Pir 21

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

190 Personal Injury Reports [2019] 2 PIR [21]

Zainuddin b Ibrahim & Anor 1

v
Muhammad Arman bin Mohd Radzif & Anor
5
Sessions Court, Kuala Kangsar – Summons No. AG-A53KJ-50-04/2017
Rohaida Ishak scj

[21] Quantum – Pelvis – Closed fracture of inferior pubic rami – Closed fracture
of right acetabular wall with central hip dislocation – Miscellaneous condition –
10
Soft tissue injury over right pelvis and right lower limb – Muscle wasting – Scars

Date of accident
August 20, 2016

Date of grounds of judgment 15


July 6, 2018

Judgment received
August 1, 2019
20
Brief description of plaintiff’s injuries
(First plaintiff)
1. Closed fracture of the inferior pubic rami
2. Closed fracture of the right acetabular wall with central hip dislocation

(Second plaintiff) 25

1. Soft tissue injury over the right pelvis and right lower limb

Disabilities
(First plaintiff)
1. Muscle wasting 30
2. Scars
(a) 1 cm pin scars
(b) 17 cm × 2 cm permanent scar

Plaintiff’s age 35
(a) As at date of accident : NA
(b) As at date of hearing : NA

40
Zainuddin b Ibrahim & Anor v
Muhammad Arman bin Mohd Radzif & Anor
[2019] 2 PIR [21] Rohaida Ishak scj 191

1 Plaintiff’s occupation
(First plaintiff)
(a) As at date of accident : Lorry driver and security
guard
(b) As at date of hearing : NA
5
Plaintiff’s earnings
(a) As at date of accident : NA
(b) As at date of hearing : NA

Liability
10 100% against the first defendant

Award (Based on 100% liability)


(First plaintiff)
1. General damages
15 (a) Closed fracture of the inferior pubic rami – RM20,000.00
(b) Closed fracture of the right acetabular wall
with central hip dislocation – RM45,000.00
(c) Muscle wasting – RM 5,000.00
(d) Scars (1 cm pin scars and 17 cm × 2 cm
20 permanent scar) – RM20,000.00

2. Special damages
(a) Cost of medical aids – RM 42.40
(b) Loss of earnings
i. From August 20, 2016 to December 15,
25
2016 (RM1,950.00 × 3.5 months) – RM 6,825.00
ii. From December 15, 2016 to April 26,
2018 (RM950.00 × 14 months) – RM13,300.00
(c) Loss of future earning capacity – RM50,000.00
(d) Travelling expenses incurred by the
30 plaintiff’s family whilst visiting the plaintiff
at Hospital Taiping (RM50.00 × 6) – RM 300.00

(Second plaintiff)
1. General damages
(a) Soft tissue injury over the right pelvis and
35
right lower limb – RM10,000.00

2. Special damages – Nil

Note
40 An appeal was lodged by the first defendant at the High Court against the
Sessions Court’s finding on liability and quantum.
192 Personal Injury Reports [2019] 2 PIR [21]

Interest 1
As allowed

Cases referred to by the court


Agilan a/l Vanmugelan & Anor v Satisvaran a/l Chandra Segaran [2010] 1 PIR
[48], sc 5
Balakirisnan Nagalingam v Yap Kok Keong [2017] AMEJ 1162; [2017] 1 LNS
1498, HC
Dr Teh Bee Tee v Dr Joshua Mohanraj Daniel & Anor [2018] MLJU 117
Firdaus b Abd Malik & Anor v Wee Kok Choo [2011] 1 PIR [15], sc
Hamdan bin Mamud v Mohd Afiq Akhimullah bin Mohd Radzi [2015] 1 PIR
10
[29], sc
Izzat Haikal b Jaafar & Anor v Tan Boon Kai & Anor [2011] 1 PIR [28], sc
Murray v Lloyd [1990] 2 All ER 92, Ch D
Mat Jusoh Daud v Syarikat Jaya Seberang Takir Sdn Bhd [1982] CLJ (Rep) 562
Mohamad Khairil b Haran v Khalid b Basirah [2011] 2 PIR [36], sc
Mohammad Hazri bin Ramle v John Doe & Anor [2013] 9 MLJ 902, HC 15
Mohd Abdul Ghafur b Gayat v Lim Hong Keow [2011] 2 PIR [60], sc
Muhammad Najwan bin Othman (seorang kanak-kanak yang di bawah umur
membawa tindakan melalui wakil litigasinya, Othman bin Ariffin) v Ridzuan bin
Said & Anor [2016] 1 PIR [10], sc
Ngooi Ku Siang & Anor v Aidi Abdullah [1984] 1 CLJ (Rep) 294, FC 20
Normarina bt Jusoh & Anor v Lew Ee Sim [2010] 2 PIR [71], sc
Palanisamy a/l Sellapan & Anor v Daniyel b Nokman [2008] 2 PIR [52], sc
Sam Wun Hoong v Kader Ibramshah [1981] 1 MLJ 295; [1981] 1 LNS 103, FC
Samsaimon b Majid v Hamdan b Sian [2009] 2 PIR [61], sc
Subramaniam a/l R Sellamuthu & 2 Ors v Thinesh Ravi Kumar a/l Selvam & Anor
25
[2012] 2 PIR [58], sc
Sumarni v Yow Bing Kwong & Anor [2008] 1 MLJ 609
Yang Yap Fong & Anor v Leong Pek Hoon & Anor [1987] 2 MLJ 201; [1987] CLJ
(Rep) 419

Other references 30
Compendium of Personal Injury Awards (April 17, 2014)
RK Nathan, Nathan on Negligence

Solicitors
Intan Ridzuwan Raja Norhajjah & Co for plaintiffs 35
Lim Him Wee & Co for defendants

Rohaida Ishak scj

Pengenalan 40

[1] Di dalam kes ini plaintif membuat tuntutan gantirugi am, gantirugi
khas, kos dan faedah terhadap defendan-defendan akibat dari kemalangan
Zainuddin b Ibrahim & Anor v
Muhammad Arman bin Mohd Radzif & Anor
[2019] 2 PIR [21] Rohaida Ishak scj 193

1 jalanraya yang berlaku pada Ogos 20, 2016 jam lebih kurang 11.30 malam di
KM 48 Jalan Ipoh-Taiping.

[2] Adalah fakta yang tidak dipertikaikan bahawa kemalangan ini


berlaku diantara m/sikal No. AEW 9022 yang ditunggang oleh plaintif
dengan m/sikal No. AFY 1708 yang ditunggang oleh defendan pertama.
5

Fakta ringkas kes:

A. Kes plaintif

10
[3] Mengikut versi plaintif, pada Ogos 20, 2016 jam lebih kurang
11.30 malam, plaintif pertama sedang menunggang motorsikal bernombor
pendaftaran AEW 9022 bersama-sama anaknya, plaintif kedua sebagai
pembonceng dari Kota Lama Kiri hendak ke rumah di Kampung Banjir.
Apabila tiba di KM 48 Jalan Ipoh-Taiping, sebuah motorsikal bernombor
pendaftaran AFY 1708 yang ditunggang oleh defendan pertama yang datang
15 dari arah bertentangan secara tiba-tiba telah masuk ke dalam laluan
plaintif-plaintif dan menghalang laluan sah plaintif-plaintif dan seterusnya
telah menyebabkan berlaku kemalangan. Defendan kedua pada setiap masa
yang material adalah pemilik berdaftar motorsikal No. AFY 1708 tersebut.

