Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan.

1. Berikan dua perbezaan di antara usahawan dengan peniaga.                                 [6]

2. Terangkan dua faktor kejayaan seimbang.                                                             [4]

3. Senaraikan lima sumber idea baru [5]

4. Berikan empat kelebihan mengambil alih perniagaan sedia ada.               [4]

5. Huraikan tiga kaedah menjana dan mengembangkan idea [6]

6. Huraikan tiga sumber modal formal [6]

7. Nyatakan lima kegunaan rancangan perniagaan kepada usahawan        [5]

8. Huraikan dua kepentingan rancangan perniagaan [4]

9. Berikan empat format rancangan perniagaan yang pertama [4]

10. Huraikan tiga elemen yang perlu ada dalam rancangan pengeluaran [6]

Bahagian B [50 markah]

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.


AL-IKHSAN SPORTS SDN BHD

11 Ali Hassan Mohd Hassan pemilik kedai sukan aL-ikhsaN sebenarnya memulakan perniagaannya
dengan hanya bermodalkan RM50. Dia yang ketika itu menuntut di UTM Skudai, Johor, memulakan
perniagaan dengan menjual barangan sukan kepada kawan-kawan dan pensyarahnya kerana pada ketika itu
di UTM Skudai tiada pembekal barangan sukan. Berkat usaha tanpa mengenal jemu dalam pelajaran dan
menyara kehidupan keluarga ketika itu, beliau akhirnya berjaya mendapat Diploma Kejuruteraan Mekanikal
UTM pada tahun 1993. Beliau yang merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk
melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung dan berkeyakinan untuk
mengusahakan perniagaan.
Perniagaan pertama Ali Hassan bermula pada tahun 1993 di ruang sempit hanya sebesar 100 kaki
persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru dengan modal perniagaan yang diusahakan dengan titik peluhnya
sendiri. Beliau mula mengusahakan perniagaan secara serius pada tahun 1994 apabila mendapati wujud
trend permintaan terhadap barangan sukan yang amat menggalakkan terutama di kalangan remaja. Ketika
itu, memang sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana saiz perniagaannya
yang kecil. Itu bukan alasan untuk tidak berjaya. Beliau kena rajin dan kuat berusaha dengan menjual baju
sukan secara pantas. “Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin. Cari peluang yang ada di mana
sahaja asalkan boleh dijual,” katanya yang pernah naik turun pejabat kerajaan dan syarikat swasta bagi
memperoleh tempahan dan memasarkan barangannya.
Pada penghujung 2010, aL-ikhsaN telah membuka kedai sukan untuk wanita dikenali Al-Ikhsan
Sports Girl. Menurut Ali, pembukaan premis ini untuk memenuhi tuntutan para pelanggan wanita yang
menyatakan bahawa pakaian serta kelengkapan sukan berkualiti tinggi jenama terkemuka sukar diperoleh
dalam pasaran tempatan. Jelas sekali dengan mendengar maklum balas dari pasaran terutama golongan
wanita, AL-ikhsaN mampu memenuhi permintaan golongan berkenaan malah jualan semakin meningkat
dengan jayanya. Sehingga kini, aL-ikhsaN telah membuka 116 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia
dan sedang merancang menembusi pasaran Sabah dan Sarawak dengan membuka enam cawangan di
Kuching dan Kota Kinabalu menjelang 2019. Pada masa sama, Ali Hassan sedang mengintai peluang untuk
menembusi pasaran Indonesia dan Thailand dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Model kasut
sukan dan peralatan lain yang dipakai oleh pemain bola sepak antarabangsa terkenal terdapat di kedai ini.
Terbaru, syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian berkaitan kerajaan, Ekuiti Nasional Bhd
(Ekuinas) menyuntik RM68.6 juta bagi membolehkan mereka mendapat 35 peratus pegangan ekuiti dalam
aL-ikhsaN. Ini sekali gus menjadikan perniagaan Ali Hassan semakin megah mendaki puncak kejayaan
kerana mempunyai modal pusingan yang lebih besar. Kini, rangkaian kedai aL-ikhsaN adalah nama besar
dalam kalangan anak muda hari ini yang menggemari produk sukan berjenama popular dan berkualiti tinggi
seperti Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto dan Diadora pada harga yang berpatutan.
(Disesuaikan daripada https://www.jutawanmelayu.com/rahsia kejayaan pengasas kedai sukan al-ikhsan
yang dicapai pada 7 Mac 2019 )

