Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Apakah yang istimewa tentang penulisan sorotan literatur.

ANUSIA A/P KANAN


P20211000818
Tujuan Tinjauan Literatur
Sorotan kajian ialah satu set penyelidikan yang telah diterbitkan atas topik yang tertentu,
Secara umumnya, sorotan literatur atau tinjauan literatur akan membantu penyelidik untuk
memahami topik yang dikaji dengan mendalam, membantu memilih atau membentuk kaedah
penyelidikan dan memilih permasalahan kajian yang boleh memberi sumbangan secara
signifikan . Penyelidikan akan dapat merancang apa yang akan dikaji setelah meneliti kajian-
kajian lepas. Penyelidikan akan dapat menambahkan lagi pengetahuan daripada penyelidikan
yang akan dijalankan. Sorotan literatur akan memberitahu kepada penyelidik apa yang telah
dikaji supaya penemuan daripada kajian yang dijalankan tidak akan dikatakan sebagai
penemuan baharu. Selain itu, tinjauan literatur juga akan memberitahu reka bentuk kajian,
kaedah pensampelan dan kaedah analisis data yang telah digunakan oleh penyelidik lain.
Daripada tinjauan literatur, penyelidik boleh mendapat maklumat tentang kekurangan dan
kelebihan kajian-kajian lepas. Sehubungan itu, kesilapan kajian lepas tidak akan diulangi oleh
penyelidik baharu. Sorotan literatur juga memberi peluang kepada penyelidik mempelajari
daripada pengalaman orang lain, di samping memperbaiki kaedah yang prnah digunakan oleh
penyelidik yang terlebih dahulu. Menurur Irene L.Clark , tinjauan literatur mengkaji jurnel, buku
dan sumber lain yang berkaitan dengan topik kajian. Tujuannya adalah untuk menunjukkan
bahawa penulis berwawasan dan mengkaji kajian literatur yang relevan secara kritis
mengenai topiknya untuk meyakinkan pembaca bahawa penyelidikannya bermanfaat dan
bernilai . Sorotan literatur bukan setakat senarai sumber yang kelihatan tidak berkaitan . Ia
juga bukan tinjauan literatur yang mengandungi biografi pengarang, senarai karya atau
ringkasan sumber. Kajian literatur juga bukan merupakan susunan untuk kepentingan
penyelidikan walaupun sorotan literatur selalunya menyokong pendirian penyelidik .
Secara khususnya tinjauan literatur adalah penting pada peringkat awal proses
penyelidikan kerana ia menerangkan andaian-andaian di sebalik persoalan kajian yang
merupakan fokus utama dalam cadangan kajian, Tinjauan literatur memberi pandangan bagi
menyediakan soalan dan hipotesis kajian. Tinjauan literatur juga menjadi satu cara kepada
penyelidikan baharu untuk mempertahankan cadangan kajian di hadapan penilai. Dengan
cara ini penyelidik akan mempunyai pengetahuan dalam bidang yang dikaji dan mempunyai
bahan sokongan untuk menjalankan kajian. Tinjauan literatur menyediakan penyelidik
peluang untuk mengenal pasti jurang yang mungkin wujud dalam kajian dan menyediakan
rasional bagaimana kajian yang akan dijalankan menyumbang kepada literatur sedia ada.
Menurut Marshall & Rosman 1995; Creswell,2009, tinjauan literatur juga membantu
penyelidik untuk memurnikan soalan, hipotesis kajian dan menyediakan arah tuju yang boleh
diikuti oleh penyelidik . Dalam kajian kualitatif, Creswell (2009) merumuskan tinjauan literatur
boleh digunakan pada bahagian awal kajian, ditulis sebagai bab yang berasingan dan juga
boleh digunakan untuk membeza dan membandingkan pada akhir kajian. Sorotan literatur
menjelaskan kepada pembaca apa yang diketahui berkenaan topik yang dipilih. Ia
menjelaskan atau mendefinisikan istilah – istilah yang digunakan dalam kajian. Ia juga
membantu untuk memahami penemuan – penemuan awal yang kadangkala bercanggah.
Kajian literatur juga memainkan peranan untuk menilai dan memilih teori, hipotesis dan
kaedah analisis yang sesuai. Pendek kata kajian literatur menjadi asas atau batu tanda untuk
perbandingan penemuan.
Ciri- ciri Tinjauan Literatur yang Baik
Tinjauan literatur yang baik meliputi beberapa ciri yang baik. Ciri pertama tinjauan
literatur yang baik ialah ia mesti lengkap. Tinjauan literatur mestilah meliputi semua aspek
(angkubah) yang pengkaji hendak mengkaji dalam kajiannya. Ciri kedua ialah, kajian literatur
mesti kemaskini.. Ia merangkumi kajian – kajain yang mutakhir tentang topik yang sama. Ciri
ketiga pula, bersepadu. Bermaksud sorotan itu dibuat berdasarkan angkubah yang pernah
digunakan oleh pengkaji terdahulu, malah bukan mengikuti pengarang demi pengarang.

