmang (2017).

Seterusnya, berat badan kurang atau mengalami pertumbuhan yang terbantut.


Berdasarkan kajian yang telah dilaporkan sebanyak 34% hingga 27% di Asia selatan, 18%
hingga 12% setahun sepanjang dua dekad yang lalu. Di Asia masih mempunyai peratusan
tertinggi daripada pertumbuhan berat badan dan pengembangan kanak-kanak yang
terbantut.

Kesimpulannya, kesejahteraan kesihatan mempengaruhi segala aktiviti seharian dan


juga gaya hidup seseorang individu. Sesungguhpun, dapat kita lihat di Malaysia, masyarakat
kurang menitikberatkan tentang tahap kesihatan mereka. Kesan Pengabaian mengambil
pemakanan seimbang juga mendatangkan pelbagai kesan yang buruk kepada kesihatan.
Kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan kesihatan sebagai kunci utama dalam
kejayaan sekaligus melahirkan seorang individu yang berdaya saing dari perspektif fizikal
mahupun mental. Apabila seseorang mengambil pencegahan awal, pastinya akan
mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit-penyakit kronik. Oleh hal demikian, adalah
menjadi tanggungjawab individu, keluarga, masyarakat, komuniti dan negara Bersama
mengembleng usaha dalam mencapai kehidupan yang sejahtera.

Rujukan

Norliah binti Lasemang (2017), kesihatan fizikal dan mental (tidak dicetak)

https://www.researchgate.net/publication/315456905_KESIHATAN_FIZIKAL_DAN
MENTAL

Belin, R. J., Greenland, P., Allison, M., Martin, L., Shikany, J. M., Larson, J., Tinker, L., Howard,
B. v., Lloyd-Jones, D., & van Horn, L. (2011). Diet quality and the risk of cardiovascular
disease: The Women’s Health Initiative (WHI). American Journal of Clinical Nutrition, 94(1),
49–57. https://doi.org/10.3945/ajcn.110.011221

Sarikaya, B. (2017). Unbalanced Distribution of Food. Society Register, 1(1), 199–208.


https://doi.org/10.14746/sr.2017.1.1.16

You might also like