Berdasarkan kajian kes,


(a) terangkan kaedah memulakan sebuah perniagaan oleh Ali Hassan Mohd
Hassan, dan [6]
(b) jelaskan sifat peribadi Ali Hassan Mohd Hassan yang menjadi faktor utama
kejayaan aL-ikhsaN. [24
]

Jawab satu soalan sahaja, iaitu sama ada soalan 12 atau soalan 13.

12. Terangkan enam proses merealisasikan idea yang pertama. [20]

13. Jelaskan kegunaan rancangan perniagaan kepada pihak berkepentingan. [20]


Skema UPPP1 Sem3 [21/2/2022]
1. Berikan dua perbezaan di antara usahawan dengan peniaga.                                 [6]
Dua perbezaan di antara usahawan dengan peniaga ialah : 

Dimensi Usahawan Peniaga


Motif Seorang yang inginkan kebebasan Seorang yang menjalankan
utama/matlamat untuk merebut peluang-peluang perniagaan untuk
dan menghasilkan penciptaan mendapatkan keuntungan.
baru (inovasi), di samping itu 
mendapatkan keuntungan.
Aktiviti  Menjalankan tugas-tugas Menjalankan aktiviti
pengurus, selain semua aktiviti perniagaan tanpa
perniagaan yang dijalankan. mementingkan fungsi / kerja
pengurusan yang sistematik
Status  Status adalah kurang mendapat Status kurang mendapat
perhatian. perhatian.
Risiko Berani berhadapan dengan risiko Tidak berani menghadapi
yang sederhana risiko
Kesilapan dan Berani menghadapi kegagalan Tidak sanggup berhadapan
kegagalan. dan sanggup belajar dari dengan kegagalan.
kesilapan.
Pembuatan Bebas membuat keputusan Bebas membuat keputusan
Keputusan  sendiri, biasanya keputusan yang sendiri, biasanya keputusan
berani. yang berani.
Perhubungan Berhubung secara transaksi dan Berhubung secara transaksi
dengan orang membuat perjanjian sebagai asas dan membuat perjanjian
lain. perhubungan. sebagai asas perhubungan.
Pulangan Dalam bentuk keuntungan Dalam bentuk keuntungan.
perniagaan, kepuasan dan
kebebasan.
[Mana-mana 2 dimensi ; 2 x 3 = 6m]

2. Terangkan dua faktor kejayaan seimbang.                                                             [4]

Dua faktor kejayaan seimbang ialah :


.i. Jasmani [1]
● Merujuk kepada aspek fizikal iaitu  badan yang sihat. [1]
● Seseorang individu mesti melakukan senaman, menjaga pemakanan yang
seimbang dan melakukan senaman. [1]
ii.  Emosi [1]

● Merujuk kepada aspek psikologi individu yang mmelibatkan perasaan


seseorang individu . [1]
● Emosi yang stabil boleh meningkatkan prestasi kerja. [1]
     iii. Rohani [1]

● Berkaitan dengan aspek jiwa, kepercayaan dan pegangan seseorang. [1]


● Jika seseorang berpegang kuat pada agama, individu itu akan terhalang
daripada melakukan perkara negatif [1]
● Rohani boleh dibangunkan dengan meditasi, mendapat kaunseling,
mendapat nasihat pakar motivasi dll. [1]
iv. Intelek [1]

● Berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan penngalaman yang dimiliki atau


keupayaan mind individu. [1]
● Seseorang individu perlu perbanyakkan pembacaan, menghadiri kursus
dan latihan.      [1]                                                             

[mana-mana 2 x 2m : 4m]

3. Senaraikan lima sumber idea baru [5]


Lima sumber idea baru ialah
i. Pelanggan
ii. Produk sdia ada
iii. Syarikat sedia ada
iv. Saluran pengedaran
v. Paten
vi. Penyelidikan dan pembangunan
vii. Profesional/Jururunding
viii. Dasar kerajaan

[mana-mana 5 x 1m : 5m]

4. Berikan empat kelebihan mengambil alih perniagaan sedia ada.               [4]

Dua kelebihan mengambilalih perniagaan sedia ada ialah :


● Pelanggan sedia ada atau potensi pasaran sedia ada
● Hubungan luar sedia terjalin dengan pihak bank, kerajaan dan pembekal
● Mempunyai rekod perniagaan yang terbukti
● Terdapat pekerja yang berpengalaman terlatih dan mahir
● Mempunyai modal dalam bentuk asset sedia ada dan kos pemasaran dapat
dikurangkan.
● Lokasi telah strategik dan mantap
[mana-mana 2 x 2m : 4m]

5. Huraikan tiga kaedah menjana dan mengembangkan idea [6]


Tiga kaedah menjana dan mengembangkan idea.
i. Soal selidik
H : kaedah ini menyediakan soalan berkaitan dengan isu dan permasalahan perniagaan
berdasarkan penetapan objektif kajian.
ii. Sumbang saran
H : Merupakan kaedah berkumpulan bagi mendapatkan banyak idea dan mencari jalan
penyelesaian baru.
iii. Pemerhatian
H : Ialah tindakan memantau dan meneliti sesuatu situasi melalui dokumentasi, video
dan gambar.
iv. Kumpulan fokus
H : Ialah satu kumpulan individu yang menyumbangkan maklumat dalam format
berstruktur.
[mana-mana 3F+3H x 2=6m]
6. Huraikan tiga sumber modal formal [6]
Tiga sumber modal formal ialah
i. Pinjaman bank
H : wang yg dipinjam drpd pihak bank untuk menampungi kekurangan modal drpd
pemilik

ii. Bantuan kerajaan


H ; merupakan bantuan drpd pihak kerajaan dalam bentuk modal dan bantuan subsidi

iii. Pelabur
H : Merupakan pemegang saham yg melaburkan modal wang dlm sesebuah perniagaan
dgn tujuan utk mendptkan pulangan keuntungan.

7. Nyatakan lima kegunaan rancangan perniagaan kepada usahawan        [5]

Lima kegunaan rancangan perniagaan kepada usahawan ialah        [5]

i) Sebagai panduan dlm membantu usahawan mengendalikan perniagaan mengikut hala


tuju yg telah ditetapkan bagi mencapai matlamat organisasi.
ii) Membantu usahawan meneliti dan menilai idea @ projek perniagaan secara objektif
dan kritis.
iii) Memberi gambaran tentang potensi perniagaan yang hendak dijalankan iaitu sama
ada berdaya saing.
iv) Membantu usahawan mengenal pasti masalah yg mungkin timbul semasa
menjalankan perniagaan. Ini dapat mengurangkan kesilapan semasa menjalankan tugas.
v) Membantu utk menyakinkan pihak yg berkepentingan terhdp perniagaan spt pelabur,
pembekal, pihak bank dan lain-lain.
vi) Membantu menyusun dan mengagihkan semua sumber perniagaan dengan cekap.
Penggunaan sumber dengan optimum dapat mengelakkan pembaziran dan membantu
mecapai kapasiti penuh.

