Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Model Matematik dalam Sains

Salbiah Mohamad Hasim, Maisarah Abdul Manas dan Muhammad Fazdhly Abdul Muttalib

Pengenalan

Apabila anda mendengar mengenai pemodelan matematik, apakah yang terlintas dalam fikiran
anda?

Sarah bekerja di sebuah makmal ujian antibiotik baharu. Beliau perlu menghasilkan 10 juta
bakteria dalam eksperimennya. Jika beliau bermula dengan 10,000 bakteria dan menghasilkannya
dalam sebuah piring petri selama 24 jam, adakah beliau boleh mendapat bilangan bakteria yang
diingini?

Sarah boleh mengambil sampel dan menghitung bilangan bakteria di bawah mikroskop, namun
pilihan yang ada pada Sarah untuk menghitung dengan cepat bilangan bakteria yang dapat
dihasilkan adalah dengan menggunakan model matematik, atau perwakilan matematik, bagi
pembiakan bakteria. Cara ini akan menjimatkan masa Sarah supaya beliau dapat menghasilkan
antibiotik baharu secepat mungkin.

Proses membangunkan model matematik dikenali sebagai pemodelan matematik. Pemodelan


matematik ialah proses menggunakan matematik untuk mewakili situasi dunia sebenar dan
memerihalkan fenomena semula jadi secara kuantitatif, membuat ramalan atau memberikan
gambaran terhadap fenomena dunia sebenar.

Terdapat pelbagai sebab mengapakah model matematik adalah berguna, terutama sekali apabila
model itu mewakili teras matematik bagi suatu situasi tanpa maklumat luar. Misalannya,
persamaan a = b + 6 telah mengabaikan semua perkataan yang tidak diperlukan dalam pernyataan
asal iaitu “Fazdhly adalah 6 tahun lebih tua daripada Salbiah”.

Model matematik digunakan dalam sains dan kejuruteraan. Model matematik boleh digunakan
untuk mewakili situasi sebenar dan membuat ramalan akan kesudahannya.

Matematik membolehkan perwakilan berangka bagi pemboleh ubah, perwakilan simbolik bagi
hubungan antara entiti fizikal, dan ramalan kesudahan. Matematik menyediakan model yang
berguna untuk memerihalkan dan meramalkan pelbagai fenomena seperti struktur atom, daya
graviti dan mekanik kuantum.

Saintis dan jurutera membangun dan menggunakan pelbagai model. Model-model ini termasuklah
gambar rajah, replika fizikal, perwakilan matematik, analogi dan simulasi komputer.

Saintis menggunakan pelbagai model untuk mewakili fahaman semasa mereka tentang suatu
sistem (atau sebahagian daripada sistem) yang sedang dikaji, untuk membantu dalam
pembangunan persoalan dan penjelasan, dan untuk menyampaikan idea kepada pihak lain (NGSS
Lead States, 2013). Model matematik merupakan sebilangan daripada model yang telah
digunakan. Satu contoh model matematik yang sering ditemukan oleh para murid sewaktu
pelajaran sains ialah Hukum Newton Kedua (biasanya ditulis sebagai F = ma), yang menyatakan
bahawa pecutan, a bagi suatu objek berkadar terus dengan daya bersih, F yang bertindak kepada
objek, dengan jisim, m objek itu bertindak sebagai pemalar perkadaran. Contoh lain: Hukum
Boyle, yang menghubungkan tekanan suatu gas kepada isi padunya pada suhu malar. Bagi suatu
sistem yang lebih kompleks, perwakilan matematik bagi sistem fizikal digunakan untuk mencipta
simulasi komputer yang membolehkan saintis untuk meramalkan perilaku sistem yang sukar
dikawal oleh pancaindera (sebagai contoh, kesan peningkatan karbon dioksida dalam atmosfera
terhadap pertanian bagi pelbagai tempat di muka bumi).

