Kajian Watak Perwatakan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Tajuk : Teknik Kajian Watak dan Perwatakan berpandukan pendekatan 5WH dengan

merujuk kepada satu naskah Bukan Gila karya Sharif Shaary.

Nama Ahli Kumpulan : Muhammad Adha Bin Abdull Raoh (C18A0142)

: Nurul Famalena Binti Zulmadee (C18A0350)

: Nur Laila Azira Binti A. Jalil (C18A0302)

: Nur Saidatul Nadia Binti Abu Hasan (C18A0309)

: Nurul Hanani Binti Al-Amir Mahmud Khalil (C18A0355

Kod & Nama Kursus : SPR 2032 Asas Lakon

Nama Pensyarah : Prof. Madya Dr. Andika Aziz Hussin


Pengenalan.

Dalam setiap penulisan drama pasti akan wujudnya beberapa watak bagi menjayakannyan
masej yang ingin disampaikan dan pastinya setiap watak tersebut mesti mempunyai
perwatakkannya yang tersendiri. Menurut kamus dewan edisi keempat, watak membawa maksud
sifat (seseorang) yang zahir dan batin, merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya,
jiwanya, pemikirannya dan sebagainya. Manakala perwatakan pula membawa maksud watak
(seseorang) secara keseluruhannya. Ini jelas dapat dilihat bahawa watak seseorang itu mesti ada
perwatakakannya yang tersendiri. Melalui penulisan yang bertajuk Pembentukan Karakter
Melalui Peran dalam teater ada menyatakan bahawa pembinaan perwatakkan sesebuah watak
sebenarnya berkaitan rapat dengan ‘soft-skill’ seseorang iaitu melalui cara berkomunikasinya,
kreativitinya serta kemampuan mengadaptasi.

Dalam drama atau sesuatu pementasan, tiada yang dinamakan watak sampingan, watak
tempelan atau watak yang tidak berfungsi. Setiap watak yang dicipta pasti akan ada sebab dan
akibatnya mengapa ia dicipta serta mempunyai peranan sendiri. Untuk mengenali perwatakan
sesuatu watak, bukan sahaja boleh dilihat pada watak itu sahaja tetapi juga boleh dilihat melalui
pandangan watak lain terhadap sesuatu watak itu.

Naskah yang menjadi pilihan untuk dikaji watak dan perwatakan yang terdapat
didalamnya ialah naskah drama Bukan Gila hasil karya Sharif Shaary dimana drama ini merupakan
drama yang terdapat didalam buku Antologi Teks Komponen Sastera (KOMSAS) Bahasa Melayau
Tingkatan 5 iaitu Sejadah Rindu. Dalam drama ini, ada beberapa watak yang dimainkan iaitu
protagonist, antagonis, dan confidant.
Watak protagonis.

Protagonis membawa maksud watak utama yang yang menjadi pengerakkan cerita untuk
mencapai matlamat penulis. Dalam drama Bukan Gila ini, watak yang menjadi watak protagonis
ialah Azmir atau nama penuhnya Azmir Bin Salleh.

Mengikut pandangan pengkaji, Azmir merupakan seorang remaja yang berumur lewat dua
puluhan. Kerana dalam dialog watak Ibu ada dinyatakan bahawa Azmir gagal masuk ke tahun
akhir di universiti.

IBU: Akibat daripada kelakuannya itu, dia gagal untuk masuk tahun akhir. Apabila balik ke rumah,
kerja apa-apa pon dia tak mahu buat.

Jika difikirkan secara rasionalnya, seorang pelajar universiti yang berada pada tahun akhir
biasanya berada dalam lingkungan umur 24 tahun atau 25 tahun. Tambahan pula watak Azmir
merupakan pelajar tingkatan 6 sebelum menyambungkan pelajaran di peringkat universiti. Boleh
dijadikan bahawa ketika dia dimasukkan ke wad, umurnya dalam lingkungan 26 tahun.

Azmir merupakan seorang penulis diari yang terkenal. Namun kerjaya penulisannya itu
tidak membuahkan hasil ataupun sebarang keuntungan. Dalam adegan 4 ada menjelaskan perkara
ini melalui dialog ibu:

IBU: Memang betul itu kerjanya tetapi satu sen pon tak masuk duit. Susah kalau dah terlalu cerdik.
Nasihat kita langsung tak mahu didengarnya.