8. Huraikan dua kepentingan rancangan perniagaan [4]

Dua kepentingan rancangan perniagaan ialah ;

i) Memberi garis panduan dalam usaha memulakan perniagaan


● RP berfungsi sebagai satu gasris panduan utk menentukan hala tuju perniagaan
tersebut bagi mencapai matlamat yg telah ditetapkan.
ii) Sebagai alat komunikasi kpd pihak berkepentingan
● Menyakinkan pihak berkepentingan spt pembekal, pelabur, pihak bank dan
pelanggan terhadap aktiviti perniagaan yg dijalankan.
iii) Merancang penggunaan sumber dengan cekap.
● Pengagihan sumber spt bhn mentah, modal, teanaga kerja , mesin dan kemahiran
dgn cekap membolehkan usahawan dpt pulangan yg maksimum dan pembaziran
dpt dikurangkan.
iv) Sebagai alat kawalan
● RP digunakan sbg alat utk mengukur prestasi perniagaan dan membandingkan
pencapaian dgn prestasi sebenar.
v) Menilai potensi, keunikan perniagaan , nilai komersil , teknologi dan persaingan dlm
perniagaan.
● Penilaian prestasi boleh dilakukan semasa dan selepas sesuatu aktvt perniagaan
dijalankan bagi membantu para pelabur dlm menilai pelaburan perniagaan yg
mampu menjana keuntungan.

vi) Mengurangkan kesilapan dlm menjalankan perniagaan


● RP dpt mengurangkan kesilapan semasa membuat keputusan dlm menjalankan
perniagaan termasuklah keputusan berkaitan dgn elemen rancangan perniagaan.
[mana-mana 2F+2H x 2=4m]

9. Berikan empat format rancangan perniagaan yang pertama [4]

i. Rumusan eksekutif
ii. Pengenalan
iii. Objektif
iv. Latar belakang syarikat

10. Huraikan tiga elemen yang perlu ada dalam rancangan pengeluaran [6]

i. Produk yang dikeluarkan


● menyenaraikan jenis produk & perkhidmatan yg dikeluarkan dan kuantiti yg
dikeluarkan sehari, sebulan @ setahun utk 3 hingga 5 tahun akan dtg.

ii. Proses pengeluaran


● Usahawan perlu menerangkan tahap-tahap yang terlibat dlm proses pengeluaran,
Menyediakan gambar rajah proses pengeluaran, menyediakan carta aliran
proses pengeluaran, memperuntukkan masa dan kos bagi setiap proses
pengeluaran dan menyatakan masalah yang mungkin dihadapi.

iii. Penggunaan bahan mentah


● menerangkan bahan mentah yang digunakan dalam aktiviti pengilangan atau
pembuatan
● menerangkan nama bahan mentah yang digunaka, senarai pembekal dan alamat
pembekal, jumlah kuantiti bahan mentah yang diperlukan dan harganya

iv. Jaminan kualiti


● seseorang usahawan perlu menghuraikan cara kawalan sama ada sebelum,
semasa dan selepas, teknik yang digunakan untuk menjamin kualiti serta
menyatakan kaedah yang digunakan untuk menentukan kualiti pengeluaran

v. Kapasiti pengeluaran
● merujuk kepada keupayaan pengeluaran untuk sehari atau semua. usahawan
perlu menyatakan faktor yang menentukan keupayaan pengeluaran seperti
pekerja, share pasaran, kemampuan syarikat dan sebagainya.

vi. Susun atur ruang operasi


● menentukan jenis susun atur tempat pengeluaran dan lukisan rajah susun atur
tempat operasi pengeluaran

vii. tenaga kerja


● menyenaraikan nama pekerja pekerja yang terlibat dalam mengeluarkan produk,
nama jawatan, senarai bayaran gaji dan elaun lain kepada pekerja, status pekerja,
tugas, dan tanggung jawab.

viii. lokasi Kilang


● Menyatakan lokasi pengeluaran dan menerangkan faktor-faktor pemilihan
lokasi.

