Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Joseph Nalat

Pengerusi,
Kelab Belia Kampung Semundoh (KBKS),
89300 Tongod,
Sabah.

YB. Datuk Masiung Banah,


ADUN N. 57 KUAMUT,
Merangkap Pengerusi Lembaga Pembangunan
Perumahan Dan Bandar Sabah. 21 Januari 2022

Tuan,

Permohonan Pembaikan Gelanggang Futsal, Kg.Semundoh

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak Tuan, Kelab Belia Kampung Semundoh (KBKS)


bercadang untuk memohon bantuan pembaikan gelanggang futsal di kampung kami.
Permohonan pembaikan ini kerana gelanggang ini sering digunakan ketika latihan
sukan dan pemilihan sukan selain digunakan untuk kemudahan masyarakat di
kampung kami.

3. Permohonan ini mempunyai matlamat seperti yang berikut, iaitu

(i) menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan masyarakat
sekitar beriadah.
(ii) menyediakan kemudahan untuk aktiviti kemasyarakatan lain.
(iii) meningkatkan mutu sukan dan tahap kesihatan penduduk sekitar.
(iv) menjadi pemangkin kepada masyarakat terutama belia untuk terlibat dalam
sukan-sukan yang dianjurkan pada masa akan datang.

4. Saya selaku Pengerusi Kelab Belia Kg. Semundoh (KBKS) berbesar hati
sekiranya pihak Tuan dapat meluluskan permohonan pembaikan gelanggang futsal
ini.

5. Pertimbangan daripada pihak Tuan amatlah kami harapkan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(JOSEPH NALAT)
Pengerusi
Kelab Belia Kampung Semundoh (KBKS)

You might also like