Tidak dapat dijelaskan secara terperinci tentang diari apakah yang ditulis oleh azmir. Tetapi jika
dilihat dari dialog-dialog yang dilontarkan oleh Azmir, besar kemungkinan Azmir merupakan
penulis diari yang banyak menekankan tentang padangan beliau dengan ragam manusia yang
antaranya berkaitan dengan kepimpinan, keagamaan, pendidikan serta tentang perasaan manusia.

Selain daripada itu, Azmir merupakan seorang penghidap barah otak. Jelas dinyatakan pada
adegan terakhir iaitu adegan 5 dimana ada disebut daripada hasil bedah siasat, Azmir didapati
menghidap barah otak. Namun pada awal penceritaan, ada yang menganggap Azmir ini seorang
yang gila sehinngga dimasukkan ke wad sakit jiwa dan antara watak yang beranggapan begitu
ialah watak Doktor. Dialog ini menjelaskannya :
DOKTOR: Mungkin saudara belum arif lagi dengan orang seperti ini. Saya amat mengenalinya
kerana saya mengubatinya setiap hari. Saya harap saudara dan rakan-rakan faham. Cuba lihat
kepalanya. Kepalanya sering saja luka. Orang siuman tidak akan berbuat demikian.

Besar kemungkinan Azmir mengalami penyakit ini ketika dia berada di tingkatan enam. Namun
tiada siapa yang dapat mengesan penyakitnya termasuklah dirinya sendiri dan ia menjadi semakin
parah sehinggakan dia tidak dapat menamatkan tahun akhirnya di universiti. Dialog-dialog ini
menjelaskan :

BAPA: Dia jadi macam tu sejak dalam tingatan 6 lagi. Apabila dia masuk ke universiti, kelakuan
peliknya tu semakin menjadi-jadi

IBU: Akibat daripada kelakuannya itu, dia gagal untuk masuk ke tahun akhir. Apabila dah balik
ke rumah, kerja apa pon dia tak mahu buat.

Seterusnya, dalam drama ini dapat dilihat juga bahawa Azmir seorang yang petah dalam
pertuturannya dan hebat berhujah. Segala perkara yang dikatakan itu mempunyai mesej-mesej
yang jelas dan dapat difahami serta pemikirannya juga berada di kelas atasan. Dapat dilihat jelas
dalam adegan tiga dimana ketika dia tiba-tiba muncul ditengah-tengah sesi latihan lakon. Dalam
adegan ini, Azmir berhujah bersama-sama dengan para pelakon yang sedang menjalankan latihan
ketika itu. Antara hujahnya yang terdapat dalam adegan tersebut ialah :

AZMIR: Memang sistem itu dicipta oleh manusia, tetapi pada tahap akhirnya, system itu disahkan
oleh rakyat. Rakyat yang menentukan. Rakyat yang membenarkan. Rakyat yang merestuinya.
Tanpa kebenaran, restu dan pengesahan rakyat, wang dan kuasa akan kehilangan makna. Jadi pada
hakikatnya sistem itu dicipta oleh rakyat, bukan oleh manusia. Rakyat lebih berkuasa daripada
wang. Rakyat lebih berkuasa dari kuasa.

Selain itu, Azmir juga seorang yang kadangkala degil. Dia juga selalu berperangai gila-gila
sehingga menimbulkan kerisauan kepada keluarganya. Terdapat pada dialog ibu :

IBU: Azmir tu degil sikit. Gila-gila pun ada sikit. Saja-saja dia buat-buat gila.

Yang terakhir, Azmir sering mengalami sakit kepala yang teruk sehinggakan dia sanggup
menghantukkan kepalanya kelantai sehingga berdarah. Kerana tindakannya itulah, ibu dan
bapanya menghantar dia ke hospital sakit jiwa. Oleh kerana itu juga, Ani iaitu kekasihnya juga
telah meninggalnya. Namun bergitu penderitaannya itu dialami seorang diri di dalam wad sakit
jiwa sehinggakan dia meninggal dunia seorang diri tanpa sesiapa disisi dan ini menimbulkan rasa
serba salah pada kekasihnya, Ani.

Watak Antagonis.