1
Seterusnya tinjauan literatur mestilah berciri kritis. Akhir sekali penyelidik mestilah memberi
keutamaan kepada pemilihan artikel. Artikel – artikel yang dipilih haruslah releven dengan
topik yang dipilih oleh pengkaji.Tinjauan literatur bukan senarai sumber yang kelihatan tidak
berkaitan. Ia juga bukannya mengandungi biografi pengarang. senarai karya atau ringkasan
sumber semata-mata. Pengkaji juga mesti mengambil tahu bahawa sorotan literatur bukan
dokumen maklumat latar belakang atau penjelasan konsep. Sorotan literatur juga bukan
hujah untuk kepentingan penyelidikan walaupun ia selalunya menyokong pendirian
penyelidik.
Cara menyediakan Tinjauan Literatur
Terdapat tujuh langkah utama yang dikemukakan oleh Gall, Gall dan Borg (2010) dalam
menyediakan tinjauan literatur.
1. Rangka keperluan maklumat dalam bentuk soalan atau hipotesis yang akan memandu
dalam pencarian literatur.
2. Hubungi pakar-pakar yang boleh menjawab soalan penyelidikan secara langsung atau
yang dapat membimbing penyelidik untuk mencari literatur yang releven.
3. Pilih bibliografi dan indeks pencarian yang boleh membantu bagi mengenal pasti
penerbitan yang releven kepada soalan – soalan kajian.
4. Membaca sumber sekunder (tinjauan literatur yang telah diterbitkan) untuk
mendapatkan gambaran penerbitan yang releven dan menjadi asas untuk membuat
tinjauan literatur penyelidikan.
5. Membaca dan menilai sumber utama yang releven kepada soalan penyelidikan.
6. Mengkelaskan penerbitan yang releven untuk tinjauan literatur penyelidik ke dalam
kategori yang telah disusun dan berstruktur.
7. Menyediakan laporan tinjauan literatur dalam kajian penyelidik.

