Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

2.

2 Isu Vaksinasi COVID-19 dan Dos Penggalak terhadap masyarakat di Malaysia

2.2.1 PERNYATAAN ISU

Vaksin COVID-19 ialah vaksin yang akan digunakan untuk merawati penyakit Corona
Virus 2019 (COVID-19). Vaksin ini mengandungi atau akan menghasilkan antigen untuk
COVID-19 yang akan merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh
untuk membentuk imuniti terhadap penyakit COVID-19.. Biarpun tiada vaksin yang telah
selesai menjalani ujian klinikal buat masa ini, manakala pengambilan dos penggalak
akan membantu meningkatkan semula gerak balas imun terhadap jangkitan sebenar
virus sama ada daripada varian asal ataupun varian yang membimbangkan (VOC) yang
masih berlegar. Terdapat beberapa usaha sedang dijalankan untuk memupuk Vaksin
sedemikian. COVID-19 atau dikenali sebagai Coronavirus ialah jangkitan yang tidak
dapat dielakkan. Kes utama yang diumumkan adalah pada Disember 2019 di Wuhan,
China. COVID-19 menyerang orang dalam pelbagai cara. Kesan sampingan jangkitan
ini ialah demam, batuk kering dan keletihan. Bagi yang lebih tua, anak-anak muda dan
individu yang mempunyai penyakit sedia seperti masalah jantung, diabetes, masalah
pernafasan yang berterusan dan pertumbuhan malignan berada pada keadaan bahaya
yang tinggi untuk dijangkiti. Simptom serius merangkumi masalah pernafasan atau
angin, kesakitan dada atau rasa cemas di dada dan perkembangan yang terhad.
COVID-19 disampaikan melalui penghantaran dan sentuhan molekul pernafasan
manusia. Apabila berada dekat dengan pesakit yang mempunyai tanda-tanda,
penghantaran molekul akan berlaku dengan berkesan apabila mulut dan hidung mereka
tidak ditutup. Penghantaran molekul juga akan berlaku dengan berkesan berdekatan di
sekeliling pesakit.

Apakah kandungan vaksin COVID-19? vaksin COVID-19 mengandungi bahan aktif


dipanggil antigen. Antigen ini sama ada dalam bentuk virus hidup, virus yang telah
dimatikan, protein virus yang telah disucikan, toksin bakteria yang telah dilemahkan
atau sebahagian dari struktur bakteria. Vaksin juga mengandungi komponen tambahan
seperti pengawet, penstabil, adjuvant dan beberapa komponen lain. Setiap bahan yang
terkandung di dalam vaksin mempunyai fungsi tersendiri dan menyumbang kepada
kualiti, keselamatan dan keberkesanan sesuatu vaksin.

Isu ini wujud apabila sesetengah masyarakat dalam kalangan Malaysia memprotes dan
mendukung terhadap suntikan Vaksin COVID-19 dan Dos penggalak yang dikenakan
kepada kepada golongan yang berisiko seperti warga emas berusia 65 tahun keatas,
kanak-kanak, pesakit yang menghidap penyakit kronik, pesakit dengan daya ketahanan
yang rendah dan Wanita hamil.Tambahan mengenakan Dos penggalak yang
menyebabkan kematian. Beberapa penceramah misalnya, dikesan menyebarkan
maklumat salah tentang vaksin, menyebabkan pihak berkuasa agama negeri,
mengeluarkan amaran akan mengambil tindakan. Seorang doktor di Kedah pula
didapati menggalakkan umat Islam agar tidak divaksinasi atas dakwaan vaksin itu
mengandungi produk khinzir, justeru tidak halal. Selain itu, Banyak khabar angin
mengatakan COVID-19 adalah pandemic yang dirancang, kononnya juga konspirasi
untuk mengurangkan populasi dunia. Turut dikaitkan ialah pembangunan teknologi
mudah alih generasi kelima (5G) dan cip nano dalam penghasilan vaksin COVID-19.
Teknologi 5G didakwa mendedahkan masyarakat pada risiko penyakit iaitu barah
manakala cip Nano dalam vaksin pula untuk mengesan kedudukan manusia. Dakwaan
ini menyebabkan sebilangan masyarakat mula meragui keupayaan vaksin berkenaan
sedangkan keperluannya penting bagi mencegah daripada dijangkiti virus. Sesetengah
masyarakat yang memprotes lebih suka menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti
Habbatus sauda, meminum air lemon dan sebagainya. Manakala golongan yang
mendukung vaksinasi adalah perlu supaya tubuh badan kanak-kanak mempunyai
sistem imun badan yang kuat bagi mengelak serangan virus penyakit yang sering
berevolosi setiap masa dan mereka tidak mempercayai konspirasi-konspirasi yang
diceritakan serta mengamalkan prinsip islam yang menitikberatkan soal kesihatan
dengan meletakkan beberapa prinsip asas dalam mendepani penyakit, sebelum dan
juga semasa penyakit menimpa seseorang. Antara prinsip yang diajarkan oleh Islam
dalam berhadapan dengan penyakit adalah seperti berikut:

Berdoa kepada Allah S.W.T.

Berdoa dilakukan dengan tujuan untuk mengelakkan seseorang itu ditimpa penyakit. Ini
seperti doa-doa dan zikir yang diajarkan menerusi pelbagai nas yang sahih seperti:

‫س ِّيِئ اَأل ْس َق ِام‬


َ ْ‫ون َوا ْل ُج َذ ِام َومِن‬ ِ ‫اللَّ ُه َّم ِإ ِّني َأ ُعو ُذ ِب َك مِنَ ال َب َر‬
ِ ‫ص َوا ْل ُج ُن‬

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada


penyakit sopak, gila, kusta, dan juga penyakit-penyakit berbahaya yang lain.” [14]

(Riwayat Abu Daud (1554))


2.2.2 PANDANGAN PAKAR

Malaysia mendapatkan pandangan dan penjelasan ulama terkemuka dunia tentang


hukum pengambilan vaksin COVID-19,kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Katanya, beliau menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon
penjelasan tentang isu berkaitan vaksin,antaranya Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed
el-Tayeb,Mufti Mesir Shawki Allam dan Pengerusi Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab
Bersatu Syeikh Abdullah Ben Bayyah.

Rata-rata mereka berfatwa bersandarkan kepada rujukan pakar bagi memastikan


vaksin ini (vaksin COVID-19) selamat dan halal digunakan.

Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd
Izhar Ariff Mohd Kashim, berkata ada tiga aspek penting bagi menentukan hukum halal
dan haram sesuatu perkara, antaranya merujuk kepada pakar bagi bidang berkaitan
sekiranya tidak terdapat dalil atau bukti dalam al-Quran dan hadis.

Selain itu,hukum halal dan haram vaksin ini juga dikaji sama ada mempunyai sumber
daripada haiwan yang tidak disembelih atau ada mengandungi bahan-bahan yang
boleh mendatangkan mudarat.

Sehubungan itu,kajian dan ahli kepakaran bidang kesihatan iaitu Kementerian


Kesihatan Malaysia telah menafikan perkara-perkara yang memudaratkan ini

Mufti Perlis,Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata Nabi Muhammad SAW turut
merujuk pakar perubatan pada zaman itu jika ada para sahabat yang sakit.

Nabi Muhammad SAW akan merujuk pakar perubatan Al-Harith ibn Kaladah walaupun
beliau bukan seorang Muslim.

2.2.3 PANDANGAN PENULIS

Mengenai isu vaksin dan booster covid 19 telah banyak menjadi bualan rakyat Malaysia
bahkan di seluaruh dunia.Hal ini kerana terdapat banyak pandangan terhadap kesan
sampingan vaksin dan juga kesan berpanjangan.Ini menjadi isu yang hangat apabila
vaksin-vaksin ini mula memasuki Malaysia pada pertengahan pengeluarannya.

Segelintir rakyat Malaysia masih ragu-ragu untuk mendapatkan vaksin covid 19 apatah
lagi selepas keluarnya vaksin tambahan ataupon booster.Pada tahun lepas apa yang
dapat kita lihat semakin banyak yang menentang vaksin dimana ianya untuk
mengukuhkan sistem imunisasi dalam tubuh kita untuk membanteras virus covid 19
daripada masuk ke dalam tubuh kita.

Dua tahun setengah sudah, pandemic Covid 19 melanda Malaysia.Selain itu pandemik
membuat goyang sendi-sendi kehidupan masyarakat dalam semua ini, baik
sosial,pendidikan,budaya bahkan ekonomi.Di sisi lain,puluhan ribu orang telah
meninggal dunia dan jutaan manusia di pelbagai belahan benua bertarung
nyawa.Situasi ini menuntut banyak negara di dunia,termasuk Malaysia untuk
melakukan pelbagai bentuk pencegahan melawan wabak pandemik ini salah satunya
ialah vaksin.