Watak antagonis merupakan watak yang menghalang atau yang memberi tekanan kepada
watak protagonis untuk mencapai matlamat . watak antagonis yang terdapat didalam drama Bukan
Gila ini ialah watak Ani, Ibu, Bapa, Pak Haji dan juga watak Doktor. Ini kerana, watak ini sentiasa
menghalang azmir untuk menjelaskan keadaan dia yang sebenar.

Watak Ani.

Ani adalah kekasih kepada Azmir di dalam drama Bukan Gila ini. Dia adalah seorang insan
yang amat disayangi dan dikasihi oleh Azmir. Ini dapat dibuktikan melalui ketika Azmir di wad
pesakit jiwa Hospital Besar beliau sering mencari Ani dan meminta dan merayu kepada Ani agar
membawanya keluar dari wad sakit jiwa yang tidak disukainya itu.

Ani juga merupakan ‘peneman setia’ atau lebih dikenali sebagai halusinasi Azmir kerana
beliau terlalu sayang dan setia kepada Ani. ketika Ani menjadi waak halusinasi pada babak 1, Ani
ada meminta kepada Azmir untuk terus kekal di wad sakit jiwa itu. Dapat dibuktikan melalui dialog
Ani :

ANI: Abang terus tinggal di sini, ya. Demi kebahagian kita bersama.

Ani merupakan seorng yang tidak setia. Dalam pada Azmir menderita sakit barah otak, Ani
pergi meninggalkan Azmir kerana malu mempunyai kekasih yang dianggap tidak siuman. Namun
tindakkannya itu memakan diri sendiri apabila pada akhirnya dia menyesal kerana tidak
mempercayai apa yang di katakana Azmir tentang sakitnya sehinggakan Azmir meninggal dunia.
Ini terjadi ketika Ani sedang membaca surat khabar di ruang tamu rumahnya :

ANI: Azmir, maafkan aku kerana bertindak meninggalkan kau setelah mendengar kau tidak
siuman .
Kehidupan Ani diselubungi kekesalan yang tiada penghujung tapi apakan daya beliau perlu
juga meneruskan kehidupannya. Ia memberi pengajaran yang amat pahit bagi Ani dan pembaca
yang mendalami drama ini agar sentiasa memeriksa kebenaran sesuatu perkara itu sebelum
membuat keputusan yang difikir benar.

Watak Bapa.

Perwatakan Bapa Azmir adalah seorang yang penyayang kerana beliau sering
melawat Azmir di hospital sakit jiwa. Buktinya, bapa Azmir bertanyakan khabar sewaktu beliau
sedang berbual dengan kekasihnya, Ani. Azmir berulang kali menyatakan kepada bapa bahawa
beliau tidak gila tetapi sakit. Namun bapanya masih tidak faham sehinggalah Bapa dihalau oleh
Azmir dan secara tiba – tiba, penyakitnya itu menyerang azmir menyebabkan Azmir bergolek –
golek di atas lantai dalam keadaan yang tidak menentu. Contoh dalam drama tersebut adalah “Ini
bapa datang. Itu tanda bapa sayang kepada kau” dan “Oleh sebab sayanglah bapa hantar kau
kesini”.

Selain itu, Bapa juga kurang dalam memberikan perhatian kepada anaknya, Azmir. Oleh
disebabkan itu, Bapa tidak tahu bahawa anaknya, Azmir sedang menghidap penyakit barah otak.
Buktinya, semasa rakan – rakan Azmir datang ke rumah, Bapa memberitahu bahawa Azmir lebih
gemar duduk di rumah neneknya berbanding rumah ibu bapanya sendiri. Sebagai contoh yang
tedapat dalam naskah adalah “Sebenarnya dia tinggal bersama neneknya. Dia lebih suka tinggal
dengan neneknya”.