[4] Bagi membuktikan tuntutannya ini, pihak plaintif telah memanggil


20
seramai enam orang saksi seperti berikut:

(i) SP1 – Sarjan R100301 Azahar bin Sungit, Penolong Pegawai


Penyiasat Trafik di IPD Kuala Kangsar

(ii) SP2 – Zainuddin bin Ibrahim, plaintif.


25
(iii) SP3 – Nurul Fhuzilyana binti Zainuddin, plaintif kedua yang
membonceng motosikal.

(iv) SP4 – Chan Mun Kwai, majikan plaintif pertama.


30 (v) SP5 – Mohd Fuad bin Johari, majikan plaintif pertama.

(vi) SP6 – Mohd Faizal bin Ibrahim, majikan plaintif pertama.

B. Kes defendan
35 [5] Mengikut versi defendan, defendan pertama menyatakan bahawa
pada Ogos 20, 2016 jam lebih kurang 11.30 malam, defendan pertama
menunggang motosikal No. AFY 1708 dari Kuala Kangsar ke Salak. Pada
ketika itu, apabila defendan pertama sampai di KM 8 Jalan Ipoh-Taiping,
semasa defendan pertama sedang menunggang motosikal, tiba-tiba sebuah
40 motosikal nombor pendaftaran AEW 9022 melintas di tengah jalan di
hadapan defendan pertama. Akibat terlalu dekat, defendan pertama
menekan brek tetapi tidak sempat elak, lalu melanggar motosikal
194 Personal Injury Reports [2019] 2 PIR [21]

plaintif-plaintif. Semasa memberi keterangan, defendan pertama 1


menyatakan plaintif-plaintif datang daripada simpang sebelum melintas.

[6] Pihak defendan hanya memanggil seorang saksi sahaja iaitu defendan
pertama.

(i) SD1 – Muhammad Arman bin Mohd Radzif. 5

Keputusan dan alasan penghakiman mahkamah:


[7] Setelah mahkamah mendengar keterangan-keterangan yang
dikemukakan oleh kedua-dua pihak dan meneliti serta menimbangkan
10
hujahan bertulis yang difailkan, maka atas imbangan keberangkalian
munasabah, mahkamah telah memutuskan bahawa defendan pertama
bertanggungan 100% cuai di dalam kemalangan ini. Pihak defendan tidak
berpuas hati dengan keputusan ini dan telah memfailkan rayuan ke
Mahkamah Tinggi atas isu liabiliti dan kuantum. Mahkamah dengan ini
mengemukakan alasan penghakiman bagi tujuan rayuan ini. 15

Liabiliti

[8] Berkenaan dengan isu liabiliti, berdasarkan kepada


keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak adalah
jelas terdapat versi yang bertentangan bagaimana kemalangan ini berlaku. 20
Dan disebabkan versi yang bertentangan ini juga menyebabkan SP1
(pegawai penyiasat) telah mengkelaskan kes ini sebagai RTM – refer to
magistrate kerana beliau tidak dapat membuat keputusan siapa yang
bersalah di dalam kemalangan ini. Maka kini, mahkamah perlu membuat
keputusan pihak manakah yang cuai di dalam kemalangan ini berdasarkan 25
keterangan-keterangan senyap yang dikemukakan.

Hujahan peguam plaintif

[9] Peguam plaintif berhujah bahawa versi plaintif adalah lebih


munasabah untuk dipercayai kerana arah perjalanan motosikal 30
plaintif-plaintif No. AEW 9022 ialah dari kiri ke kanan iaitu dari Kota Lama
Kiri ke Kampung Banjir. Mengikut keterangan plaintif (SP2), beliau sedang
bergerak terus dari kiri ke kanan rajah semasa di langgar. Kampung Banjir
terletak lebih kurang 50 meter lagi ke depan jalan. Oleh itu adalah tidak logik
untuk plaintif-plaintif mengikut jalan lain untuk pulang ke rumah 35
sedangkan rumahnya hanya perlu berjalan terus ke hadapan. Tiada
keperluan untuk plaintif (SP2) melintas jalan kerana rumahnya bukan arah
masuk simpang G bahkan SP2 hendak bergerak terus kerana rumahnya
hanya beberapa meter di hadapan jalan. Hal ini juga dinyatakan oleh SP3
dimana tiada keperluan daripada tempat tuisyen beliau untuk pulang ke
40
rumah harus memasuki mana-mana simpang.
Zainuddin b Ibrahim & Anor v
Muhammad Arman bin Mohd Radzif & Anor
[2019] 2 PIR [21] Rohaida Ishak scj 195

1 Hujahan peguam defendan

[10] Pihak defendan berhujah bahawa versi defendan adalah lebih probable
jika dilihat kepada kerosakkan kedua-dua kenderaan. Pihak defendan
berhujah bahawa kerosakkan kepada motosikal plaintif adalah menyokong
versi defendan bahawa plaintif telah dengan tiba-tiba keluar dari simpang
5
dan melintas di tengah jalan dihadapan defendan. Ketika memberi
keterangan di mahkamah, defendan masih berpegang kepada versi
kemalangan adalah seperti laporan polis yang beliau laporkan pada
September 5, 2016. Pihak defendan juga berhujah bahawa keterangan
defendan adalah lebih probable kerana kecederaan yang dihadapi oleh
10 plaintif pertama dan defendan adalah konsisten dengan keterangan
defendan.

[11] Oleh itu bagi menentukan liabiliti di dalam kes ini, antara keterangan
saksi-saksi yang penting untuk dipertimbangkan oleh mahkamah adalah
SP1 (pegawai penyiasat), SP2 (plaintif pertama), SP3 (plaintif kedua) dan
15 SD1 (defendan pertama).

(a) Keterangan SP1 (pegawai penyiasat):

i. Beliau ada menyiasat mengenai kemalangan yang berlaku


pada tarikh Ogos 20, 2016 di KM 48 Jalan Ipoh-Taiping
20 diantara kenderaan m/sikal No. AEW 9022 dan m/sikal
No. AFY 1708.

ii. SP1 hanya pergi ke tempat kemalangan pada tarikh Jun 28,
2018, jam 6.00 petang iaitu selepas plaintif membuat laporan
polis oleh itu kedudukan kenderaan terlibat tidak dapat
25
dipastikan. SP1 telah melakar rajah kasar dan merakam
gambar kerosakan kenderaan yang terlibat.

iii. Mengikut siasatan SP1, dengan merujuk kepada rajah kasar


(P1), arah perjalanan m/sikal plaintif (AEW 9022) adalah dari kiri ke
30 kanan iaitu dari Kota Lama Kiri ke rumahnya di Kampung Banjir.
Manakala arah perjalanan m/sikal defendan (AFY 1708) adalah dari
kanan ke kiri.
iv. Kawasan kemalangan adalah rumah kampung.