ix. kos Teknikal atau kos pengeluaran

● menyatakan kos pengeluaran yang terlibat seperti kos bahan mentah, kos buruh
langsung, dan kos bahan Tak langsung.

x. mesin dan peralatan yang digunakan

● usahawan perlu menyenaraikan mesin dan peralatan yang digunakan serta


menyatakan kos, keupayaan mesin menghasilkan, kegunaan mesin, susut nilai
mesin dan peralatan, kedudukan lokasi mesin, pembekal mesin dan peralatan

[mana-mana 3F+3H x 2=6m]

Soalan 11
11a) Terangkan kaedah memulakan sebuah perniagaan oleh Ali Hassan Mohd
Hassan. [6]

Fakta Huraian Kaitan Kes


1 Memulakan sendiri Menubuhkan K1. Ali Hassan Mohd Hassan pemilik kedai sukan
perniagaan baru aL-ikhsaN sebenarnya memulakan perniagaannya
bermula dari awal dengan hanya bermodalkan RM50.
K2. Ali Hassan Mohd Hassan yang ketika itu menuntut
di UTM Skudai, Johor, memulakan perniagaan dengan
menjual barangan sukan kepada kawan-kawan dan
pensyarahnya kerana pada ketika itu di UTM Skudai
tiada pembekal barangan sukan.
K3. Ali Hassan Mohd Hassan yang merupakan pelajar
cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk
melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak
kerana lebih cenderung dan berkeyakinan untuk
mengusahakan perniagaan.
K4. Perniagaan pertama Ali Hassan bermula pada
tahun 1993 di ruang sempit hanya sebesar 100 kaki
persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru dengan modal
perniagaan yang diusahakan dengan titik peluhnya
sendiri.
(1F1H4KK = 6M)

11b) Jelaskan sifat peribadi Ali Hassan Mohd Hassan yang menjadi faktor utama kejayaan
aL-ikhsaN. [24]
Fakta Huraian Kaitan Kes
1 Mempunyai Sentiasa K1. Ali Hassan Mohd Hassan pemilik kedai sukan
keyakinan diri/ berfikiran positif aL-ikhsaN sebenarnya memulakan perniagaannya
Optimistik terhadap tindakan dengan hanya bermodalkan RM50.
yang akan diambil K2. Ali Hassan Mohd Hassan merupakan pelajar
cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk melanjutkan
pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih
cenderung dan berkeyakinan untuk mengusahakan
perniagaan.
K3. Sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi
kewangan kerana saiz perniagaannya yang kecil. Itu
bukan alasan untuk tidak berjaya.

2 Sentiasa mencari Dapat meramal K4. Ali Hassan yang ketika itu menuntut di UTM Skudai,
dan merebut dan menganalisis Johor, memulakan perniagaan dengan menjual barangan
peluang peluang yang sukan kepada kawan-kawan dan pensyarahnya kerana
boleh membawa pada ketika itu di UTM Skudai tiada pembekal barangan
keuntungan sukan.
K5. Pada penghujung 2010, aL-ikhsaN telah membuka
kedai sukan untuk wanita dikenali Al-Ikhsan Sports Girl.
K6. Pembukaan premis ini untuk memenuhi tuntutan para
pelanggan wanita yang menyatakan bahawa pakaian
serta kelengkapan sukan berkualiti tinggi jenama
terkemuka sukar diperoleh dalam pasaran tempatan
K7. Ali Hassan mula mengusahakan perniagaan secara
serius pada tahun 1994 apabila mendapati wujud trend
permintaan terhadap barangan sukan yang amat
menggalakkan terutama di kalangan remaja.
K8. Terbaru, syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian
berkaitan kerajaan, Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas)
menyuntik RM68.6 juta bagi membolehkan mereka
mendapat 35 peratus pegangan ekuiti dalam aL-ikhsaN.
K9. Ini sekali gus menjadikan perniagaan Ali Hassan
semakin megah mendaki puncak kejayaan kerana
mempunyai modal pusingan yang lebih besar.
K10. “Cari peluang yang ada di mana sahaja asalkan
boleh dijual,”
K11. aL-ikhsaN sedang merancang menembusi pasaran
Sabah dan Sarawak dengan membuka enam cawangan
di Kuching dan Kota Kinabalu.
K12. aL-ikhsaN telah membuka 116 cawangan di seluruh
Semenanjung Malaysia