Seterusnya, Bapa sering mengambil mudah tentang apa yang terjadi pada anaknya, Azmir.
Beliau memberitahu rakan Azmir tentang kelakuan aneh yang ditunjukkan anaknya sejak tingkatan
6 lagi namun Bapa tidak mengendahkan kelakuan anaknya tersebut. Keadaan menjadi semakin
teruk dan parah apabila Azmir mula menyambung pelajarannya ke peringkat universiti. Bapa mula
menyedari tingkah laku Azmir bertukar aneh apabila bapa mendengar Azmir bertutur
menggunakan bahasa Indonesia dan jarang menggunakan bahasa ibunda Malaysia. Contoh yang
terdapat dalam naskah Bukan Gila adalah “Dia mula jadi macam tu sejak dalam Tingkatan 6 lagi.
Apabila dia masuk ke universiti, kelakuan peliknya tu semakin menjadi – jadi.
Kemudian, Bapa juga senang terpengaruh dan lebih mempercayai orang luar daripada
anaknya, Azmir. Buktinya, Bapa mempercayai kata – kata dari seorang doktor yang mengatakan
azmir sudah gila. Contoh yang tedapat drama adalah “Jarang sekali pak cik dengar dia bercakap
dalam loghat bahasa kita. Doktor kata dia gila”.

Watak Ibu.

Perwatakan Ibu adalah seorang yang peramah. Hal ini kerana apabila rakan – rakan Azmir
berkunjung ke rumah, Ibu mempelawa mereka untuk masuk dengan sopan. Dapat dibuktikan
melalui dialog :

IBU : Waalaikumussalam Silakan masuk. Duduklah. Bapa Azmir, mari tengok ni. Ada orang
datang.

Adab mengalu-alukan tetamu adalah adab yang dituntut dalam islam. Ia merupakan conth yang
baik yang boleh menjadi ikutan.

Ibu adalah seorang yang tidak prihatin terhadap anaknya. hal ini kerana beliau tidak cakna
tentang kehidupan anaknya. Ini kerana sejak dimasukkan ke wad sakit jiwa, dia langsung tidak
ambil kisah tentang anaknya sehinggakan anaknya lari dari wad tersebut juga tidak diketahu. Dapat
dilihat apabila watak Arif bertanyakan tentang keberadaan Azmir kepadanya, tetapi dia tidak tahu
di mana Azmir berada. Dialog ini menjelaskan perwatak ini :

IBU : Tak ada pulak dia balik, malah dah agak lama juga dia tak balik ke sini.

Selain itu, Ibu juga sering mengambil mudah tentang perubahan sikap Azmir. Hal ini
kerana Ibu menyangka bahawa anaknya, Azmir itu pura-pura gila. Contoh yang terdapat dalam
naskah Bukan Gila adalah melalui dialog :

IBU: Azmir tu degil skit. Gila-gila pun ada sikit. Saja-saja dia buat-buat gila.

Seterusnya, Ibu tidak menyokong kerjaya Azmir sebagai penulis diari. Buktinya, Ibu
Azmir memberitahu rakan Azmir iaitu Arif bahawa kerjaya Azmir sebagai penulis diari langsung
tidak membawa keuntungan kepada Azmir. Contoh yang terdapat dalam naskah Bukan Gila adalah
melalui dialognya :
IBU : Memang betul itu kerjanya tetapi satu sen pun tak masuk duit. Susah kalau dah terlalu cerdik.
Nasihat kita, langsung mahu didengarnya

Kemudian, Ibu mudah putus asa. Hal ini kerana beliau sudah tidak sanggup untuk menjaga
Azmir yang berpura-pura gila. Sebagai contoh :

IBU : Gila yang dibuat sendiri. Kita tak suruh dia buat macam tu. Dia yang buat, biar dia sendiri
yang tanggung. Makcik tak terdaya lagi hendak melayan kerenah si Azmir itu.

Ibu adalah seorang yang mempercayai tuduhan orang. Hal ini kerana orang ramai sudah
heboh tentang anaknya dan ia menyakinkan lagi Ibu bahawa Azmir benar-benar gila. Azmir masuk
Orang Putih kerana terdapat tanda nama W.A. Domski yang sering dipakai oleh anaknya, Azmir.
Sebagai contoh

IBU : Itu pun satu hal. Memalukan keluarga sahaja. Orang ramai dah heboh. Azmir masuk Orang
Putih. Dia tak mahu jadi orang melayu lagi. Habis, macam manalah orang tak kata dia gila. Mak
cik sungguh malu sekarang. Nak jumpa orang pun mak cik tak sanggup lagi.