35 v. Terdapat lampu jalan di kawasan kemalangan.

vi. Terdapat satu lorong masuk ke rumah di sebelah kiri hala ke


Ipoh.

vii. Kerosakan m/sikal plaintif (AEW 9022) adalah rosak teruk di


40 bahagian hadapan sebelah kanan.

viii. Kerosakan m/sikal defendan (AFY 1708) adalah rosak terus


pada bahagian hadapan sebelah kanan.
196 Personal Injury Reports [2019] 2 PIR [21]

ix. Terdapat pembonceng m/sikal AEW 9022 semasa kemalangan 1


tetapi SP1 tidak mengambil keterangannya.

x. SP1 mengkelaskan kes sebagai RTM – refer to magistrate kerana


pihak-pihak membuat laporan polis lewat oleh itu tiada kesan
kemalangan di tempat kemalangan yang dapat dilihat. Selain
5
itu versi kedua-dua pihak bagaimana kemalangan berlaku
adalah bertentangan.

xi. Defendan pertama tidak mempunyai lesen menunggang


m/sikal dan merupakan pelajar sekolah.
10
(b) Keterangan SP2 (plaintif):
i. Keterangan bagi pemeriksaan utama plaintif disediakan
secara bertulis dan ditandakan sebagai PSP2.

ii. Keterangan plaintif mengenai kemalangan adalah, pada


Ogos 20, 2016 jam lebih kurang 11.30 malam dia menunggang 15

m/sikal No. AEW 9022 bersama anaknya yang bernama Nurul


Fhuzilyana binti Zainuddin dari Kota Lama Kiri hendak ke
rumah di Kampung Banjir. Pada ketika itu apabila sampai di
KM48 Jalan Ipoh-Taiping, tiba-tiba sebuah m/sikal bernombor
pendaftaran AFY 1708 yang datang dari arah bertentangan 20
masuk ke jalan plaintif. plaintif cuba membrek dan mengelak
tetapi oleh kerana kejadian berlaku terlalu pantas dan jarak
terlalu dekat, perlanggaran berlaku juga.
iii. Akibat dari kemalangan itu plaintif mengalami kecederaan
tulang punggung sebelah kanan patah, lutut sebelah kanan 25
cedera, lengan sebelah kanan cedera dan lain-lain (seperti
dalam laporan perubatan).

iv. Semasa pemeriksaan balas, peguam mencadangkan bahawa


plaintif sebenarnya keluar dari simpang dan itu punca yang
30
menyebabkan kemalangan berlaku. Antara soalan peguam
defendan adalah:

S: Adakah encik perlu lalu Kampung Tias bila ambil


anak dari tuisyen?
J: Tidak perlu. 35

S: Jarak tempat kemalangan ke tempat tuisyen anak?


J: Lebih kurang 500 meter.
S: Berapa kelajuan motor?
J: 20-30 km/j. 40
Zainuddin b Ibrahim & Anor v
Muhammad Arman bin Mohd Radzif & Anor
[2019] 2 PIR [21] Rohaida Ishak scj 197

1
S: Ada lampu jalan di tempat kemalangan?
J: Di depan sikit ada lampu jalan. Di tempat
kemalangan tak ada lampu jalan.
S: Ada pembonceng bersama encik?
5
J: Ada.
S: Bagaimana boleh elak motosikal pertama?
J: Jarak kedua-dua motosikal adalah jauh.
S: Ada cuba elak motosikal di hadapan bila nampak?
J: Tidak ada apa-apa. Motosikal pertama ikut laluan
10 dia, motosikal defendan yang telah masuk laluan
saya.
S: Kali pertama nampak motosikal kedua, berapa jauh?
J: Dekat sangat sebab motor itu tiba-tiba sahaja masuk
dan saya tak sempat nak elak.
15
S: Masa mula-mula nampak motosikal kedua, adakah
motor itu terus masuk ke laluan encik?
J: Ya, motosikal terus masuk ke laluan saya.
Terlampau dekat, saya tak sempat elak.
S: Apa kerosakan motosikal?
20
J: Bahagian depan, semua belah kanan rosak.
* Rujuk rajah kasar.
S: Sebelum pertembungan, anda menunggang di
bahagian mana?
25 J: Bahagian C.
S: Kawasan kemalangan adalah dua lorong?
J: Ya.
S: Motosikal perlu lalu di lorong mana?
30 J: Lorong tepi sekali tapi kawasan situ berlubang, saya
perlu ke tengah sedikit iaitu C.
S: Adakah encik disaman oleh polis?
J: Tidak ada.
S: Berapa lama pengalaman memandu motosikal?
35
J: Lebih 25 tahun.
S: Encik kata encik menunggang di C, saya cadangkan
ini menyumbang kepada kemalangan.
J: Tidak setuju.
40
198 Personal Injury Reports [2019] 2 PIR [21]

v. Apabila disoal semula oleh peguamcara plaintif berkenaan 1


kejadian, ini adalah jawapan plaintif.

S: Ada tak masuk ke laluan G?


J: Tidak pernah sebab tak ada keperluan untuk saya
masuk ke laluan G. 5
S: Ada bagi signal nak melintas ke G?
J: Tidak ada.
S: Rujuk gambar. Motor rosak bahagian mana?
J: Kanan depan. Bahagian kiri tak ada rosak.
10
S: Laluan C adalah laluan siapa?
J: Laluan saya. Jika tak ada apa-apa, laluan saya
adalah selamat dan saya tidak menyumbang kepada
kemalangan.
(c) Keterangan SP3 (plaintif kedua) 15

i. Keterangan SP3 juga disediakan secara bertulis dan


ditandakan sebagai PSP3.

ii. Di dalam soalan No. 5 PSP3, SP3 menjelaskan mengenai


kemalangan yang berlaku seperti berikut: 20

Pada 20/8/2018 jam lebih kurang 11.30 malam, saya


membonceng motosikal no. AEW 9022 bersama ayah saya
yang bernama Zainuddin bin Ibrahim dari Kota Lama Kiri
hendak ke rumah di Kampung Banjir. Pada ketika itu
apabila sampai di KM48 Jalan Ipoh-Taiping, tiba-tiba 25

sebuah motosikal bernombor pendaftaran AFY 1708 yang


datang dari arah bertentangan masuk ke jalan kami. Ayah
saya cuba membrek dan mengelak, tetapi oleh kerana
kejadian berlaku terlalu pantas dan jarak yang terlalu
dekat, perlangggaran berlaku juga. Akibat dari kejadian 30
itu, saya dan ayah saya telah mengalami kecederaan yang
serius dan dimasukkan ke hospital.

iii. Semasa pemeriksaan balas, antara soalan-soalan yang penting


untuk dipertimbangkan oleh mahkamah adalah seperti
35
berikut:

S: Dari pusat tuisyen, memang jalan lurus saja? Tak


ada simpang?
J: Ya.
40
S: G nak ke mana?
J: Kampung Tias.
Zainuddin b Ibrahim & Anor v
Muhammad Arman bin Mohd Radzif & Anor
[2019] 2 PIR [21] Rohaida Ishak scj 199

1
S: Sebelum kemalangan, ayah ada melalui Kampung
Tias nak ke rumah?
J: Tidak ada.
S: Boleh ke lalu Kampung Tias untuk sampai ke
rumah?
5
J: Boleh, tapi perjalanan akan jadi lebih jauh.
S: Pernah ayah guna jalan ini untuk balik ke rumah
lepas ambil awak dari tuisyen?
J: Tidak pernah.
10 S: Tempat kemalangan ada lampu jalan?
J: Ada.
(d) Keterangan SD1 (defendan pertama)

i. Pihak defendan hanya memanggil satu orang saksi sahaja iaitu


15 defendan pertama bagi membuktikan kesnya.

ii. Di bawah ini adalah antara soalan-soalan yang ditanyakan


oleh peguam defendan semasa pemeriksaan utama:

(e) Pemeriksaan utama


20
S: Pada Ogos 20, 2016 adakah awak terlibat dalam satu
kemalangan jalanraya?
J: Ya.
S: Waktu itu awak menunggang motosikal dengan
25 siapa?
J: Tidak ada.
S: Waktu itu awak dari mana hendak ke mana?
J: Dari Kuala Kangsar ke Salak.
S: Boleh cerita apa yang berlaku?
30
J: Penunggang belah sana keluar dari simpang dan
langgar belah kanan motor saya.
S: Motor yang keluar simpang itu keluar simpang
kanan atau kiri?
35 J: Keluar dari simpang kanan saya.
S: Saya rujuk rajah kasar kepada saksi.
J: Saya gerak dari kiri ke kanan. Dia berada di lorong
B kerana A adalah jalan rosak. Simpang yang saya
katakan adalah G.
40 S: Adakah Aiman biasa dengan jalan ini?
J: Tidak biasa.
200 Personal Injury Reports [2019] 2 PIR [21]

1
S: Adakah awak tahu ada simpang di situ?
J: Tahu.
S: Simpang itu adalah simpang besar atau kecik?
J: Simpang kecik.
S: Simpang itu tanah merah atau jalan tar? 5
J: Tidak pasti.
S: Mula-mula Arman nampak motor itu, motor berada
di mulut simpang atau bagaimana?
J: Motor terus langgar saya, saya tak perasan motor
dari mana tapi dari belah kanan saya. 10

S: Berapa kelajuan anda masa itu?


J: Dalam 60 km/j.
S: Waktu Arman menunggang dalam kelajuan itu,
anda tak nampak motor itu berhenti di mulut
15
simpang? Motor itu terus langgar?
J: Ya.
S: Jika mengikut laporan polis anda, anda kata
tiba-tiba motor melintas ke tengah jalan, apa
maksud awak?
20
J: Motor tiba-tiba datang.
S: Apa tindakan awak?
J: Saya cuba brek.
S: Kemalangan berlaku pada Ogos 20, 2016. Kenapa
buat repot lambat iaitu pada September 5, 2016? 25

J: Saya masuk hospital Taiping.


S: Saya rujuk ms 7, gambar H. Awak dari ke mana
hendak ke mana?
J: Saya dari bawah ke atas.
30
S: Adakah boleh lihat simpang dari gambar H ini?
J: Ya, simpang itu di kiri gambar.
Soalan
mahkamah: Malam itu kamu hendak ke mana?
J: Saya dari Kuala Kangsar hendak ke Salak. 35

Mahkamah: Jika mengikut rajah kasar, arah perjalanan defendan


adalah dari kanan ke kiri.
(f) Pemeriksaan balas:
40
S: Jika ikut arah perjalanan tadi, kalau ikut gambar
(ms 7), awak dari mana hendak ke mana?
J: Saya dari bawah ke atas.
Zainuddin b Ibrahim & Anor v
Muhammad Arman bin Mohd Radzif & Anor
[2019] 2 PIR [21] Rohaida Ishak scj 201

1
S: Saya rujuk pula gambar I, awak dari mana?
J: Saya dari bawah ke atas.
S: Tadi awak kata motor satu lagi, keluar dari simpang
belah kanan. Di mana dalam rajah kasar gambar
simpang itu?
5
J: Tidak nampak. Gambar I, atas lagi dari kereta ada
satu simpang kanan. Luar dari rajah kasar. Bukan
simpang yang saya tandakan tadi.
S: Apa berlaku masa itu?
10
J: Dia keluar dari simpang kanan (luar rajah kasar)
dan terus masuk ke jalan saya.
S: Saya cadangkan sebenarnya, semasa nak ke selekoh
itu, Arman makan jalan?
J: Tidak setuju.
15 S: Masa lepas nampak motor tu nak melintas, apa yang
anda nak buat?
J: Motor itu terus berada depan saya. Jarak sangat
dekat.
S: Macam mana nampak dia keluar simpang kalau
20 kamu kata terus nampak dia di depan kamu?
J: Memang motor terus melintas. Jarak lebih kurang
1.5 meter (jarak mahkamah).
S: Jika mengikut jarak yang awak tunjukkan iaitu
1.5 meter, maka mustahil awak boleh nampak motor
25 itu datang dari mana?
J: Tidak setuju.
S: Setuju tak, dekat selekoh, awak kena mengiring
sikit?
J: Setuju.
30
S: Awak yang masuk ke laluan motor satu lagi?
J: Tidak setuju.
S: Masa dah nampak motor itu dekat, apa yang awak
cuba buat?
35 J: Saya cuba mengelak ke kiri. Saya cuba tekan brek.
S: Rujuk laporan polis awak. Awak tak ada cakap pun
yang awak cuba mengelak ke kiri?
J: Ya dalam laporan saya tak cakap yang saya cuba
elak.
40 S: Ada tekan brek?
J: Ada.
202 Personal Injury Reports [2019] 2 PIR [21]

1
S: Apa jadi lepas itu?
J: Saya jatuh dan terpelanting ke depan.
S: Pada waktu ni awak bawak laju?
J: Tak setuju.
S: Kalau awak tak bawak laju, logiknya kemalangan 5
dapat dielakkan?
J: Setuju.
S: Motor ada lampu?
J: Ada.
10
S: Lampu motor tak berfungsi dengan baik?
J: Tidak setuju.
S: Brek tak berfungsi dengan baik?
J: Tidak setuju.
S: Masa awak langgar motor tu, awak perasan ada 15
pembonceng atau tak?
J: Perasan ada pembonceng.
S: Lepas awak jatuh awak sedar?
J: Ya.
20
S: Tadi awak kata motor itu melintas, adakah motor itu
nak masuk mana-mana simpang atau nak masuk ke
mana-mana?
J: Motor masuk jalan saya. Motor dari simpang dan
bukan nak masuk mana-mana simpang. Motor itu
25
tak bagi signal.
S: Motor itu ada berhenti sebelum melintas tak?
J: Tak berhenti.
S: Saya cadangkan simpang yang awak cakap tak ada
dalam gambar, tak ada dalam rajah kasar, jadi awak 30
sebenarnya telah masuk ke laluan motor itu?
J: Tak setuju.
S: Perlanggaran berlaku di mana?
J: Di akhir titik dalam rajah kasar iaitu di laluan E.
35
S: Perlanggaran sebenarnya berlaku di tanda Z dan X
dalam RK?
J: Tak setuju.