Bidang kejuruteraan turut menggunakan pemodelan matematik. Sebagai contoh, jurutera struktur
mencipta model matematik bagi mereka bentuk jambatan dan bangunan berdasarkan hukum fizik
untuk menguji kemampuannya, dan menyiasat had strukturannya (National Research Council,
2012). Model itu bukan sahaja memberi penjelasan tentang mengapakah sistem atau proses itu
bertindak sedemikian, malah membantu untuk mengkaji kesan serta meramalkan kesudahan.
Selain itu, jurutera menggunakan model untuk meneroka pelbagai pilihan yang boleh menjimatkan
kos dengan tujuan untuk menilai sama ada setiap pilihan itu boleh disempurnakan dalam
lingkungan bajet. Seorang jurutera enjin jet cenderung untuk mereka bentuk satu model matematik
dan menjalankan simulasi komputer, berbanding dengan menanggung kos membina enjin untuk
tujuan pengujian semata-mata.

Model boleh dinilai dan ditambah baik melalui kitaran pelelaran (iterative cycle) sehingga dapat
memberikan gambaran yang tepat bagi fenomena yang dimodelkan.

Melibatkan murid-murid dengan pemodelan matematik dalam pelajaran sains membantu mereka
untuk membina kefahaman yang mendalam bagaimanakah sains berfungsi.

Matematik merupakan alat yang utama untuk memahami sains dan nature of science.
Bagaimanakah anda membantu murid-murid untuk menggunakan matematik atau membangunkan
model matematik dalam bilik darjah pada masa sekarang?

Sama ada kita sedar atau tidak, terlalu banyak pemodelan matematik yang telah diterapkan
sewaktu sekolah rendah seawal tahun 1 dan tahun 2. Apabila murid-murid belajar untuk
menghitung, mereka boleh mula menggunakan nombor untuk mencari atau memerihalkan pola
dalam alam semula jadi. Namun begitu murid-murid mula mempelajarinya secara formal dalam
tahun 3. Dalam tahun 3, murid-murid belajar menggunakan perwakilan simbol untuk mewakili
data, meramalkan kesudahahan dan seterusnya menerbitkan hubungan menggunakan matematik
(BPK, 2017).

Amalan sains yang diberi fokus

Membangunkan dan menggunakan model: Kedua-dua amalan sains dan kejuruteraan adalah
menggunakan dan membina model sebagai alat yang membantu untuk mewakilkan idea dan
penerangan. Alat-alat ini termasuklah gambar rajah, lukisan, replika fizikal, perwakilan
matematik, analogi dan simulasi komputer. Model adalah berdasarkan bukti. Apabila terdapat
bukti baharu ditemukan dan tidak boleh dijelaskan oleh model berkenaan, model itu akan diubah
suai.
Menggunakan matematik: Dalam bidang sains dan kejuruteraan, matematik merupakan alat asasi
untuk mewakilkan pemboleh ubah fizikal serta hubungan antara pemboleh ubah. Matematik
digunakan dalam pelbagai aspek seperti menghasilkan simulasi; menganalisis data secara statistik;
serta mengecam, mengungkap dan mengaplikasi hubungan kuantitatif.

Membina penjelasan: Matlamat sains ialah membina penjelasan terhadap punca-punca fenomena.
Murid-murid diharap untuk membangunkan model berasaskan bukti dalam membina penjelasan.

Ringkasan aktiviti

A Helping of Pi

Peserta diharapkan dapat menggunakan matematik dan mereka bentuk model matematik –
berdasarkan bukti – untuk mewakili pemboleh ubah fizikal dan hubungannya, dan membuat
ramalan kuantitatif.

Dalam aktiviti ini, para peserta akan mempelajari cara menggunakan model matematik untuk
mewakili situasi kehidupan sebenar. Secara khusus, para peserta akan menggunakan persamaan
(rumus lilitan bulatan) untuk mewakili hubungan antara pusat, diameter dan lilitan bulatan.

Dalam aktiviti ini, para peserta akan melaksanakan beberapa siri eksperimen, membuat ramalan/
andaian, memilih pendekatan matematik, mendapatkan penyelesaian, serta mengubah suai model
mengikut keperluan. Aktiviti ini melibatkan para peserta dalam amalan membangunkan dan
menggunakan model, menggunakan matematik dan membina penjelasan.

Objektif

Di akhir slot ini, peserta dapat:


1. Menjelaskan contoh dan kegunaan model matematik.
2. Menggunakan perwakilan matematik untuk mewakilkan hubungan.
3. Menggunakan bukti (contoh: pengukuran, pemerhatian, pola) untuk menyokong penerangan.
4. Menentukan lilitan bulatan tanpa mengukurnya.
5. Menentukan hubungan antara lilitan dan diameter bulatan.
6. Menakrifkan pi dan rumus lilitan bulatan.