Vaksin menjadi salah satu keperluan di tengah pandemi Covid 19.Daerah-daerah di


Malaysia kini sudah banyak memulakan program vaksinasi. Tujuanya apa?Tak lain dan
tak bukan untuk mengurangkan orang yang terkesan dengan wabak ini. Tujuan yg lebih
besar tentunya agar Malaysia dapat bebas dari pandemik Covid 19.

Dalam Islam,vaksin adalah salah satu cara kita dalam menjalankan syariat dalam
bentuk ikhtiar dhohir. Mengenai ikhtiar,Allah swt memotivasi kita melalui firman Allah :

‫ِإنَّ هَّللا َ اَل ي َُغ ِّي ُر َما ِب َق ْو ٍم َح َّتى ي َُغ ِّيرُوا َما ِبَأ ْنفُسِ ِه ْم‬

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka


mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”

(QS. al-Ra’d: 11)

Pentingnya ikhtiar juga Rasullullah SAW isyaratkan dalam hadis yang diriwayatkan Abu
Hurairah Ra.Rasulullah Saw bersabda:

‫ب َأ َح ُد ُك ْم ح ُْز َم ًة َع َلى َظه ِْر ِه َخ ْي ٌر َل ُه ِمنْ َأنْ َيسْ َأ َل َأ َح ًدا َفيُعْ طِ َي ُه َأ ْو َيمْ َن َع ُه‬
َ ِ‫لََأنْ َيحْ َتط‬

“Sungguh, seorang dari kalian yang memanggul kayu bakar dan dibawa dengan
punggungnya lebih baik baginya daripada dia meminta kepada orang lain, baik
orang lain itu memberinya atau menolaknya” 

(HR. Bukhari)

Hadis ini mengajarkan bahwa manusia boleh mencari kehidupan dari usaha sekecil
apapun daripada hanya menjadi  orang meminta-minta tanpa usaha apapun.
Bagi seorang muslim ikhtiar mutlak harus dilakukan.Meskipun dalam Islam kita
diajarkan konsep qanaah,yaitu  menerima segala apapun pemberian Allah swt.
walaupun sedikit. Bukan berarti kita tidak dianjurakn untuk berikhtiar serta berdiam dan
menunggu belas kasihan orang lain.

Ikhtiar terbagi menjadi dua,yaitu ikhtiar lahir dan ikhtiar batin. Ikhtiar lahir adalah supaya
yang kita lakukan melalui ikhtiar fizikal.Salah satu contoh ikhtiar lahir yang dilakukan
ketika pandemik Covid 19 ini adalah pemberian vaksin.

Sedangkan Ikhtiar batin secara garis besar terbagi menjadi dua,yaitu tawakkal dan
berdoa.Ketiga unsur tersebut (ikhtiar,tawakal dan berdoa) adalah satu kesatuan yang
tidak dipisahkan antara satu sama lain.

Doa adalah permohonan.Secara tegas  Allah swt. memerintahkan umat Islam untuk
memanjatkan doa.Sebagaimana firman-Nya :

‫َو َقا َل َر ُّب ُك ُم ْادعُونِي َأسْ َت ِجبْ َل ُك ْم‬

“Dan berfirman Tuhanmu “Memohonlah kepada-Ku, Aku pasti perkenankan


permohonan (doa) mu itu”

 (QS. Ghafir:60)

Nabi Muhammad saw juga bersabda “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah
swt daripada doa.” (HR. Bukhari, Tirmidzi dan Nasa’i dari Abu Hurairah)

Dari keterangan di atas, jelaslah Allah Swt dan Rasul-Nya memotivasi kita sebagai
manusia untuk selalu memanjatkan permohonan kepada-Nya untuk kebaikan kita.

Sebagai penutup penulis mengajak kepada pembaca,mari kita lakukan ikhtiar baik
ikhtiar lahir mahupun ikhtiar batin untuk bersama- sama berjuang menghadapi
pandemik covid 19 ini.

Semoga kita sentiasa mendapat anugerah dan naungan dari Allah swt serta selalu sihat
dan dijauhkan dari pandemik Covid 19.

You might also like