3 Sanggup bekerja Perlu sentiasa K13. Ali Hassan kena rajin dan kuat berusaha dengan
kuat/ Sanggup bersedia untuk menjual baju sukan secara pantas.
berkorban bekerja keras, K14. Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin.
korbankan masa, K15. Ali Hassan pernah naik turun pejabat kerajaan dan
tenaga dan wang syarikat swasta bagi memperoleh tempahan dan
bagi menghadapi memasarkan barangannya.
rintangan untuk
memajukan
perniagaan
4 Mempunyai Dapat menjangka/ K16. Ali Hassan sedang mengintai peluang untuk
wawasan/ melihat apa yang menembusi pasaran Indonesia dan Thailand dalam
Berpandangan ingin dicapai pada tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
jauh/ Bermatlamat masa hadapan
jangka panjang

(4F4H16KK = 24m)

12. Terangkan lima proses merealisasikan idea yang pertama. [20]

Lima proses merealisasikan idea yang pertama ialah

i. Idea
H : Proses menjana seberapa banyak idea, mengumpul dan menyenaraikan idea-idea yang berpotensi tinggi
untuk menjanjikan kejayaan.
H : Usahawan boleh memperoleh idea idea daripada pelbagai sumber samada sumber dalaman atau sumber
luaran seperti pelanggan, pesaing, pengedar dan pembekal
Cth : terima cth yg releven

ii. Menapis idea


H : Usahawan perlu menapis dan mengenalpasti idea-idea perniagaan yang menjanjikan kejayaan ada yang
orang praktikal akan dibuang atau dilupuskan
H : Penapisan idea dilakukan untuk mendapatkan idea yang terbaik dan membantu mengurangkan
pembaziran sumber
Cth : terima cth yg releven

iii. Membina konsep


H : penerangan idea secara terperinci daripada perspektif pelanggan bertujuan memberikan kefahaman
kepada bakal pelanggan tentang kualiti terbaik dan ciri-ciri produk tersebut
H : Untuk mengukur penerimaan pengguna, temuduga dengan responden terpilih dijalankan di mana
Mereka didedahkan dengan pernyataan yang menggambarkan ciri-ciri dan sifat fizikal idea produk seperti
bentuk, saiz dan warna
Cth : terima cth yg releven

iv. Menguji konsep


H : menguji konsep produk baharu dengan kumpulan Sasaran pengguna untuk mengetahui konsep produk
yang mana paling menarik kepada bakal pengguna
H : konsep yang dibina itu perlu diuji sama ada melalui perbincangan dengan pihak-pihak berkuasa atau
perunding.
Cth : terima cth yg releven

v. Membuat rancangan perniagaan


H; sekiranya idea tersebut mempunyai asas yang baik, satu rancangan perniagaan perlu ditulis sebagai
memberikan idea yang hendak direalisasikan
H : Tujuan membuat rancangan perniagaan adalah untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan produk
Syarikat, mendapatkan pembiayaan dan sebagainya.
Cth : terima cth yg releven

[1F+2H+1Cth =4x5 = 20m]