Alat dan bahan: 5 atau 6 gelung rotan pelbagai saiz , tali, kayu pengukur, kertas A4, pen
marker, kalkulator, kertas mahjong

Masa: 2 jam
Prosedur

Penglibatan (Engage)

Secara Individu
1. Satu bulatan dengan sebarang jejari ditayangkan di atas skrin tanpa tandaan pusat bulatan.
2. Peserta diminta untuk membina kandang biri-biri dengan sebarang bilangan atau kepungan
berbentuk bulat.
Tugasan ini bertujuan untuk mencari panjang pagar yang diperlukan untuk membentuk
kepungan itu.
3. Peserta perlu berfikir pelbagai cara untuk menentukan jumlah bahan (panjang pagar) yang
diperlukan untuk membentuk kepungan.
4. Fasilitator akan membincangkan idea bersama para peserta.
5. Peserta akan menulis idea mereka dalam buku nota sains.

Soalan:
 Berapakah panjang pagar yang diperlukan?
 Bagaimanakah anda menentukan panjang pagar untuk membentuk kepungan tersebut?

Secara berkumpulan
1. Para peserta akan berkongsi idea dalam kumpulan. Bincangkan jumlah bahan yang diperlukan
untuk membina kepungan (tayangan pada skrin menggunakan pautan PADLET:
https://padlet.com/samohas1502/pqar1rzrldoe).

2. Fasilitator akan mendapatkan idea daripada kumpulan untuk membina rumus lilitan bulatan
dan membimbing mereka dalam perbincangan.

3. Bincangkan bagaimana saintis dan ahli matematik menggunakan rumus yang telah dibuktikan
untuk menyelesaikan masalah (contoh: L = j2π).

4. Kembali kepada bulatan atas skrin (jika seutas tali diikat pada titik tetap pada pusat bulatan
ke sisinya, adakah tali itu dianggap sebagai diameter atau jejari?).

5. Fasilitator akan menulis rumus atas papan putih (L = j2π). Tunjukkan setiap simbol atau huruf
untuk memastikan para peserta memahami maksud setiap simbol.

Soalan:
 Adakah anda tahu bahawa saintis dan jurutera menggunakan rumus yang telah dibuktikan
sebagai alat untuk menyelesaikan masalah?
 Jika seutas tali diikat pada titik tetap pada pusat bulatan ke sisinya, adakah tali itu
dianggap sebagai diameter atau jejari? (berdasarkan bulatan yang ditunjukkan pada
skrin).
 Jika anda tahu panjang tali itu (maklumkan kepada peserta panjang tali yang digunakan:
sebarang ukuran), bolehkah kita menghitung lilitannya?
Penerokaan (Explore)

1. Bahagikan peserta kepada 4 orang sekumpulan dan beri setiap kumpulan gelung rotan, kayu
pengukur dan seutas tali.

2. Peserta akan menggunakan alat yang dibekalkan untuk menentukan lilitan gelung rotan.

3. Peserta akan memperoleh maklumat bahawa mereka tidak akan dapat menghitung jejari
dengan tepat tanpa mengetahui pusat bulatan yang tepat, justeru mereka boleh menggunakan
alat yang dibekalkan untuk menentukan lilitan gelung rotan.

4. Menggunakan pengetahuan mereka tentang jejari dan diameter, dan mempertimbangkan


rumus: semak kembali definisi setiap kosa kata (L = j2π).

5. Biarkan mereka berfikir sejenak, kemudian semak sama ada setiap kumpulan mendapat rumus
L = dπ. Jika mereka tidak memperolehnya, bimbing mereka ke arah langkah ini dan pastikan
mereka dapat menentukan lilitan gelung rotan.

6. Akhir sekali, para peserta akan menggunakan tali sebagai alat mengukur, letakkan tali itu di
sekeliling gelung rotan. Sekarang mereka akan mengukur tali untuk melihat sama ada panjang
tali itu sepadan dengan rumus yang dikatakan sebagai lilitan bulatan.

Soalan:
 Bolehkah anda menghitung jejari dengan tepat tanpa mengetahui pusat bulatan yang
tepat? Kongsikan idea anda.
 Adakah anda dapat melihat perbezaan di antara menggunakan rumus dan menggunakan
tali sebagai alat mengukur perimeter gelung rotan?