Akhir sekali, Ibu bertanggungjawab dalam memastikan anaknya, Azmir dalam mendapat
pendidikan yang baik. Hal ini kerana, Ibu sudah menghantar anaknya ke peringkat universiti.
Contoh yang terdapat dalam naskah Bukan Gila adalah:

IBU : Nak buat macam mana lagi encik. Kami dah beri pelajaran hingga dia masuk ke universiti.

Watak Doktor.

Watak Doktor adalah seorang doktor yang ditugaskan untuk merawat Azmir di hospital
sakit jiwa. Doktor tersebut bernama Doktor Razi.

Doktor berperwatakan seorang yang komited terhadap tugasnya. Hal ini kerana dia
sanggup keluar bagi mencari Azmir yang lari daripada hospital sakit jiwa. Sebagai contoh dalam
drama adalah ”Assalamualaikum. Saya Doktor Razi. Maafkan saya jika saya mengganggu. Encik
Azmir ini ialah “sahabat” saya. Saya datang nak bawa dia balik ke tempat rehatnya.”

Seterusnya, doktor merupakan seorang yang suka bertindak tanpa usul periksa. Hal ini
kerana doktor mendakwa Azmir seorang yang gila walaupun dia sebenarnya bukan gila namun
menderita sesuatu penyakit. Sebagai contoh adalah “Saudara jangan risau. Orang gila mana-mana
pun memang begitu. Mereka amat pandai dalam bercakap. Kalau dengar mereka bercakap, sesiapa
pun tak tahu yang mereka tu sebenarnya gila. Seperkara lagi orang gila tak akan mengaku bahawa
dia itu gila. Mereka akan marah jika dikatakan gila.”

Selain itu, doktor seorang yang pandai dalam berkata-kata. Hal ini kerana dia pandai dalam
memujuk untuk membawa pulang Azmir ke hospital semula. Sebagai contoh dalam drama adalah
“Saya rasa kita pulang dulu. Encik Azmir perlu berehat sikit saja lagi. Selepas itu, Encik Azmir
boleh keluar semula. Kepala pun dah luka semula. Kita balik bubuh ubat dulu. OK?”

Akhir sekali, doktor juga seorang yang baik hati. Hal ini kerana doktor setiap hari akan
merawat Azmir di hospital sakit jiwa. Contohnya dalam drama ialah “Mungkin saudara belum arif
lagi dengan orang seperti ini. Saya amat mengenalinya kerana saya yang mengubatinya setiap hari.
Saya harap saudara dan rakan-rakan faham. Cuba lihat kepalanya. Kepalanya sering saja luka.
Orang yang siuman tak akan berbuat demikian.”

Watak Confidant.

Watak confidant merupakan watak yang membantu watak protagonis untuk mencapai
matlamat. Di dalam drama ini, terdapat empat watak confidant iaitu watak Arif, Pelakon I, Pelakon
II, dan Pelakon III. Mereka membantu Azmir untuk memberi tahu kepada Ibu dan Bapa Azmir
untuk percaya kepada Azmir bahawa dia tidak gila.

Watak Arif.

Watak perwatakan Arif adalah seorang yang rasional iaitu tidak mudah menerima kritikan
daripada pelakon-pelakonnya mengenai Azmir iaitu watak utama dalam Naskah Drama Bukan
Gila. Hal ini kerana dia berpendapat bahawa Azmir menanggung sesuatu penderitaan yang tak
tertanggung sehinggakan dia menjadi seakan-akan orang yang gila. Contoh dalam drama ialah
“Aku fikir dia betul memang betul-betul sakitlah. Sakit dibuat-buat boleh dibezakan dengan sakit
yang betul-betul.”
Selain itu, Arif juga boleh dikatakan seorang yang berpengetahuan tinggi. Hal ini kerana
dia boleh memberitahu kepada pelakon-pelakonnya mengenai Drama Sasau yang ingin diarahkan
olehnya. Contoh dalam drama ialah “Memanglah gila itu subjektif, tetapi perkara yang
dimaksudkan dengan setengah gila tu ialah seseorang yang masih siuman.”

Seterusnya, Arif juga seorang yang mudah bersimpati. Hal ini kerana dia berasa simpati
terhadap Azmir yang padanya sedang menderita bukannya gila seperti dakwaan doktor. Sebagai
contoh dalam drama adalah ”Tapi doktor, dia bukan gila. Dia sedang menderita suatu penderitaan
yang tidak tertanggung lagi. Percayalah saya doktor. Biarlah dia disini. Kami boleh mengurus dia.”