7. 1. kenalpasti
tulis persoalan
ulasan kajian

2.
6. mensintesis 7 langkah untuk mengkaji
menghasilkan teori
tinjauan literatur

5. menganalisis 3. mencari
dan menilai
secara kritis sorotan literatur

4.
menguruskan
rujukan

Diagram 1 : 7 langkah untuk menghasilkan tinjauan literatur

2
Kaedah Pengaturan Tinjauan Literatur
Terdapat beberapa kaedah untuk mengatur sorotan literatur. Sorotan literatur harus
mengikut subjek jika meliputi lebih daripada satu subjek. Ia juga perlu disusun secara
kronologinya supaya kelihatan lebih sistematik dan terurus. Ini akan membolehkan pembaca
lebih memahami penyelidakan tersebut. Di samping itu, kaedah literatur juga mestilah
disususn mengikut tema, idea, aliran, teori atau kajian penyelidikan utama. Seterusnya
tinjauan literatur mestilah berciri berhujah (arguments) malah ia tidak sepatutnya setakat
melaporkan maklumat daripada sorotan literatur tersebut.
Rangka Sorotan Literatur
Sorotan literatur memerlukan rangka yang betul .Contohnya, penyelidik perlu
menggunakan subtajuk jika ulasan literatur dibahagikan secara topikal, mengikut tema,
mengikut argumentatif atau mengikut tempoh masa. Pengkaji perlu berusaha untuk
menunjukkan hubungan antara sumber yang dipilih sebagai sorotan literatur. Seterusnya
pengkaji perlu membincangkan sumbangan penting sumber yang dibaca dan tidak
seharusnya mengembangkan idea yang tidak berkaitan dengan tesis secara keseluruhan.
Perkara yang paling penting ialah, rujukan kajian terdahulu hendaklah dinyatakan dalam
bentuk masa lampau manakala rujukan naratif atau teks hendaklah dinyatakan dalam bentuk
masa kini.
Penulisan Tinjauan Literatur
Tinjauan literatur merupakan dokumen bertulis yang mempamerkan hujahan yang
disusun secara logik berdasarkan pemahaman yang komprehensif berkaitan pengetahuan
terkini berkaitan tajuk yang dikaji. Ia membantu dalam menyediakan tesis untuk menjawab
persoalan kajian yang hendak dikaji. Penulisan tinjauan literatur boleh dimulakan apabila
penyelidik mempunyai maklumat yang mencukupi berkaitan dengan tajuk kajian. Penyelidik
perlu mengguna dua jenis hujahan dalam membentangkan kajian literatur. Hujah yang
pertama dikenali sebagai hujah penemuan (argument od discovery) yang menerangkan dan
membincangkan apa yang diketahui dengan tajuk kajian. Penyelidik akan menulis maklumat
terkini tentang tajuk yang dipilih. Contohnya, penyelidik memilih tajuk gaya kepimpinan yang
mana paling sesuai di abad ke-21, oleh itu tinjauan literatur akan membincangkan apa yang
diketahui berkaitan gaya kepimpinan. Hujahan penemuan menjadi asas kepada hujahan
kedua yang dikenali sebagai hujah perakuan (argument of advocacy). Hujahan jenis ini akan
menganalisis dan mengkritik berasaskan maklumat yang telah disintesiskan untuk menjawab
persoalan kajian. Jawapan kepada hujahan ini disebut pernyataan tesis (thesis statement).
Menggunakan contoh yang sama berkaitan dengan gaya kepimpinan, penyelidik akan cuba
menentukan gaya kepimpinan yang mana akan paling sesuai untuk abad ke-21. Penyelidik
membuat kesimpulan bahawa ‘’gaya kepimpinan ikut serta (participative) merupakan gaya
kepimpinan yang paling sesuai untuk abad ke21.’’
Mengakhiri Tinjauan Literatur
Tinjauan literatur harus mengakhiri dengan ringkasan idea, konflik, tema atau kronologi.
Pengkaji perlu mengenal pasti jurang (gap) dalam penyelidikan dan menunjukkan cara
mengisi jurang (gap) tersebut . Dengan itu pengkaji bolehlah beralih ke bab seterusnya.
Kesimpulan
Pada peringkat awal penyelidikan, tinjauan literatur membantu penyelidik untuk
mendapatkan maklumat yang komprehensif tentang kajian yang telah dijalankan. Maklumat
ini akan membantu penyelidik memilih kaedah yang sesuai dan yang paling penting ialah
supaya tidak mengulangi kesilapan penyelidik lain. Tinjauan literatur juga digunakan dalam
bahagian kesimpulan kajian. Pada bahagian ini tinjauan literatur akan memberi sokongan dan
membahaskan kesimpulan yang dibuat.

3
4

You might also like