Catatan:
 Setiap kumpulan akan menggunakan rumus lilitan dan menggunakan tali untuk
menentukan lilitan gelung rotan
 Setiap kumpulan akan membandingkan dapatan bagi kedua-dua aktiviti tersebut.
 Lampiran S8-1 menjelaskan cara menentukan pusat bulatan dengan menggunakan
pembaris.
 Aktiviti melibatkan (i) menggunakan rumus/model L = j2π (ii) menemui 2j = d, (iii)
membangunkan rumus/model L = dπ, dan kemudian (iv) menggunakan rumus/model L =
dπ untuk menyelesaikan masalah.

Sumber: Bahariah et al. (2017)

Penerangan (Explain)

1. Setiap kumpulan akan membentangkan dapatan mereka.


2. Senaraikan ukuran setiap kumpulan pada skrin.
(PADLET:https://padlet.com/samohas1502/pqar1rzrldoe)
3. Bincangkan, bahaskan dan justifikasikan sama ada kiraan setiap kumpulan adalah
munasabah dan mengapa.
4. Peserta akan memberi idea bagaimanakah saintis dan jurutera menggunakan rumus yang telah
dibuktikan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah.

Soalan:
 Bagaimanakah saintis dan jurutera menggunakan model matematik? (bandingkan kedua-
dua situasi iaitu menggunakan tali untuk menentukan lilitan gelung rotan serta
menggunakan rumus).
 Apakah yang anda tahu tentang kegunaan model matematik dalam kehidupan harian?

Catatan:
Daripada aktiviti dalam Fasa Penerokaan, setiap kumpulan akan menjelaskan perbezaan
dapatan bagi kedua-dua aktiviti (menggunakan model matematik dan tanpa menggunakan
matematik)

Nota: Gunakan CER Rubric dalam Lampiran S8-3 untuk pentaksiran. Para peserta sepatutnya
menggunakan bukti daripada Fasa Penerokaan untuk menjustifikasikan penaakulan mereka.

Pengembangan (Elaborate)

1. Peserta dicabar untuk mengembangkan lagi idea untuk mereka bentuk aktiviti lain yang
menunjukkan proses menggunakan model matematik dan membangunkan model matematik
oleh saintis dan jurutera.
2. Setiap kumpulan akan membincangkan idea.
3. Setiap kumpulan akan membentangkan dan berkongsi idea.

Soalan:
 Adakah anda mempunyai sebarang idea lain bagi menjelaskan bagaimana saintis dan
jurutera menggunakan model matematik?. Beri dan reka satu situasi/ contoh lain.

Penilaian dan refleksi

Pra aktiviti
1. Apabila anda mendengar akan model matematik, apakah yang anda fikirkan?
2. Bagaimanakah anda membantu murid-murid untuk menggunakan matematik atau
membangunkan model matematik dalam bilik darjah?

Semasa aktiviti
1. Berapakah panjang pagar yang diperlukan? Bagaimanakah anda menentukan panjang pagar
untuk membentuk kepungan tersebut?
2. Adakah anda tahu bahawa saintis dan jurutera menggunakan rumus yang telah dibuktikan
sebagai alat untuk menyelesaikan masalah? Bagaimanakah saintis dan jurutera menggunakan
model matematik?
3. Apakah yang anda tahu tentang kegunaan model matematik dalam kehidupan harian?
4. Adakah anda mempunyai sebarang idea lain bagi menjelaskan bagaimana saintis dan jurutera
menggunakan model matematik?. Beri dan reka satu situasi/ contoh lain.

Pasca aktiviti
1. Tandakan amalan sains dan model matematik yang telah anda lalui semasa aktiviti (rujuk
Lampiran S8-2: Penilaian)
2. Apakah pandangan anda tentang penggunaan matematik dan membangunkan model
matematik dalam sains?
3. Apakah cabaran yang anda lihat untuk mempraktiskan amalan ini?
4. Bagaimanakah saintis dan jurutera membangun dan menggunakan model?
5. Bagaimanakah model matematik dapat digunakan dalam kehidupan seharian?
6. Bagaimanakah model matematik membantu murid-murid dalam pembelajaran?