Disamping itu, Arif seorang yang suka memberi nasihat. Hal ini kerana dia memberi
nasihat kepada ibu bapa Azmir mengenai keadaan Azmir yang dikatakan gila. Contohnya dalam
drama adalah”Betul mak cik, tetapi… masuk ke universiti saja belum menjamin seseorang itu
mendapat kasih sayang yang secukupnya.”

Seterusnya, Arif merupakan seorang yang mempunyai daya pemikiran yang bijak. Hal ini
boleh dibuktikan melalui dia mengarahkan sebuah drama yang bertajuk Sasau. Sebagai contoh
dalam drama ialah “Sebelum kita mulakan sesi baca lakon ini, elok kita bincangkan dulu tajuk
drama kita.”Sasau” membawa maksud setengah gila. Maksudnya, bukan gila sepenuhnya.”

Seterusnya, Arif seorang yang bersopan santun. Hal ini boleh dilihat melalui percakapan
dia dengan keluarga Azmir semasa dia bertandang ke rumah keluarga Azmir. Sebagai contoh
dalam drama ialah ”Kami fikir, eloklah pak cik dan mak cik berjumpa dengan Azmir di hospital
dengan segera sebelum terlambat. Dia amat memerlukan kita semua; lebih-lebih lagi pak cik dan
mak cik. Kami minta diri dulu”

Akhir sekali, Arif juga seorang yang prihatin. Hal ini kerana dia berusaha menjejaki
keluarga Azmir untuk mengetahui kedudukan sebenar Azmir yang diperkatakan gila oleh orang
ramai. Sebagai contoh dalam drama adalah “Saya dan yang lain-lain ini ialah rakan Azmir.”
semasa dia pergi ke rumah ibu bapa Azmir.
Watak Pelakon I, Pelakon II, dan Pelakon III.

Seterusnya, kajian watak tentang watak Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3.


Mereka merupakan watak confidant untuk menolong Azmir. Mereka adalah watak yang
memahami keadaan Azmir dan berusaha menyedarkan keluarga dan Doktor yang merawat Azmir
tentang keadaan Azmir yang sebenar. Mereka adalah pelakon yang berlakon sebuah Drama
dibawah pengarahan Arif. Mereka membantu Arif dalam menjayakan Drama tersebut. Drama
tersebut bertajuk “Sasau”. Azmir telah mencelah sesi baca lakon drama tersebut yang sedang
dijalankan oleh mereka disebuah pentas. Mereka adalah kawan kepada Azmir didalam Drama
Bukan Gila.

Mereka mempunyai perwatakan baik hati. Hal ni dapat dibuktikan menerusi peristiwa
dimana semasa Azmir datang mencelah latihan mereka dengan hujahnya lalu kesakitan Azmir
kembali menyerangnya menyebabkan Azmir menghantukkan kepalanya beberapa kali ke lantai.
Mereka menolong Azmir setelah melihat Azmir dalam keadaan Azmir yang sedang baring
kesakitan diatas lantai selepas pelakon 2 berkata “Tapi bos, lakonan kea tau bukan lakonan ke,
takkan kita nak biarkan sahaja orang tu berguling-guling diatas lantai tu? Mungkin dia sedang
menderita tu. Jom kita pergi tengok.” Mereka telah memicit belakang badan dan kepala Azmir
selepas Azmir berbuat demikian. Oleh kerana sifat baik hati mereka, Azmir selesa untuk terus
berada diluar bersama meraka.

Seterusnya mereka mempunyai sifat belas kasihan. Mereka simpati terhadap keadaan
Azmir dan risau apabila Azmir perlu dibawa pulang ke hospital. Hal ini dapat dirujuk memlalui
peristiwa dimana Doktor dan para pembantu Doktor cuba memaksa membawa Azmir kembali
pulang ke hospital, mereka memperlihatkan rasa simpati terhadap Azmir. Arif turut memujuk
Doktor agar Azmir dibiarkan bersama mereka dan menguruskan Azmir. Mereka juga turut
memberitahu Doktor bahawa Azmir bukan gila. Azmir hanya menderita sebuah kesakitan yang
tak tertanggung. Disini dapat dilihat bahawa mereka baik hati menolong Azmir yang dalam
kesakitan walaupun mereka baru sahaja berjumpa.

