Ayat Inti & Ayat Tunggal

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

AYAT INTI

1. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat dasar, ayat selapis atau ayat mudah.
2. Ayat inti menjadi dasar untuk membentuk ayat-ayat yang lain, iaitu yang dikenali sebagai ayat
terbitan (Transformasi)
3. Ayat inti mempunyai satu subjek dan satu predikat.
4. Terdapat empat jenis ayat inti iaitu :

a)Frasa nama + frasa nama


Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa nama.
Contoh ayat
FN (subjek) FN (predikat)
Kakak Arif doktor
Mutusamy pelajar
Pemuda itu mahasiswa

b) Frasa nama + frasa kerja


Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa kerja.
contoh ayat
FN (subjek) FK (kerja)
Abang membasuh kereta
Nyonya Tan membeli ikan
Murid-murid itu berlari

c) Frasa nama + frasa adjektif


Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa adjektif.
contoh ayat
FN (subjek) FA (adjektif)
Bunga ini wangi
Kapak ini tumpul
Bangunan itu tinggi

d) Frasa nama + frasa sendi


Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa sendi.
contoh ayat
FN (subjek) FS (sendi)
Ayah di kebun
Mereka dari Terengganu
Cenderamata untuk guru besar

Kata sendi mesti diikuti oleh kata nama untuk membentuk frasa sendi.
contoh ayat
Kata sendi di, dari, untuk
Kata nama kebun, Terengganu, guru besar
AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu subjek dan
satu predikat. 4 Jenis AT ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Pembentukan
ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri daripada FN, FK, FA, dan FS
sama ada dalam susunan biasa @ susunan songsang
a. Contoh-contoh dalam ayat (susunan biasa):
Bil Subjek Predikat
1 Ayah Ali (FN) peguam. (FN)
2 Dia (FN) membaca akhbar itu. (FK)
3 Pelumba lari (FN) sangat letih. (FA)
4 Fatimah (FN) ke Melaka pagi tadi. (FS)

b. Contoh-contoh dalam ayat (susunan songsang):


Susunan biasa (subjek + predikat) Susunan songsang (predikat + subjek
Fatimah ke Melaka pagi tadi. Ke Melaka Fatimah pagi tadi.
Buku itu di atas meja. Di atas meja buku itu.
Dia membaca akhbar. Membaca akhbar dia.

1. Subjek dalam Ayat Tunggal


A. Frasa Nama Sebagai Subjek
i. Tan Kong Joo pelajar sekolah. iii. Ibunya sakit
ii. Buah itu masam. iv. Balai raya ini untuk orang ramai.

B. Kata Ganti Nama Diri Sebagai Subjek


i. Dia anak bongsu. iii. Itu Bank Rakyat. (*rujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 102)
Namun, dalam penulisan karangan, murid tidak digalakkan
ii. Beliau guru saya. iv. Ini stesen bas. memulakan ayat dengan kata ganti nama tunjuk (itu, ini)

C. Kata kerja sebagai subjek.


i. Membaca buku ialah hobinya. iii. Mencuri perbuatan yang salah.
ii. Bersenam dapat menyihatkan badan. iv. Minum air boleh menghilangkan
dahaga.
D. Kata adjektif sebagai subjek.
i. Cergas bermakna badan sihat. iii. Harum bau bunga melur itu.
ii. Hijau warna kesukaannya. iv. Tamak ialah amalan yang keji.

2. Predikat dalam Ayat Tunggal


A. Frasa Nama Sebagai Predikat
i. Encik Zulkifli pegawai polis. iii. Bangunan itu kediamannya.
ii. Kakaknya doktor mata. iv. Bilik itu stor barang.

B. Frasa Kerja Sebagai Predikat


i. Dia makan mi goreng. iii. Mereka tidur.
ii. Anjing itu menyalak musuh. iv. Adiknya menangis.

C. Frasa Adjektif Sebagai Predikat


i. Keropok ini sangat rangup. iii. Abangnya sangat bijak.
ii. Rumah itu sangat besar. iv. Budak itu baik sungguh.

D. Frasa Sendi Nama Sebagai Predikat


i. Buku ini untuk adik. iii. Beliau dari Universiti Sains Malaysia.
ii. Ayah ke Kuala Lumpur. iv. Wajahnya seperti bintang terkenal itu.
RUMUS CIRI-CIRI AYAT INTI & AYAT TUNGGAL

Ciri Ayat Inti Ayat tunggal


Am Sumber penerbitan ayat lain Terbit daripada ayat dasar
Susunan Susunan biasa ( ayat biasa) - Susunan biasa
- Susunan songsang
(ayat songsang)
Jenis Ayat penyata - Ayat penyata
- Ayat tanya
- Ayat perintah
- Ayat seruan
Ragam Aktif - Aktif
- Pasif
Binaan Terdiri daripada satu klausa (1 subjek + 1 predikat) sahaja

You might also like