Lampiran

1. Lampiran S8-1:
 Jejari, pusat dan lilitan bulatan
 Cara menentukan pusat bulatan menggunakan pembaris
 Rumus lilitan bulatan
2. Lampiran S8-2: Penilaian
3. Lampiran S8-3: Claims, Evidence, Reasoning Rubric

Panduan untuk fasilitator

Model Instruksi 5 E Bahan/ Radas/ Alat


Engage [15 min] Laptop, projector, video
- Pengenalan kepada Pemodelan Matematik (Mathematical dan slaid PowerPoint
Modelling): Situasi pemodelan matematik yang digunakan
oleh saintis dan jurutera.
- Peserta diberikan suatu situasi berkaitan suatu masalah
untuk membina satu kandang kambing biri-biri.
- Peserta membuat pernyataan masalah (menentukan panjang
pagar yang diperlukan untuk membina kepungan itu).

Explore & Explain Kertas Mahjong, marker,


- Peserta mencari maklumat secara individu untuk alat radas seperti dalam
menyelesaikan masalah tersebut (Research). [5 min] senarai (gelung rotan,
pembaris dan tali)
- Setiap kumpulan mula menjalankan eksperimen mencari
lilitan gelung rotan menggunakan bahan yang diberi
menggunakan pengetahuan tentang jejari, diameter, catatkan
dapatan (rujuk Lampiran S8-1). [15 min]

- Kemudian setiap kumpulan akan mencari lilitan bulatan


menggunakan tali, catatkan dapatan. [15 min]
- Fasilitator akan membimbing peserta mencari titik/pusat
bulatan menggunakan pembaris (rujuk Lampiran S8-1).

- Peserta akan membentang dan membincangkan hasil


dapatan masing-masing. [20 min]

Elaborate [40 min]


- Peserta dicabar untuk mengembangkan lagi idea untuk Kertas Mahjong, marker,
mereka bentuk aktiviti lain yang menunjukkan proses papan putih
menggunakan model matematik dan membangunkan model
matematik oleh saintis dan jurutera.
- Setiap kumpulan membentangkan idea kumpulan masing-
masing.

Evaluate [10 min] Papan putih, marker


Peserta membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

Rujukan

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). (2017.) Kurikulum Standard Sekolah Rendah:


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 3. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahariah Baharam, Baharizah Baharam, Nurul Jannah Ahmad, Nurazreen Mohd Tahir, & Mohd
Nazri Mohd Hanafiah. (2017). Matematik Tingkatan 2. Putrajaya: Rimbunan Ilmu.
National Research Council. (2012). A framework for K-12 science education: Practices,
crosscutting concepts, and core ideas. Washington, DC: The National Academies Press.
NGSS Lead States. (2013). Next Generation Science Standards: For States, By States.
Washington, DC: The National Academies Press.
Lampiran S8-1
What is centre, circumferences and diameter?

How to determine the centre of the circle using meter stick?

Formula: circumference of circle.


Lampiran S8-2
Tajuk: “A Helping Pi”
Arahan: Tandakan amalan sains dan proses pemodelan matematik yang telah anda lalui semasa
aktiviti.
Bil. Science Practices/ Amalan Sains Tandakan
Mathematical Modelling Process/ Proses Pemodelan Matematik (/)
1. Mengenal pasti masalah

2. Merancang dan menjalankan penyiasatan

3. Menggunakan model untuk mengemukakan idea dan penjelasan (rumus


lilitan bulatan untuk mengemukakan idea mencari panjang pagar untuk
membina kepungan)
4. Menggunakan model matematik (L = dπ/ L = j2π) untuk menyelesaikan
masalah (masalah menentukan panjang pagar sebagai kepungan
kandang biri-biri)
5. Menggunakan matematik untuk mewakili pemboleh ubah fizikal dan
hubungan antara pemboleh ubah ((L = dπ/ L = j2π untuk mewakili
lilitan, jejari dan diameter bulatan)
6. Membuat refleksi terhadap proses pemodelan matematik dan amalan
sains

7. Membanding dan membeza aktiviti menggunakan model matematik


dan tanpa model matematik (aktiviti di langkah explore: menggunakan
rumus dan menggunakan tali untuk mencari lilitan gelung rotan)
Lampiran S8-3

You might also like