40
Zainuddin b Ibrahim & Anor v
Muhammad Arman bin Mohd Radzif & Anor
[2019] 2 PIR [21] Rohaida Ishak scj 203

1 [12] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan di atas, mahkamah


berpendapat versi plaintif lebih probable dan munasabah untuk diterima
berdasarkan kepada alasan-alasan berikut:

i. Peguambela defendan semasa memeriksa balas SP2 (plaintif


pertama) dan SP3 (plaintif kedua), cuba menimbulkan versi bahawa
5
plaintif sebenarnya hendak masuk ke simpang di G (simpang kiri
menghala ke Ipoh – rajah kasar). Tetapi ini telah dinafikan oleh SP2
dan SP3 kerana perjalanan ke rumah plaintif-plaintif adalah jalan
lurus sahaja dan tidak perlu masuk ke simpang G tersebut malah
plaintif pertama juga tidak pernah menggunakan simpang itu untuk
10 ke rumahnya kerana jarak akan menjadi lebih jauh. Jika mahkamah
menerima versi peguam defendan, dan merujuk pula dengan
keterangan defendan pertama, adalah jelas keterangan mereka
bercanggah. Ini adalah kerana defendan pertama mengatakan plaintif
keluar dari simpang di sebelah kanannya yang mana tidak ada dalam
15
rajah kasar atau di dalam mana-mana gambar yang dikemukakan
melalui SP1. Semasa disoal balas oleh peguam plaintif berkenaan
perkara ini, berikut adalah jawapan defendan.

S: Tadi awak kata motor itu melintas, adakah motor itu


nak masuk mana-mana simpang atau nak masuk ke
20 mana-mana?
J: Motor masuk jalan saya. Motor dari simpang dan
bukan nak masuk mana-mana simpang. Motor itu
tak bagi signal.
S: Saya cadangkan simpang yang awak cakap tak ada
25 dalam gambar, tak ada dalam rajah kasar, jadi awak
sebenarnya telah masuk ke laluan motor itu?
J: Tak setuju.
Mahkamah berpendapat defendan mereka cerita sendiri bagaimana
kemalangan berlaku. Ini adalah kerana, sekiranya benar
30
keterangannya, dia sepatutnya menceritakan semua ini semasa
memberi keterangan kepada pegawai penyiasat supaya pegawai
penyiasat dapat membuat siasatan yang lebih baik dan membuat
tandaan atau melukis rajah kasar yang lebih sempurna bagi
membantu mahkamah membuat keputusan bagaimana kemalangan
35 tersebut boleh berlaku. Apabila keterangan-keterangan baru muncul
secara tiba-tiba di mahkamah, bagaimana pihak mahkamah dapat
membuat keputusan dengan hanya merujuk kepada rajah kasar yang
tidak menunjukkan apa-apa kesan kemalangan?

40
204 Personal Injury Reports [2019] 2 PIR [21]

ii. Pihak-pihak juga membuat laporan polis lewat dan defendan paling 1
lewat membuat laporan polis berkenaan kemalangan ini. Kelewatan
ini menimbulkan anggapan dan andaian bahawa defendan pertama
sempat bertemu dan berbincang dengan mana-mana pihak sebelum
membuat laporan polis bagi mengelakkan dari menampakkan
kemalangan diakibatkan olehnya. 5

iii. Keterangan defendan tidak konsisten dan kerap bertukar jawapan.


Setelah beberapa kali dibetulkan dan ditanya semula untuk
pengesahan, barulah mahkamah mendapat jawapan yang
sepatutnya. Defendan pertama juga teragak-agak semasa menjawab
soalan. Di dalam laporan polisnya, defendan pertama tidak 10
menyatakan bahawa plaintif keluar simpang tetapi hanya
mengatakan m/sikal plaintif melintas di hadapannya. Isu keluar
simpang hanya timbul semasa perbicaraan sahaja. Keterangan
defendan berkenaan dengan titik perlanggaran juga adalah berbeza
dengan tempat yang dinyatakan oleh plaintif-plaintif. 15

S: Saya cadangkan simpang yang awak cakap tak ada


dalam gambar, tak ada dalam rajah kasar, jadi awak
sebenarnya telah masuk ke laluan motor itu?
J: Tak setuju.
20
S: Perlanggaran berlaku di mana?
J: Di akhir titik dalam rajah kasar iaitu di laluan E.
iv. Keterangan plaintif pertama dan plaintif kedua adalah lebih
konsisten dan tidak bertentangan. Malah tempat kemalangan yang
ditandakan oleh kedua-dua plaintif di rajah kasar juga adalah lebih 25
kurang sama iaitu di titik Z dan X (rajah kasar).

v. Defendan pertama masih pelajar sekolah dan tidak mempunyai lesen


memandu semasa tarikh kemalangan. Ini menunjukkan dia tidak
mempunyai kemahiran dan pengalaman yang mencukupi untuk
menunggang motosikal dan juga telah melanggar undang-undang 30

kerana telah menunggang m/sikal tanpa lesen. Plaintif pula


mempunyai pengalaman menunggang m/sikal selama 25 tahun dan
biasa menggunakan jalan itu kerana hampir setiap malam dia
mengambil anaknya dari tusiyen untuk dihantar balik ke rumahnya
di Kampung Banjir. 35

vi. Merujuk kepada kecederaan yang dialami oleh pihak-pihak, plaintif


(SP2) mengalami kecederaan patah tulang punggung sebelah kanan,
cedera lutut di sebelah kanan (eks P7). Jika mahkamah menerima
versi defendan pertama bahawa plaintif (SP2) keluar simpang, sudah
pasti kecederaan yang dialami oleh plaintif (SP2), adalah patah kaki 40
Zainuddin b Ibrahim & Anor v
Muhammad Arman bin Mohd Radzif & Anor
[2019] 2 PIR [21] Rohaida Ishak scj 205

