Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SMK TAMAN SELAYANG

68100 BATU CAVES, SELANGOR

________________________________________________________________

KERTAS KERJA
MAJLIS MOHON RESTU SPM 2021
TAHUN 2022

ANJURAN UNIT KURIKULUM


DENGAN KERJASAMA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING,
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK TAMAN SELAYANG
1. PENGENALAN

Program mohon restu keberkatan ilmu merupakan salah satu pelengkap kepada membantu
SPM yang bakal menghadapi peperiksaan yang sebenar nanti. Ia merupakan satu wadah
yang harus dijayakan supaya calon-calon SPM dapat meningkatkan potensi diri dan
mempunyai kesedaran yang jitu dalam kehidupan seharian. Program ini bertujuan untuk
meningkatkan motivasi kesedaran memperolehi ilmu melalui islah diri iaitu pembaikan dan
peningkatan diri demi mencapai kecemerlangan. Pembaikan diri adalah laluan terbaik untuk
menuju ke arah kecemerlangan pelajar

2. RASIONAL

Rasionalnya majlis mohon restu diadakan untuk memohon restu daripada guru serta
bimbingan dan motivasi agar menjadi kekuatan kepada murid-murid untuk menghadapi
peperiksaan di samping sokongan yang berterusan daripada pihak sekolah.

3. OBJEKTIF

3.1 Memohon restu guru dan memperolehi keberkatan ilmu sebagai bekalan
paling berharga untuk menghadapi peperiksaan SPM.
3.2 Menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada
guru dan pihak sekolah.
3.3 Membantu murid sentiasa bersemangat dan bersedia sebelum menduduki
peperiksaan.

4. MATLAMAT

4.1 Untuk melahirkan anak didik yang berbudi luhur, berketrampilan, berdaya
saing dan cemerlang.
4.2 Menghargai sikap ibu bapa dan guru.
4.3 Membantu melahirkan murid yang sejahtera jiwa dan minda sebelum
menghadapi peperiksaan,

5. JANGKA MASA DAN KUMPULAN SASARAN

Majlis ini akan diadakan pada 17 Febuari 2022. Majlis ini melibatkan semua murid
tingkatan 5.

6. TEMPAT DAN MASA

TEMPAT MASA
Dataran Salahuddin Al-Ayyubi 7.30 pagi – 9.30 pagi
Surau An - Nur
8. JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn Nor Addha binti Ibrahim


Naib Pengerusi 1 : En Zanzuri bin Mohamad
Naib Pengerusi 2 : Pn Samieh binti Ahmad
Naib Pengerusi 3 : Pn Marini binti Abdullah Zawawi
Setiausaha : Pn Noor Naimatul Akhmar bt Mohd Ghazali
Penyelaras 1 : En Hassanul Abiddin bin Yusof (GKMP Bahasa) - Dataran
: En Mohd Ezuan bin Abd Kadir (GKMP Sains Sosial) - Surau
: Pn Rozana binti Abd Rahman (GKMP Sains dan Matematik)- Dataran
: Pn Norazah binti Aziz (GKMP Teknik dan Vokasional)- Surau
Penyelaras 2 : Pn Azrinda binti Othman

9. JAWATANKUASA PELAKSANA:

a) Buku program : Cik Zainab Abidah binti Abu Bakar


b) Jemputan : En Hisbullah bin Abd Wahab
c) Siaraya /Lagu : En Mohd Sariffudin bin Abd Raof (Dataran)
: En Reduan bin Ab Wahab (Surau)
d) Juru acara : Pn Azrinda binti Othman (Dataran)
: En Reduan bin Ab Wahab (Surau)
e) Bacaan doa : Edryzal Azrel bin Edham (Dataran)
f) Bacaan ikrar : Navin Raja A/L Sundarum (Dataran)
g) Ucapan Murid : Aziq Haikal bin Firdaus (Dataran)
h) Bunting : Pn Azrinda binti Othman
i) Alat tulis : Pn Noor Naimatul Akhmar bt Mohd Ghazali (Dataran)
: Noor Fashah Amira binti Mohd Hazmi (Surau)
j) Teks ucapan pengetua : Pn Nor Hasliza binti Hassan
k) Kawalan disiplin /Susunan : En Muhammad Azizul bin Yusuf (Dataran)
Murid : En Mohd Ikhwan Hafiz bin Ismail (Dataran)
: En Muhamad Nursyazwan bin Mohd Fisal (Dataran)
l) Jamuan VIP : Pn Azira binti Azman
m) Dokumentasi : Pn Syarifah Norziana (Dataran)
: Pn Rosila binti Abdullah (Surau)