13. Jelaskan kegunaan rancangan perniagaan kepada pihak berkepentingan. [20]

i. Pembiaya atau pemberi pinjam


- Pihak yang memberi pinjaman kepada perniagaan seperti pihak bank atau institusi kewangan
- pinjaman yang diberi bergantung kepada kualiti rancangan perniagaan seperti keuntungan, kos yang
terlibat dan kadar keuntungan yang diperolehi.
- pihak pembiaya akan meneliti dan menganalisis keupayaan perniagaan untuk menghasilkan aliran
tunai dan keupayaan membayar balik pinjaman sebelum permohonan pinjaman diluluskan.
- Cth : terima cth yg releven

ii. Pembekal
- pihak yang bertanggungjawab membekalkan bahan mentah atau produk yang diperlukan oleh
perniagaan.
- pembekal menyediakan sumber modal dan cepat dan murah kepada perniagaan melalui jualan
secara kredit.
- pembakar akan meneliti rancangan perniagaan sebelum bersetuju dengan perjanjian bagi
membekalkan bahan mentah, barang separuh siap atau barang siap kepada perniagaan tersebut.
- Cth : terima cth yg releven

iii. Pelanggan
- pihak yang akan membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan atau
ditawarkan oleh perniagaan
- melalui rancangan perniagaan, pelanggan Dapat mengetahui sama ada produk yang dikeluarkan
oleh perniagaan memenuhi keperluan dan kehendak mereka atau tidak
- pelanggan dapat mengetahui produk yang akan dibeli selamat, Bersih dan halal digunakan.
- Cth : terima cth yg releven

iv. Pekerja
- merupakan individu yang menyumbangkan masa, tenaga dan kemahiran dalam perniagaan dan
dibayar gaji atau upah
- rancangan perniagaan digunakan sebagai garis panduan untuk memahami skop tugas masing-masing
dalam setiap proses pengeluaran bermula dari peringkat impor hingga ke peringkat output
- rancangan perniagaan baik dapat membantu pekerja memahami tugas dan tanggungjawab dengan
jelas, gunakan sumber dengan cekap tanpa pembaziran, meminimumkan kos dan membantu dalam
merealisasikan matlamat atau halatuju organisasi.
- Cth : terima cth yg releven

v. pelabur, pemodal atau pemegang saham


- pihak yang menyumbangkan sebahagian daripada modalnya untuk dilaburkan dalam sesebuah
perniagaan
- pelabur menggunakan rancangan perniagaan untuk menilai potensi masa hadapan perniagaan dan
unjuran keuntungan yang akan diperolehi bagi menilai sama ada perniagaan itu boleh Maju, boleh
Bersaing atau tidak.
- perancangan perniagaan yang baik akan meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur dalam
perniagaan.
- Cth : terima cth yg releven

vi. Kerajaan atau agensi kerajaan


- pihak kerajaan akan meneliti rancangan perniagaan usahawan untuk memberikan bantuan kepada
usahawan yang terlibat
- kerajaan akan menyokong usahawan melalui pelbagai program, inisiatif, dan Pelbagai jenis
bantuan
- sekiranya rancangan perniagaan yang disediakan baik, berpotensi ke arah keuntungan dan
menyeluruh, maka pihak kerajaan menerusi agensi yang berkaitan akan mudah meluluskan bantuan.
- Cth : terima cth yg releven

vii. Pihak pengurusan atau usahawan


- pihak yang menguruskan sesebuah perniagaan
- penyediaan rancangan perniagaan yang baik dapat dijadikan sebagai garis panduan dalam
menjalankan aktiviti perniagaan. Selain itu dapat mengetahui matlamat perniagaan yang perlu
dicapai
- Cth : terima cth yg releven

viii. rakan kongsi


- Merupakan pihak yang berfungsi modal dalam perniagaan
- penyediaan Rancangan yang baik dapat menarik rakan kongsi untuk melabur dalam perniagaan ini
kerana rakan kongsi dapat mengetahui kedudukan dan prestasi perniagaan sama ada kukuh atau
tidak.
- Cth : terima cth yg releven

[1F+2H+1cth=4x5=20m]

You might also like