Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

DERAF

PERLEMBAGAAN
KELAB 1M1S SOFBOL SKSK

FASA 1 : NAMA KELAB

Nama kelab ini ialah Kelab 1Murid 1Sukan Sofbal SK Sungai Kob, Karangan, Kedah Darul Aman.

FASA 2 : ALAMAT

SK Sungai Kob, 09700 Karangan, Kedah Darul Aman.

FASA 3 : TUJUAN /OBJEKTIF

Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk :

3.1 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang
dan memenuhi Dasar 1 Murid 1 Sukan.

3.2 Memberi pengetahuan dan kemahiran asas permainan Sofbol kepada ahli.

3.3 Menyediakan pasukan elit dan pasukan pelapis pasukan Sofbol sekolah.

3.4 Menyelia pertandingan peringkat sekolah

3.5 Mengajar undang-undang dan peraturan permainan kepada ahli.

FASA 4 : KEAHLIAN

Keahlian kelab ini terbuka kepada semua murid SK Sungai Kob sahaja yang terdiri daripada murid tahun
4 , 5 dan 6.

FASA 5 : AHLI JAWATANKUASA

5.1 Kelab ini hendaklah melantik jawatankuasa yang terdiri dari kalangan ahlinya sahaja.

5.2 Ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada:

5.2.1 Penaung iaitu Guru Besar

5.2.2 Penasihat iaitu guru yang dilantik oleh pendaftaran ( Guru Besar)

5.2.3 Seorang Pengerusi

5.2.4 Seorang Naib Pengerusi

5.2.5 Seorang Setiausaha


5.2.6 Seorang Bendahari

5.2.7 Beberapa orang Ahli Jawatankuasa yang mewakili setiap tahun

5.3 Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari hendaklah dilantik dalam kalangan murid
Tahun 6. Manakala Ahli Jawatankuasa lain bolehlah dilantik dalam kalangan mana-mana ahli
yang lain.

FASAL 6 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATAN KUASA MURID

6.1 Pengerusi

6.1.1 Mengumpulkan ahli sebelum perjumpaan dan latihan.

6.1.2 Mengetuai latihan asas sebelum sesuatu latihan dijalankan.

6.1.3 Menyediakan alatan sebelum latihan dimulakan.

6.1.4 Mengumpul dan menyimpan alatan selepas digunakan.

6.2 Naib Pengerusi

6.2.1 Menggantikan Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.

6.2.2 Membantu Pengerusi menjalankan tugas.

6.3 Setiausaha

6.3.1 Mecatat minit mesyuarat

6.3.2 Mencatat kehadiran ahli setiap kali perjumpaan dan latihan diadakan.

6.3.3 Memberi laporan kepada Penasihat berkaitan kehadiran ahli.

6.3.4 Menghebahkan maklumat kepada ahli.

6.4 Bendahari

6.4.1 Mengutip dan mengumpulkan wang daripada ahli.

6.4.2 Menyediakan penyata kira-kira.

6.5 Ahli Jawatankuasa

6.5.1 Memberikan penerangan kepada ahli mengikut tahun yang dilantik.

6.5.2 Membantu Pengerusi dan Naib Pengerusi mengumpulkan alatan.

6.5.3 Menjalankan tugas apabila dimaklumkan.


FASAL 7 : KEWANGAN

7.1 Kutipan hanya dibenarkan setelah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pendaftar
(Guru Besar).

7.2 Jumlah kutipan bergantung kepada persetujuan dari semua ahli dan menerima kelulusan
daripada pendaftar (Guru Besar)

7.3 Wang hanya boleh dikutip oleh Bendahari dengan pemantauan dari Penasihat.

7.4 Penyata kewangan perlu disediakan oleh Bendahari.

7.5 Jika ada lebihan, wang tersebut hendaklah dibawa ke tahun berikutnya.

FASAL 8 : MESYUARAT

8.1 Mesyuarat Agung hendaklah dijalankan pada awal tahun.

8.2 Mesyuarat Agung bertujuan untuk melantik ahli jawatankuasa dan membuat perancangan
tahunan semasa.

8.3 Semua Penasihat dan ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat.

8.4 Mesyuarat tidak boleh mengubah apa-apa keputusan dan dasar yang telah termaktub dan yang
telah dibuat oleh Pendaftar, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian Pelajaran.

FASAL 9 : PINDAAN PERLEMBANGAAN

9.1 Penasihat berhak membuat pindaaan pada mana-mana fasal dalam perlembagaan kelab setelah
diadakan perbincangan dengan pendaftar tanpa perlu diberitahu terlebih dahulu kepada ahli.

FASAL 10 : PEMBUBARAN KELAB

10.1 Pendaftar berhak membubarkan kelab pada bila-bila masa tanpa perlu memaklumkan kepada
ahli terlebih dahulu.

You might also like