10. TENTATIF PROGRAM

Dataran Salahuddin Al-Ayyubi

7.30 pagi : Murid berkumpul

7.45 pagi : Kata aluan pengacara majlis


: Bacaan doa oleh Edryzal Azrel bin Edham

8.00 pagi : Taklimat disiplin oleh Pn Samieh binti Ahmad


(Penolong Kanan HEM)

8.10 pagi : Taklimat peperiksaan oleh setiausaha peperiksaan SPM

8.30 pagi : Ucapan oleh Pn Nor Addha binti Ibrahim


(Pengetua SMK Taman Selayang)
8.45 pagi : Ucapan wakil murid oleh Aziq Haikal bin Firdaus
8.50 pagi : Ikrar oleh Navin Raja A/L Sundarum

8.55 pagi : Majlis mohon restu


(murid- murid berjalan dihadapan barisan pentadbir dan para guru
memohon restu, seterusnya kembali ke kelas masing-masing)

Surau An- Nur

7.30 pagi : Murid berkumpul

8.00 pagi : Solat hajat

8.30 pagi : Kata aluan pengacara majlis

8.35 pagi : Taklimat disiplin oleh En Mohd Shahril bin Mohd Tahir
(Ketua Guru Disiplin SMK Taman Selayang)

8.45 pagi : Taklimat peperiksaan oleh setiausaha peperiksaan SPM

9.00 pagi : Ucapan oleh En Zanzuri bin Mohamad


(PK Pentadbiran SMK Taman Selayang)

9.15 pagi : Ucapan daripada wakil murid

9.20 pagi : Bacaan ikrar daripada wakil murid

9.25 pagi : Majlis mohon restu


(murid- murid berjalan dihadapan barisan pentadbir dan para guru
memohon restu, seterusnya kembali ke kelas masing-masing)

11. KEWANGAN

Bi Perkara Jumlah
l
1 Koperasi SMK Taman Selayang RM 1520.00
2 PIBG SMK Taman Selayang RM 200.00
JUMLAH RM 1720.00

12. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA AMAUN


( RM )
1. Alat tulis SPM (RM 5 X 304 ) 1520.00
2. Bunting 2 X RM 50.00 100.00
3. Jamuan VIP 100.00
JUMLAH 1720.00
13. PENUTUP
Jawatankuasa Majlis Mohon Restu SMK Taman Selayang amat berterima kasih di atas
semua bantuan yang telah diberikan sama ada dari segi wang ringgit dan tenaga kerja.
Semoga program sebegini InsyaAllah akan memberi kesan yang mendalam kepada calon-
calon SPM untuk berusaha sebaik mungkin dalam peperiksaan yang sebenar dan SMK
Taman Selayang dapat mencapai pencapaian yang lebih baik dalam keputusan SPM
kelak.Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada guru-guru, Unit Bimbingan dan
Kaunseling serta PIBG SMK Taman Selayang yang bertungkus lumus dalam menjayakan
program ini.
Akhirnya terima kasih lagi sekali kepada semua pihak. Semoga jasa tuan akan diberkati
oleh Allah SWT.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

....................................... ........................................................
(NOOR NAIMATUL AKHMAR BT MOHD GHAZALI) (ZANZURI BIN MOHAMAD)
Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Taman Selayang SMK Taman Selayang

Disahkan oleh : Diluluskan oleh:

........................................ ..........................................
(NOR ADDHA BINTI IBRAHIM) ( )
Pengetua
SMK Taman Selayang

You might also like