1 kiri yang parah. Begitu juga dengan kecederaan yang dialami oleh
defendan pertama, juga di kaki sebelah kanan (eks D5). Berdasarkan
kecederaan ini mahkamah berpendapat kemalangan tidak berlaku
dalam keadaan plaintif melintas melainkan berlaku secara
bertentangan yang selari dengan kecederaan di bahagian sebelah
5 kanan plaintif pertama dan juga defendan pertama. Mahkamah juga
bersetuju dengan hujahan peguam plaintif bahawa jika plaintif (SP2)
keluar simpang secara melintang dan menghalang defendan
pertama, prinsip daya dan gerakan Newton ialah tentu plaintif (SP2)
akan terpelanting di tengah jalan atau melambung bila berlaku
halangan pertembungan. Kecederaan plaintif-plaintif semestinya
10
jauh lebih teruk memandangkan impak motosikal yang sedang laju
bergerak memenghalang/melintas sebuah motorsikal lain yang juga
sedang bergerak.
vii. Melihat pula kepada kerosakan m/sikal pihak-pihak, jika
15
menimbangkan versi defendan bahawa m/sikal plaintif keluar dari
simpang kanan dan melintas di hadapannya secara tiba-tiba dan
perlanggaran berlaku di E disebabkan m/sikal plaintif ingin masuk
ke simpang G, maka sudah pasti kerosakan m/sikal plaintif adalah
lebih di bahagian kiri. Tetapi mengikut keterangan pegawai
penyiasat, kedua-dua m/sikal mengalami kerosakan di bahagian
20 hadapan kanan. Kerosakan m/sikal ini menyokong versi plaintif
kerana tempat kemalangan adalah satu selekoh dan m/sikal
defendan yang datang dari arah kanan ke kiri dengan lajunya telah
masuk ke laluan plaintif dan telah melanggar bahagian hadapan
kanan m/sikal plaintif. Begitu juga dengan kerosakan m/sikal
25 defendan, jika benar defendan mengatakan m/sikal plaintif secara
tiba-tiba melintas di hadapannya, sudah pasti kerosakan m/sikal
defendan adalah di bahagian hadapan sahaja tetapi di sini kerosakan
m/sikal defendan juga adalah di bahagian kanan. Hasil dari
keterangan yang diberikan, mahkamah berpendapat versi
kemalangan adalah berlaku seperti berikut:
30

35

40
206 Personal Injury Reports [2019] 2 PIR [21]

10

15

20

[13] Oleh itu berdasarkan keterangan-keterangan di atas dan merujuk


kepada lakaran rajah kasar, mahkamah berpendapat versi plaintif lebih
25
probable dan munasabah untuk diterima. Mahkamah seterusnya membuat
keputusan atas keberangkalian munasabah bahawa defendan pertama
adalah bertanggungan 100% cuai di dalam kemalangan ini.

Kuantum
30
[14] Berkenaan dengan kuantum, plaintif menuntut untuk gantirugi am,
khas, dan kehilangan pendapatan. Di dalam membuat pertimbangan
apakah gantirugi yang boleh diawardkan dan berapakah jumlah yang adil
dan munasabah yang patut diberikan kepada plaintif, mahkamah
menjadikan keputusan di dalam kes-kes di bawah sebagai panduan dan
35
rujukan.

[15] Mahkamah ingin merujuk kepada kes Sam Wun Hoong v Kader
Ibramshah [1981] 1 MLJ 295; [1981] 1 LNS 103, yang mana Mahkamah
Persekutuan telah menjelaskan mengenai gantirugi am dan khas:
40
In an action for personal injuries, there are two classes for damages which have to
be considered. Special damage which has to be specially pleaded and general
damage which need not be specially pleaded. In both classes of damages, the
burden of proof based on the balance of probabilities in the evidence, lies on the
Zainuddin b Ibrahim & Anor v
Muhammad Arman bin Mohd Radzif & Anor
[2019] 2 PIR [21] Rohaida Ishak scj 207

1 plaintiff. Special damage consists of out-of-pocket expenses, such as hospital bills


and actual loss of earning during period of total incapacity, and is generally
capable of substantially exact calculation. General damage comprises damage for
pain and suffering, loss of amenities and the like which the law implies, and in
certain cases where the injuries suffered are such as to lead to continuing or
permanent disability, it includes future loss of earnings and loss of earning
5 capacity. Under the heading of pain and suffering and loss of amenities, the
quantum is mainly assessed on the nature of injuries sustained and the period of
hospitalisation, and in arriving at a figure, the court is guided by previous awards
in cases involving similar type of injuries with allowances being given as to the
plaintiff's age, marital status, his special position socially or in business,
depreciation or appreciation of money value and other relevant circumstances. As
regards loss of future earning and future loss of earning capacity, although such
10 loss can be implied in appropriate cases, the award should be a nominal one,
unless the plaintiff can prove such future loss is in fact sufficiently severe to
warrant a substantial award. Further, such implied loss can be rebutted by the
evidence, and if the evidence does in fact disclose or sufficiently disclose no future
loss of earning or loss of earning capacity, no award need be given under these
headings.
15
[16] Manakala di dalam kes Dr Teh Bee Tee v Dr Joshua Mohanraj Daniel &
Anor [2018] MLJU 117, hakim Mahkamah Tinggi, Akhtar Tahir telah merujuk
kepada kes-kes berikut di dalam menimbangkan pemberian gantirugi:
[26] In assessing damages guidance can be had from the decision in the case of Inas
20 Faiqah binti Mohd Helmi (seorang kanak-kanak yang mendakwa melalui bapa dan sahabat
wakilnya, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & 2 Ors [2016] 1 PIR [16];
[2016] 2 AMR 217; [2016] 2 CLJ 885 where it was stated as follows:
“It is trite that damages serve as compensation, not a reward, less still
punishment (see Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 CLJ 198 … In
assessing damages the court should not be motivated by sympathy and
25 award fair compensation based on cogent evidence. The court should not
descend into a domain of speculation. The evaluation of those evidence,
which form the basis of any risk or future damages, must therefore still be
undertaken. And the trial judge can only evaluate such damages based on
recognised balance of probabilities standard …”

30
[27] The established practice as to what are the damages that can be claimed in
personal injury claim which are also applicable to losses suffered in a medical
negligence claim it is stated in Buckley Law of Negligence and Nuisance 5th edition at
p 523 as follows:

“'The practice is now established’, said Lord Denning MR in 1979, when the
case of Lim Poh Choo v Camden and Islington Area Health Authority was in the
35 Court of Appeal, 'that in personal injury cases, the award of damages is
awarded under four main heads. First special damages in the shape of
money actually expended. Second, cost of future nursing and attendance
and medical expenses. Third, pain and suffering and loss of amenities.
Fourth loss of future earnings’. The latter three headings are collectively
referred to as 'general damages’.”
40
[17] Mahkamah juga ingin merujuk kepada kes Murray v Lloyd [1990] 2 All
ER 92 yang dipetik di dalam “Nathan on Negligence” oleh Justice Dato’ RK
208 Personal Injury Reports [2019] 2 PIR [21]

Nathan [Tab 14] menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan 1


gantirugi/“damages”:
Since the object of any award of damages is to give a plaintiff compensation for
damage, loss or injury and since the measure of damage is, in general, the sum
required to put an injured party in the same position as he would have been if he had not
suffered the wrong for which compensation is being awarded. 5

Gantirugi am

[18] Berkenaan dengan tuntutan gantirugi am, mengikut keterangan yang


dikemukakan, mengikut laporan perubatan, antara kecederaan plaintif
pertama adalah: 10