Selain itu, mereka juga orang yang bertanggungjawab. Mereka bertanggungjawab


menyampaikan khabar Azmir kepada keluarga Azmir. Hal ini dapat dibuktikan memalui persitiwa
dimana, mereka pergi ke rumah Azmir dan telah memberitahu kedua ibubapa Azmir tentang Azmir
yang telah keluar dari hospital dan mereka mahu memastikan bahawa Azmir ada balik ke rumah
atau tidak. Menerusi dialog pelakon 2, ia dapat dibuktikan bahawa mereka bertanggungjawab “Dia
datang berjumpa dengan kami, di tempat latihan drama. Dah beberapa hari dia keluar dari hospital.
Dia tak balik ke rumah?” Selain itu, mereka juga telah memberitahu ibubapa Azmir tentang
keadaan Azmir yang sebenar, perkara ini dapat dirujuk menerusi dialog plakon 2 iaitu “Kami lihat,
Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak tertanggung. Kutukan, cemuhan dan
hukuman akan menyebabakan sakit yang dialaminya menjadi lebih parah”. Sikap tanggungjawab
mereka mampu menyedarkan kedua ibubapa Azmir tentang apa yang telah berlaku.

Seterusnya, mereka juga mengambil berat atau prihatin. Semasa pergi ke rumah Azmir,
mereka sempat bertanyakan keberadaan dan keadaan Azmir. Hal ini dapat dibuktikan menerusi
dialog pelakon 3 iaitu, “Dimana dia tinggal kalau tak balik kesini?” Selain itu, sikap prihatin
mereka lebih dapat dillhat dengan jelas apabila mereka menasihati kedua ibubapa Azmir supaya
sedar bahawa Azmir bukan gila tetapi Azmir sedang menderita satu penderitaan yang tak
tertanggung. Ia dapat dibuktikan melalui dialog pelakon 1 “Pakcik, Makcik … marilah kita sama-
sama membantu Azmir. Dia amat memerlukan perhatian dan kasih saying. bukan cemuhan dan
penghinaan. Dia memerlukan semangat dan perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan
hukuman.”. Oleh kerana sikap prihatin dan ambil berat mereka, mereka dapat membuka mata dan
hati kedua ibubapa Azmir tentang keadaan Azmir yang sebenar.
Kesimpulan.

Secara kesimpulannya, watak-watak yang terdapat di dalam drama Bukan Gila karya
Sharif Shaary ini mempunyai perwawatakannya yang tersendiri untuk memperlihatkan siapa
watak itu yang sebenarnya. Setiap watak juga mempunyai peranan masing-masing dalam
membantu watak protagonis menyempurnakan matlamatnya.
Rujukan.

Buku :
1. Kamus Dewan Edisi Ke-4 Cetakkan Kedua 2007.
2. Sejadah Rindu, Buku Teks KOMSAS Tingkatan 5, Sasbadi Sdn Bhd, 2015

Internet
1. https://www.gurupendidikan.co.id/perwatakan-definisi-fungsi-karakter-cara-memahami-
menggambarkannya/#Karakter_Perwatakan_Tokoh

2. https://scholar.google.com/scholar?hl=id&as_sdt=0%2C5&q=Pembentukan+Karakter+M
elalui+Peran+dalam+teater+&btnG= Pembentukan Karakter Melalui Peran Dalam Teater,
R Ratna Raissa, SN Hakim, S Psi - 2019 - eprints.ums.ac.id

3. https://salambahagia2.wordpress.com/2018/06/17/watak-sampingan-dan-perwatakan-
komsas-tingkatan-5/

4. https://kupdf.net/download/drama-bukan-giladocx_5af46bf3e2b6f5f94d462383_pdf

5. https://www.academia.edu/38067248/KRITIKAN_TERHADAP_DRAMA_KOMSASB
UKANKOMSASBUKAN_GILA_KARYA_SHARIF_SHAARY_Oleh_PROF_MADYA
_DR_ANDIKA_AZIZ_HUSSIN

You might also like