(i) Closed fracture right acetabular wall with central hip dislocation

(ii) Closed fracture inferior pubic rami

(iii) Muscle wasting 15

(iv) Permanent scar 17 × 2 cm and pin scar 1 cm each

[19] Manakala bagi kecederaan plaintif kedua pula, kecederaan yang


dialami pula adalah:
20
(i) Soft tissue injury at right pelvis and right lower limb

[20] Bagi tuntutan gantirugi-gantirugi yang dipohon, dengan merujuk


kepada laporan-laporan perubatan dan laporan pakar yang dikemukakan,
mahkamah telah memutuskan seperti berikut:
25
Kecederaan plaintif pertama:

(i) Bagi kecederaan closed fracture right acetabular wall with central
hip dislocation, plaintif memohon jumlah gantirugi sebanyak
RM55,000.00 dengan merujuk kepada kes-kes Samsaimon b
Majid v Hamdan b Sian [2009] 2 PIR [61], sc [Tab 15] – 30
RM50,000.00, Hamdan bin Mamud v Mohd Afiq Akhimullah bin
Mohd Radzi [2015] 1 PIR [29], sc [Tab 16] – RM40,000.00,
Normarina bt Jusoh & Anor v Lew Ee Sim [2010] 2 Pir [71], sc
[Tab 17] – RM40,000.00. Manakala defendan pula
mencadangkan jumlah sebanyak RM38,000.00 dengan
merujuk kepada kes Mohd Abdul Ghafur b Gayat v Lim Hong 35

Keow [2011] 2 PIR [60] di mana dalam kes ini mahkamah telah
memberi ganti rugi sebanyak RM38,000.00 untuk dislocation
of the right posterior hip with fracture of the left acetabulum with
disabilities. Setelah mahkamah menimbangkan hujah
kedua-dua pihak, mahkamah telah mengawardkan jumlah 40
sebanyak RM45,000.00 sebagai jumlah yang adil dan
munasabah bagi kecederaan ini dengan mengambil kira
laporan perubatan pakar yang dikemukakan.
Zainuddin b Ibrahim & Anor v
Muhammad Arman bin Mohd Radzif & Anor
[2019] 2 PIR [21] Rohaida Ishak scj 209

1 (ii) Bagi kecederaan closed fracture inferior pubic, peguam plaintif


mencadangkan jumlah sebanyak RM25,000.00 dengan
merujuk kepada kes Palanisamy a/l Sellapan & Anor v Daniyel b
Nokman [2008] 2 PIR [52] [Tab 18]. Kemalangan dalam kes
Palanisamy berlaku pada November 13, 2000 – RM18,000.00,
5 dan Kompendium Anugerah Kecederaan Diri Majlis Peguam
bertarikh April 17, 2014 [Tab 19], antara RM13,000.00 hingga
RM19,500.00. Peguam juga pohon mahkamah mengambil
kira kadar inflasi kerana kemalangan di dalam kes ini berlaku
pada tahun 2016 dan penghakiman diberikan pada tahun
2018. Peguam defendan pula mengesyorkan jumlah
10
sebanyak RM12,000.00 dengan merujuk keputusan di dalam
kes Muhammad Najwan bin Othman (seorang kanak-kanak yang
di bawah umur membawa tindakan melalui wakil litigasinya,
Othman bin Ariffin) v Ridzuan bin Said & Anor [2016] 1 PIR [10]
di mana dalam kes ini Mahkamah Sesyen telah memberi
15 ganti rugi sebanyak RM12,000.00 untuk fracture of the inferior
pubic rami with no permanent functional residual disabilities.
Setelah menimbangkan hujah kedua-dua pihak, mahkamah
mengawardkan jumlah gantirugi sebanyak RM20.000.00,
sebagai jumlah yang adil dan munasabah.
20 (iii) Bagi gantirugi untuk muscle wasting, peguam plaintif telah
memohon jumlah RM5,000.00 dengan bersandarkan kepada
keputusan kes Mohammad Hazri bin Ramle v John Doe & Anor
[2013] 9 MLJ 902 [Tab 20] – RM5,000.00, manakala peguam
defendan tidak berhujah mengenai gantirugi ini. Jadi
25 mahkamah telah membenarkan jumlah sebanyak
RM5,000.00 sebagai jumlah yang adil dan munasabah.

(iv) Bagi kecederaan permanent scar 17 × 2 cm and pin scar 1 cm each,


peguam plaintif memohon untuk jumlah sebanyak
RM25,000.00 dengan bersandarkan kepada keputusan di
30 dalam kes Firdaus b Abd Malik & Anor v Wee Kok Choo [2011] 1
PIR [1], yang telah membenarkan jumlah tuntutan
sebanyak RM25,000.00, dan Subramaniam a/l R Sellamuthu
& 2 Ors v Thinesh Ravi Kumar a/l Selvam & Anor [2012] 2
PIR [58], sc [Tab 22] – RM8,000.00. Peguam defendan pula
35 mencadangkan jumlah sebanyak RM3,000.00 dengan
merujuk kepada kes Mohamad Khairil b Haran lwn Khalid b
Basirah [2011] 2 PIR [36]. Mahkamah telah membenarkan
jumlah sebanyak RM20,000.00 dan berpendapat ia adalah
jumlah yang adil dan munasabah.
40 Kecederaan plaintiff kedua:

(i) Bagi kecederaan yang dialami oleh plaintif kedua iaitu soft
tissue injury at right pelvis and right lower limb plaintif
210 Personal Injury Reports [2019] 2 PIR [21]

mencadangkan jumlah sebanyak RM10,000.00. Ini 1


berdasarkan autoriti Agilan a/l Vanmugelan & Anor v
Satisvaran a/l Chandra Segaran [2010] 1 PIR [48] – RM10,000.00,
dan Izzat Haikal b Jaafar & Anor v Tan Boon Kai & Anor [2011] 1
PIR [28] – RM9,000.00. Peguam defendan tidak berhujah
mengenai kecederaan ini. Oleh itu mahkamah membenarkan 5
jumlah yang dituntut oleh plaintif dan berpendapat ia adalah
jumlah yang adil dan munasabah.

Gantirugi khas
[21] Bagi tuntutan plaintif untuk gantirugi khas (selain daripada yang 10
dipersetujui oleh kedua-dua pihak), mahkamah memutuskan seperti
berikut:

(i) Kos kehilangan pakaian dan kasut – tidak dibenarkan


(ii) Kerosakan jam tangan – tidak dibenarkan 15

(iii) Kerosakan handphone – tidak dibenarkan

(iv) Kos trafik – kos dalam tindakan

(v) Kos alat bantu perubatan – RM42.40 20


(vi) Kos lawatan keluarga ke Hospital Taiping selama enam
hari – RM50.00 × 6 = RM300.00

Gantirugi kehilangan pendapatan:


25
[22] Bagi tuntutan untuk kehilangan pendapatan, mahkamah telah
membenarkan award seperti berikut:
(i) Dari tarikh Ogos 20, 2016 – Disember 15, 2016 – RM6,825.00

(ii) Dari tarikh Disember 15, 2016 – April 26, 2018 – RM13,300.00
30
(iii) Kehilangan pendapatan masa depan – secara umum mahkamah
membenarkan RM50,000.00.

Alasan-alasan mahkamah adalah seperti berikut:


35
[23] Plaintif pertama telah memberi keterangan bahawa beliau melakukan
dua kerja dalam masa yang sama bagi menanggung keluarganya. Peguam
plaintif telah memanggil majikan-majikan plaintif bagi membuktikan
perkara ini. Setelah mendengar keterangan majikan-majikan plaintif
pertama, mahkamah berpendapat plaintif pertama sememangnya seorang
yang sihat sebelum kemalangan berlaku. Ini dibuktikan dengan keterangan 40
yang diberikan oleh beliau sendiri dan juga pihak majikan. Ini juga
dibuktikan dengan fakta bahawa sebelum kemalangan beliau bekerja
sebagai pemandu lori di Syarikat Guan Lee Hin dan juga seorang pengawal
Zainuddin b Ibrahim & Anor v
Muhammad Arman bin Mohd Radzif & Anor
[2019] 2 PIR [21] Rohaida Ishak scj 211

1 keselamatan di bawah Syarikat Indah Gemilang Sekuriti Sdn Bhd.


Kedua-dua majikan juga memberi keterangan bahawa plantif pertama
seorang yang rajin bekerja dan tidak mempunyai apa-apa masalah di dalam
prestasi kerja. Daripada keterangan juga menunjukkan tidak ada masalah
untuk plaintif melakukan kerja kedua iaitu sebagai pengawal keselamatan
5 kerana cara bekerja yang lebih mudah dan fleksibel dan ia tidak
membuatkan plaintif tidak mampu untuk meneruskan pekerjaan
pertamanya di siang hari pula. Kerajinan plaintif menjalankan dua kerja
dalam satu masa tidak patut dipertikaikan kerana beliau perlu berbuat
demikian untuk menyara keluarga dengan pendapatan yang lebih baik.

10 [24] Kemalangan ini jelas telah menyebabkan plaintif kerugian kerana


tidak dapat meneruskan pekerjaannya seperti biasa seperti sebelum
kemalangan. Plaintif tidak lagi mampu melakukan tugas-tugas yang berat
dengan kecederaan yang dialami. Bekas majikan plaintif bagi pekerjaan
plaintif sebagai pemandu lori telahpun dipanggil memberi keterangan bagi
15
mengesahkan perkara ini. Oleh itu mahkamah berpendapat plaintif telah
berjaya membuktikan tuntutannya bagi kehilangan pendapatan.

[25] Maka atas alasan berikut, mahkamah telah membenarkan jumlah


gantirugi kehilangan pendapatan dari tarikh kemalangan berlaku Ogos 20,
2016, dan sehingga tarikh SP2 bekerja lain sebagai pengawal keselamatan
20 pada Disember 15, 2016 iaitu selama 3.5 bulan × RM1,950.00 (bundar 950 +
1,000) = RM6,825.00 dan juga beza kehilangan pendapatan dari Disember 15,
2016 sehingga bicara April 5, 2018 atau keputusan April 26, 2018 = 14 bulan ×
RM950.00 (bundar 1,950 – 1,000 gaji semasa intake) = RM13,300.00.
[26] Mahkamah juga membenarkan loss of future earning capacity
25 berdasarkan kes-kes rujukan berikut:
(i) Yang Yap Fong & Anor v Leong Pek Hoon & Anor [1987] 2 MLJ 201;
[1987] CLJ (Rep) 419 dalam kes ini dinyatakan:
The proper test to be applied (for loss of earning capacity) is whether some
30 time in the future, due to the effect of the injuries sustained by him, the
plaintiff will face a substantial risk of either losing his job or getting a less
paid employment.
It does not matter whether the plaintiff was in employment or not at the
time of the trial so long as the court is satisfied from evidence that there is
a real or substantial risk that his earning capacity will be affected in the
35 future.

[27] Mahkamah juga merujuk kes Sumarni v Yow Bing Kwong & Anor
[2008] 1 MLJ 609
there must be evidence to show that the plaintiff will face a real or substantial risk
40 in her earning capacity being affected in the future due to the disability she
sustained from the motor accident. The medical report did say that the plaintiff
will suffer a permanent limp of her left leg which may prevent her from standing
and walking for long periods. This would certainly be a handicap but is not a
212 Personal Injury Reports [2019] 2 PIR [21]

complete impairment to prevent her from performing other tasks. But since her 1
starting job level was only that of a domestic help, the prospect of her getting
another job that would pay her the same as what she was earning before the motor
accident is low.

[28] Mahkamah membenarkan tuntutan gantirugi ini atas alasan ia adalah


gantirugi am yang diplidkan secara umum dan bukannya gantirugi khas. 5
Mahkamah merujuk kes Mahkamah Persekutuan Ngooi Ku Siang & Anor v
Aidi Abdullah [1984] 1 CLJ (Rep) 294:
[1] The trial judge erred in holding that loss of future earnings and loss of earning
capacity are items of special damages which the respondent was entitled to claim
only if they were specifically pleaded. Both items fall under general damages. It 10
was therefore sufficient for the respondent to aver, as he had done, in general
terms in the pleadings.

[29] Mahkamah juga merujuk kes rayuan Mahkamah Tinggi, Shah Alam
Balakirisnan Nagalingam v Yap Kok Keong [2017] AMEJ 1162; [2017] 1 LNS 1498
di mana: 15

Seterusnya mahkamah ingin menegaskan di sini bahawa tuntutan ini dikelaskan


sebagai gantirugi am dan bukannya di bawah gantirugi khas yang memerlukan
pembuktian yang ketat dan terperinci sebagaimana yang jelas dinyatakan di
dalam kes Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman kes Ngooi Ku Siang &
Anor v Aidi Abdullah [1985] 1 MLJ 30 yang menjelaskan bahawa “loss of earning
capacity is a species of general damages in personal injury cases”. 20

[30] Oleh itu mahkamah berpendapat plaintif memang layak mendapat


pampasan bagi tuntutan ini setelah merujuk kepada keterangan beliau di
mahkamah yang seterusnya disokong oleh keterangan serta
dokumen-dokumen yang berkaitan yang ditandakan sebagai ekshibit di
25
mahkamah.
[31] Mahkamah juga merujuk juga kepada kes Mat Jusoh Daud v Syarikat
Jaya Seberang Takir Sdn Bhd [1982] CLJ 366; [1982] CLJ (Rep) 562 yang antara
lain menyatakan bahawa:
30
the trial judge was no prohibited from awarding a fair and reasonable sum as
compensation after taking into account the facts of the case, genuineness of the
claim inclusive the quantum as claimed.

[32] Oleh yang demikian berdasarkan alasan di atas maka mahkamah


berpendapat bahawa tuntutan plaintiff bagi kehilangan pendapatan masa
35
hadapan patut diberikan dan jumlah awad yang diputuskan mahkamah
adalah patut dan munasabah serta setimpal dengan bukti serta keterangan
yang dikemukakan di mahkamah.

40

You might also like